Kegunaan kabinet tinggi.

Monday, 21 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahahaha, ye ingat lagi gambar kabinet tinggi aku yang terletak di tinggkat atas? Kabinet yang mempunyai 9 pasang pintu, 8 laci yang boleh memuatkan 2 paket Drypers yang belum dibuka dan 26 ruang penyimpanan barang-barang yang sangat besar. Percaya atau tidak, setelah setahun aku di sini, masih lagi terdapat ruang kosong di dalamnya. Haaa...

Ini dikira entry membuka rahsia aktiviti aku di rumah, aku ialah seorang yang mudah dan malas hendak buat benda yang remeh temeh lama-lama, jenis yang malas hendak over tekun bila buat sesuatu. Apa yang penting sekali ialah, mesti buat kerja sehingga siap dan kemas dan tidak pening untuk kegunaan akan datang.


Betul, bila dapat kabinet yang tinggi begini, pabila kemalasan tahap maksima makanya campak sahaja ke dalamnya dan tutup. Itu juga yang aku buat pada khasnya 4 laci drawer paling bawah. Merupakan juga tempat kesukaan trio bila bermain, hehee. 4 lagi di atasnya tempat letak, Drypers, Cloth-Diapers, beg abi dan beg aku yang jarang-jarang digunakan. Ruang paling kiri merupakan tempat letaknya toto, barang-barang yang tah, masih elok tetapi belum fleksibel digunakan, juga kotak baju lama yang memang tidak langsung akan dipakai. Baris paling atas, kosong. Ruang paling kanan, letaknya tudung dan shawl yang biasa guna dek kerana ada ruang penyangkut.

Ok, habis part yang tidak berapa hendak penting sangat. Now, kita buka pintu paling besar yang ada pada kabinet ini. Tadaaa...kerja orang malaskan. Baju trio, muehehe. Satu ruang, kumpul semua, hendak ambil pun senang pasal susun ikut sedondon dan warna. Masa angkat dari ampaian dan lipat sudah asingkan siap-siap baju dan seluar. Rutin waktu pagi, ambil tiga pasang letak atas katil lepas tu turun buat kerja rumah.

Semua rapat ke dinding pasal tak kasi tumbang.

Sebelah almari trio, baju bajan aku. Aku suka lipat baju cecomel je, boleh muat banyak. Bawal dan shawl letak sebelahnya, mudah jika hendak keluar pilih baju, pilih shawl or bawal yang senada. Ruang bawah jeans, skirt, baju jalan, baju kurung dan melayu yang jarang dipakai trio serta seluar harian aku. Itu pun ada kosong lagi.

Simple je. 

Pintu atas ialah, cadar, tuala, selimut, telekung disusun ala-ala kat hotel gittu, perasan lebih ni-hohohooo. Ok, tu je la. Oh, baju abi. Ye baju abi di dalam almari pakaian set bilik tidur dalam bilik utama. Sekali lagi kerja orang yang tidak berapa hendak rajin, sudahla sekarang ni kejap gosok, kejap tidak gosok, harap susun ikut warna je la dah tu semuanya guna penyangkut baju, muehehe. Efisyen ke tak ni? Dua almari semua abi punya, aku tumpang sikit je untuk isi baju kurung.

T-shirt, ruang bawahnya pakaian kecil, stokin dan seluar abi. 

Kemeja dan uniform, ruang bawahnya pakaian kecil dan baju kurung aku.

Masa mencuci aku asingkan baju anak dan baju kecil manakala baju dewasa untuk pusingan lain, jadinya bila masa menjemur aku dapat asingkan siap-siap. Bila sudah kering masuk dalam bakul kena tune malas letak bakul tinggi-tinggi untuk mengelakkan trio mengucar-ngacirkan kedudukan baju yang menanti rajin untuk dilipat. Itu sahaja, sesi aktiviti mendobi dan aku. Mencuci baju ikut ketinggian bakul hijau ini, memang aku tiada jadual efisyen macam pengurus rumah tangga yang lain, hahaa.



Banyak-banyak part berkaitan dengan mendobi, aku paling suka jemur baju. Hehee... Ok, itu sahaja. Daaa...

11 pasang kaki:

Fizah said...

hohohoiii... i is super duper like dis entri!!

besarrrrrnyaaaa lamari baju angpa...memang mencabar nak susunatur...tapi you did it!! ingatkan lemari besar tu dlm bilik utama?

jemur baju - i tak berapa suka...;) hee..

p/s bakul dan hanger serba hijau..

Nad MamaZN said...

Suka ngan cha ni... Teratur jek sume...

Sweetmama said...

yg pasti cha ni mmg jenis kemas n teratur..cantik je bersusun semuanya, k.eija xdela masa nak mengasingkan baju sedondon je bersidai...

mama lieyna said...

Bestnye cha nengok almari besar gitu..puas nak sorok barang..heee...
Kemas weeh, mcm hotel :-)

syawalsimpsons said...

teretur je mek..suke lak aku...nak jugak teratur gitoo

Jue a.k.a Ibu 2F said...

teratur je comel sangat

@e_da said...

cha nak je akak upah ko mengemas kan almari akak kat umah tu.. bestnya ada wardrobe besar camtu.. tersusun semua

hazlina azmi said...

kmeas jer susunan baju tu.....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

ch@ said...

Hazlina azmi, Sue Jemah, Fizah:
tak berapa nak susunatur sgt la, hahaa. janji mataku tidak nampak semak sudahlah.

kakJue, kakEiyna, kakEija, kakNad:
kita suka yg lapang-lapang je, yg sng nmpk, senang ambil, lipat pun mmg suka samakan sbb sng nak susun.

Ampai tu, mengadap btl tingkap dapur di sinki, terapi mata bila masak. tu yg skema.

Almari owner lama, guna sahajala. elok je lagi.

kakEda:
dulu, masa duduk hostel ada je yg upah kita kemas locker dorg, dorg siap belajar, mcm mana kita lipat baju boleh sama saiz btk. hahaa.

Shiqa Nawar said...

Ngaaa suke nya tengok sgt kemas.. alangkah bhgia kalau shiqa boleh serajun akak.hihi

ch@ said...

Shiqa:
alahaiii, kemas harta sendiri je Shiqa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in