Kemeriahannya sangat terasa.

Monday, 25 November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semenjak aku bergelar pengurus rumah tangga ini, aku bersyukur sangat sebab rumah sentiasa dikunjungi tetamu, walaupun aku bukan pakar sangat dalam masakan namun menu simple pun boleh jadi sedap bila dinikmati secara bersama-sama. 

Mereka yang mengelilingi kehidupan aku.
Aku, bondaFaizzah, cikZila dan mamaLia.

Me and kakAzi.

Beberapa minggu lalu, bonda Faizzah bersama keluarganya datang meriuhkan rumah. Bawa bersama dua orang anaknya kakakWiya dan Waiz. KakakWiya memang geng sangatlah dengan Auni. Orang dewasa bersembang, anak-anak berkejaran bermain. Memang sangat seronok. Hubungan aku dengan suami bonda Faizzah kembali baik, buang yang keruh ambil yang jernih, aku kembali menjadi insan penting sebagaimana dahulu. 

 Adli tiada geng. Join sahajalah.

Dancing time. Emak bapa sedang layan hindustan. 

Superkids.

Minggu lalu, aku dikunjungi pula oleh mama Lia, dia memang gagah dan gigih datang sendirian bersama empat orang askarnya. Orangnya sudahla kecil, bawa kereta besar, askar berderet, aku jadi gelihati dengan gayanya tu. Mulut emak-emakkan, memang meriuh. Kebetulan suami masing-masing tiada, haaa kami berdua menguruskan tujuh orang askar. Dia tolong jaga anak aku, aku tolong jaga anak dia. Memang happening walaupun rumah aku hampir-hampir karam. Menu aku hari itu ialah nasi goreng simple je, simple sangat sayur pun tiada. Aku masak juga nasi putih berlaukkan telur dan ikan goreng sahaja, kebetulan dia sampai waktu makan tengah hari, jadi sedap bila makan secara beramai-ramai. 

Seronok tengok mama Lia melayan kerenah anak-anaknya, harap aku dapat juga membantu sedikit meringankan dia menguruskan anak-anaknya. Suara aku, memang melantang je la, hahaa. 

Yang paling menggelikan hati keletah anak-anaknya, sudah siap-siap hendak balik sempat lagi ulang makan buat kali kedua, tapau nasi goreng bawa pulang lagi, aduhai seronoknya. Diharapkan mama Lia tidak serik untuk datang lagi. Aku membayangkan aku punya anak tujuh orang. Gerenti riuh rendah rumah aku, hihiks.

Kesibukkan lalulintas.

Rest time, isi minyak.

Seorang lagi aku dukung. Bestkan?

Syukur sangat, aku dapat bersua dengan kakak-kakak kesayangan aku ni, mereka sangat rapat dengan aku. Pertalian bagaimana kami mula berkenalan, sangat rumit untuk diterangkan. Berkawan dengan mereka aku memang jadi diri aku sendiri. Buatla kerenah banyak manapun, ceritalah apa sahaja sekalipun, pintalah pertolongan yang macam manapun, kakak-kakak aku sangat mudah memberikan. Apa sahaja, in shaa Allah untuk adik nan seorang ini, aku.

Semoga pertalian persahabatan ini, kekal hingga ke syurga. Syukur. Nanti kita kumpul ramai-ramai ye. 

8 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

riuh umah mung n mek

Sweetmama said...

Alhamdullillah, srnok dikelilingi kawan2 rapat yg memahami..

dpt bygkan kalau anak 7 org mmg meriah n riuh gitew..

mama lieyna said...

Amboi 7 org askar cha...mng riuh sungguh la.. :-)
Alhamdulilah, sekurang2nya sesekali, ada mereka yg boleh menceriakan harimu.. :-).. untung baik dgn orang :-)

Akak jugak belum sampai2..huu..

Gieyana said...

Bestnyer cha..seronok laya kerenah anak2..
Umah ko besar..:-)

Zura@Iwan said...

alhamdulillah..
punyai shbt yg sgt memahami..

cha masak sedap..
tu psl ank2 kwn siap bawa taupau

Jue a.k.a Ibu 2F said...

riuh rumah...
moga persahabatan ini kekal selamanya

Masya said...

riuh rendah dibuatnya..

tak penting bagai mana ia bermula yg penting hubungan tu ikhlas.. seronok sampai bila² pun.. senang nak meluahkan.. kan..

ch@ said...

Sue:
berkat menjadi fulltime housewife agaknya.

kakJue, kakEija:
suka sangat.

kakIeyna:
satu hari nanti akak mesti sampai punya. nnt amek tupperware rm400 :) dtg lah.

kakGie:
seronok sangat. 7 org 7 perangai, serius mmg riuh rendah. best!
rmh biasa je la, takdela besar sgt pun. simple je, tak reti deco.

kakZura:
masak sedap? air tangan org yg jarang sgt masuk dapur masa bujang2 dulu. kihkihkih.

sisYana:
btl sangat. rasa mcm dorg ada di sebelah je.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in