Tangga kejayaan.

Friday, 8 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Usaha tangga kejayaan, percayalah ini bukan auta. Quote ni nampak simple, lama punya istilah namun masih lagi boleh digunapakai. Betulla, jika kita tidak berusaha daripada pula kita dapat hasilnya, hanya sekadar cakap dengan air liur, ada maknanya tapi setakat di situ sahajalah. Statik tidak ke mana-mana. 

Usaha Auni untuk menghafal ABC, mendengar lagu daripada utube android emak dia, mendengar lagu daripada ipad mainan nya dan menyuruh emak menyanyi sebaik sahaja habis mandi. Oh, emak jadi radio ya, hasilnya syabas, Auni sudah boleh nyanyi ABC, impresif kan? Sedikit sebanyak membantu juga dia mengenal huruf, bangga betul aku selaku emak. Hahaa.

Usaha Adli untuk belajar naik turun tangga, apabila aku cukup yakin untuk membuka pintu pagar penghadang tangga. Bagi dia naik sendiri, bagi peluang dia turun dengan sendirinya dengan syarat emak perhatikan dia naik atau turun daripada jauh. Hasilnya, dia berjaya turun naik tanpa menangis walaupun payah untuk mengimbangi berat badannya. Kena pantau.

Paling menarik ialah usaha Arrizqi untuk meniarap, OMG terharu gila bila ada supporter macam kakak Auni dan abang Adli. Aku sendiri tidak ingat bila Adli pandai meniarap. Hehee, tahu-tahu sahaja dia boleh buat semua dengan sendirinya. Auni meniarap umur empat bulan pun dengan sendirinya. Tinggalkan terlentang, balik semula dah terlungkup. Hahaaa.

 Kayuh Riki kayuh-emak.
Sikit lagi Riki, sikit lagi-kakak Auni sambil ambil gambar.

 Eee...yaaah! apahal payah sangat ni? - Arrizqi.

Arrgghhh, tangan sepit pulak - Arrizqi.

Den dah lotih laaa...- Arrizqi.

Oit, buat pe tu? - emak.
Riki-Riki-Riki! - kakak Auni.
Penatlah! - Arrizqi.

Tq ummi, betulkan saya - Arrizqi.
Emmmuuuahhh! - kiss from abang Adli.

Arrizqi, bayi rezeki ni selalu beruntung, disayangi, dikasihi, dibelai dengan ramai yang jatuh kasih. Pun, tidaklah manja sangat. Tidur dengan sendiri, bangun dengan sendiri, yang penting cukup susu. Bila tidak tidur, tidaklah merengek tidak tentu hala, bagi sahaja tengok tv tahu-tahu terlelap balik semula. Hahaa.

Sikit lagi jadi kombat, merangkak, duduk, memapah, makan, berdiri, jalan. Pastu setahun, alahaiii sekejapan sudah jadi kembar abang Adli pula. Ahaks!

Nota hijau: Auni panggil Arrizqi, Riki. Emak panggil Arri. Abi panggil Rizqi. Adli panggil adik. Hahaa. Mana satu tah! Arrizqi juga yang best.

9 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Good job arrizqi!
Pggl rizqi sedap kot, plus ada maksud =)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

wahhhhhhhh good job..
sama ngan faez..malam tadi baru start

eima said...

budak paling disayangi semua.... adli abg yg baik sikit pun tak dengki ngan adek

mamalieyna said...

Untung alrizqi, ramai yg bg perhatian :-)

Meriah la nnti rumah cha bila semua mmbesar bak kembar sja...:-)

Gieyana said...

ahamdulillah:-).anak2 penyeri kan...me tgh counting the special moments..suka bau bb...wanginyer....:-)

ch@ said...

KakNad:
Yups...Adli pun dh stat panggil Rizqi.

KakJue:
Umur utk meniarap.

Eima:
Alhamdulillah Eima, aku pun mcm rasa aneh jgk dia ok ja. Cuma kalo nk tdo mesti atas bdn aku or aku kena tepuk, adli akn cari aku walaupun dh ada bntl busuk.

Kak Ieyna:
Tu yg x sbr tu.

Kak Gie:
Dah ada ye kak?
Hopefully everything going smooth.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

srnok tgk perkembangan yang baik anak2 kita kan..harus la bangga..

teringat zaquan masa mula2 dpt adik dulu panggil ziqry.., Ziki..skrg ni kat rumah mmg panggil adik je..

ch@ said...

eija:
esok lusa ada adik baru, takleh la panggil adik.

sal ya said...

caiyok2!!!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in