Karya buatan tangan.

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hati bunga-bunga, hari ini Jumaat esok cuti. Macamla aku ada cutikan? hahaa. Layankan aja. Siap sebagaimana jangkaan. Main aci redah je, kali pertama buatkan permintaan orang. Gementar usah dikata, kali pertama kot. Seram jika tidak menepati citarasa namun tetap kuatkan semangat juga.

Seseorang telah email kepada aku untuk menempah 25 keping penanda buku berquilling untuk majlis Aqiqah pada hujung minggu ini. Bagi orang yang biasa, ianya hanyalah biasa-biasa sahaja namun bagi aku yang langsung tidak biasa membuat karya yang ada due date, merupakan satu perkara dan pengalaman pertama sepanjang kehidupan.

Biasanya aku offer diri untuk buat, ataupun just for fun. Mana tau, ada pula yang betul-betul terpikat. Simple je, ikutkan hati memang hendak kutangankan semua, malangnya memikirkan askar aku tu, aish! minta bantuan abi sahajalah. Abi pun rela je hati untuk menunaikan permintaan aku, printkan apa yang aku sudah siap edit. Alahai, tidak puas betul hati edit guna netbook ni, halus bebenar. Gigih juga.

Siap teman pergi beli reben lagi, bermacam warna aku beli, cantik pula rasanya. Sebelum tu, mestilah aku siapkan quilling butterfly dahulu, selagi kertas kisar tu masih ada, cuma tidak banyak warna menarik yang tinggal. Kertas keras pun sudah hampir habis, suka sangat hendak mengisi masa lapang dengan satu aktiviti kegemaran.



Terima kasih Nurul Shuhada, nama pun lebih kurang aku je. Tiada blog tetapi tetap pembaca blog orang lain. Terima kasih kerana menghargai dan terima kasih kerana percaya untuk aku meneruskan aktiviti kesukaan ini keperingkat yang lebih luas. Terima kasih yang tidak terhingga banyaknya.

Simple sahaja sekeping kad dengan quilling butterfly, rasa macam tidak puas hati tapi separuh lagi rasa ok, then yang penting orang di sana turut puas hati dan suka. Aku juga minta maaf sekiranya tidak dapat buat yang terbaik. Itu sahaja bahan yang masih ada, aku gunakan sehabis daya. Ihiks. 

Nota hijau: Sedang gigih menyiapkan Khat Kufi Murabbah berquilling untuk hiasan dinding. Pergh! bila zaman hendak siap. Adeih!

7 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Alhamdulillah..
Dpt jugak siapkan sblm due date kan?
Pencapaian jugk tu :)

PUANSTOBERI said...

hihi... yg Cha bagi kat akak raya tu ari masih elok terletak kat board kat ofis ni. pandang je tingat Cha :)

Rohani Hashim said...

Cha, hehehe nak gak reply kt sini, cha bertuah tau xmasuk 3series dah ada 3askar. sangat bertuah dear.hargai anugerah yang di amanahkan dear.

Whitey Mommy said...

cha kita cuba

Masya said...

wah.. buat khat kufi untuk hiasan rumah ker?? mesti cantik.. mahu tempah boleh??

Sweetmama said...

Alhamdullillah, dah terima tempahan, moga terus suksess..

wah gigihnya cha nak menyiapkan khat kufi Murabbah berquilling, mesti cantik..

ch@ said...

kakNad:
permulaan yg baik kiranya.

kekDa:
alamak, malula canni.

kakHany:
in shaa Allah, sdg membina smngt ni.

Sha WM:
:) aja2 fighting.

Yana, kakEija:
simple je, semua org pun boleh buat.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in