Bahagia milik semua.

Wednesday, 31 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku mulai dengan syukur segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada aku sekeluarga.

Diikuti dengan anugerah-anugerah yang indah ciptaan Allah yang dikurniakan kepada aku juga.

Norerdina Auni Norerwandi 
July 2, 2009

Norerfan Adli Norerwandi
September 27, 2011

Norersyad Arrizqi Norerwandi
October 15, 2012

Seorang suami yang sangat pemikir, penyayang, bertanggungjawab, memahami, cool dan aku sangat sayang padanya. Menyediakan sebuah mahligai indah untuk didiami kami sekeluarga.

InsyaALLAH, bahagia kami bermula di sini. Syukur.

Nota hijau: Lambatnya hari berlalu, hati sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Aku? masih sama macam dulu juga. Masih biasa-biasa sahaja, esokla bergambar. Hihiii...

Susu botol bukan formula semata-mata.

Tuesday, 30 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... perjalanan breastfeeding Arrizqi. Alhamdulillah memang rezeki untuk Arrizqi. Walaupun dilahirkan dengan mulut amat comel, dia struggle as abang Adli untuk direct breastfeeding. Hui, memang hendak menangis kaw-kaw bila tiba directfeeding mesti ambil masa lima belas minit untuk dapatkan lekapan terbaik. Selagi tidak selesa selagi itula aku bergaduh dengan Arrizqi untuk memberi susu.

Oleh kerana ubat untuk menyahkan bilirubin berlebihan adalah kerapkan menyusu maka tindakan yang aku ambil ialah perah susu dan beri dalam botol. Buat masa sekarang sekali menyusu Arrizqi hanya minum 60ml hingga 70ml sahaja, kadang-kadang tidak habis dan dihabisi oleh abang Adli setiap dua jam. Memang syurga  dapat beri dia minum dalam botol. Puas hati bila tengok botol kosong. Hihiii...

Kejam? tidaklah, apasalahnya kan? tidaklah abang Adli cemburu bila Arrizqi direct feeding. Aku masih juga direct bila aku malas hendak merendam susu perah dalam air suam. Hihiii... Yang baiknya bila Arrizqi minum tidak habis, abang Adli lekas sahaja menyedut hingga titisan akhir tanpa belas. Uh, Adli... apa saja janji boleh mengisi perut kecuali pisang dan anggur.

Misi kampung masih lagi datang rumah selepas hari ke-10, pun masih lagi bertanyakan susu tepung jenis apa yang Arrizqi minum. Bagi misi kampung, susu botol ialah susu fomula ataupun susu tepung. Oh tidak-tidak... Arrizqi masih lagi menyusu badan tetapi sudah perah masuk dalam botol. Stok untuk Arrizqi juga sudah berderet menanti giliran untuk dihabiskan. 

5 daripada 8 bumble bee.

Arrizqi bermata sepet.

Penghabis makanan keluarga, Adli.

Masih lagi belum buat keputusan bila untuk balik ke Sg. Buloh. Mungkin minggu depan aku dah boleh berdikari sendiri. Sekarang pun, cuma menunggu jahitan bawah sembuh sepenuhnya. Menerima dua jahitan pun, bila terlalu aktif rasa susah juga. 

Abi, hrm... dah balik Sg. Buloh pun menjalani kehidupannya seperti biasa. Aku sahajalah yang menguruskan anak-anak. Terjerit sana-terjerit sini, ah anak-anak kecil ni pasti sudah bingit telinga dengan teriakan dan jerkahan emak. Emak minta maaf ye anak-anak. 

Nota hijau: Hendak suruh abi pasang pagar di tangga terlebih dahulu sebelum balik sana. Hrmmm...

Nyahla bilirubin berlebihan.

Monday, 29 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arrizqi, masuk hari ke-tiga dikesan jaundis, aku pasti kebanyakkan emak-emak yang baru melahirkan pasti bimbang dengan jaundis. Aku memang langsung tidak ada petua bagaimana cara terpantas untuk mengatasi anak terkena jaundis.

Hari pertama bacaan jaundis Arrizqi 10mg/dl, tahap ada sikit jaundis. Hari kedua naik lagi jadi 12mg/dl. Benci betul aku, Arrizqi makin malas buka mata hendak menyusu. Hendak kejut dia bangun menyusu punyala payah. Disebabkan bacaan naik, aku balut badan dia dengan Premium Beautiful. Hahahaaa...ok hasilnya, bacaan turun kepada 11mg/dl. Disebabkan turun, skip satu hari pergi klinik.

