Puding roti choc chip [bakar].

Thursday, 23 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku makan puding roti seperti yang diidam-idamkan, sangat memenuhi citarasa, langsung tidak kecewa dengan hasil percubaan pertama. Terima kasih www.ceritaindahkami.com, hasil carian Google. Disebabkan permintaan ramai, poyo! maka aku kongsikan resipi 'puding roti choc chip' gittu versi empunya hijau cantik.

4 keping roti [Gardenia]
1 sudu besar butter dicairkan
2 biji telur 
1/4 cwn gula ising
1 cwn fresh milk [DutchLady]
1 sudu kecil esen vanila 
Ikut citarasa choc chip


Prosedur seterusnya.


1. Bakar roti guna kuali leper, carik-carikkan dalam loyang pembakar.
2. Tabur choc chip dicelahan roti yang dicarik.
3. Tuang butter yang dicairkan.
4. Pukul telur, gula ising, susu dan esen vanila bersama sehingga rata dan masukkan pada roti dalam  loyang pembakar.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah, 20-25minit. 

Siap!!! Dua kali pusing habis sudah. Aku, Adli, Auni, Arrizqi kerjakan pusingan pertama dan kami bertiga pada pusingan kedua kerana Arrizqi tidur. 

Aku suka dia rangup sedikit, maka biarkan lama guna api atas bawah semasa membakar. Pergh! rasa macam wafer pun ada, ahaks!

Macam disuruh untuk buat lagi sekali je.  

Ahaaa, sayangnya mau habiskan. 

Gila melampaukan, makan dalam loyang, hahaa. Buruk pangai sungguh.

Ala loyang aku kecil sedikit saiz pinggan plastik IKEA tu, lagi pula aku memang suka buat pangai gila sekali-sekala kalau tahap malas hendak cuci pinggan bebanyak. Makan megi dalam periuk, pernah sekali dulu makan megi dengan abi dalam mangkuk hidangan nasi tu, bahahaaa. Best tau, barula ala-ala Korea drama FullHouse. Pengaruh lagi? Adeih!

Dengan ini, hendak ditambah ke'over'an lagi, aku telah rasmikan mixer ELBA, gajet baru di dapur hijau, mmmuah...bagi satu kiss. Buat puding roti je, gila meroyan hendak guna mixer. Jakun, hahaa.


Nota hijau: Projek seterusnya, tungguuu...oh, masa buat ni? macam biasalah, banyak anak banyakla ragamnya. Yang manjat, yang tunggang basikal yang melalak. Emak gigih juga macam biasa sampai penamat.

12 pasang kaki:

Yanti Isa said...

sedapnya .. dah lama tak buat puding roti ni

Masya said...

cayalah cha good job, kt tak pernah buat puding ni cha, tkt suami tak suka ... roti kat rumah pun hari ni dah nak tamat tempoh.. kalau rajin nak cubalah balik nanti.. tambah lebih hiasan bg 2 beranak tu makan...

Fizah said...

muahaha...pasti bertarung dgn cemacam kerenah dak2 tu kat dapur kan...but spt biasa harus selesaikan juge tugas, ye dop...ihii

Jue a.k.a Ibu 2F said...

sedapnya..nanti akak datang cha buat nie ye...

Nad MamaZN said...

Cayalah!!!
Hebat!

eima said...

mudah je kan ... bahan pun tak mahai nk try la buat

syawalsimpsons said...

terbaik la...jemah ni buat puding ni, bawak G opis je...kat opis je ada tukang perabis..kat umah ni, tak da sape yg nak makan..rugi

Sweetmama said...

Wah licin.., Tq share resepi, nak copy resepi ni nnti ada masa nak try buat jugak..

mama lieyna said...

Waaah licin, tandanya sodap sgt tuh :-)

Alaa ntah bila blehn try, oven dh meletop..mixer baru berapa kali guna..cam cha punye gak.. :-)

ch@ said...

kakYanti, Eima, kakEija:
buat jangan tak buat, sng sgt. kali kedua kita buat sambil masak tgh hari.

Yana, Jemah:
hrmmm, kita buat mknn yg pepelik ni mmg mkn dgn anak2 je, abi langsung x mau pun.

Fizah:
kena juga siapkan. kalau tidak sampai bila tak berusik.

kakJue:
boleh.

kakNad:
yeah! i can do it.

kakIeyna:
ada juga versi kukus, ada juga versi masuk je dlm peti. but, kita tak gemar sgt yg tu.

sal ya said...

merancang nak beli mixer jugak. tgh survey2 ni. senang nak buat kek biskut bagai.

ch@ said...

kakSal:
hiks, murah je kak. beli yg x stand pun dah ok rasanya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in