Hilang kata-kata bisa.

Tuesday, 8 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Well, masa sekolah dan masa waktu belajar dulu kawan-kawan memang tidak tahan dengan perangai aku, tidak hairanlah aku sentiasa di pulaukan orang dek kerana mulut aku yang bercakap tidak ada perlindungannya, main lepas ikut suka sahaja. Then, pangai pun suka mementingkan hal sendiri berharap agar semua orang memahami.

Namun, tidak semua orang suka perangai sebegitu apatah lagi hidup dikelompok ramai seperti asrama yang memerlukan setiap kerjasama setiap orang. Masa zaman sekolah, tiada siapa pun berani tegur, zaman belajar barulah aku tahu, kerana sudah ada yang menegur. Bila sudah tua begini, ramailah kawan sekolah yang bergurau manja menegur perangai aku masa sekolah dahulu. Sudah terlambat kan? But, title lone ranger tu memang membuat aku sedar diri.

Bila sudah beranak-pinak, kita menegur tapi orang tidak peduli sakit juga hati, apatah lagi yang ditegur itu anak sendiri. Jika masa dahulu, bila orang tidak peduli kita, kita pun buat hal sendiri sahaja. Itu dulu, now bila dengan anak, anak tidak ikut cakap takkan la kita mahu tembak lepas sahaja. Bercakap dengan anak-anak memang kena berlapis menggunakan penapis yang sangat kebal. 

Anak-anak akan belajar daripada ibu bapa. Sebut ibu bapa, ibu yang berada di hadapan makanya ibu, emak, umi, mama la yang merupakan role model paling baik untuk dicontohi. Sedikit sebanyak, aku kena ubah perangai bermulut lepas. Akan tetapi bila teguran tidak peduli, aku sudah pandai diam sahaja. Marah dalam hati. Mungkin, silap daripada diri sendiri juga kerana aku yang lebih banyak masa bersama mereka.

Memanjat sofa, gigihnya Adli setelah beberapa kali mencuba. Walaupun setiap kali jatuh, menangis, namun...

Usahanya membuahkan hasil, membuatkan dia berani berdiri mengimbangi berat badannya sebelum...

Dia menyangkutkan badannya di penyandar sofa. OMG, Adli. Walaupun jantung aku bagai hendak jatuh, kepala aku memikirkan benda yang negatif tetap juga aku pantau. Adli anak lelaki, dia mesti lasak dan kuat.

Puas bila melihatkan senyuman manisnya dapat buat seperti kakak. Kakak naik sofa tak mainlah daripada hadapan, panjat ikut penyandar. Si badan getah tu, tidak pernah serik walaupun jatuh banyak kali kecuali betul-betul sakit, baru nangis. 

Kakak tengah sibuk setup tempat main. 

Salji umi, salji. Erk! Gulp! 
Ini betul-betul buat emak tumbuh tanduk. Habis segala kata berlapis aku luahkan, sakit gak dada bila tidak dapat nak hamburkan kata-kata yang biasanya kasar. Terlambat sudah apabila satu botol bedak baby johnson dikerjakannya. Tu tengah buat pari-pari salji la tu. 

Baru dua orang, belum Arrizqi join sama. Memang emak diam membisu je la. Letih sudah. Adli semakin boleh tahan perangainya but still kurang sikit daripada kakak.

Nota hijau: Harap, masa sekolah esok jadilah kanak-kanak yang cemerlang.

14 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

apa pun seronok dpt tgk derang 'melasak' dpn mata. tak seme ibu dpt rezeki begitu :)

Nazayiena said...

Seronoknya adli dan kakaknya main salji tu.....

Nad @ MamaZN said...

Setuju.dgn pnstoberi...
Tp dlm masa yg sama...mmgggggg jadik tarzan! Huhu!

Qaseh Iman said...

hehehe...seronoknye...lagi2 dok main pari2 salji...

Yantisa said...

pengalaman manis kanak-kanak Ribena . Sekarang memang penat , nanti depa dah besaq mesti rindu saat-saat macam ni .

mamalieyna said...

Mmg cobaan kalau spenuh masa dgn anak2 ni kan.. huu..sabr ye..budak nakal2x gini tandanya bijak.. amin..

Gieyana said...

pengalaman anak2dlm proses pembesaran mmg memerlukan tahap mentalmyg tinggi kdg2..tmbah lak mcm uolsmyg sepanjang ms dgn anak2...:-)

Asyifa Mustaffa said...

sabar2....biasa la bdak bdak....
Ok lgi bedak.....sy penah anak2 tuang mnyk johnson + mnyk telon lgi.....mmg time tu....segala singa. ...harimau yg kuar....tp bila ingt blik....klaka pun ada....mulot je lebih....nak pukul2 sngt tu...x la....pkul2 manja je la.....hehe....

Masya said...

dgn budak² ni mmg kenelah banyak penapisnya kalau nak bercakap.. pantang silap ckp.. kita yg kena blk kang...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mmg kena byk bersabar, eija pun selalunya terlepas ckp sbb dah marah kan..biasalah tu adik jd followers.., ziqry pun eija tgk suka follow apa yg abg dia buat..

eima said...

mmg mencabar betui ni....tak pe ..slalu org kate budak yg byk imaginasi ni budak cerdik

ch@ said...

kekDa, Nazayiena, kakNad, QasehIman:
sonok sampai tak terkata.

kakYanti, kakIeyna, Eima:
tu la, yg pelik tu ada je idea bernas yg diluar jangkaan. biasanya main bedak, bedakkan teddy bear, ooo buat kuih ke, ini buat pari2 salji. isk!

Gieyana:
emak pun kena dua kali ganda kental.

AsyifaMustaffa:
oh, minyak-minyak tu pun ada juga, kamera digital canon mandi minyak geliga, tv pakai deodoran, cermin almari solek pakai lip ice. mmg pilu gila bila tgk smua botol tu kosong.

Yana:
ye btl la tu. kita mmg terdiamalau auni membalas blk. ada je akal dia.

Eija:
esok tambah lagi sorang follower. Adeih!

sal ya said...

bab bedak mmg hangin sbb nntnya licin. ada la pulak berdondang sayang sbb jth.

ch@ said...

KakSal:
Abi blk, lelekas kita beritau, umi dh x laratla. Abi tlg ek.... Hihiii!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in