Koleksi dan projek.

Tuesday, 24 September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amboi tajuk kemain, macam biasala tidak lain dan tidak bukan tentang koleksi aku, mesti orang sudah naik jemu dengan entry hobi, kegemaran, koleksi novel, art, dan tupperware aku yang tidak sudah-sudah tu kan? hahaa. Takpela, siapa-siapa yang sudah jemu jelak lagi menyampah, bolehla buat apa-apa yang patut. 

Dengan ini, asalnya membeli untuk diri sendiri aku kini mengembangkan sedikit sayap untuk sama-sama membantu upline (biasalah kena ada sifu dulu) dan mempelajari selok belok bisnes (boleh ke guna word ni), tidak lain dan tidak bukan Tupperware. Usahlah di harap aku sudah pakar segalanya, aku masih lagi belajar-belajar-belajar dan belajar. Disebabkan, aku suka dengan blog makanya aku menawarkan diri untuk menjadi emak kutu Tupperware blogger tahun 2014, in shaa Allah. Aku hanya menawarkan 8 sahaja kekosongan lagi untuk RM40 sebulan. 

Hijau dapurku.

Sebab 2 sudah pun terisi dengan kawan sejawatan yang menyambung terus daripada kutu cuba-cubaan RM30 sebulan pada tahun ini, hehee. Lets, collect sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Terbuka kepada yang betul-betul berminat, sila email di nsahida@gmail.com dengan tajuk KuTuppy 2014. Kita akan mula main akhir Disember nanti. In shaa Allah. Maklumat lanjut, akan aku war-warkan di bloghijau ini. Sebarang pertanyaan jangan sesegan untuk email ye. Sekarang semua email, kemain ko Syasya.

Ok, next... Asalnya daripada hobi, bagi kad pada kawan-kawan sehinggalah mengembangkan sedikit sayap sebelah pula, membuat art Quilling. Dan yang menjadi kesukaan ramai ialah fm Quilling family. Seseorang telah minta untuk aku buatkan pokok yang berisi nama ahli keluarganya. Bila aku muatnaik di Instagram, wah! rezekiku mungkin di situ. Aku cuba sedaya upaya menghasilkan yang ter'best' untuk mereka yang sentiasa memberi sokongan. Kini, aku ke depan setapak lagi. Mungkin tidak besar sangat tetapi bila sesuatu yang kita buat dihargai orang, kita rasa sangat berbaloi. Kan?

Owh, ada frame juga. Harga bergantung pada saiz dan design. Sekitar RM5-RM8 (fm) dan RM10-RM20 (frame)

Sama juga, siapa yang berminat hendak order bolehla email di alamat email yang sama. Di sini, aku juga berterima kasih kepada pembaca bloghijau dan blogoren yang sentiasa memberi sokongan kepada aku, sentiasa setia dan ada untuk memberi kata-kata semangat meskipun kita tidak pernah bersua muka. Syukur aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang penuh dengan idea dan perangsang.

Terima kasih kerana sama-sama berkongsi minat yang sama, berblogging. Love you all. Always!

Lanjut mengenai Maajun Anggun Bistari boleh baca di http://majunanggunbistari.blogspot.com/ aku pun rujuk blog ini sebelum melanggannya. Nyata puas hati.

17 pasang kaki:

Yanti Isa said...

bestnya koleksi hijau tu .. akak punya macam-macam warna ada

mama lieyna said...

Waah terbuka lg ye cha..berminat nak join gak... esok akak email ye..tp chop 1 tmpt tau, confirm :-)

Cayalah...kian bkmbg bisnes :-).. cantik..

Masya said...

Tu dia hijau semua wiwiwiwiwi....

PUANSTOBERI said...

mengapakah tupperware byk kaler ijau?? kalo purple n pink kan comey.. hikhikhikkkk

syawalsimpsons said...

boleh la join..nnt aku email..ok tak

eima said...

aku tak brape minat ngan tupperware ni ... tp ade le beli utk kegunaan harian ...

Jue a.k.a Ibu 2F said...

comel sangat...
moga bisnes bertambah maju

Nad MamaZN said...

Geramnya tgk koleksi ijau tu..!
Cam nak join
Takpe ke ek?
Hahaha

Fizah said...

set freezer mate ada makcik? brp harga member?

p/s tanya je dulu tau..klu affordable aku sambar..klu overbajet i carik brand cokia duluk..ngee dasar kedek

ch@ said...

kakYanti:
beli sikit2 kak, buat guna hari2.
akak, kita bc blog akak tu, tapi google plus kita problemla, ngape tah. tu yg x komen.

kakIeyna:
ok, noted.
in shaa Allah terima kasih menyokong kita.

sisYana:
hijaucantik (sesuaila nama blog i)

kekDa:
skrg kan dah byk keluar pink ungu. kita terpikat tang ungu ja.

SueJemah:
boleh je.

Eima:
bgs juga x minat, mmg kalo dh minat ssh nak berhenti. seb baik aku tunggu hijau je.

kakJue:
thanks akak.
pelanggan magnet akak tau.

kakNad:
takpe, join je la.

Fizah:
aku dah wassapp2. freezer guna je tipuware, kat dlm org x nmpk. beli Ikea punya pun cantik, smua size bentuk ada.

mekchu said...

drpd hobi menjadi rezeki..

Orked said...

yezzzaa..
kite pn ahli tupperware, beli untuk kegunaan hari je..hee

Suka la tgk quitl tu, cantik...mmg cha umi yg serba boleh la...caiyokkk..smoga terus sukses yer :)

nanakimie said...

wah,kreatifnya kak:) cantik!

ch@ said...

mekchuN:
btl tu mekchuN.

Orked:
tq kak.

nanakimie::
baru belajar berjinak-jinak.

Sweetmama said...

mana ada jemu, suka tgk adalah :)

ch@ said...

kak eija:
tq kak eija.

.:fyzz:. said...

bgus2 leh dpt side income

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in