Lambakan puri.

Wednesday, 24 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Daripada Adli membawa ke Arrizqi, puri tidak sudah-sudah. Buat puri memang menyeronokkan. Suap makan anak yang suka makan adalah lebih menyeronokkan. Bila tengok satu bekas habis, hati emak rasa kembang satu macam. Suka-suka. Bila kena permintaan buat lagi, emak mengeluh tapi tetap puas hati, air tangan emak diterima tanpa was-was ;)

Aku tidak pasti puri kali ini tahan berapa hari, maksudnya habis sebelum mula berpuri semula. Kali ini aku buat empat jenis. Haaa, teruja tak tu? yang dikukus, yang direbus, yang dikisar sahaja. Meriah sesangat.

Aku sengaja buat banyak, masa hendak memilih barang pun aku main ambil-ambil-ambil sampai penuh troli, sengaja banyak kerana perlu suapkan big brother tu, Adli sekali. Kentang aku kukuskan sekali dengan lobak merah, epal aku rebus sahaja untuk mempercepatkan proses memasak, tembikai susu aku hanya terus kisar dengan kuantiti air yang sangat sedikit.

Bila sudah selesai proses merebus, mengukus diteruskan dengan mengisar satu persatu. Kisar satu persatu untuk mengelakkan puri hilang rasa apabila masuk ke proses penyimpanan sejuk beku pula. Phew! lap peluh, banyak pula rasanya dan aku akan pastikan tidak ada yang terbuang.



Ready for frozen. 

Lobak dipotong panjang supaya mudah dipegang.

Menyuap Arrizqi makan, sama dengan menyuap Adli dahulu. Menganga sahaja. Arrizqi sudah pun makan biskut yang lembut-lembut secara sendiri. Tercekik-cekik jugalah, proses pembelajarankan. Aku buatkan lobak kukus untuk dia belajar mengunyah. Sangat mengujakan tengok dia makan sambil diteman kakak dan abang di kiri kanan. Umur baru enam bulan sudah makan macam-macam, hiks. 

Arrizqi tidak merangkak, sekarang ini dia dalam proses untuk belajar duduk sendiri. Nampak benar muka gayat dia bila hendak imbang badan untuk duduk. Masih belajar lagi, belum boleh. Sangat tidak boleh melihat abang, kakak, abi dan umi baring, dia sudah cekap memapah untuk panjat. Aku memang tidak pernah tinggalkan dia tidur atas katil, Arrizqi sangat lasak bila tidur. Gaya, macam orang besar.

 Sedang main pun boleh tidur.

Pengawal peribadi kakak Auni.

Arrizqi dan Adli memang anak emak, Arrizqi lebih sedikit...tidak boleh nampak kelibat aku, mesti hendak  bunyi minta aku layan dia. Aish!. Sampai abi gelakkan aku gara-gara Arrizqi tidak mahu dengan dia. Emak busy la Arrizqi.

Untung Arrizqi ada abang dengan kakak yang sangat ambil berat, sayang dengan dia. Umi tidak ada tu semua, tapi abi ada untuk lengkapkan hidup umi. Umi pun dikelilingi orang-orang yang menyayangi seadanya jadi umi tidak rasa kosong. 

Nota hijau: Eh, emo pulek! hahaa. Ok, jom puri.

14 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

oke..blog Cha akan jadi rujukan akak bila akak ada anak nati hihi.
Si kecik baby tu melekat ngan Cha je sbb sejak lahir mmg Cha 24jam ngan dia kan..yg lelain tu penah duk ngan babysit kot kan..
Apa pun...akak kagum dgn smgt Cha ni.. :)

Fizah said...

wowww...anda amat R.A.J.I.N..!! bekas2 puri tu plak cute sesuai dgn tuan3nya....;)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

cantik sangat...
hohohoho...
warni warni nampaknya..
akak dengki tengok cha buat puri...jadi terajin jugak buat puri untuk faez

Masya said...

cha bolehlah belajar buat jem pulak sapu kat roti, giliskan/leperkan roti bg lembut sapu jem dan gulung kecik.. bakar sikit bg tahan lama .. kt ada terbaca kat blog org lain hari tu.. mesti adli teruja nanti tau.. sebab dah bakar blh simpan mcm frozen jugaklah... bertambah² selera lah adli.. silap² auni habiskan kikikikiki....

