New bicycle in the house.

Wednesday, 19 June 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun tidur cari basikal, lepas makan cari basikal, selesai mandi pun basikal juga. Beli untuk Adli khasnya namun biasalah, kuasa si sulong menguasai segalanya. Kesemua mainan, softtoys duduk dalam almari, penuh. Yang tinggal hanya kenderaan sahaja.

Warna, masih mengekalkan warna asal, oren. Konon, biar tidak berebut, Adli bawa Arrizqi, kakak naik basikal sendiri. Hrmmm, sampai sahaja basikal dalam rumah dari Johor menaiki kereta baru tokPapa, yang mula terkam, Auni. Sekian terima kasih.

Memang patut beri pada Auni, sebab dia satu-satunya yang boleh mengayuh dengan jayanya. Bawa penumpang Adli mahupun Arrizqi. Adli, baru belajar mengayuh basikal kakak yang masih ada empat  roda. Hujung jari kaki sahaja yang menyentuh pedal pengayuh dapat jugala bergerak sedikit. Dia belajar sendiri, anak lelakikan.

Penuh sudah parking dalam rumah, memang tidak dapatla emak hendak membeli perabot baru. Biarla dahulu.

Bro, kaki awak belum sampai lagila. Harap maaf.
Demi kakak, Adli cuba juga.

 Auni bawa Adli pusing rumah.

Kesudahannya semua terbalik jadi mesin kisar air batu campur. 
"buat aiskrim ummi" - katanya... sabo je la mak!!!

Baru tiga dah tunggang-langgang. Semua sudah terbabas. Adoiii, emak juga yang kena kemas. Tarik nafas... lepas.

16 pasang kaki:

Mama Lynd said...

Somel-somel-somel.
Haissss.. pikir 2-3 kali.. xnak dah tambah kenderaan..
Tapi bila belakng maknya yang ditonggang rasa mcam nak beli kapal terbang..

Anak ohhh anak..

mama lieyna said...

Hehe.. sukenye tengok... :-)

Alaa cha, anak2 sementara kecik ni, memang gitu, umah seejap je kemasnye.. takpe tunggu semua dh besar semua, boleh la nak hias rumah n kemas elok2x :-)

I like oren too... ceria..

syawalsimpsons said...

kan..belom 4,5 anak lagi kan..tapi bebudak mmg suke terbalikkan kete deme, beskal deme kan

Jue a.k.a Ibu 2F said...

adli nanti boleh bawak acik jue..hahahhahahaaha

Fizah said...

umah kita pun penuh ngan kenderaan bebeudak ni..hiks

eima said...

bestnye basikal tu ..klu ade satu kat rumah boleh fahim bw alisha ...

Nad MamaZN said...

Canteknya beskal dia! =)

Sweetmama said...

wah cantik la basikal baru adli..oren lg tu..

hahahaa..lawak la auni ni ada je idea anak2 ni kan..boleh terpikir plk dia nak jd mesin ABC..

Cik Puan Rara said...

hahahahaha sabo jelah kan.tarik napas ag.

:: Mrs.SyahNia :: said...

kakkkk, sgt comel beskal tu siap ada tmpat duduk blakang lg..berkenan plak ain..hihi

ffuuhhhh..sbr lah wahai kakakku
kemas, sepah kemas balik itu biasa
hikhik

Orked said...

cantik la beskal dia...susah nk cari beskal camni...mane bli tu cha?

ch@ said...

Lynd:
wah, nak beli kapal terbangkah? jgn lupa buat entry, nk tgk.

kakIeyna:
lmbt bnr rasa nk besar. karang dh besar sibuk nk adik pulak. aish!

cikPuanRara, kakEija, Sue:
tu lah pasal. muka x bersalah je bila buat rmh bersepah.

kakJue:
tggu Adli bw mmg lmbt sikitlah. kaki pun x sampai lg.

Ain, Fizah, Eima, kakNad:
tokMama la rajin belikan. kita mmg x pnh beli pun kecuali stroller.

Orked:
kat Kota Tinggi, Johor rasanya. tokMama yg beli, tah.

Masya said...

oen, tahu pulak tok mama itu warna kegemaran auni.. dah tentu2lah auni .. yg terkam dulu ...

akal x menahn dibuanya nak buat abc yer auni .. bijak2...

ch@ said...

kakYana:
masa Auni bb dulu dia mmg sgt tertarik dgn warna oren. bila nampak buah oren di pasar malam, dia tgk sampai buah oren tu tak nampak. bila jumpa bola warna oren, dia main di rak bola tu.

ch@ said...
This comment has been removed by the author.
nabihah rozeland said...

aku ade basikal camni dlu mek....time tu berebut 3 org...aku gang ngan adik aku no 2...yg kecik kene tinggal..main taxi2...aku jadi driver nye..ble taxi berhenti amek yg no 2 je...pilih kasih sgt...si no 3 menangis la sekuat hati..ibu aku abis solat,dia campak basikal tu..sbb wat gado...patah 2 basikal tu mek..kitorg merenung je tgk..tu je yg mampu..hahahahahaha...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in