I'm not a nobody.

Friday, 26 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


I’m not a nobody.

Aku suka quote ni, aku berasa ia sangat kena dengan aku. Perubahan dahulu dengan sekarang, membuat aku berasa sangat kecil dan berjauh diri. Aku berasa, macam tidak sesuai untuk berkawan dengan orang lain, terutamanya mereka-mereka yang berkerjaya. Aku pernah berasa aku punya segalanya, apa yang aku mahu aku boleh peroleh sendiri, baik barang itu mahal atau pun murah.

Memegang gelaran emak berkerjaya-walaupun kerja biasa-biasa sahaja, aku boleh memiliki apa yang hati hendak dengan sendiri, ke kedai pun dengan sendiri, ke pasar pun dengan sendiri, apabila aku di opis, aku boleh lakukan apa yang aku tidak boleh lakukan di rumah. Pokoknya, bila berada di opis, aku tidak perlu sibuk memikir apa aktiviti anak-anak yang sangat aktif tidak terkata.

Emak, kalau sudah namanya emak berjauhan macam mana pun mesti ingat pada rumah, rumah, rumah, keindahan yang aku kecapi aku tinggalkan dengan satu keputusan berhenti kerja. Jaga anak-anak sendiri, menjaga keluarga sepenuh masa, menguruskan rumah tangga. Nampak senang, namun untuk menerima hakikat itu memerlukan kekuatan hati, jiwa, emosi, fizikal, mental yang bukan calang-calang. Baru habis pantang, dengan anak tiga yang kesemuanya memerlukan perhatian, perlu pula menyesuaikan diri dengan rumah baru, suasana baru,  persekitaran baru-dahulu rumah setingkat sekarang dua tingkat, serius aku culture shock. Entry aku pada awal-awal untuk menerima gelaran baru, kesemuanya emosi belaka.

Minggu pertama, pengurusan masa aku sangat tunggang langgang, menguruskan rumah dengan anak-anak menjadikan badan aku penat sehingga membawa aku menangis bila waktu tidur. Tidur? Dapat 4 jam dengan lena pun sudah cukup bertuah. Sungguh, bila ingat semula aku rasa aku sudah jatuh tersungkur, hendak bawa diri lari jauh-jauh dan tidak mahu memikirkan orang lain langsung. Aku tidak dapat menerima kenyataan. Apatah lagi bulan-bulan awal aku berasa sungguh kekurangan kerana keletihan aku berkerja tidak ada gaji pada akhir bulan. Aku sudahla memang tidak biasa meminta-minta sangat, bila keadaan memaksa aku jadi serba salah. Masalah duit memang tidak pernah cukup. Nafsu tu...isk!

Lama kelamaan, aku berusaha membetulkan pengurusan masa, bagi aku bila memegang jawatan surirumah- tak bestnya nak sebut, pengurusan masa adalah penting bagi memastikan semua urusan dapat disiapkan dalam sehari. Mengemas rumah sahaja sudah terpecah kepada beberapa bahagian, ruang tamu, dapur, bilik, bilik air, itu belum masuk merapikan dan membersihkan lagi. Belum masuk menyusun atur setiap satunya lagi. Belum lagi ada yang ‘tolong kemas’ lain. Hrrrmmm…

Masak? Cuci baju? Uruskan anak-anak? Uruskan suami? Haaa… guana tu? Hendak dibandingkan dengan masa bujang, tenaga yang diperlukan ketika umur masuk 3siri adalah berkali-kali ganda. Boleh gila kalau tidak dapat sokongan yang betul-betul padu. Sedikit demi sedikit aku belajar menerima hakikat, aku uruskan satu-persatu, anak-anak pun makin besar sangat memahami. Auni walaupun sudah memahami sekeliling, masih memerlukan aku. Adli juga sudah pandai dan belajar. Arrizqi sangat cepat belajar. Sekarang dia sudah hampir boleh memapah. Kehidupan aku yang sebelum ini rasa darurat sudah mula nampak mudahnya. Aku masih boleh buat apa yang aku gemari. Art.

Aku sangat berharap, abi dapat menerima keadaan aku seadanya. Aku bukanla selincah dahulu, apabila hanya duduk dikelilingi anak-anak, inisiatif untuk memandang terus ke hadapan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka-mereka di luar sana, sama berpengetahuan, usaha sendiri amat diperlukan. Sebab itu, aku masih keep blogging. Sekurang-kurangnya kawan di alam maya dapat memberikan aku inspirasi dan aku masih lagi boleh berkongsi sebarang perkara yang bermanfaat. In shaa Allah.

Perasaan aku sekarang? Alhamdulillah, aku sudah bebas daripada zon tekanan yang teramat, kakNad…aku jawab soalan kamu, Ya aku sungguh gembira kerana sentiasa berada dekat dengan anak-anak dan menguruskan segalanya sendiri. Tahun depan, Auni sudah bersekolah dan aku juga akan mula sibuk mengatur jadual baru. Semoga keadaannya dipermudahkan. Syukur pada Allah, aku terpilih untuk melaluinya. Sekian.

Me and kids. 

 Me, kids and friend forever.

Me and family and friend forever family. [Gambar keluarga pertama]

Nota hijau: Just follow the flow. Aja-aja fighting.

