Drama Queen.

Thursday, 31 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Impian sejak dulu-dulu lagi, hihiii. Walaupun tidak menjadi pelakon tv, akan tetapi menjadi ratu drama bila di rumah. Kadangkala frust dengan Auni yang asyik kartun sahaja makanya umpan mujarab untuk aku menonton televisyen, dengan menukar handphone untuk dia belajar ABC. Dia bijak, tahu sahaja mana letaknya lagu ABC dia.

"nah umi, umi tengok tv, Auni hendak lagu" sambil hulur remote astro. Kalau mood dia hendak menonton tv atau bateri handphone sikit lagi hendak habis...
"alaaa, umi main handphone la, Auni nak tengok cerita" pandai sungguh memujuk emakkan. Sekarang, diala yang rajin bercakap dengan aku. 

So, tercapai hajat untuk duduk berehat sambil menonton tv. Hihiks! Ada ke istilah berehat, bukan duduk sesaja menyambil juga, baca novel, suap Auni Adli makan, lipat pakaian, layan Arrizqi. Biasanya, memang jam 2.00ptg selepas solat Zohor aku sudah standby.

Walaupun aku tidak gemar berita di TV3 namun banyak drama yang aku suka layan. Jam 2.00ptg, Aliya. Indonesia. Drama Indon, biasalah meskipun banyak auta dan tidak logiknya. Sambil Aliya, suap anak-anak makan. Kadangkala tersetia juga, sebab biasalah selain pelakonnya cantik, cowoknya juga ganteng-ganteng deh! lagi satu aku suka bila gelaran yang diberi, aneh-aneh dan nama pendek empat huruf pun boleh jadi pendek. Contoh, Fina = Fin. 

Habis Aliya, jam 3.00ptg Legacy ambil alih. Tagalog from Filiphina. Suka dengar lenggok bahasa dorang walaupun sepatah haram tidak difahami, sarikata kan ada. Pelakon takde la cun sangat pun tapi seksi. Semua pun berkemban, sang heronya bolehla tahan. Tang drama ni, kadang-kadang sibuk layan Arrizqi. Tidak pun mencuba resipi baru di dapur.

Jam 4.00ptg, drama melayu Debunga Lalang, Noor Khiriah. Pasal menuntut hak anak sendiri daripada jagaan adik sendiri. Hahaa, pening ke? ada je sipnosisnya, cer Google. Tidak pun tonton kan ada. Best drama ni, drama melayu biasanya semua unsur pun ada. Paling aku suka jika ada tema kekeluargaan. 

Daripada tv3, bertukar ke Astro Bella saluran 133. Hihiii. Pangako Sa Yo jam 5.00ptg. Time ni banyak kerja sikit. Kalau tidak melipat baju, aku baca novel. Tidak pun, bawa anak-anak main di luar sebab malam karang ada ulangan lagi. Tu yang kalau tertinggal episod di astro ni, tidak perlu risau. Tagalog lagi, dulu dah pernah ada drama ni, maklumlah aku busy masa tu jadi inilah kesempatan yang aku ada untuk layan.

Lepas solat Asar, jam 6.00ptg adalah sesi untuk memandikan anak-anak, bergilir bertiga-tiga. Sebab, Auni suka buli Adli dalam bilik air, jadi kena pantau. Arrizqi mandi masih guna besen walaupun aku sudah tibai air sejuk. Hahaa. Tu yang kena bergilir. Selesai, masing-masing sudah dapat botol susu. Balik semula melayan tv3, Setia Hujung Nyawa. Tidak pun, memang drama TV3 daripada dulu lagi. Patut masa ni, ajar Auni mengaji. Isklah, emak pun tersangkut depan tv. 

Sudah hendak habis episod pun kan? lepas ni ajar Auni alif ba ta lah lepas solat Maghrib. Apala tv3 ni, bubuh la drama best waktu hujung minggu, ini ambil waktu Maghrib yang singkat tu. Habis semua pun jadi leka termasuk aku. Adoiii, masih goyah imanku ini bah.

Bila semua sudah mandi, aku masuk dapur. Bila malam, drama biasa Ruby dan tv3 lagi. Heheee. Sehangat Asmara, astro HD aku lebih suka tengok ulangan. Sebab terus je episodnya tidak sekerat-sekerat. Setengah jam sudah habis, malas dan kejap sangat. Mandi, makan malam, dan tidur. Anak-anak, tunggang langgang dengan mainan. Biarkan je, sudah lotih.

Setakat bulan Januari, ini sahajalah drama yang aku suka tonton. Drama Korea, kadang-kadang je layan. S One tu. KBS pun ada juga. Bila ada abi, memang aku je la yang beralah. Dia lebih suka HBO dan seangkatan dengan dia. Dahulu, dapat tengok drama waktu malam sahaja, siang adalah waktu mencari rezeki. Sekarang, masanya untuk aku melepek melepak depan tv. Hohooo, sampai bila? entahlah, biar waktu yang menentukan. Bukan aku menonton sesaja sampai satu kerja pun tidak siapkan?

