Bersemangat.

Tuesday, 1 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang 2013.

01012013.

Gigih buat kek coklat untuk abi, seperti tahun lepas juga malam tahun baru merupakan malam sibuk untuk dia, sedih juga apatah lagi hari ulangtahun kelahiran serentak malam tahun baru. Yang kena pasrah, isterilah.

Ok, terima kasih 2012. Suka, duka, pilu, gembira, sedih, kejutan, kejutan tak menjadi, dan pastinya indah. Lebih kepada sangat indah, terima kasih Arrizqi. Hadirmu memberikan rezeki yang melimpah ruah. Syukur.

Azam tahun baru, hrrmmm [menggumam] jadi lebih independant. Dalam kepala otak aku ni, aku hendak menjadi seorang emak yang serba boleh. Tidak kisahla dalam bidang apa sekalipun. Hendak merebut Anugerah Pekerja Cemerlang, memang tidaklah kalau sudah tersurat terceruk di dapur. Hendakkan bonus, pun memang tiadalah kecuali ada yang offer.

Paling penting, aku hendak menjaga kesihatan supaya boleh membesarkan tiga askar yang sangat meligat dengan seribu satu macam kerenah.










My lovely, lovely, lovely super kids.





Cayok umi, cayok. Usaha.

Semoga lebih bertabah untuk hari mendatang. Disamping itu, aku akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang kurang mengeluh dan sentiasa ikhlas kepada yang aku lakukan untuk abi, insyaALLAH.

Nota hijau: Aku cuba bangkit untuk menjadi orang yang penuh kasih sayang. Aminnn.

7 pasang kaki:

Yantisa said...

happy new year . Semoga semua azam menjadi kenyataan .

mamalieyna said...

Selmt thun baru 2013!

In sha Allah..cha boleh!

Cabaran mnjadi fully HW pastinye sgt terasa di awal2x ni..lama2x nnti oklh tu..3 askar pulak tu..

Tcare n selamat menumpuh 2013 yg bakal penuh dgn cabaran..

Psst cha, nnti jengok email tau..jemput dgt rumah sabtu ni..l

Nad @ MamaZN said...

Moga impian jd kenyataan...selamat tahun baru!

ch@ said...

kakYanti:
insyaALLAH.

kakIeyna:
insyaALLAH kak, redah je ni.
Ha'a, insyaALLAH sampai. hiks!

kakNad:
amin dan insyaALLAH kak.

Masya said...

insyaallahh....

nak tanya skit kat mane beli baju pororo tu.. menangis amir kalau nampak ada org lain dah pakai hahaha.. sbb ibu dia bg tau takde jual hahahahaha... sbb tak pernah jumpe..

sal ya said...

tahun baru, dah duduk sendiri mmg banyak dugaan. rak tv mmg port anak2 panajt. kena jerkah senyap la sekejap. lepas tu bising semula. sudahnya halau keluar. main la apa pun selagi tak membahayakan.

ch@ said...

Yana:
dapat tak link nak beli baju pororo?

kakSal:
nak main kat luar semedang hujan. kesian.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in