Pujaan hati sudah botak.

Tuesday, 12 March 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama tidak cerita-cerita fasal Adli. Si bujang sulung emak, masih manja. Suka cari pangku emak dan pantang sangat bila emak duduk berdekatan. Tidak duduk berdekatan pun, tahu-tahu sahaja emak berada jauh daripadanya.

Biarlah rumah belum berkemas, lantai belum di mop, sisa biskut masih bertaburan, habuk masih melekatan, Adli ok sahaja, janji ada bantal AngryBird merahnya tu. Aku hendak basuh pun tidak sampai hati, dia memang tidak boleh berenggang langsung. Faham keadaan susah aku semasa berpantangkan Arrizqi, bantal itulah yang menjadi penemannya. Bantal itu dipeluknya ke mana sahaja bila berada dalam rumah, sangat diperlukan ketika hendak lena.

Jadi penuh pangku, sebab aku akan mendodoi Arrizqi di atas kaki yang berlunjur, dan Adli bersama bantal akan duduk dipangkuan. Ikut berdodoi. Jangan ada Auni, dia pun sudah jadi cemburu bila Adli melekat dengan emak, hah tak muat di depan dia bertenggek di belakang. Aduhaiii anak, but its ok boleh meredakan keletihan tulang belikat bila semuanya di pelukan aku.

So berbalik pada Adli, seorang yang tidak dengki kepada orang lain, sayang kakak, sayang adik, sangat sweet bila aku kiss Arrizqi dia pun kiss sambil panggil manja-manja. 

Baru-baru ini, abi mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya. Ihiks, kesian Adli tidak berambut, but he sooooooo cute ok. Berdebar bila hendak tunggu dia masuk rumah sebaik sahaja pulang daripada kedai. Malu-malu kucing dia hendak masuk pintu rumah. Sebaik sahaja melihat dia botak, aku terasa lain macam. Tersentuh rasa melihatkan muka innocentnya tu, sebiji macam rupa budak Shaolin tu. Hahaa.

Adli si pujaan.

Walaupun botak tatap menjadi pojaan hatiku. 

Pertama kali melihat Adli botak depan mata, adoiii. Pilu la sikit, sebab rambut mamat ni je yang lurus macam emak. Eheks.

Nota hijau: Dah mengganas, aktif memanjat.

11 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Nmpk lg macho la adli
Tp suke masa adli berambut :)

mamalieyna said...

Cute... :-) mmg nmpk ghupe shaolin.. budk kecik kepala botak, mmg ghupe gitu..innocent je kan..

Tp sesekli lg nmpk ghupe nakal bila botak, anak2 ni.. :-)

Masya said...

lah hai.. awatlah dibotakkan sampai licin mcm tu.. nasib baiklah adli redhoo boleh senyum lagi kikikikiki... amir pun baru potong rambut....

Jue a.k.a Ibu 2F said...

tapi dia nampak hensem dan lagi nampak mcm budak besar

eima said...

suka adli ade rambut ... tak de rambut nampak cam budak besar ...

Yantisa said...

nampak lain .. but still cute .

Misz Pinkie Winkie said...

eh lain muker adli..
tapie sayangnya rambut dia yang lurus dan lebat tue..sbb faliqq bila dah kena cukur..sampai skang rambut tak naik2 ...hihi..

Salina@IbuAqil said...

Oh my another abang botak..
Siyes, abang Aqil dia dah bnyk kali menjadi mangsa keganasan ayahnya..
Apabila si ayah dgn senang hati duk mencantas rerambut dia..
Dia still redha..
Adli mcm abang..
Org kata bila dah botak makin ligat kepala dah ringan le katakan..
Hi3!!!
Muka suci jerk dia..
Ttp pujaan hati ibu dia ni jgk..
:D

sal ya said...

hilang sikit hensemnya.

ch@ said...

KakNad, KakJue, Eima, KakYanti:
Bila tgk muka dia rs jatuh kasih btl.

KakIeyna:
A ah btl tu, nmpk muka kerek je. Muka ada je benda dlm kepala otak dia.

Yana:
Kata abi, Adli diam je ms rmbt kena tebas. Dia xtkt pun.

MiszWP:
Hah ye ke, alamak!

IbuAqil:
Hahaaa tu la. Bila dia pndang sst tu nmpk bnr dia tgh mikir apa yg akn dia buat seterusnya.

KakSal:
Tu la, rambut je buat dia kacak.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

botak tetap encem..,xpe la cha nnti tumbuh blk, rambut bdk ni cepat je tumbuh..














 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in