Tetap 'baby' manja emak.

Thursday, 14 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, I'll try my best, try to be the best, gojes, vouge de vase dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak. Syukur, ketiga mereka ini dikategorikan nakal-nakal biasa sahaja. Kanak-kanak yang hendak membesar, biasalah ratu dan raja mengeksplore kehidupan. Biarkan sahaja selagi tidak bahaya dan tidak memudaratkan. Proses pembelajaran.

Walaupun Arrizqi masih lagi bayi namun dia sudah punya perasaan minta dimanja, didodoi, diteman, dia tidak betah tinggal keseorangan meskipun sudah pandai meniarap dan berpusing semula. Kakak Auni dan abang Adli, macam biasalah. Projek tidak sudah-sudah.

Auni punya kreativiti yang agak universal sedikit, sudah mahu jejak empat tahunkan? botol susu masih belum boleh tinggal, apatah lagi melihatkan botol susu adik-adik yang berwarna, dia pun mahukan juga. Ermm, masih anak emak lagi, cuma bila request hendak susu, tidak mahu abi buat, mahukan umi punya sebab "abi buat terlalu panas" - katanya. Sangat pandai memujuk, bila habis bateri handphone emak, mulala dia cari alternatif, hendak main di luarlah, hendak tengok Mickey Mouse lah, hendak melukislah. Kan... cerdik je otak tu berfikir.

Satu je, walaupun sudah empat tahun, namun dia masih manja. Bila tiba waktu mandi hendak didukung, bila tengok adik-adik di dukung dia pun hendak juga tidak sedar dia lebih besar daripada emak.

Adli, dia tersendiri. Tersendiri pun, sudah pandai mencepuk kakak Auni semula. Hahaa... Sudah pandai melindungi diri sendiri. Kakak cepuk dia cepuk, kakak naik kaki, dia pun kaki juga. Ye la, setahun setengah sedang dalam proses belajar dan mempelajari. Suka main, suka tahan mata untuk tidur, sudah pandai mengamuk, cepat merajuk dan dia seorang pemalu. Aku suka betul jegilkan mata pada dia, lepas tu tenung je dia, dia terus tunduk sambil jeling-jeling aku balik, bila aku masih memerhati, Adli terus lari buat kerja lain. 

Pantang kakak buat sesuatu yang baru, dia sibuk hendak menyelit juga. Perhati daripada jarak jauh dahulu, agak-agak kakak tidak mengamuk, barulah dia mendekat. Masa tu, hati emak bunga-bunga apatah lagi bila mendengar gelak ketawa manja Adli yang lunak. Alahaiii...

Paling aku tidak tahan apabila sedang memangku Arrizqi, berlunjur kaki, goyang sambil dodoikan dia tidur, Adli akan datang menghampiri duduk juga atas pangku yang sama, bermula dengan kiss adik dan dia landing, hendak merasa goyang dodoi emak juga. Bila sudah dua dipangku, Auni yang daripada jauh pun cemburu. Hendak pangku memang tidak muatlah, dia akan panjat belakang aku minta dukung. Waaa... mereka fikir badan aku ni bertulang besi gaknya. Sabar je la.

Bila masuk waktu tidur, Arrizqi kena mengalah bila Auni dengan Adli pakat hendak tidur dengan emak. Adli paling lekas alert bila lampu ditutup dia cepat-cepat naik atas badan aku. Cop tempat tidur. Auni merungut masih memegang bantal "nak tidur dengan umi" - hahaaa. Kekadang bila aku sudah penat sangat, aku tinggal je semua, aku tidur tempat lain. Sudahla letih, hendak melayan mereka yang macam-macam lagi. Aduiii!

Esok lusa Arrizqi besar, siaplah emak. Semua boleh jadi kerusi Ogawa bila emak penat. Hihiks.

Pernah satu part, habis sahaja waktu mandi, aku memang menyiapkan mereka dalam bilik, supaya ruang tamu tidak bersepah, semua minta dukung. Auni sudah dibelakang, kiri dukung Arrizqi, kanan dukung Adli, jadilah daripada bilik sampai ke ruang tamu. Melayang-layang badan aku dibuatnya, namun bila dengar Auni, Adli ketawa besar keseronokkan aku tidak kisah pun. Hihiks... 

Bila tiba waktu menggosok baju abi, semua aku ajak masuk bilik sebab sambil menggosok sambil perhatikan mereka bermain. Apa sajalah yang ada depan mata, boleh saja jadi mainan. Mereka pun pantang aku hilang, semua mencari. Bila sidai baju, siap landing bawah ampai. Bila aku mandi, tunggu depan pintu bilik air. Bila tiba part main di luar, semua aku bawa.

Tetap "baby" manja emak.

Auni menghibur duka.

 Adli melengkap keluarga.

Arrizqi membawa rezeki.

Sejak aku menjadi surirumah ni, terasa betapa rapatnya aku dengan anak-anak, syukur Alhamdulillah. They always be my baby.

15 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Alhamdulillah =)
Keputusan yg tepat utk berenti keje? :)

PUANSTOBERI said...

seronok kan..mmg rezki cha la utk menjaga dan membesarkan mereka di depan mata.. tak seme ada rezeki itu :)

eima said...

setiap anak ade unik nye kan ...
aku tak leh byg cam ne ko kendong semua nye tu ....

Masya said...

anak² dapat membesar dpn mata .. bkn semua org berpeluang.. x salah pilihan untuk berhenti kerjakan... lepas ni nak masak... semua pakat tlg mak pulak kat dapur hihihihi...

Yatie MS said...

anak2 mmg mcm2 ragam diorg... kadang2 mmg memenatkan.. tp merekalah penyeri sesebuah rumahtangga... tidak semua yg bertuah dapat mengasuh anak2 mereka sepanjang masa... syukurla dengan apa yg ada... :)

Yantisa said...

untung anak-anak sebab umi sentiasa ada di sisi.

Orked said...

sonok bile anak2 ade depan mate sentiasa. makin rapat, makin tak nak dia berpisah ngan kite walau sesaat..sonokk...

rase cam nak ikut jejak cha je dok umah jaga anak...hee

@e_da said...

aku juga punya impian seperti kamu mengadap anak2 di rumah.. huhuh indahnya di ulit org2 tersayang

ch@ said...

kakNad:
awal2 je la kena blues, now dah seronok.

kekDa:
betul tu kekDa.

eima:
betul tu eima. bila dah hari2 dgn anak2, boleh je kendong. itu belum part aku makan lagi tu, yg berpangku, yg atas meja, yg main handphone.

yana:
tu yg x sabar tu. berderet duduk atas para menanya mcm2 soalan.

kakYanti, kak@Eda:
rezeki kita kak.

kakOrked:
jom-jom-jom, insyaALLAH. housewife lps kerja pun ok kak, kita pnh je rasa.

sal ya said...

senyum anak2 sentiasa jadi pengubat duka emak.

ch@ said...

kakSal
betul.

ka . ka . mim said...

comelnya kiki @ arrizqi...:)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Alhamdullillah..
srnokla bila anak2 rapat dgn kita :)

shiqa said...

supermomy neh.... terus bertabah utk anak yg comey ni k..

ch@ said...

Mira:
Auni kata Riki...
Kalo camtu...nini, lili dan kiki...comel2.

Eija:
Btl.

Shiqa:
InsyaAllah. I'll be the best.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in