Style makan Maggi.

Tuesday, 30 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saat entry ini published, aku dan Arrizqi berada di Klinik Kesihatan Sg. Buloh macam biasa. Pemeriksaan bulan ke enamnya jadi aku tinggalkan kawan-kawan dengan dua orang lagi askar yang sangat syurga bila dapat makan sup.

Ahaaa, katanya sup sebenarnya Maggi Ayam. Sesekali, didedahkan dengan menu ringan begini terasa enjoy dengan aksi dua beradik ini menikmatinya. Abang tiru kakak, kakak tiru abang. Apatah lagi diberi pelepasan makan sendiri-sendiri, biarkan berterabur, lantai melekit, berbau telur, baju seluar comot, janji dorang puas hati. 

Aku ambil gambar sambil mendukung Arrizqi demi aksi-aksi yang pelbagai dan menarik. Aksi yang diluar jangkauan kepala otak emak sendiri. Biasanya mereka makan bersuap demi mengelakkan bersepahnya rumah. Ehehehe...

Kakak: OSO umi, OSO. 

Pengaruh agent OSO makan spegetti dengan garfu, tak boleh guna tangan saja yummm...masuk mulut. 

Abang: Tarik-tarik dulu, masuk mangkuk balik semula dan kacau sehingga sebati.

Oiii, janganla main abang, masuk mulut makan.

Kakak: Eeeuuuuu...cantik, yummm.

Bagus kakak, pandai sudah makan sendiri.

Abang: Susah sangat guna sudu garfu, tangan je sudah. Yummm... (sambil jengah kakak di sebelah)


Amboiii, suka ya. Sangat suka gambar abang Adli yang terakhir ini. So lovely. Abang kakak kuat makan, lepas ini ajar adik pula ye. Adeiiih! Kesan daripada aksi menarik ini, aku menjalankan aktiviti membersih, menyapu dan mengemop lantai pada jap 12 tengah malam. Macam Cinderella.

Nota hijau: Emak mood baik je boleh buat canni. Bila emak tidak ada mood, jangan haraplah.

13 pasang kaki:

Masya said...

pendedahan yg bgs... suka btl adli yer.. aktiviti gaya bebas makan maggie hihihihi

Fizah said...

baju sama lagi..hihi

syawalsimpsons said...

seronok tgk telatah anak2 mkn kan..kikiki..si syawal makin besar, makin nk bersuap jee

eima said...

budak2 ni klu dpt mkn megi mmg suka kan .. sedap sgt depa tu ...

nurfadilah suardi said...

memang penuh gaya. Penatlah mengemas slps makan erk. suka tengok teletah anak-anak cha

mama lieyna said...

Hehe..enjoy nampak dua beradik tu.. :-)

Ye la cha, aktiviti cenggini, mmg sesekali je boleh kasi can, fenaat mak nak clearkan lepas tu.. hehe tp sesekali peluang dtg tu, suka la anak2x kan.. happy diorng :-)

jaja_NorLiza said...

hehehhehe...comel... :-)
BAGUS..kdg kala anak ni perlu diberi pendedahan cam ni.. tak boleh terlalu serius nak ikut rentak kita kan?? tp emak mesti la RAJIN..yg penting IKHLAS utk mengemas balik! eerrmmm..

Jue a.k.a Ibu 2F said...

sedapnya makan maggi...
nyum..nyum..nyum..

ch@ said...

Yana, Eima, kakIeyna, kakJaja:
mulut Adli ya Tuhan, sgt riuh. mkn magie je pun. kalau boleh nk mkn magie sambil baring.

Fizah:
ehehe, baju murah babyKid.

Sue:
kadang Auni pun sama. bila tanya kenapa tak mahu suap sendiri, "malas, umi buatla umi pandai" - errrr...

Dila:
takpe, mak dh bg permission tu kiranya mak rela je la nak kemaskan.

kakJue:
kan...? jom join jugak.

Shiqa Nawar said...

gambar paling bawah~ adli sangat coomel...hehehe

ch@ said...

Shiqa:
adli, bergambar tak penah naj serius.

Sweetmama said...

nasib baik mood emak tgh ok ye,
fuhh mmg pun yg x thnnye kalau bg diorang mkn sendiri lepas tu masak la kita nak mengemasnye.

ch@ said...

Eija:
Hahaaa...mls nak lyn pun ya jgk. So lantakla bersepah, emak jgk kena kemas nnt. Dh alang2kan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in