Then, aku cuba tidak balut badan dengan PB, dan kerapkan menyusu. Huh, payahnya rasa hendak sumbat botol susu je padanya. Hasilnya, bacaan naik mendadak kepada 13mg/dl. Masih lagi di tahap belum warded. Hari ni ulang lagi, dan belum tahu berapa bacaannya. Harap sangat turun tahap tiada jaundis. Susah hati rasanya.

Apa yang aku buat sepanjang Hari Raya Korban, pagi sebaik aku mandikan Arrizqi aku titiskan jus anggur hijau, saranan misi kampung datang bertandang saban hari bertanyakan Arrizqi. Katanya, untuk neutralkan semua asid dalam darah. Seharian aku balut badan dia dengan PB. So far, dia bantai tidur je, sampai sakit jiwa aku hendak mengejutnya bangun menyusu. Dengan tindakan nekad dan tegas, botol susu. Alaaa... aku pun dah jadi fulltime housewife so takde masalah rasanya untuk beri botol susu pada Arrizqi. Patutnya ajar masa sebulankan, untuk persediaan naik kerja.

Ooooo suka ye kamu dengan botol susu. Mana belajar? Hihiii, emakla yang ajar. Selang dua jam sumbat 2ozs susu badan. Eh, susu botol bukan bermakna susu formula ye. Aku gunakan botol susu Medela. Itu satu-satunya botol untuk new born dalam rumah aku ni. Auni dengan Adli berputing botol dan susu yang sama, tak sesuai untuk Arrizqi janji kerapan menyusu tu ada.

Lepas mandi petang, aku titiskan pula susu kambing yang katanya mujarab untuk sakit kuning, sebelum aku beri Arrizqi aku yang test dulu, wei... sedap rupanya susu kambing ni. Hahaaa. Lebih best daripada susu lembu. Confirm aku habiskan stok susu kambing yang papa belikan untuk cucu dia nan satu ini. Sudahla hari tu aku suruh beli susu kambing yang dibelinya gambir, adoiyaiii sabar je la. Balik rumah berdekah-dekah gelakkan dia, dia pun gelakkan diri sendiri.

Dan tidur malam Arrizqi berbungkuskan PB, takpela Arrizqi pakaila bengkung PB umi tu, nanti-nanti je la umi kurus. Yang penting adik baby sihat dulu ok. Semoga bacaan jaudis Arrizqi turun terus 9 atau 8mg/dl pada hari ini baru aku berasa lega.

Arrizqi.

Aku pun dah tak rasa macam orang berpantang, stokin entah ke mana, bertungku pun tidak. Belum tua nanti pasti aku mengalami sakit-sakit badan. Harus punyala... Mata pun dah rabun, semua tulisan nampak kembang je. Yang aku jaga, jahitan bawah ni dan makan. Masih lagi bermandikan rempah ratus dan berurut, berbengkungkan PB. Girdle dan bengkung PB mempercepatkan proses darah turun dan menghangatkan badan buat aku rasa mudah untuk bergerak.

Nota hijau: Abi dah ajak aku balik Selangor. Siapa nak masakkan aku, siapa nak rebuskan air tujuh jenis daun, siapa nak urutkan aku, siapa nak tengok-tengokkan Auni dan Adli? Huhuuu, tenaga aku belum heal habis, biarlah Arrizqi ambil imunisasi pertamanya di sini. 

Semua tentang jaundis, boleh baca di sini -> [JAUNDIS]

Penyeri adik-adik.

Wednesday, 24 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Suka sangat berperang mulut dengan emak. Suka sangat buat emak naik antu. Suka sangat mencepuk Adli. Suka sangat mengaut segala mainan Adli. Tapi... satu part dia cukup sayang dengan Adli dan Arrizqi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ops, rasa hendak teranla.

Tuesday, 23 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wiii, baiklah terus cerita perihal bersalin adik baby. Aku baru je lepas mencedok sepinggan nasi untuk makan tengah hari Auni dan Adli. Baru melangkah tangga yang berpagar untuk ke dapur, plup... ho'o. Aku buat dek ja, baru sahaja angkat tudung saji untuk mengambil lauk dan melangkah burrr... seluar track yang aku pakai basah lencun.

Terus sahaja aku beritau pada mama sedang sibuk mengendalikan Adli. Apalagi, gempar satu rumah. Sudah kelihatan seperti dalam drama gamaknya. Aku tukar seluar kepada kain batik, abi kudail walaupun aku tau dia takkan sempat pulang untuk menguruskan aku. Ketuban terus turun, bukan lagi leaking tetapi memang pecah ketuban. Huiii. Datang dua orang misi klinik kesihatan kampung.

