Puri epal dan kebolehan kendiri.

Tuesday, 9 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oh tajuk, kemain lagi, hahaa. Puri epal je pun yang hendak dikongsi. Takpe la, daripada blog ni menyepi je kan, sekurang-kurangnya bila ada entry dapat jugala di ambil pengajaran daripadanya, mudah-mudahan.

Arrizqi, menginjak usia 6 bulan, sudah mula menjadi ulat gendon, angkat montot tinggi-tinggi dan hempas dada salah langkah memang tergolek, nangis. Tidak pun, tersembam ke depan, hrmmm...memang sudah jauh merayapnya. Mengelap lantai emak, terima kasih Arrizqi.

 Hendak merangkak ke atau hendak duduk? Satu-satu dulu boleh?

 Mengelap lantai, abang kakak tolong jaga.
  
Setakat ini, aku bersyukur dia masih lagi sihat seperti abang dan kakaknya, aktifnya pun sudah mirip-mirip kakaknya. Aku pun mulala hendak pening kepala.

Kakak Auni dengan abang Adli, phew! Usah di kata, semangat kepolisannya sangat terserlah. Mengekek-ngekek bila bergurau, walaupun Arrizqi hanya melopong sahaja melihat aksi keduanya, namun aku tahu Arrizqi sedang membuat rakaman dalam kepalanya. Sesekali dia juga ikut tergelak sama dengan keriuhan tersebut. Masa begini adalah syurga bagi emak sebab boleh buat kerja lain kecuali mengemas.

Waktu emak baring, dorangla pelakon layarnya ;)

Rumah aku memang langsung tidak berkemas bila menjelang malam, hahaa. Setiap jam mengemas, aku pula sakit segala sendi, jadi biarkan sahaja. Tidak ada yang menangis pun sudah memadai selain membuat permintaan yang pening di tengah-tengah pagi. Aku masuk tidur dengan hati gundah sahaja, sebab rumah bersepah, walhal abi tidak kisah pun. Kadang dia tidak perasan pun rumah macam kapal karam.


[Puri epal] cara membuat.
[Puri epal lenyek] resipi.
[Puri epal jagung manis] resipi.

Bersepah adalah normal untuk rumah yang ada anak kecil. Bukan sahaja seorang, apatah lagi tiga. Hahaaa.

Nota hijau: Siapa hendak bertandang, sila roger dulu ye. 

8 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Cha org jawa ke?

Okeh roger.. Nnt nak sampai kak nad bgtau hihi

Jue a.k.a Ibu 2F said...

sijik faez..akak pun tak tahuitu nak memerangkak ke apa...
hahahahahahahaa

@e_da said...

laju tul la budak ni.. deena tertinggal tau.. hahah.. tak sabo akak nak mempuri cha..

mama lieyna said...

Comei jer haa.. nk buat dua skali ke arrizqi ? :-)

Betul la cha, kalau anak lebih dr sorang, mmg rumah seph sokmo..kalau kemas pun dlm jangka masa tertentu..tkpe..sepah tanda anak aktif dn sihat!!

sal ya said...

adoiii la. kalau husben akak tgk anak2 mcm ni mmg menjerit la dia. pening kepala bkn sbb anak tp sbb bapak. adeh...

eima said...

hmmm hebat betui la 2 bradek tu tak plak diorg gayat ... aku yg nengok pun gayat tu ... mmg anak polis..standard la ch@ ...rumah aku pun sama tu br 2

Masya said...

samalah rumah bersepah walaupun anak sorang, kdg malu kalau tetiba ada sedara mara dtg.. kalau mereka call barulah sempat kemas apa yg ptt..

ch@ said...

kakNad:
kita langsung tak pandai cakap bahasa jawa. abi lagila.
jom potluck kakNad.

kakJue:
cam singa laut. hahaa.

kak@eda:
deena pompuan, tembam lak tu so dia lemah lembut.

kakIeyna:
aktif dan sihat, phew. emak yg tak sihat.

kakSal:
anak2 akak behave.

eima:
hahaa, aku pk adli tu tak pandai lagi turun ikut penyandar sofa tu, sakit tekak jerit, auni tgk ja. "ali dah boleh turunla umi"-auni kata camtu kat aku wei.

yana:
anak seorang lagi meriah mainan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in