Formasi kerusi.

Tuesday, 12 November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makcik sibuk bangat, sejak dua menjak ni demam drama Korea dah melanda asyik hendak melekat di channel S One sahajalah. Lupa seketika alam sekeliling. Sekali tersedar, hah! amekau. Dengan order kad, fm, dengan barang tuppy yang belum berbungkus, dengan katelog tidak berpos, dengan kerja rumah yang macam biasa, dengan anak-anak lagi, dengan ketiadaan abinya lagi, oh my gosh-oh my gosh! cecepat back to the normal routine. Sobs!

Sementara aku ralit dengan kerja, anak yang tiga tu dengan aktivitinya macam biasa. Selagi tiada yang menangis, aku biarkan aja. Yang penting kerja aku siap. 

Kesian meja makan, asyik terpisah dengan kerusi je, kadang-kadang mereka duduk pula bawah meja tanpa kerusi, khemah katanya. Dengarla kekekan ketawa, dan paling terganggu sedikit tumpuan bila dorang memanggil "umiiii...tengok ni", "umi...tengok Aie", "umi...adik Riki pandailah, dia dah besar" isk, sama je la ertinya mengajak aku main sama. Adeih!

Sandar pada sofa, rumah ulat. Bila keluar kepala pada ruang, 
"ulat keluar sarang"-jerit Auni. Dan-dan nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider.

 Kombat. Jangan keliru Adli Arrizqi ye. 

Perangkap.
"kakak buat"-tuduh Adli walhal dia pun 2x5 juga. 

As a team. Team leader sedang tukar arahan. Ubah-ubah, alih-alih.
'jahanam kerusi meja makan aku, erm...patah nanti boleh beli set mewah sikit' - bisik hati emak. 

Kesudahannya, orangnya tengah berguling bawah meja makan sebelum menerima arahan 'kemas balik' daripada abi. Aku pusing lagi sekali, dah elok tersusun di meja semula. Dengan abi, tak siapa berani lawan. Dengan emak, emak sekali yang lawan perasaan. Sabar je la mak.

Macam ni je la rumah aku, janji aku boleh buat kerja. Muahaha...Amacam? larat tak hendak jaga anak-anak aku ni? Sorang kental, sorang cengeng, sorang kuat menyakat. Cukup la buat hari aku huru-hara.

14 pasang kaki:

asyifa mustaffa said...

Sama la kat umh ni pun...tp part nak kemas tu...mmg smua asik tunding jari lah..main nak...kmasnya x nak...

Gieyana said...

Erkkk...mmg ganaihh ni dorang..x per la cha, janji dorang bahagia n x memudaratkn kan..:)

syawalsimpsons said...

auni sangat2 la aktif....adli pon boleh tahan...si arrizqi tu aktif boleh tahan ikut akak n abg dier...kire ko mmg kental la boleh jaga deme2 ni..kalo aku belom tentu lagi kot..kikikikikikikki

mama lieyna said...

Sepakat membawa berkat... bagus anak3x :-)...hehe..

Tak berani nak jaga, anak 2 pun dh mcm nk surender ni..hehe..

Khadeejah Hasmad said...

Mmg kreatif. Nasib baik pandai kemas balik sendiri. Hihi

eima said...

dasatnye ... pengsan aku tgk

@e_da said...

ni la penawar duka.. heheh

Masya said...

kalau layan korea gitulah canel kbs 392 pun best² jugak.. hihihihi ...

meh hantar auni meh rumah kt hahaha .. blh bg akal kat amir main mcm ni.. sbb amir pun x explore sampai mcm ni maklumlah rumah meja jopun joooo nak makan...

Suzie Aleeya said...

x sempat mak nk gemok melayan karenah anak² yg sgt aktif lg kreatif hiihii

:: Mrs.SyahNia :: said...

comel je taw diorg ni..
tp mana2 ank..kbyakanya mesti takut dgn ayah kan..hehe

Fiza Rahman said...

Tu dia. Tak per lah cha, asalkan dorang diam. Samalah mcm anak2 kat umah ni.

ch@ said...

khadeejah hasmad, asyifa mustaffa:
kalo emak yg suruh mmg tak jln langsung, cer abi yg suruh...berdesup buat kerja.

Fiza, kakGie:
kita pun dpt buat kerja masa dorg main.

kakEda, Eima,sue jemah:
berkali-kali gak tarik nafas. slagi tak tidur, slagi tu la waktu main.

kakIeyna:
hahaa, dorg ini dua kali ganda kuasa anak akak yg berdua tu.

sisYana:
tahun depan sunyilah.

suzie aleeya:
exercise kemas mainan dorg je.

Ain:
tunggu la kembar tu esok. mmg tak gemukla emak.

ch@ said...

khadeejah hasmad, asyifa mustaffa:
kalo emak yg suruh mmg tak jln langsung, cer abi yg suruh...berdesup buat kerja.

Fiza, kakGie:
kita pun dpt buat kerja masa dorg main.

kakEda, Eima,sue jemah:
berkali-kali gak tarik nafas. slagi tak tidur, slagi tu la waktu main.

kakIeyna:
hahaa, dorg ini dua kali ganda kuasa anak akak yg berdua tu.

sisYana:
tahun depan sunyilah.

suzie aleeya:
exercise kemas mainan dorg je.

Ain:
tunggu la kembar tu esok. mmg tak gemukla emak.

Sweetmama said...

sama la dgn zaquan n ziqry, mama dia ckp x jln pun, papa dia ckp sekali je terus dengar..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in