Ok check bukaan, katanya ada satu lubang tetapi jalan belum buka. Huhuuu, bila ketuban dah pecah, memang tiada jalan lain melainkan ke hospital. Papa sudah pun ke pejabat, mujur dia tidak tinggal handphonenya, dengan muka yang tenang tetapi hati rasa gundah dia rela juga hantar anaknya ke Hospital Kota Tinggi. Pengurusnya tidak membenarkan dia menghantar aku berikutan banyak lagi tugasnya yang belum selesai.

Papa sendiri yang mendaftarkan aku di HKT, menolak masuk ke bilik saringan dan check bukaan sekali lagi. Sudah buka 4cm. Sebaik sahaja mereka nampak ada bekas czer, lekas sahaja kesimpulan di buat. Sambil menanti doktor, aku dibiarkan dengan CTG. Di luar sana, abi sudah pun sampai dan bertukar tugas dengan abi. Terima kasih abi, sebab lekas sampai.

Selepas perbincangan dengan doktor, kes aku di tolak ke Hospital Sultan Ismail, JB. Dengan alasan, baby aku bersaiz kecil dan aku ada sejarah czer [bersalin Auni]. HKT memang tidak ambil kes czer. Jadi, seperti juga babak dalam drama, aku dibawa ke HSIJB dengan ambulan. Di kala hujan lebat, terdengar siren ambulan, fuh! memang best. Diekori abi dengan kelisa. Cer bayangkan kejap. Hihiii... Sempat lagi update FB.

Sesampai di destinasi, masuk juga bilik saringan HSIJB. Allahuakbar, sudah buka 4cm pun, masih hendak check bukaan lagi. Itu dah sakit bawah, tambah sakit hati lagi bila yang tukang check asyikla cerita fasal assignment, pasal datuk sana-datuk sini, masih lagi tanya soalan-soalan basic yang jawapannya sudah sedia tertera pada report penghantaran daripada HKT. Aku ni sudah terkedang sakit, tercari-cari dimanakah suamiku. Datang seorang yang merangkap senior, hah hambik semua kena marah. Kenapa masih lagi menunggu untuk ke bilik bersalin.

Aku minta dua bantal untuk keselesaan, oh permintaan tidak dikabulkan. Tidak seperti PPUM dimana persediaan untuk bersalin membuatkan pesakit selesa bagaikan tidak langsung merasa sakitnya. Hah, mulalah aku hendak buat perbandingan. Ok pasrah.

Masih lagi bertanyakan soalan yang sama dibilik saringan sedangkan, segala mak nenek report lengkap sudah berada ditangan yang bertugas. Aku tak paham-aku tak paham. Belum juga lagi membuat keputusan apakah yang akan dilakukan kepada aku berikutan bukaan masih statik 4cm, dan jantung baby mula lemah. Sama macam Auni dahulu.

Endingnya, disaat keputusan dibuat untuk aku ditolak masuk ke OT, untuk czer aku meneran dengan tiba-tiba. Aku sendiri tidak tahu mana datang rasa nak meneran tu, mungkin dalam pada mereka memikir langkah untuk seterusnya mengharap juga keajaiban berlaku. 

Aku feeling hendak membuang je, hendak rasa buang air kecil, tapi paling ketara hendak membuang air besar, masa tu memang tekad je la, apa yang keluar. Oh! rupanya adik baby yang hendak keluar. Salah seorang pegawai perubatan sedang memegang tiub kencing untuk pasang terpaku dan memusingkan badan mengalih pandangan tatkala aku meneran. Aku jadi gelihati dengan tingkahnya. Nampak perasaan tidak sanggup untuk melihat. Hihiii. Manakala yang lain-lain, macam pesta suruh aku lagi puan-teran-sikit lagi-jangan angkat punggung-punggung jangan angkat. Itu je la... 

Sempat juga ada yang membawa tangan aku menyuruh memegang pergelangan kaki yang telah aku terlupa. Hendak buat dagu bertemu leher pun sudah ke laut mana. Aku mikir baby keluar dengan cepat ja. Oh sungguh best dapat pegang adik baby sebaik dia keluar jam 6.52petang. Betulla kata orang, teran ni tidaklah sesakit mana, tiba masa keluar uri, keluar darah beku, korek sana-korek sini, itu yang ngilu. Akhirnya merasa aku berjahit dua jahitan. Walaupun dua, hoiii ngeri jugalah kan tatkala jarum bertemu kulit tu. Maaaakkkk...Hendakkan cik V yang comel, pasrah je la, tadah je la. Alhamdulillah proses selesai.

