Misi hampir lengkap.

Monday, 4 March 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hihiii, pening dapat emak macam aku ni, kecoh. Satu dunia hendak diberitau. Hahaa. Auni, berjaya membuang di dalam tandas. Tandas duduk. Dalam pada aku mikir bagaimana jalan terbaik untuk melatih membuang di tandas, syukur. Tidak susah mana pun. 

Awalnya, aku macam hendak putus asa juga mikir anak orang lain sudah berjaya free drypes, ok cuba-cuba-cuba, sekali terkencing di dapur, sekali di sliding door, sekali di ampaian dan sekali di sofa. Sepanjang siang tanpa pampers, memang meletihkan bila seluar bajunya basah. Phew! Aku percaya, usaha tangga kejayaan. 

"Umiii, nak kencing kat bilik air" ayat pertama yang buat aku rasa kembang hati. Ok, lekas buka seluar semua di luar supaya tidak basah.
"Umiii, tengok-tengok ia kuar-ia kuar umi" Auni yang sangat teruja. Hihiii, aku bercekak pinggang di pintu.
"Sampai habis Auni, jangan tahan-tahan" aku berkata sambil memerhati dia sedang menyembur air. Selepas tu ajar mencuci pula. 
"Takpe, tak payah cucila umi" nadanya perlahan. 
"Eh, nanti busuklah kalau tidak cuci, nanti semut datang gigit, mau?" 
"Hmmmm..." dia mengeluh sambil cuci. Pandai pula cuci tangan kiri. Hihiii.

Ok, sudah berjaya satu part. Aku mikir lagi, macam mana hendak ajar dia membuang pula. Sebab, dia membuang dalam seluar, dua kali dalam bilik. Pening-pening-pening...akhirnya.

"Umiii, Auni nak yak kat bilik air" sambil berlari dan membuka seluar kecil. Tergesa-gesa.
"Hah, pergi-pergi, buka lampu dulu...hati-hati panjat tu. Hati-hati tandas tu tinggi" aku sambil ikut belakang.
"Ok tak?" tanya aku melihat dia berdiri atas baldi terlungkup. Mencari posisi untuk duduk di mangkuk tandas dewasa, kesian Auni. Sambil dia peluk aku, dia membuang.
"Oooo, ia keluar umi-ia keluar semua" katanya sambil gelak-gelak, teruja lagi. Adoiii...sabar je la.
"Auni buat-Auni tekan eh?" katanya sambil berdiri atas mangkuk hendak mengepam dengan tidak sabar. 
"Nanti, cuci dulu baru pam" sambil betulkan duduknya semula. Dan, dia pam. Suka betul dapat membuang dalam tandas. Aku menarik nafas lega. 

 Eiii, muka dia... geram betul aku.

 See, main air liur. Tidak senonoh punya pempuan. Tetap cinta hati emak.

Habis gegar semua, pabila Arrizqi bergoyang-goyang.

Now, memikir hendak free pampers masa tidur malam pula. Akan diusahakan tapi cuak jugala. Hehee. Tunggu dia besar je, boleh tak eh? Rasanya, keletihan mencuci Auni membuang tanpa pampers berbaloi-baloi.

Nota hijau: Usaha tangga kejayaan. Yeah!

15 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

aler, anak akak yang sulung tu belum pree pampers waktu malam tau...hurmm

eima said...

irfan dah kan kak ...die kan dah tak de size dah pampers die kan ...

tak pe slow.. fahim dulu pun gitu ... lama2 die pandai la .. janji sebelum tido kena bg kencing dulu

Rohani Hashim said...

cha, chaiyok chaiyok...

Auni dah besar...geramnya tengok muka.

Masya said...

cabaran tu.. teruskan misi hingga berjaya.... satu kebanggan kan.. tips nak elak kencing mlm blh tgk blog kita..

Misz Pinkie Winkie said...

alhamdulillah..memang berbaloi sgt

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

itulah kena byk bersabar utk pastikan anak kita cepat free diapers ni, mmg nak x nak kencing malam tu biasa..

mcm kami nak bg zaquan berani kencing kat toilet mlm2, suis lampu toilet mmg on mlm2, x tutup..n pesan kalau takut kejutkan mama n papa, lgpun mmg semua tidur bergelimpang depan tv je, x tido dlm bilik pun..hehe, alhamdullillah now zaquan dah berani g toilet tanpa kejut mama n papanye..

Nad MamaZN said...

Nape adli ensem sgt kt blkg tu..? !! :)

Yatie MS said...

Biasala... mula2 mmg dia akan kencing mlm... tp make sure sebelum tido tu.. suruh dia kencing dulu... lama2 nanti, dia plak akan kejutkan kita jika terasa mau kencing... insyaAllah... USAHA TANGGA KEJAYAANNNN... :)

Mama Kembar 3 said...

wah congrats auni & ummi cha, good job! :-)

fazilzura said...

bab2 ni kne take time.. xpe insyallah bley

jaja_NorLiza said...

chaiyok umi cha!!! gud job!
~comel gigi auni...;-)~

Jue a.k.a Ibu 2F said...

hoyeeeee. ..
berjaya...
tak pe cha biar dia pandai dulu..yag malam biasa lambat sikit klau farisyah le...5 tahun lebih baru clear betul tue pun ada gak terbabas...

ch@ said...

cikMot:
really? yg sulong berapa tahun ek?

eima:
ooo camtu ek. auni, kalau di suruh kencing "tak keluarla umiii" - hahaa.

hany:
hahaa, nakal kaw2 ni hany.

yana:
ha'a, hari tu terbaca juga. nnt praktikkan.

miszPinkieWinkie:
syukur.

eija:
kekadang, auni ni tak phm jgk. tdo xde time.

kakNad:
hahaa, adli suka buli emak.

kakYatieMS, fazilzura, kakJue:
tu la tu. Auni suka buat sendiri.

kakNani:
tq-tq-tq.

kakJaja:
gigi dh pnh terhantuk kerusi tu.

sal ya said...

kalau nak free diapers siang kena kerap tny. tak blh tggu dia ckp. tp dah pandai tu ok la.

ch@ said...

kakSal:
dah ok. cuma mlm tu blm konfiden nk lps kan lagi. sbb tidurkan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in