Memberangsangkan.

Tuesday, 26 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa, gila malas hendak buka mata tapi hari ini kena bawa Arrizqi untuk pemeriksaan bulanan seperti biasa yang jatuh pada hari Selasa untuk Klinik Kesihatan Sg. Buloh [KKSB]. Semalam sudah ku ingatkan abi supaya dia ke pejabat lewat sedikit untuk menunggu Auni dan Adli di rumah.

Kesian bayi rezeki ni, menggigil-gigil kena rendam dalam besen untuk mandi pagi. Hahaa, tapi senyuman dia memang menggoda betul. Ajak main awal-awal pagi, sebagai emak harus mengambil hatinya supaya dia tidak meragam sepanjang waktu menunggu untuk pemeriksaan nanti. Selesai mandikan dia, aku siapkan susu untuk Auni dan Adli sekali, ambil hati juga supaya tidak bangun awal pagi begini. Namun, harapan musnah...mereka bagaikan ada bau sahaja emak hendak tinggalkan mereka.

Dua-dua bangun, seorang dengan bantal busuk, seorang sudah pun bertebeng di pintu grill. Alahai anak, sabar je la. Sudah siapkan Arrizqi dalam kereta, terus memandu ke KKSB. Pandu perlahan je, sebab banyak sangat bonggol. Baru jam 8.45pagi, lot tempat letak kereta sudah pun penuh. Thanks abi coz bagi kepercayaan memandu kereta mini. Hihii, celah mencelahla apa lagi.

Arrizqi, jaga badan. Hahaaa. 6.3kg je.
Kebolehan, meniarap, terlentang semula, meniarap, bergerak sedikit daripada kedudukan asal. Memegang objek ringan, ketawa, menyembur dan bubbling bbbrrrrrbrrrr...

Hari ni checkup untuk 4 bulan, so far semuanya berkeadaan baik. Tiada cucuk. Walaupun tidak segebu abang Adli, namun Arrizqi sangat pantas meniarap. Perkembangan fizikalnya adalah baik, carta tumbesarannya meningkat sebagaimana umurnya. 

Habis sahaja pemeriksaan, sesi membeli belah. Hehee. Terbayangkan Auni dan Adli di pintu grill, aku beli sepasang baju untuk mereka. Suka benar Auni. Then, upah mandi kolam. Hahaa. 

Nota hijau: Masih belum boleh bayangkan jika aku seorang bawa Auni, Adli dan Arrizqi. OMG. Nangis!

13 pasang kaki:

@e_da said...

wah naik dengan jayanya.. tgk dagu tu... heheh deena tak tau bulan ni berapa..

♥cikmOt♥ said...

pheww...seksa nak kawal 3 orang tu...sebab jarak adli ngan arrizqi dekat sangat...

Rasp said...

suka tshirt arrizqi tu....
hehehehehehe....
jadi mak nie...
keluar mesti teringat pada yg ditinggalkan...
kalo leh mesti ada 'upah'nya kan....

eima said...

fuh ... tak dpt gak aku bygkan klu ko anak3 tu ...kena ade abi jugak la

mama ila said...

wahh..bambam nyer..gerammm...comel =)alhamdulillah perkembangan yg bagus

Nad MamaZN said...

Oiiii dagu dh double !
Geng ngan ciknad ni, haha!
Bambam, geget baru tau! =)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

4 bulan dah arrizqi, w/pun x segebu adli tp tgk la pipinya boolat gak tu..

kalau bawa 3 sekali tu msti cha main kejar2 ngan diorang kat klinik tu..agaknye..

ch@ said...

kak@eda:
hihiks, deena lagi chubby. fully bf sama mcm adli nnt.

cikMot:
haaa tu la pasal. Mmg tgh melasak pula tu, smua nak eksplore. Auni dah faham arahan.

Rasp:
Daddy and I agree: mommy is the boss.
kita beli je hari tu, tak tgk pun sbb mmg arrizqi xde baju hari tu. hehee...

eima:
btl tu eima. ni nk g reunion pun abi xde, jenuh nak cari bodyguard handle askar tu.

mamaIla:
alhamdulillah, dia sihat walaupun mak dah buat mcm2 kt dia.

kakNad:
ahaks...bolehla ingat arrizqi ingat kakNad nnt.

eija:
tu mmg dh tentulah. kalau klinik kecil xpe kot. kksb ni besar jugakla.

mamalieyna said...

Walaupun tak menggebu mcm abg dli, tp tetap encem lah :-)..

Badan ringan lg cepat buat kerja :-)

Masya said...

tak sabar nak tgk dia berjalan tergeda² dgn adli nanti... mesti mcm kembarkan...

lg ramli sarib ni.. mengingatkan sy pd seseorg lah.. kalau dgr mesti teringstkan org tu...

Jue a.k.a Ibu 2F said...

budak ini memang baik...
kamu nampak gebu....

ch@ said...

kakIeyna:
hahaa, tu la fasalnya.

yana:
kan yana kan, adli pun baik sgt ngn arrizqi.

kakJue:
faez lagi gebu.

sal ya said...

akak ok je bwk tiga2. hehehe...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in