Hobi sahaja.

Tuesday, 29 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai menyiapkan beberapa order, rata-ratanya tertarik dengan Quilling Fridge Magnet. Entahla, aku buat yang termampu. Hendak fikir banyak sangat, kusut pula kepala aku nanti. Aku menaip entry ni pun, sambil bertemankan rancangan Star King 393-OneHD. Dengan trio yang tidur ala bintang, kepala bertemu kepala kaki menjulur ke arah luar.

Kepada kawan-kawan yang suka dan sudi dan berminat dengan hasil tangan tidak seberapa ini, boleh sahaja roger di nsahida@gmail.com. Isk! tidak pandai betul aku hendak buat promosi. Ngeee... tiba-tiba kekok dengan product sendiri. Aku buat hanya bila ada kelapangan, jila ada due date aku akan usahakan untuk siap mengikut jangka masa. In shaa Allah.





Quilling frame: RM15-RM20

FM yang telah aku hasilkan setakat ini.

Aku budak baru belajar, jika serba kurang harap di maafkan. Banyak juga kan? ngehehe. Ok, boleh email aku di nsahida@gmail.com dan cuci mata di Hobbies dan #hobbiesart di Instagram. Aku hendak berterima kasih juga kepada mereka yang pernah dapat hasil tangan kayu ku ini, harap anda semua gembira. Sepertinya, aku udah tidak larat hendak ambil gambar setiap kali sebelum proses packing, phew!

Ok, hendak angkat trio one by one naik bilik. Daaa...

11 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

tangan kayu la snagat kan..ni bukan kayu ni..ni mmg superb ni...gile kentang la ko mek...untung aku kawan ngan ko...mek nnt kiter deal kat email ye..aku nak minta ko buat kad untuk akob bufday next month ok...nnt aku carik ko kat sana

eima said...

hebat ... bukan senang tu nk buat ... aku nk gulung kertas pun senget ni kan plak yg ni ...

Sweetmama said...

cha cantik semuanya..(dh komen di IG, komen lg disini..hehe) sbb mmg cantik pun tau..

cha nnti k.eija nak order la 1 FM, tp k.eija x tau la konsep yg mcm mane.., papehal nnti k.eija wassup² ye..

Moga terus maju dan maju bizness@hobbies cha ni..:)

Nad MamaZN said...

Kalau bookmark tu ganti ngan fm bleh tak cha?

Masya said...

semua pun cantik x... sangat²... tak nampak dimana kayunya jari itu kikikiki

Izan Ishak said...

kak izan suka tgk hasil seni cha ni. bukan semua org berbakat tau. moga2 terus maju jaya dlm quilling art ni! dari suka2 boleh jana $$$ ni cha~

Yanti Isa said...

cantiknyaaaaaaa ...

:: Mrs.SyahNia :: said...

wahh akak..cun2 sumalah..
walau bz jaga askar 3 org masih mampu buat kraf ni suma..hebat mommy ;))

Kak Aya said...

kreatfnya cha...k aya jenis tangan keras kejung..novel byk kat rumah ni...cha tinggal mana

ch@ said...

Sue Jemah:
tq sbb sudi kawan dgn aku mek.
ok, nnt roger je.

Eima:
Manja, kelebihan kau mungkin bukan dgn art, tapi kalo ko bg aku kad handmade ko walaupun tak tentu arah, aku akan simpan sbg kenangan.

kakEija:
tq kakEija, kakEija wassapp je nak bubuh nama apa. kebanyakan konsep tu, kita yg mikirnya, hahaa.

kakNad:
boleh, tapi kita buat size kecil sedikit. bookmarks magnet.

sisYana:
cer sis banding dgn blog otai, huaaa jauh beza kehalusannya.

kakIzan:
tq kakIzan.
btl smua org punya bakat tersendiri.

kakYanti:
tq kakYan.

Ain:
tq Ain.
hobi je la Ain, ada masa buatlah. takde masa, menyepilah ia.

kakAya:
kita dah duduk Sg. Buloh.
dah tak kerja di tempat jin bertendang tu (kata adik kakAya) hahaa.
kakAya nak letgo ke? kita taktau ada novel apa.

mama lieyna said...

Cantik semuanya... :-)
Menghargai bakat yg ada.. bgus2x.. ada juga hasilnya..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in