Abang besar, Adli.

Wednesday, 5 June 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeah, go Adli-go Adli. Abang besar ni sudah mula menampakkan taringnya. Akalnya semakin luar biasa namun dia tetap dengan gaya tersendiri. Auni lebih agresif, cergas, pantas, garang, dia anak sulung satu-satunya cucu perempuan pertama dan cucu pertama dalam keluarga aku. Maknanya, dia masih lagi anak emas.

Adli, lebih kepada softly, lebih kepada beralah, mengalah bukan bermakna kalah. Lebih kepada orang lain dulu, dia kemudian. Namun, jika sudah jantinanya lelaki, melasak merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Lasak Adli tidak seperti Auni, Adli lebih suka mengemas sendiri-sendiri. Kerjanya semua secara sulit, sebab bila ada Auni dia tidak dapat main. Auni akan kaut semuanya sekali termasuk mainan Adli dan Arrizqi.

Apabila kakak hayal dengan pensil dan kertas, Adli ambil alih. Sambil main, menyanyi, menari, melompat, haaa dia dah pandai melompat dengan dua kaki serentak. Satu perkara yang dia masih teruja untuk buat. Lompat-lompat-lompat dan lompat. Mujur rumah batu, lantai simen. Kena rumah tokMama...bebak.

Mengendalikan Adli sangat senang, melahirkannya senang, menjaga dalam pantang pun senang, zaman kecil Adli semuanya senang, cucu lelaki pertama, cucu kedua keluarga aku. Dia juga disayangi kerana sikap dia yang tidak suka menyusahkan orang. Disuruh tidur, dia tidur, disuruh makan dia makan, disuruh main dia main, mengikut arahan. Dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bila sahaja nampak Arrizqi sedang leka atau pun tidur, dengan bantal merah hampir tidak berinti dia datang minta pangku aku. Minta didodoi macam adik juga. Ye, dia masih mahu manja bila aku tidurkan Arrizqi, aku juga perlu tidurkan dia sama seperti Arrizqi walaupun pangku sudah tidak muat. Paling best bila dapat menggomol anak-anak, satu part yang aku sangat suka, hahaa. Usik sana-usik sini, kiss sana-kiss sini, walaupun aku sudah letih dengan kerja-kerja rumah.

Rindukan Adli, jom kita tengok dia :)

Budak dan bedak memang tidak dapat dipisahkan, baru beli semalam-hari ini sudah habis sebotol.

Adli-Adli... 

Bajet comel.

Sudah pandai makan sendiri, dia pula suap pada Arrizqi. 

 Kadang-kadang, aku pun keliru siapa yang dalam walker ni, silap-silap aku terpanggil Adli, Arrizqi. Hahaa, emak pun confuse dengan anak sendiri. 

Nota hijau: Tengah prepare kad raya handmade :p - posa pun belum. hahaa.

10 pasang kaki:

Fizah said...

seghupe muka adli ngan arrizqi kat gambar yg last tuh!

Nad MamaZN said...

Adli ni mmg anak yg baik :)
Diam diam ubi berisi dia ni :)

Elok la buat awal2 mana ada masa terluang tu kan :)
Yg cha bg kt kak nad thn lepas ada elok lekat kt peti ais tu :)

syawalsimpsons said...

udah panjang kaki tu ha...silap2 boleh angkat walker tu sambil jalan..kakakka...terbaik la abg besar ni...

eima said...

comey adli die paham yg die dah ade adek ..die kena mengalah ... adli ni buat aku rasa syg kat die la .. nape tah .... comey

Izan Ishak said...

perangai anak ke-2 rata2nya hampir sama ye cha. suka beralah tapi sangat berdiri, main sendiri2, suka mengemas.. itulah abg naufal.

ehehe... k.izan lagilah. kadang2 tu sampai sebut kelima2 nama baru betul.

Zura@Iwan said...

adli2..hehe..

anak laki mmg la lasak kan...

kita yg sorang tu pun...kdg2 penat melasak..haha

mama lieyna said...

Adli abang yg baik :-)... berdikari... good boy...
Comel aksi berdikarinye tuh ...

Buat sikit2 cha, kawan2 ramai nih..hehe..

Masya said...

bertuahnya cha jadi umi pada abg besar.. moga adli sampai besarlah begitu .. berdikari .. walaupun hati ada taman tu.. nak tdo mintak dodoi lg hahahaha ....

Jue a.k.a Ibu 2F said...

good boylah abang adli nie...

ch@ said...

Fizah:
Arrizqi lebih byk ikut Auni.

kakNad:
thn ni, lekat lagi la ye (jika sudi).

Sue:
btl la tu, tergelak bila tgk dia buat. mcm sotong kurita.

Eima:
adli special. lain drpd yg lain.

kakIzan:
suka mengemas tu, tak tahan. tu la, kadang nak panggil Adli panggi Arrizqi. baru dua hero dah keliru.

ZuraIwan:
kita ada dua orang lelaki. huhuu.

kakIeyna:
siap 10keping. lagi 30 keping lg ;) simple je.

Yana:
lenguh mangku dia.

kakJue:
paling terbaik :)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in