Baju baru.

Wednesday, 30 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku? oh bukan-bukan. Sliding door dan tingkap villa ceruk taman ini punya baju baru. Ingatkan entry yang berhenggeh aku lima beranak misi mencari langsir? keh-keh-keh. Aku bukannya cerewet sangat bila sudah sibuk mengejar anak-anak, so tidak dapat light grey, pilih sahaja dark grey. Dah lagak panggung wayang ruang tamu aku. Hahaaa.

Misi kedua, mencari karpet. Kalau dapat yang petak-kelabu gelap dan terang, alangkan bestnya. Dapat pula yang tenggelam kaki, huiii best memang best, citarasa best, harga pun best cara guna pun harus best apatah lagi aktiviti untuk pembersihan adalah super best. Kehkehkeh.

Lambat sangat hendak menunggu abi memasang, hendak suarakan terasa segan, akhirnya dengan ketinggian yang ala-ala, ku pasrah panjatkan juga. Gigih, mengambil masa Arrizqi tidur. Payah sikit mamat tu, sejak dua menjak hendak berumur ni, akalkan pun panjang, deria aura tu tau-tau je emak tiada di sebelah. Isklaaa...

Bila sudah naik, waaa... rasa macam tidak padan pula dengan cermin sliding door yang tidak berlap. Pasang je la dulu, karang raya baru aku lap sliding door tu. Phew! lap peluh-lap peluh. Cantiknya rumahku syurgaku ini, hahaaa ok interframe. Kombinasi warna yang ok jugaklah, redah saja. 

Berbaloi la, memilih sambil berkejaran dengan anak-anak, bagaikan hilang penat apabila sudah siap digunapakai. Tinggal bilik atas sahaja yang belum, kesian para tetamu yang datang transit, tingkap bilik tidak berbaju, seksi.


Amacam? Boleh je la kan, bertahanlah 5 tahun akan datang. Hahaa. Frame ayat Al Quran dan frame gambar belum naik lagi, kena pilih balik, kena print gambar balik semula. Ahli sudah bertambah. Potret untuk Arrizqi, my oh my kena buat checklist. Ada aku minta print canggih untuk print gambar berkualiti ni karang, malas sungguh hendak hantar ke kedai.

Simple je, aku sedang gigih belajar untuk menghias rumah, memang tangan kayu. Apatah lagi anak-anak sedang lasak membesar, aku lebih suka yang lapang selapang-lapangnya. Esok lusa Arrizqi dah kena rekrut, haruslah bertambah lintang pukangnya.

Nota hijau: Rumahku biasa-biasa sahaja, kecil-kecil sahaja. Yang penting isi kebahagiaan di dalamnya. Terima kasih abi ;)

10 pasang kaki:

Masya said...

apa lagi bookinglah cerita astro first.. mmg macam panggung wayang hihihihihihi....

Nad MamaZN said...

Biar lapang, takde byk brg.. =)
Cantek umah cha =)

eima said...

aku suka yg lapang...mudah kite nk kejar anak2 ..nk main bola pun senang ...

PUANSTOBERI said...

bila nak buat housewarming?? hiikkss


Gi kilang karpet kat Nilai 3 tu. karpet tenggelam kaki tu pun murah.. tp tu lah.. gi pepagi..kalo dah tghari, mmg dapat pakej peluh tiak la.. huhuhu..

fazilzura said...

wahh smart nye rumah

ch@ said...

Yana:
donlod sudah. hahaa.

kakNad, eima:
betul, anak kekecik ni lebih suka lapang dan elak habuk.
cantik? lapang sangat ni.

kekDa:
insyaALLAH. nnt kita jemput ek.
olor, kekDa tlg jaga askar bertiga ni ek.

fazilzura:
tq2, rmh kecil je.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Time anak2 kecik ni mmg x dpt nak mghias rumah sgt cha..
betul tu biar lapang x serabut sgt nak mengemas...

ch@ said...

eija:
btl tu. biarkan je kelapangan.

sal ya said...

rumah akak seakrang ni pun tunggang langgang. adoii la...

ch@ said...

kakSal:
hahaa, rmh kita takde barang sgt. lapang.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in