12 pasang kaki:

Fizah said...

kagum dgn semangat kental cha..follow the flow..betul tu..lama2 nampaklah cahaya tu ye dak?

mcm sy cerita sikit2 rutin harian sy kt sini http://susunatursioca.blogspot.com/2012/03/mahu-menulis-juga.html

hah, nk tny cha how you organize your day? ada jadual yg blh dikongsi sama? sy pun penim ni kt umah...

syawalsimpsons said...

teringin nak menjadi surirumah dan menikmati kehidupan sebagai surirumah..tp apo kan dayooo...kekangan kewangan menyebabkan kena bekerja

Jue a.k.a Ibu 2F said...

akak tabik spring dengan cha...
hahahhahha.....
umi yang tabah,nanti ajak encik abi pi bercuti ye..

izan mama mia said...

mg semuanya dipermudahkan...gembira tgk gambar2 semua tu...comel2 lak anak2 nya..

Nad MamaZN said...

Chaaaaaa
Kaknad nanges baca entry ni...
Sekurang kurang nya ada kawan yg 'sama rasa' dgn kak nad
Dari perenggan pertama sampai ayat terakhir, kak nad suka
Alhamdulillah..
Ya Allah, rase sebak tibe2 taktau nape
Tq cha.. Eh taktau la tq sbb apa
Sbb sudi kawan ngan kak nad n sbb sudi jawab soalan kot ;)

mama lieyna said...

Syukur.. dh melepasi ujian ... :-) kira ujian la tu kan tuk jd fullyhw... k..eina pun sesekali mmbygkan mcmana keadaan kalau jd mcm ch@ sbb sesekali klau cuti lama n husband tak ada kt rumah, selalu sgt beremosi, mudah melenting n susah la nak handle aktiviti rumah n anak2 sepenuh masa n sorang2x..syabas cha.. belajar dr pengalman kan..

Thanks for sharing, n keep on blogging, blh ada ramai teman berblogging ni :-)

Moga terus diberikan kesihatan yg baik... amin.... :-)

Masya said...

satu pengorbanan yg besar ialah menjadi suri rumah, isteri dan menjaga anak² dirumah... terdidiknya anak² dgn baik dirumah adalah dr ispirasi seorang ibu yg berhati waja...

moga nnt dapat cuti eh dgn hubby... xmoo nangis².. nnt auni baca entry ni dah besar ... mesti dia sedih...

Sweetmama said...

Alhamdullillah cha dpt melaluinya dgn tenang skrg ni, sbnrnyanya mmg lg srnok bila kita dpt tgk anak2 membesar dihadapan kita berbanding kita perlu menghadap kerja di opis lebih drpd masa dirumah.

sal ya said...

bukan senang nak uruskan anak2. tapi pengorbanan kita tu besar. anak2 pun lagi mesra. anak2 akak la. kalau buat salah direct mintak maaf berbanding dengan abah dia orang. kena paksa. tp sokongan husben paling penting. meamng akak dpt sokongan penuh. kalau penat sgt, husben kata tak apyah masak. kita beli je. baju hantar dobi. tak payah basuh. huhu...

ch@ said...

Fizah:
ihiks, thanks. In shaa Allah nnt kita kongsi. Mestila kena ada jadual.

Sue:
Kita mmg tak bersedia hendak jadi surirumah, inipun pakai redah je. Awal2 hari tu mmg stress gaban sebab housewife hjg minggu pun mcm hendak patah bdn dgn dua anak, apatah lagi tiga anak dan housewife hari2. OMG...

kakJue:
ajak akak je takleh ke?

IzanMamaMia:
berderet cam kretapi bila turun kereta. cekonit2.

kakNad:
terima kasih kakNad, bg sokongan sgt padu.
terima kasih kakNad, sbb kawan dgn kita.

kakIeyna:
kita kena fikir positif, ms kritikal tu anggap je ada org yg lbh struggle drpd kita. in shaa Allah.

Yana:
takde sedihla, cuma ingat ms awal2 je hr tu. terkenang-kenang gittu. sebenarnya, berat tanggungjawab tu.

Eija:
tersedar pun masa Adli lahir, ambil dia blk drpd opis tak lama pastu dia tidur, alaaa kejap sgt dpt main dgn dia.

kakSal:
untungla akak.

Puan Bee said...

Salam cha , la dah berenti kerja ye ? memang macam tu la perasaan ibu-ibu yang menjadi suri di rumah , menjaga anak-anak sendirian , menguruskan semuanya dari A-Z ...

walaupun tekanan pengurusan masa dah habis , tekanan dan stress sebab penat masih ada .. harap bertabah la ..

bee pun sama penat ya amat , uruskan anak-anak huu ~ penat-penat pun sempat buat anak lagi dah nak masuk 4 kan.. hihi

Terima kasih dtg melawat kelmarin .. Ya allah mood blogging skrg memang kelaut , tk macam dulu .. pun sebab penat sgt ..

mcm tulis surat dah ni .. hihi


ch@ said...

Bee:
Miss u so much bee. Tu yg dtg blog u tu.
Now, I feel that feeling...thanks bee to support.
Hahaaa tak apa, bebas menulis nak pjg mana pun, janji x menyentuh sensitiviti.
Thanks for coming 4th mummy to be ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in