Puri yang terpulau.

Wednesday, 17 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Puri kentang, dalam segitiga makanan kentang sama-sama tergolong dengan nasi, makanan karbohidrat kategori menu berat. Bila sudah menu berat, sebagaimana puri nasi, ia perlu di campur dengan puri buahan atau puri sayuran yang lain. Seperti puzzle rasa, aku harus cerdik menggabungkan puri yang lain dengan puri kentang.

Arrizqi semakin cerdik, awal hari tu puri carrot [manis], puri brokoli [pahit] dan puri epal [masam] kesemuanya sudah pun selamat dihabiskan Arrizqi. Minggu ini puri kentang, hari pertama puri kentang bersama lenyekkan pisang, habis semangkuk. Selepas itu puri kentang dengan puri nasi, wohooo...kurang sedapnya mungkin menu tu berat sangat, Arrizqi makan sedikit sahaja. Adli pun tidak mahu sangat malah menghulur botol kicap suruh aku campurkan.

Seterusnya puri kentang lagi aku campurkan dengan nestum. Ok, boleh telan 4 kiub puri kentang dengan satu sudu kecil nestum. Hari ni aku sudah kosong, puri apa aku nak campurkan dengan puri kentangnya hari ini, kepala pusing-kepala pusing.

Dua hari lepas, aku kunyahkan 4 keping biskut Marrie, kasihan melihat Arrizqi hanya memerhati abang kakak makan biskut dengan mulut mengacip-ngacip. Habis 4 keping. Semalam, aku kunyahkan sekeping roti , pun habis juga. Aku sudah mula pening kepala mencuba suai entah apa-apa menu, hihiii.

Happy 6th month Arrizqi. [15/10/2012-15/04/2013]

Apa hendak ku tulis lagi? adoi, kebosanan tahap hendak padan dan buang akaun sosial yang aku ada. FB, Blog, Wassapp, WeChat, Instagram...argh! mungkin, aku perlu mengundurkan diri seketika daripada dunia-dunia sosial ini semua, hahaa... I need a short break. 

Nota hijau: Selamat Ulangtahun Kelahiran kak@Eda. Aku rindu bangat hendak gtalk macam dulu-dulu. Sobs!

15 pasang kaki:

JaSSNaNi said...

nak berundur seketika? kenapa?
jangan lupa kawan2 ye.. :)

Rasp said...

memang pening nak atur menua anak2 kan sis...
sabar sabar....
gi lah cuti2 sis...
rilek2 kan minda dulu...
sometimes memang we need a break...

eima said...

"aku kunyahkan 4 keping biskut Marrie"

kunyahkan tu maksudnye ape ... ko tolong kunyah utk rizqi ke.....huhuhuhu

klu hari bg puri kang rizqi bosan plak ko la tu pelbagaikan dgn biskut bagai kan

Nad MamaZN said...

Hepi 6 months old arrizqi!
Please jgn berenti menulis, please...
Tempek gmbo pun jadik la... =\

aThidEaN said...

i did that two weeks ago. it works! tinggalkan sekejap dunia alam maya. we need our own time too

Cik Puan Rara said...

hehehehe rarani dh tak tau nk bg apa kat anak dh.

Masya said...

campurkanlah dgn bilis sangai cha tumbukkan dia tak pun blender kering sudahh hihihihihi ....

kalau x stiap hari menulis 3 hari sekali pun ok cha... janji jgn berhenti yer..

mama lieyna said...

Kalau abi ada masa boleh la ajak g cuti2 kan.. mmg sssekali kita perlukan itu utk lapangkan fikiran.. tgglkan sekejap dunia maya..

Apapun, jgn tinggalkan terus tau, pasti rindu nnti wajah si anak2x.. :-)

Berpuree-puree jerlah dak berdua tu ye.. ada geng boleh berpuree sama2x :-)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

happy 6 month arrizqi..

itulah terlalu byk dh sosial network skrg ni kan, eija upload jgk semua..hehe, tp xde lah aktif sgt pun..

take a rest tp jgn stop terus ye..

mekchu said...

hah? arrizqi dah 6 bulan? eehh ye la.. wawa pun tak lama lagi 6 bulan jugak.. kikiki.. dah kena start study puree.. semangat ni..

ch@ said...

JassNani:
in shaa Allah tidak ku lupa.

Rasp:
PRU kak, abi sibuk. tak PRU pun payah hendak ajak dia bercuti.
tggu anak3 besarlah.

Eima:
kesian tgk dia melangok je bila kakak ngn abg mkn. dak dua tu dh berkeping-keping dia setengah tak habis, aku kunyahkanlah laju sikit.

kakNad:
tempek gambar, ngeri org salah tafsir pula. hehee.

Athidean:
akan dipertimbangkan.

CikPuanRara:
7th month, dah boleh bg ayam, ikan yg takde bisa, gatal, tak byk raksa atau merkuri. tak sabar2.

Yana:
ikan bilis pun habis, guana tu. ahaha.
kan, menulis ikut idea dan mood, boleh?

kakIeyna:
kena buat dua kali ganda, sian tgk abg bila emak suap adik. adik nganga je.

Eija:
hahaa, tu la. byk sgt sosial network, makin pening nak update semua.

Mekchu:
ihiks, arrizqi dulu baru wawa. hahaa. arrizqi dah makan mcm2 puri.

@e_da said...

Huhuuu aki jua rindukan kamu sygku...

ch@ said...

kak@eda:
aku juaaa...merindumu, tipon i rosak.

sal ya said...

tipon rosak penyebab nak buang semua ek?

ch@ said...

kakSal:
frust...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in