Ramadhan kali ini.

Monday, 8 July 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan menjelang lagi, tahun lepas aku baru sahaja dapat berita pregnantkan Arrizqi, menjelang Aidilfitri, dia sudah pun berusia 7 bulan, muehehe. Tahun ini tiada surprise mengandung lagi, in shaa Allah beraya dengan askar tiga sahaja. Persiapan pun alakadar sahaja, yang penting anak-anak gembira.

Tahun pertama Arrizqi beraya, cute sangat baju raya dia, hihiks. Semua orang teruja hendak buat dengan Arrizqi, belikan baju, belikan mainan terutama tokPapa dan tokMama. Best.

Suka sangat bila dapat berjalan.

Semalam shopping barang dapur, gila ketoi jejak RM600, takut aku tengok jumlah angka tu tapi hendak buat macam mana, semuanya keperluan. Bukan takat RM600 ada plus lagi beli periuk nasi dengan thermo pot. Ganti yang sudah rosak. Sayangnya periuk nasi warna biru, gara-gara abi dah peluk dahulu kotak periuk nasi Panasonic tu. Aku macam biasalah cuci mata port dulang pembakar. Geram je rasa. Banyak pula pilihan sampai aku malas hendak memilih. Thermo pot Elba aku warna hijau, yeay! Suka-suka.

Siap aku beli persiapan Ramadhan untuk anak-anak. Stock kalau-kalau emak malas hendak memasak nanti. Ye la, sah-sah sudah skip makan tengah harikan? Jadi, pada kesempatan ini aku hendak.menyusun sepuluh jari sekiranya setiap bait ayat dan perkataan ada menyentuh sensiviti individu-individu tertentu. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. In shaa Allah.


Selamat berpuasa kepada pembaca hijaucantik.

13 pasang kaki:

Sweetmama said...

phewitt..

samala kita ye..mohon maaf jgk, selamat menyambut ramadhan buat cha sekeluarga..:)

Masya said...

wohooooo.. ni sekali belanja lps raya ke hapa ni, tp brg skrg mmg mahal2kan...

salam ramdhan jugak cha dan keluarga, motipppp tunjuk gambar tu napa... comel dah hihihihihi

Yanti Isa said...

selamat menyambut Ramadhan Cha .

mama lieyna said...

Salam ramadhan ch@ n family.... sama la ye, maaf juge.. :-)

Huwaaa banyak soping tuu... syiokk..hehe..

Amboi makin comei berpeplum bunge2x.. :-)

Nad MamaZN said...

Salam ramadhan buat sahabat...
Moga kita sama sama merasai keberkatannya..

eima said...

selamat berpuasa Ch@ .....

:: Mrs.SyahNia :: said...

selamat berpuasa kak!

shoping masa skang mgg
tak sah kalo tak cecah seratus ke atas..suma mahal2..huhu

ch@ said...

kakEija, kakYanti, kakNad, Eima:
sama2 kita.

kakYana, kakIeyna:
motip, gambar inspirasi sblm puasa. nnt dah sebulan interframe blk, ada beza ke tak. muehehe.

Ain:
betulla tu. Lagi anak sudah pandai memilih, laju je tgn dia ambil apa yg disuka.

LYAfrina said...

huhu..cecah 600++ mmg byk.. ermm. tu la hara skarang kan.. klo rm100 tu kna molek leh 2 brg je..

salam ramadhan cha....

Suzie Aleeya said...

huhuhu....b4 im late
selamat berpuasa tok sya skuarge,moge tahun ni lebih bermakna dan sama² kite mendapat keberkatan dariNYA :))

Jue a.k.a Ibu 2F said...

SALAM RAMADHAN...
dah masuk hari ke 3 baru akak jejak kaki kerumah nie...
gila kentang beli barang sampai RM 600..tengok bil rasa nak menangis..betul tak.....hahahahahhahaha

Izan Ishak said...

salam ramadhan juga buat cha n famili.

wahhh... byk juga tu soping sampai 600. tapi semuanya keperluan kan. sekali sekala apa salahnya.

ch@ said...

kakJue, Lya:
betul tu. tapi takpela, semuanya utk anak2.

Suez:
in shaa Allah, sama2 kita.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in