Nad MamaZN said...

Cha..
Sori la klu kak nad asek ulang komen yg sama
Tp itu la hakikatnya
Kak nad mmg salute kat cha
Sangat gigih, rajin, selalu berusaha, penyayang
Bab mengeluh stress tu kak nad xnafikan sume org ada..
Cha menyesal x sbb dh tak berkerjaya skrg?

eima said...

Ch@ ngan nad mmg hebat la ..aku tak mampu dok rumah weekend pun rasa nk pitam mcm2q nk buat pastu nk layan karenah depa ber2 tu ... tgh kite dok mop kemain laju panjat tangga masing2... dah tarjan plak ... last puku 1 dah ajak anak masuk tido petang ..huhu

JaSSNaNi said...

betul2 leh jadi calon ibu mithali camni..
tak kesah bizi mcm mana pun.. tetap wat stok puri utk baby..
lepas ni bila fiyya dah jangkau 6 bulan.. akak pun nak wat camni.. insyaallah..

syawalsimpsons said...

salam kenal....sue suke tgk cha unyer puri2 ni..kalo anak sue..izz msti kena campor ngan nasi gak klo makan..ikikikiki...

eh bufday Arrizqi sama ngan sue la..boleh potong kek sama tak...

ch@ said...

KekDa:
Boleh2. Smg kekDa x lupa kat kita lg la time tu nnt.
Mungkin jg kot. Sbb xpnh lg org lain yg jg. Mmg emak 24h.

Fizah:
Gigih kumpul tupperware kekecik ni konon utk bekalkan pd bb sitter, rupanya sendiri guna jg.

KakJue:
Dengki? Aish...jgnla gitu, sbb tu la kongsi ni.

Yana:
Blog Shila, kita pun ada bc jgk. Bestkan?

KakNad:
Isk...terharunya. Eh? Terharulakan...
Thanks kakNad for suppoting.
Soklan last tu mcm boleh jd entry je...tungguuu.

Eima:
Aku mop lantai ms dorg tgh tdo. Tak kira masa tu jam berapa pun. Ms aku kerja dulu rmh xkotor sgt, sbb anak kt bb sitter. So dh dgn aku, kenalah aku buat.

JassNani:
Haih kak, buat puri je kot takkanla masuk calon ibu mithali...yg emak masak hari2 tu, sama je la.
Buat tau, emak pun boleh makan skali ;)

Sue:
Arrizqi pun campur puri nasi juga. Cuma mggu ni tkr kentang sbb kentang ngn nasi rasanya xsedap. Hehee...
Laaa ye ke sama. Ni kena ingat ni. Hiks...lama lagi tu.


mama lieyna said...

Waaah bnyknyee stok..pelbagai, syok la anak2x :-)

Makin encem dh arrizqi ni, untung kakak auni, ada 2 pengawal dia..hehe..

Arrizqi 24hours nmpk ummi dia kan, haruslah lebih manja dgn umminye, berbnding kakak n abg dl, dihantar pengasuh dihari bekerja kn... :-)..untung arrizqi..

Hrp2 time anak ke3 nanti, in sha ALLAH... kalau ada rezki k.eina, boleh mengadap anak je 24 jam..hehe.. amin... berharap tak sudah kakakmu ni.. :P

Sweetmama said...

best la anak2 rapat ngan emaknya,
anak² eija nampaknya lebih rapat dgn Papanye
Diorang rapat dgn mamanya time nak minta nenen je..huhu

ch@ said...

kakIeyna:
ihiks...ensemkan, tapi manja kus semangat.
insyaALLAH. berharap tu tak salah kak, free je.

Eija:
alaaa, anak eija susah2 esok dia tetap cari mama jugak.

sal ya said...

sebab tu tak pernah ada katil. budak2 ni lasak tidurnya.

ch@ said...

kakSal:
Auni dgn Adli berdebuk-debuk jatuh katil, hahaa. Arrizqi pun pnh skali. Berguling betul.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in