Mummy tabah.

Thursday, 7 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ye, aku masih lagi bertuah. Setelah menjelajah mencari novel Setia Hujung Nyawa yang tidak membuahkan hasil, aku mengeluh.

Suarakan pada seorang kawan sekolah yang setia ber whatsapp. Kitorang memang sentiasa keep in touch sehinggakan jari jemari naik lenguh pun masih juga galak bercerita.

Puan Aisha Bari, dulu seorang yang famous amos di sekolah, seorang yang sangat komited dengan tugas diberi guru. Sering menjadi perhatian para guru dan kipas susah mati pelajar-pelajar lelaki dengan keramahan, kemanisan senyuman, kerajinan, kepandaian dan tidak lupa perangai nakalnya.

Adatla tu kan? Sekolah. Hubungan aku dengan Aisha bukanla bagai isi dengan kuku, dia dengan rentak ala divanya dengan tiga empat orang pengapit kiri kanan belakang dan aku hanyalah seorang yang diistilah mangsa buli, tidak cantik, selalu gagal add math, jiwang dan lincah dipadang.

Di sekolah, Aisha perasan kewujudan aku akan tetapi untuk mengajak aku bersamanya adalah misi mustahil, jarang sangat pendapat aku sama fikiran dengan dia yang menjadikan aku lapah hati sendiri. Menangis kena perli, berdesing telinga tersiat ulu hati. Itu dulu.

Kali pertama bertemu sewaktu menghantar borang mendaftar perkahwinan selepas beberapa tahun menghabiskan zaman persekolahan, hati mana yang tidak teruja. Paling aku tidak menyangka apabila Aisha menyatakan aku adalah kawan baiknya. Wahahaaa...hati aku melonjak keriangan, lupus semua sengketa hilang rasa gundah gulana, syukur masa mengubah seseorang menjadi yang lebih baik walaupun masih ada jurang. Kali kedua aku bertemu dengannya apabila dia selamat melahirkan anak sulongnya yang sebaya dengan Auni. Cara bersalin pun sama, maknanya kami berkongsi satu perasaan yang juga sama membuatkan aku lupa bahawa satu masa dahulu dia orang yang aku menyampah.

Jangan sesekali benci, anti, tidak suka seseorang sebab satu masa nanti orang itu sendiri yang membantu, menjadi kawan baik, dekat dengan kita. Contohnya akulah apabila kawan bergaduh menjadi suami dan Aisha yang aku tidak gemar dahulu telah menghadiahkan aku novel Setia Hujung Nyawa. Percuma sahaja ditempah khas daripada MPH Online. Hadiah untuk mummy tabah katanya. Oh! Terharu apabila ada yang menghargai.

Aku bukanlah tabah sangat pun, just melalui hari seperti emak-emak yang lain juga. Semua emak adalah tabah selepas proses bersalin berlaku. Jadi kuat selepas merasai kesakitan yang bukan calang-calang. Bagaimanapun terima kasih Aisha, semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga hujung nyawa. InsyaAllah.

Kami memang kawan sejak dulu-dulu lagi ;) hiks!

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 pasang kaki:

mamalieyna said...

Comel la cara cha bercerita.. :-)..

Mmg ptt dpt penghargaan..

PUANSTOBERI said...

Lor..kalo tau Cha nak..akak beli kat Pesta Buku tu hari..melambak kot kat booth karangkraf.. tp... akak pun beli online. muahaha :D

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

beshnye dpt hadiah novel..setia hingga hujung nyawa lagi.., lg besh bila dpt hadiah dr seorang kwn :)

eima said...

aku suka baca ...ko mmg jiwang .. nk bgtau dpt novel pun begini ayat nye ...terbaiklah !!

tahniah dear moga persahabatan korg terus hingga ke syurga ...

Nad MamaZN said...

Bestnye dpt adiah novel =)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

dapat novel...memang best gila

sal ya said...

mmg kita akan jmp kawan yg takkansekepala dgn kita. akak dulu pun mcm tu. akak aktif sukan tp bff semuanya kaki ngorat. adehhh...

Masya said...

semalam dah episod akhir x tgk pun apa kesudahannya.. nak baca novel mcm malas lah pulak.. beruntungnya dapat novel...

Izan Ishak said...

untungnya cha punya seorang teman yg sangat2 baikhati. moga kalian terus bersahabat sampai bila2!

ch@ said...

kakIeyna:
surirumah je kot. buat segan je dpt penghargaan.

kekDa:
ceh kekDa ni. hahaa sendiri pun beli online.

eija:
btl. betulnya, lagi bermakna kalau dpt brg free. hahaa.

eima:
jiwang, cengeng, kerja layan blues je hari2 ms skolah dulu. org blaja aku tido.
insyaALLAH, smg persahabatan kita pun kekal eima walaupun kita blm lg berjumpa.

kakNad, kakJue:
bestla.

kakSal:
ada jumpa yg sekepala, kekal juga berkawan sampai skrg. hihii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in