Stylish Auni.

Friday, 22 March 2013

# Fokus pada rambut Auni. Eeeiiii rimas sungguh.
# Ahaaa...kiut tak-kiut tak? KakakAuni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersua kembali, masih lagi bloggerdroid, tiada laptop bila bercuti di Johor. Baik pula mood untuk update blohghijau ni ek? Setia sungguh. Today, story bout Auni. Ye, seorang kanak-kanak yang masih aktif seantero dunia.

Aktif beraktiviti mahupun bercakap. Waduhaiii bikin kepala pusing saja dengan omongan dia. Bikin panasaran dengan kelasakkan mem'buli' adik. Bila baik dengan adik, baik sangat. Bila geram dengan adik, tanpa ragunya digigit, dicepuk, ditolak si adik tu. Walhal, mainan tu adik yang punya pada awalnya. Isklaaa.

Tanduk aku lekas sahaja tumbuh bila kejadian berlaku depan mata. Sudah mula pandai melaram. Dapat sahaja mencapai benda yang berkedudukan tinggi. Setakat ini, lip ice, maskara dan eyeliner aku sudah ke tong sampah.

Sekali aku jengah elok sahaja Adli menadah kepala kepada kakak yang ber art dengan eyeliner dengan tangan lincah menconteng cadar menggunakan celak. Maskara sudah pun bengkok hujungnya terselit di celah jari kaki. Grrrrr....grrrrr....grrrr....bila aku hendak beli lagi tu kan? Eiii....

Taktik untuk elak dimarah aku ialah mengajak Adli. Bila suasana meriuh tiba-tiba bertukar sunyi, adalah aktivitinya tu. Aku sibuk dengan Arrizqi, mereka berdua main bersama di bilik emak. Main hide and seek dalam almari baju, main bedak, main di bilik air, jumping on the bed dan berinteraksi dengan jiran depan rumah melalui tingkap masterbedroom.

Bila aku sudah marah memang aku tidak bercakap, aku kemas segala mainan kepunyaan dia, simpan di tempat yang memang dia tidak boleh capai langsung. Semua benda berkaitan dengan dia aku sorokkan termasuk juga buat keras bila dia mahukan sesuatu. Emak merajuk. Noktah.

Merajuk emak bukannya lama mana pun, bila kena kiss, bila kena rayu, cairlah. Adoiii! Auni pandai ambil hati. Diakui oleh tokMama dan Acu dia sendiri. Susunan ayat tu bagus sangat sampai orang jadi jatuh sayang balik semula. Auni yang masih aktif luar duga.

Tiba-tiba sahaja hendak mandi dengan tokMama, apalagi zasss-zasss-zasss tokMama tebas rambutnya tanpa sedar. Lega mata aku tengoknya walaupun tidakla sekemas saloon tapi puasla hati. Kalau hari tu mengerbang bak hantu kakLimah yang gulungannya bersimpang siur bila tidak diikat, sekarang jadi rupa kakak-kakak gittu. Ladies sikit. Tidak sikat pun ok saja.

1st time tengok sangatla comel. 2nd time tengok, keluar semula perangai mengalahkan adik-adik. Over manja. Sampai mama aku pun geleng kepala bila dia minta dukung. Isklaaa.

Nota hijau: Habis sudah curl idaman teruna. Hahaa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 pasang kaki:

@e_da said...

wahhh kakak auni berwajah baru la...

diana said...

tetap comel..;)

Yantisa said...

tetap comei walaupun dah berambut pendek

Nad MamaZN said...

Nampak lebih cute n comel!

mamalieyna said...

Kakak..kakak..notti2x pun kamu sorang je girl anak ummi,,. Heee..

ch@ said...

kak@Eda:
stres bila kejar nak ikatkan rambut tak dpt.

Diana, kakYanti, kakNad:
dia kata dia nak jadi lembu. nakal mcm lipas (oggy and the coackroaches). Pening!!!

kakIeyna:
tu la tu. bersyukur ada perempuan seorang. rezki.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in