From bed sheet to table cloth.

Sunday, 14 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Muahahaaa, tajuk yang bunyinya macam tidak mampu hendak beli alas meja. Kira lebih kuranglah, bila sudah keluar lupa untuk masukkan dalam senarai membeli belah, bila ingat nak beli bajet pula terover limit jadi tengah duduk berangan kepala memikir.

Apa yang hendak kubuat dengan meja makan ni supaya lebih menarik perhatian untuk menjaganya. Aku suka meja makan ni, simple. Ciri yang sangat mudah untuk aku ubah kedudukannya bila mata sudah tidak berkenan. Lama sudah ku memikir dan memang hendak mencari tema kelabu.

Sedang sibuk aku set-up wardrobe pakaian di tingkat atas, tangan terpegang cadar lama. Baru sekali atau dua kali guna, cuci dan pudar. Cadar simple mampu milik je haruslah agak kurang kualitinyakan? Ok ngam, warna dan corak yang mengikut citarasa. Idea datang dengan mengejut.

Di satu pagi yang sunyi-anak3 tidur, aku mulakan kerja memasang baju meja makan. Meja tiadala besar mana pun, berpeluh jugala sebab cadar lebih besar daripada meja makan berkerusi enam. Dan, yang lebih berpeluhnya masa hendak memotong plastik untuk lapik kedua. Oh tuhan, rasa macam berlari di padang.

Plastik alas pun bukan aku beli, hahaa. Tengah aku pasang cadar untuk bilik tetamu tingkat atas, dengar bunyi plastik, plastik pembalut tilam masih belum dibuka. Baru gunting sedikit tiba-tiba rasa bagaikan tidak perlu buka guna gunting. Tilam tu hanya dibalut dengan plastik tanpa dilekat menggunakan gam. Dengan penuh konfiden aku tarik terus lipat simpan. Ukurannya empat kali saiz meja makan, besarkan? Sebab tu aku berpeluh hendak gunting ikut saiz meja makan. Tebal jugala plastik tu, jernih dan mudah lekat.

Gigih dan mesti siap sebelum anak3 bangun, kawan aku pun hendak datang rumah sebelah tengaharinya hantar lauk tengahari dan makan tengahari bersama. Hasilnya, wow sungguh tidak disangka, cadar menjadi alas meja, hahaa. Jimat belanja.

Bila Auni bangun je, aku terus bertanyakan kepada dia, cantik tak alas meja umi. Jawapan dia.
"wah! Cantik umi cantik. Bila umi beli, ada muzik ni, pandainya umi buat"
Dan aku? Hahaaa, mestila bagi ciuman kasih satu ke dia. Dah kena pujikan? Kekeke.

Nota hijau: Ada lagi tu cadar lama...hahaa. Takde kerja, k bai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

11 pasang kaki:

Masya said...

kamu mmg sgt kreatif hihihihi...

Salina@IbuAqil said...

Kalau dh namanya berseni buat apapun hasil seni smua menjadi.. Hi3!!!!

mama ila said...

haah..kretif...xper...asal cantik kann...

Mama Lynd said...

Bgusnya.. dpt idea dr brg2 y xdsangka. klu xbgtau mmg xtau la tu cadar.

Asyifa Mustaffa said...

ok la tu....jimat...+ kreatif....!

mama lieyna said...

Amboi cha.. sampai ke alas meja kamu kreatifkan diri ye..ihiks.. cantik je and menarik z..haruslah dpt pujian dr kakak auni :-)

*cha.. thanks a lot..td baru cek posbox ada kad comel... thanks ats ingatannya.. like ketat2x.. :-)

Nad MamaZN said...

Kreatif dan jimat
Gud! :)

eima said...

dr tak guna ko buat jd ia berguna .. mmg kreatip

ch@ said...

Yana, ibuAqil:
hahaa, tiba2 idea datang. belum pernah lagi buang cadar so kali pertama hendak buang rasa sayang betul.

mamaIla, AsyifaMustafa, kakNad, Eima:
ok la daripada meja tu togel je.

mamaLynd:
cadar tu, mula macam segan je nak buat entry tapi sudah separa taip, habiskan je la.

kakIeyna:
dia pelik juga mula tu, dah bebel panjang2 baru dia puji.
*sama2.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

corak ♫♪ x sarat ok la kena gak dgn meja tu

ch@ said...

Eija:
cadar yg pudar. hahaa. ingat nak letak sarung bantal sekali, takut ada peta pula.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in