Balik rumah.

Tuesday, 17 September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeay, akhirnya home sweet home. Buka sahaja pintu rumah, tadaaa...abi telah menyediakan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk workstation art aku, hurey! i like. Berkobar-kobar. Entry ini, bertaip di atas meja sendiri, muehehe. 

So, sedang gigih membahagikan masa dengan anak dan art dan bisnes tupperware, eh panggil bisnes ke? bolehla kecil-kecilan. Hari pertama, macam biasa mengadap rumah setelah dua minggu ditinggalkan, baju bersih sebakul lebih macam aiskrim mengambil masa dua hari untuk beres melipat, tandas atas dan bawah, terus sahaja aku kerjakan. Hilang sinar dan kilatannya dek kerana tiada orang yang pedulikan. Phew! 

Senang bila semua diam dalam troli canni. Beli barang dapur sebelum balik Sg. Buloh.

 Balik-balik, Auni berjaya rekrut Adli naik turun tangga bila pagar tutup. Arrizqi pun dah reti nak mengamuk bila tak dapat naik tangga. Cis!

Lain-lain hal, macam biasa sahaja. Rutin sudah kembali semula. Akan tetapi sejak ada meja baru ni, kerja art menjadi lebih mudah. Arrizqi aku tinggalkan bermain dengan Auni dan Adli di anjung rumah, buka pintu luas-luas, berkejaranla dorang bertiga keluar masuk. Kejap dengan basikal, kejap dengan kereta, kejap dengan kayu, kejap dengan mainan. Riuh rendah janji tidak ada yang menangis.

Baju seluar dah berlapuk, kotor, barula masuk rumah berehat sebelum pesta main air bermula, hahaa. Senang kerja emak. Semua buat berjemaah. Lepas mandi, kita minum susu. Arrizqi pun sudah mula minum susu sama dengan abang kakak, pastu main kejap sebelum makan malam dan masuk tidur. Rutin bersambung esok hari pula. Sekian.

Nota hijau: Meja kerja belum boleh tayang, belum siap kemas lagi, hehee. Nak juga buat Small Office Home Office gittu. Ewww!

10 pasang kaki:

Fizah said...

ewah ewah ewahhh...buat ambe berdebaran gittewww...hoyehhh SOHO ;)

Masya said...

meja baru, baru balik rumah, semangat baru yeahhhhh .. mga berjaya ... hebatlah rizqi masuk kot celahan tu...

Gieyana said...

Nnt nk tgk gk meja kerja cha..:)

Nad MamaZN said...

Bestnya ada workstatiob sendrik :)

mama lieyna said...

Waah dah ada ruang kerja khas..haruslah semangat berganda.. :-)
Nk jugak tengok 'office' ch@..hehe..

Ooh anak2, senang bertiga, lebih happening bermain sama2x..

Suzie Aleeya said...

rindu kat blog hijaucantik n....lame x updated kan....pape pon all the best frenz!!

oni,adli n rizki.....Untung kamo ade superMAK hihihi

syawalsimpsons said...

boleh geng la da workstation sendiri ni...aku pon ada..kat opis je la...kikikiki.....best tu buat semua berjemaah....si syawal ni susah sikit...baru nk berjinak main2 ngan adik dier secara mengganas..

eB said...

ps: u sht dear? (",)

eima said...

syok nye kan blik rumah sendrik ...
balik pula dpt hadiah dr abi .. tu yg terbaik tu

ch@ said...

kakIeyna, kakNad, kakGieyana, Fizah:
simple je. kita lebih suka atas meja kosong. tapi tak boleh juga, ada jadi pentas anak2 buat konset kang.

sisYana:
tu Adli sis. dia tgk kakak buat, dia test la juga.

Suzie Aleeya:
skrg ni mcm kehabisan idea nak update. asyik cerita hal rmh dan kegemaran je, bosan juga org hendak membaca. superMAK la sgt kan. lelah dow...

Sue:
aku pun ada juga masa kat opis dulu. now, opis xde kerja di rumah sahaja. kerja tanpa kira waktu.

Anak lelaki, camtu la. sama je Adli bila main ngn adik Qiqi dia tu. panggil beria, sudahnya ditunjal kepala kawan tu, sabo je la aku.

eB:
daku sihat sangat sis. u cemana?

Eima:
hilang penat 14hari handle anak2 sendirian. hahaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in