Wangi.

Wednesday, 15 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ihiks, bau tak-bau tak? hahaa, bila sakit sengal sudah datang mulalah merepek meraban. Hari tu, masa hari istimewa aku, alaaa 6hb Mei lepas, aku tidak dapat makan kek pun, hahaa. Kesiankan? On that day pun, aku bakarkan biskut mentega untuk anak-anak. Haaa, menggigih tau.

Sampai ke hari ini, aku masih lagi belum potong kek, alaaa teringin betul hendak makan kek tapiii malula hendak minta-minta. Kalau dengan papa ni, saban tahun dapat makan kek, setiap kali hari lahir sesiapa pun, mesti ada kek. Alaaa rindu.

Apa? makan malam istimewa? hahaa, apakah itu? perlu ke? hrmmm, lama sudah tidak berdating-datingan dengan si dia, seperti biasala baru sahaja mengutarakan kata hendak dating atau hendak jenjalan dengan si dia, perkara pertama dalam kepala siapala yang larat hendak jaga askar mak yang bertiga tu. Ketiganya ada perangai yang sukar dijangka. Jadi, tunggu sahajalah.

Sejak aku duduk rumah ni, ruang lingkup hanyalah ruang tamu, dapur, bilik air dua, bilik tidur tiga, bilik pakaian, ampaian, hahaaa. Ya tempat idaman semua para emak dan isteri. Hrmmm...

So, hari istimewa hari tu aku dapat apa? jap-jap-jap aku post gambar aku jap. Saja nak mengada interframe, muaskan hati.


Lawa tak kakTon? bahahaaa, gelak-gelak jangan tidak gelak. Wah! lama betul tidak interframe. Phuiii! So, kali pertama pakai tudung bawal blink-blink ni, pemberian my lovely inspirations sisYanti yang ada lima orang anak dan seorang wanita berkerjaya, dia seorang guru. Thanks kakYan. Oh ya, kali pertama juga aku menyembur wangian termahal untuk diri sendiri, poyo lagi.

Tepi-tepi-tepi, bagi laluan kepada minyak wangi pemberian suami tersayang, gila tak sayang? anak tiga tu, Donna Karan New York-be delicious katanya. Aduhaiii, wanginya sampai tiga hari melekat-tipu. Selalu aku suka hijau, syukur abi beri warna merah jambu. Kenapa? warna hijau buat aku terkenang seseorang yang aku tidak gemar. 

Satu-satunya wangian yang paling wangi pernah aku dapat, jakun. Terima kasih suami. Hihiks-ngada.

Inila dia si dia yang wangi tu.

 Tidak dapat hendak bayang, gigihnya abi membalut dengan wrapping paper polis ni. Adeih!

Nota hijau: Terima kasih sebab habiskan entry poyo tidak hengat ni, hahaa. Gila ketui!

17 pasang kaki:

Masya said...

oic ... siap balut dgn wrapping paper polis hahahaha ... meh jumpa meh .. nak tahu jgk wangi dak ....

Fizah said...

hahaha...hanya mampu tergelak dgn entri yg chomell ini!! wrapping paper polis? hahahaha lagi! ;D

Nad MamaZN said...

Ala, ada jugak hadiah ikhlas dr hati drpd abi :)
Walau wrapping papernya cap polis :)

Meh bg alamat, kak nad pos kek :)

syawalsimpsons said...

wahh best je tau

jaja_NorLiza said...

waaa...bestnya dapat present...akak rasa dah lama tak dapat present dr sape2 pun..uhuk2..lg tragis kot! hehe..
eh..eh..ch@, wangi nya..bau sampai shah alam ni tau! ;-)

@e_da said...

Walaupun xde kek dia tetap romantik... Dia nak umi wangi selalu

Jue a.k.a Ibu 2F said...

kesian dia...
takpe nanti akak bawak kek untuk cha bila jumpa nanti...

wrapping polis gitu....

Yantisa said...

maintain ayu ... wangi sampai bau ke sini :)

sal ya said...

kalau macam ni tak mandi tiga hari pun tak apa kan? hahaha...

Rasp said...

yg bikin lagi mantops hadiah ni sbb wrapping papernya hehehehehehehe...

ch@ said...

Yana, Fizah, Sue, RASP:
wrapping tu ngam2 saiz kotak, saving bajet betul. but I love him so much.

kakNad, kakJue:
are u sure? kek? nak-nak-nak.

kakJaja:
meh address, nak bagi present kat u. hihiks.

kak@eda:
alaaa sajala tu, selama ni kita bau bibik la kot. hahaa.

kakYanti:
tahun ni lastla ayu tu, thn dpn 3siries dh. huhuu.

kakSal:
huih! dasyat sgt tu kak.

PUANSTOBERI said...

Kikiki...tergelak plak akak tgk dia wrap dia wrapping paper logo polis. hihi.kadang mereka ini sukar dijangka kan.
Ahah! perfume tu mmg wangi. akak pun sker. akk pernah pakai gak. tp lama dulu la... sker. bau epal.nyam nyam.

ch@ said...

KekDa:
Kali pertama ni kekDa. Nk sembur pun gugup.

mama lieyna said...

Dok terbyg gak camna gigihnyq abbi membalut tu..ihiks..

Terharu aa dpt minyak wangi terwangi... :-)

Sweetmama said...

Wah ok la tu cha siap dapat hadiah perfume lagi,
k.eija lama dh x dpt hadiah besday rasanye, tp nasib baik dia x pernah lupa nak bawa kami mkn2 pd hari istimewa..

ch@ said...

kakIeyna:
tu la tu.

kakEija:
itu best, takat ni mmg x pnh pun g mkn mlm istimewa.

aisoice said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Gema Parfum :
Minyak wangi terwangi.

----------

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in