Macam kawan lama.

Friday, 8 March 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makcik tidak jadi pulang ke kampung maknanya makcik tidak pergi ke majlis perjumpaan semula kawan-kawan sekolah makcik, dan maknanya lagi makcik terpaksa menghantar cenderahati melalui pos sahaja. Ampunkan makcik anak-anak. Hihiii.

Selamat hari wanita untuk semua wanita di luar sana. Terasa diriku begitu berharga, makanya kita reward dengan makan Oreo Crepe. Hahaa... Walaupun musim crepe telah berlalu, tetapi aku tetap makan juga bukan Durian Crepe tetapi Oreo Crepe.

Kali ni order dua set Oreo. Ini paling tip-top, rangup dan mabeles. Aku order dengan kakNida, sudah jadi regular customer. Rumah aku pun senang dicarinya, asal hendak ke KL, ringan sahaja mulutnya bertanya aku hendak crepe atau tidak. Sangat terharu ok. Nanti dia akan singgah menghantar sambil kita berbual mesra. Hihiks...

Aku belum lagi merasa crepe orang lain, aku diperkenalkan dengan kakNida pun melalui seorang kawan sekolah dahulu. Terima kasih Oja Nasir. Jika tidak sampai ke hari ini tidak merasa Durian Crepe. Jadi barang siapa yang malas seperti aku untuk crepe boleh order dengan tuan punya badan. [Nida Ulhasanah]

Bila kakNida datang, Auni Adli suka betul bergayut di pintu pagar, emak pun malas nak buka. Urusan jual beli berlaku dengan pagar yang tertutup. Hahaa, melampau betul akukan? but kakNida ok sahaja. Orangnya comel je macam aku, muahahaaa... aku rasa, aku dengan dia comel lagi dia. Beranak dua, disayangi suami dan anak-anak sebab anaknya hero semua. Hihiks.

 Sekali order 2set. Rezki lebih kali ni.

 Rangup sangat dalamnya. Rasanya balance, manis, tawar, lemak.

Crepe tu bantalkan? Ini bantal emak. Hihiii...
Dalam ramai-ramai ni, mesti ada seorang yang gila-gila perangainya. Merujuk pada Auni.

Alhamdulillah dapat juga merasa. So aku sudah rasa Durian Crepe, Milo Crepe, Oreo Crepe dan Mangga Crepe. 1st mestilah Durian Crepe. Hahaaa...

Nota hijau: Mudah-mudahan sampai cenderahati makcik ni.

15 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Awat x jdk blk plak?
Xpela...
Ada hikmahnya kot...
Sabaq naa

♥cikmOt♥ said...

comel..seragam...seia sekata...
adli nampak gangster...hahaha

Misz Pinkie Winkie said...

durian crepe memang menjadi kegilaan..milo crepe tak pernah rasa lagie..mestie sedap gak...nutella crepe pon ada skang..macam2kan.
geram lah si comel semua pakai baju sedondon.

Rasp said...

selamat hari wanita to you too sis...
dah diversify dah iye crepe2 nie...
mcm2 ada.....
aikkkkkk comei tul dorang bertiga posing gitu...
baju sama semuanya....i loike :)

eima said...

tak penah mkn crepe... tatau nape ...

Yantisa said...

akak jugak yang ketinggalan .. belum pernah rasa durian crepe ..huhu

@e_da said...

gebu betul crepe tu.. rasa nak baring atas dia mcm bantal.. hehehhe

Lily@MamaZaraZareef said...

mcm best je oreo crepe..akak teringin nk try crepe lain2 selain durian tp x kesampaian lg..hehe..nway,comelnye sedondon tiga org tu..:-)

mamalieyna said...

Sedap yee.. durian crepe je pnh rasa, tp tak lepas mkn, muak.. yg ini.. mcm sedap je... :-)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

nmpk sgt sedap oreo crepe dia tu, tiba2 terasa nak buat lg crepe..sbb x pernah lg try buat oreo n milo crepe..

adli isap jari lg ke..
comel sgt 3 org sedondon n bergambar sama2..bagusla diorang..senang bergambar..

sal ya said...

mst ada yg gila2, keras kepala, mengalah je, kuat menangis. memang serba ada pada anak2 ni.

Masya said...

tengah dok bayang rasa oreo crepe hihihi.. pernah makan durian jer.. teringin nak rasa jagung sedapp agaknya..

ch@ said...

kakNad:
huhuu, sobs!

cikMot:
kening adli tu, jadi serius camtu rupa.

miszWP:
milo okla, cuma manis sgt pastu dia akan jadi berketul kat dlm tu. nutella ek, nnt suggestla dgn kakak tu. ihiks.

rasp:
kita suka sedondonkan. masa kecilla peluangnya, nnt dh bsr masing2 ada citarasa sendiri.

eima:
kau tak teruja. hahaa.

kakYanti, kakLily:
takpe, nnt akak rodger je dia. hihii.

kak@eda:
kan-kan-kan, halus btl kakNida tu buat sbb suami dia jadi qc.

kakIeyna:
sedap, sebab dia skali dgn krim dlm oreo tu. original oreo.

eija:
buatlah, eija pandai. ha'a, adli mmg habit dia hisap jari bila nak tidur or lambat buat susu. tak buat susu pun kadang, masuk jari lelap. adli susah sikit. meligat.

kakSal:
betulla tu, emak pun skali ada smua2 tu. hahaa.

yana:
ha a, kan. ala2 apam balik tu. ehiks.

Jue a.k.a Ibu 2F said...

geramnya tengok budak bertiga tue....

ch@ said...

KakJue:
Jom lg seorg kak. Hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in