Aktiviti emak dan anak-anak.

Thursday, 14 March 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin emak-emak yang beranak, macam biasalahkan bermula dengan memandikan dorang, memberi susu, menyuap makan, karang beratur mencuci berak, minum susu lagi, makan lagi, tidur dan mandikan balik semula, pejam celik pejam celik sudah malam.

Rasanya, baru sahaja mandikan mereka sebaik sahaja bangun daripada tidur, secara tidak sedar kesibukkan menjadikan aku lupa bahawa masa itu terus bergerak-bergerak-bergerak dan bergerak. Habis satu minggu yang sangat sibuk. Sibuk? Sibuklah, tidur memang tidak lagi 8jam. Asalkan sempat sahaja. Hehee.

Blue and yellow theme.
Arrizqi tu...sudah nampak kelasakkannya.

Hijau dan orencantik.

Apabila mereka baik macam ni, sama-sama melayan tv, sama-sama main, hati aku senang untuk di dapur, lipat pakaian, kemas rumah, mandi dan buat apa sahajalah. Apabila seorang semi seorang buat perangai, hah! emak pun naik hantu la juga. Aku tidak tahu hendak di macam manakan lagi si kakak tu. Perangai suka mencakar adik, suka menggigit adik, suka mencepuk adik membuatkan aku pun hendak buat yang sama pada dia. Mula tu elok sahaja mengajak abang tu main, lepas tu mulalah tamak. Iskla...

Bila dia mencakar tu, aku potong kuku dia sehabis pendek, bila dia menggigit tu, memang aku pulaukan dia sekejap. Dia minta apa-apa pun aku selamba je. Dia dah mengamuk, mencepuk adik-adik, baling-baling, hempas-hempas barang, aku pun jadi singa. Simpan segala dia punya mainan, simpan dia punya handphone, simpan sampai dia tidak jumpa. Hahaa. Susah betul hendak jadi kejam ni. 

Bila sudah reda, elok berbaik dengan adik semula, barulah keluarkan semula. Kadang-kadang tu naik jugala sedas dua, Auni...bukan dia hairan pun kena ngan emak, dia tahu nanti-nanti emak pujuk semula. Panggil je dengan nada-nada manja, umi mesti cair punya. Cis!

Eksplorace.

Sekarang, Adli pun sudah kena denda. Hahaa, nampak innocent tapi ligatnya...kus semangat, pening jugaklah hendak menanganinya. Cuma suhu hendak marah tu, tidak setinggi suhu kemarahan kepada Auni. Macam tidak adilkan? tapi, tengok muka Adli tu alaaaahai, memang tidak sampai hati. Tambah-tambah ingat dia tidak sempat manja sudah beradik pula.

Arrizqi? hah, projek sudah bermula. Sudah mula berkombat, sedar-sedar sudah tersodok bawah kabinet, sedar-sedar sudah turun tilam. Laju betul dia berguling terlentang berguling balik terlentang. InsyaALLAH hujung bulan ni aku akan mula memuri semula. Hihiks. Tidak sabarnya. Memang dengkikan orang yang bawa pinggan, dua perkara dia akan buat ialah, tenung sampai pinggan tu bagai hendak pecah atau men'cicip' mulut bagai anak burung. Adoiii, hah perkembangan paling latest, dia dah mula angkat montot. Huaaaa...

Semoga anak-anak umi terus kekal membesar dengan sihat. Syukur.

Nota hijau: Kena tingkatkan kesabaran. Siap-siap-siap, angkat senjata...baris-baris!
Nota hijau: Aku baru hendak belajar menerima hakikat menjadi surirumah, please jangan samakan dengan mereka yang sudah banyak pengalaman menjadi surirumah. Aku tahu, pembaca juga seorang yang biasa membuat kerja rumah. Ergh!

17 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

baguslah cha ni...tertib...ngan anak pun baju pun seragam ja....

eima said...

aku kagum .. bila sorg hijau semua hijau .. comey ..adli tu ... org isap 1 jari die 2 jari... jari tgh plak tu ... hahahha

tang panjat kabinet tu ,,, huih seriau

Misz Pinkie Winkie said...

tang baju tue comel sgt..sedondon jerk...mmg jadik mak nie kena sabar..lagie yang dah beranak lebih dari satu...respek!

fazilzura said...

waaaahhh sgt suke dgn gelegat ms pakai suor belang2 rimau tu .. cute sgt ..

uhuhuhuhuh tingin sgt2 nak jd suri umah , rs sgt seronokkkkk

sal ya said...

lasak jgk arrizqi tido. adehhh...

Nad MamaZN said...

Setuju yg nota hijau kedua :)

jaja_NorLiza said...

wah...comel jer tgk baju dorg...dah mule berangan nak pakaikan baju same gak kat anak nati..tp anak baru sorang *wink*!!..

fuh..anak2 baru nak membesar mmg sgt lasak..akak yg sorg ni pon rasa nak pengsan! tabahlah ch@..kdg kala gelagat mereka membuatkan kita lbh kenangkan jasa mak kita...heh... :-)

Yantisa said...

suka tengok tiga sekawan ni ... comei dengan baju yg sama

Masya said...

macam² pesen.. tapi itulah yg menghiburkan... kalau dipakaikan yang belang zibra.. mau dah mcm cerita zou hahahaha....

mamalieyna said...

Comel la anak2, seragam sentiasa..suka..:-)
Faham cha.. baru2nak suaikan diri, haruslah kekok sket..

K.eina pun bila mmbygkn kalaulah fully hw harus ambil masa yg panjang nak serasi.. In Shaa Allah... mudah nantinye.. Aminnn..

purple_lav said...

kt mana nak beli baju sedondon macam ni? pls share. nk jugak anak comel2 mcm ni huhuhu

ch@ said...

CikMot, kakYanti, yana:
Hiks, suka nk sedononkn dorg.

Eima:
Tu la aneh, org hsp ibu jari dia hisab jari lain drpd yg lain. Manjat tu mmg ikut sang kakaklah.

MiszWP:
Masih kagum dgn org yg beranak lbh drpd tiga. Adeih.

Fazilzura:
Okla seronok tgk anak2 dpn mata.

KakSal:
Tiga2 tdo bergelimpangan.

KakNad, kakIeyna:
Rasa mcm rendah diri sungguh bila bandingkan kebolehan kita. Sobs!

KakJaja:
Haaa kena berusaha tu.
Kalau xkental mmg fuh, rs nk lari bw diri.

Jue a.k.a Ibu 2F said...

huhuhuhu betul2 mencabar...
akak selalu jadi tarzan dengan farisyah...adik pun sama lasak bukan main

ch@ said...

KakJue:
Hahaa...dua pun dh pening ye kak.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

itulah eija pun tgh belajar bersabar dgn kerenah anak2, mmg susah kadang2 tu terlepas jgk..

geram tgk diorang 3 beradik ni..comey sedondon..eija selalu sedondonkan diorang time nak kuar rumah je dok umah pakai bj biasa2 je..hehe

ch@ said...

Fiza:
Ada kat sidebar blog kita cuties gorgeous...nnt kita buat entry.

Eija:
Yg mn ada je...lps mndi bolehla sama. Lama2 kang ada yg bsh lh...air tumpahla...pns lah...tkr jgk.

mama ila said...

wah..semua sedondon..suka ila tengok =) meriah yer rumah awak

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in