Memang daripada masa sekolah lagi, aku sangat gemar menonton tv. Meskipun duduk asrama 5 tahun, bayar RM 0.50 untuk tengok tv waktu hujung minggu. Bila sudah masuk belajar, orang sibuk berorentasi, aku cabut pergi tonton tv layan Winter Sonata. Hahaaa. Itu masa sijil, bila sambung buat diploma, berkejaran lepas jemaah Isyak di surau, dengan masih bertelekung layan drama klasik Korea. Hilang masa untuk kuar dating sesi minum malam. Sanggup.

Pernah sekali tv di rumah mama kena sambar kilat, habis semua rosak akibat litar pintas kecil. Lekas mama suruh papa beli tv baru bila tahu aku mahu bercuti pulang ke kampung, heheee. Bila duduk rumah sewa, pun ada tv walaupun tidak ada astro dan ariel kena pegang dengan tangan. Sanggup, sebab drama Korea semata-mata. Kalau tiada tv, make sure pergi kedai makan cari yang ada tv. Tidak kisahla channel apa yang sedang orang lain tonton yang penting tv. Hihiii. 

Drama Queen kehidupan sebenar aku. 
Keletahnya sangat mencabar mental dan fizikal emak.

Nota hijau: Kehidupan sekarang, walaupun sibuk tetap jugala curi masa menonton tv. Aku suka drama yang ringan-ringan je. Kalau Maharalawak Mega tu, entah berapa kali aku layan. Sebab, hiburan ringan dan tidak perlu fikir-fikir.

12 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

hehehe, sesekali tak terlayan jugak karenah anak2 ni...kat rumah akak tu ada drama king...haiyaaa

Masya said...

masa dah terhad nak layan tv sekarang.. drama korea pun kat hd one dah tak tertgk.. sdhnya .. lyn jerlah apa yg amir dgn hubby tgh tgk... MLMjgn katalah.. mmg ulang² pun kami gelak² lg tgk..

Nad MamaZN said...

Boleh la bertukar2 cerita kalau kak nad terlepas cite aliya tu, hehe

Yatie MS said...

samala dgn akak.. dulu2 pun mmg hantu tv jugak... tp sekarng.. tgk je apa yg terpampang kat depan mata.. kena beralah dgn anak dan suami...

eima said...

klu klu melayan anak mmg tak sempat tgk tv ... klu tgk pun cam kosong je tak paham pun ... tau2 je dah abis ...


fav aku pun sama TV ...tp sejak anak2 dah besar ni asek berebut je ... tu belum berebut ngan apaknye lagi

mama ila said...

hihihi..samalahhh..ila pun hantu tv n drama...mmg suka drama korea n drama melayu...seronok..skang nie..ila suka layan Setia hujung Nyawa...Ruby... kalau korea..channel One..dulu suka tgk My Daughter the flower..pas habis..dah kureng tgk korea..King of Drama layan jugeks sket2

Nisah Idham said...

hehe
Cha.. aka pun layan Tv jugak, tanpa TV hidup bagai tak sempurna. mesti tgk tv. err bukn . mesti bukak tv walopun akak bersilat di dapur. tak dapat tgk, dengar pun ok. skang ni tgh layan Setia Hujung Nyawa. layan ni, masak pun sekerat-sekerat. iklan, masuk dapur, bila dh start duk dpn tV. nasib baik hubby OK.. hehe

mamalieyna said...

waaaa.. bestnye ch@..sibuk2 ngn anak boleh layan tv gak... haruslah kan.. ^_^

k.eina rasa rindu plak nak tgk tv siang2 layan drama2 gitu.. merasa time berpantang jerlah dulu2x.. tapi skrg..cannot loor, dak arif tu, melayan disneychannel jer.. huu~ nak menang dia aje.. hbs2 pun boleh layan tv kecik kt bilik tgk berita jer..huu~

berangan nak jadual waktu mcm ch@ jugak.. hee~

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Eija pun mmg jenis suka tgk tv..rasa x leh hidup xde tv. .hihi, tp tu dulu...skrg ni mmg xdpt nk layan tv sgt kena beralah dgn suami dan anak...samalah dgn asben eija lebih suka layan HBO berbanding drama2 melayu..eija ni semua pun bole layan...

ch@ said...

cikMot:
hahaa, drama king abg bam. tgk dia tingat adli.

yana:
masa kerja hari tu mcm tu gak, tak sempat. sempat pun malam, tapi lbh byk tv tgk kita blk smula.

kakNad:
kadang tgk, kdg xtgk sbb drama indon ni pjg. suka tgk aliya tu sbb dia comel.

kakYatieMS:
kalau busy buat kerja, mcm tu jgk la.

eima:
btl la tu, aku sekadar tgk je la. suka drama yg ringan2. aku slalu berebut dgn auni. tapi sjk dh suka handphone, tukar2lah.

mamaIla:
drama korea taktau mana yg best. lbh suka beli vcd je, hehee.

kakNisah:
kalau kita jadi akak pun sama, kalau boleh smua hendak buat sebelah tv.

kakIeyna:
insyaALLAH, satu hari nnt akak jd mcm kita jugak, tungguuu...

eija:
walaupun tak layan sgt tv, tapi mesti nak ada tv. tak lengkap rasa bila tak ada tv.

sal ya said...

bukan penonton setia tv. rumah sekarang ni pun tak ada tv mcm mana?

ch@ said...

kakSal:
huhuu, mmg takleh kita takde tv.
abi pun nk kena ada tv. masa baru nikah, tv la dibelinya dahulu. hahaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in