Memori susah nak lupa.

Wednesday, 23 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung panjang... Menggumam... Sambung bermenung... Tarik nafas panjang sambil melunjurkan kaki. Jari membelek handphone. Sudah beranak tiga pun masih lagi setia dengan handphone. Jika dahulu menanti pesanan cinta daripada buah hati, sekarang? buah hati sudah dimiliki, menanti siapa pula? tiada siapa-siapa hanya menanti kawan-kawan sahaja yang sudi berkongsi situasi.

Walaupun zaman persekolahan sudah jauh ditinggalkan 12 tahun lalu, namun memorinya tetap dikenang sehingga bila-bila. Syukurnya, perangai masing-masing masih lagi serupa, giat-menggiat, usik-mengusik, kena-mengena, tembak-menembak, jenakanya walaupun boleh buat orang sentap akan tetapi memikirkan sudah lama tidak bersua, gembira sahajalah yang menguasai keadaan.

Walaupun dahulu, tidak pernah bercakap antara satu dengan lain meskipun dalam satu kelas namun dengan adanya teknologi canggih masa kini, boleh pula jujur berterus terang dan beramah mesra. Masa inilah hendak mengaku bahawa satu tika dahulu dikaulah pojaan hatiku. Biarpun terlambat, namun ianya tetap tidak dapat merubah kehidupan hakikat yang sebenar.

Walaupun dahulu, hidup dalam keadaan berpuak-puak, puak kau suka ponteng kelas, puak kau kipas susah mati hero pujaan ramai, puak kau kaki shopping, puak kau hanya atlet sahaja, puak kau suka kipas guru, puak kau paling popular, puak kau hanya minoriti tidak dipeduli namun, apa ada pada semua itu bila sudah berkumpul beramai-ramai untuk mengenang masa silam.

Walaupun dahulu hidup penuh dengan ego seorang budak-budak meningkat dewasa, kini kehidupan diteruskan dengan berkongsi pengalaman masing-masing, yang sudah beranak pinak, yang sudah berkerjaya, yang sudah merantau entah ke mana, menjadikan bertukar cerita itu merupakan satu perkara menarik untuk belajar dan mempelajari, sesuatu yang boleh diteladani dan diambil manfaatnya.

Mengapa aku merapu begini? hahaaa, ini feeling satu perasaan seronok apabila rakan-rakan sekolah SPM 2001, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab berkumpul dalam satu talian WhatsApp. Wiii, kecoh tapi menghiburkan, kecoh meskipun masing-masing mengadu bateri handphone lekas kong, kecoh tapi masih lagi setia dengan cerita-cerita panas. Terima kasih kawan-kawan kerana masih lagi sudi mendengar berita dan cerita walaupun aku sudah jauh dengan kalian.

InsyaALLAH, bagaikan sudah menjadi tradisi kita untuk berkumpul minggu terakhir berpuasa setiap tahun. Satu hari nanti, kita buat acara formal untuk menjemput satu batch kita berkumpul bersama-sama dengan acara-acara yang menarik. Semoga jalinan persahabatan kita semua kekal hingga ke syurga. Amin.

Tingkatan 1 dan 3 Rancangan Khas Agama.
Tingkatan 5 Sains 2.

 Koir dan boria kampung pisang emas. Alaaa comel-comel. Hiii!

 Acara makan-makan, team hostel nampak bersama tapi tak mesra,
Acara tukar hadiah 3 RKA. Bajet dah dewasa. Nampak bersama tapi jarang berbicara.

Annual Dinner: Malam Seribu Kenangan gittu. Tidak dikenali :)
Team bola jaring SMKTH, aku ado kek situ. 

Nota hijau: Terima kasih Allah memberikan aku peluang ini menikmati bahawa indahnya kehidupan.

7 pasang kaki:

fazilzura said...

kenangan di skolah mmg xdpt di lupakan .. kdng2 rindu jgk .. time tu pk blaja je ++ cintan cinton monkey hehehe

mamalieyna said...

Zaman sekolah sgt best..byk kenangn tu... syoknye masih berpeluang bergather2x... itulah kelebihan zaman teknologi ni ye..yg jauh jd dekat.. :-)

Tetiba pulak terkenang :p

ch@ said...

fazilZura, kakIeyna:
segalanya bermula drpd zmn skolah kan? best.

Masya said...

zaman sekolah mmg zaman yg indah.. bile dikenang blk rasa gelihati... gelak sorang2...

ch@ said...

yana:
rasa mcm baru je lps SPM.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Mmg zaman persekolahan antara zaman yg x boleh dilupakan n indah utk dikenang...Lg pulak zaman sekolah menengah zaman kita baru nak meningkat remaja...zaman remaja zaman berseronok2..Hihi..., itulah kan nasib baik skrg zaman teknologi dh ada network yg boleh menghubungkn semula dan mengeratkn lg hubungan silaturrahim sesama rakan sekolah..yg x rapat pun boleh jd rapat...

ch@ said...

eija:
kawan yg dulu tak pnh bercakap, boleh pula kata dia kenal kita. waaa, glamour jgk rupanya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in