Terdengar juga salah seorang berinterkom, 
"mak dia steady betulla, kita tengah decided, tengah prepare boleh pula dia teran, alhamdulillah dah selamat" dan terdengar juga apabila, "alaaa tidak sempat panggil suami dia masuk, suami dia pergi daftar tadi" alamak, rugi pula rasanya. Hihiii...meneran sesuka hatikan.

Aku diberi air milo untuk tenaga, apabila aku tidak sempat langsung untuk menjamah makan tengahari. Memang lapar tahap maksima tapi aku gagahkan juga sebab aku sangat rindu untuk melihat abi. Apabila aku ditolak keluar bilik bersalin, sekali lagi air mata tumpah. Rindu terlerai, hati jadi sebak melihat dan mendengar  abi meng'azan'kan adik baby. Macam dalam drama. Serius.

Terus dapat adik baby bersama apabila naik di wad. Wad bersalin kelas dua HSIJB sama seperti PPUM. Empat katil dengan dua bilik air. Ok, dan selesa kurangnya cuma, tidak dibekalkan air masak, kena minta. Pakaian dan semua kelengkapan perlu dari rumah. Sempat juga aku minta pampers baby sebab aku belum sempat hendak sediakan. Tisu basah aku minta sahaja daripada kawan-kawan sebilik sebab aku memang tidak prepare satu apapun kecuali baju untuk aku dan baby pulang ke rumah esok hari.

Alhamdulillah adik baby dapat susu pertama dan dia tiada masalah langsung. Langsung tidak menangis atau merenget membuat aku tidur lena sepanjang malam sebaik sahaja abi menyediakan makan malam aku. hanya roti, biskut, dan air kotak. Cukuplah kerana esok sudah boleh discharge.

Awal pagi esoknya, selesai membersihkan Arrizqi aku menyiapkan diri untuk mengadap doktor, huih hendak check bawah buat kali terakhir. Abi datang dengan Auni apabila aku sudah siap berkemas rapi. Ringkas je. Hihik... "baby sangat comella umi" itulah kali pertama Auni berdepan dengan Arrizqi. Syukur. 


kronologi by facebook. Sumber kekuatan aku.

Perjalanannya mudah sebagaimana Adli. Aku dan abi memilih nama NORERSYAD ARRIZQI bin NORERWANDI membawa maksud cahaya petunjuk rezeki berikutan kewujudannya benar-benar terbit rasa lucu. Keluarnya juga membuat semua pegawai perubatan geleng kepala. Heheee...

Nota hijau: Bodyguard ketiga emak. Bodyguard 1: Norerwandi [Abi] Bodyguard 2: Norerfan Adli. Bodyguard 3: Norersyad Arrizqi. Dan kawan bergaduh mulut setia emak Norerdina Auni :) Terima kasih sebab menjadi penyeri hidup emak.

Terima kasih mamaMikhail dan ibuAqil atas entry kelahiran baby Arrizqi.

Berpantang kali ini.

Monday, 22 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa sedar, aku berpantang lagi. Hahaaa. Berpantang kali ini semuanya kena buat sendiri pastu macam biasala, macam orang yang bukan dalam berpantang. Melenjan sana-sini, yang berjaga ialah masih pakai stokin, makan menu orang pantang, makan vitamin, minum banyak air, mandi air tujuh jenis daun, berurut dan mengadap laptop. Hiksss.

Tapi suasana rumah mama memang kecoh gila, sebab cucu tok mama sudah pandai membuat permintaan yang macam-macam, sudah pandai bermain, sudah pandai minta di manja. Mulut Auni sahaja sudah boleh buat suasana jadi riuh yang amat apabila dia gemar sungguh menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Bila si Auni sudah menyanyi, makanya Adli juga akan ikut sama.

Walaupun Auni selalu membuli Adli, tapi bagi Adli kakak Auni tetap kakak terbaik. Kalau Auni buat perangai, tok papa pun boleh jadi marah dengannya. Aku dengan mama memang diam je la bila tok papa naik tinggi suara silap-silap, Adli pula yang menangis sebab Auni kena marah. 

Adik baby-panggilan Auni, tidak banyak kerenah sangat. Menjaganya sama seperti menjaga Adli. Kali pertama Auni melihat adik baby apabila dia ikut masa abi ambil aku keluar hospital. Sekarang ni, dialah peneman setia abi jika abi keluar ke mana-mana. 

"umiii... baby sangat comelkan? Baby sangat comella umi" - itulah ayat bila dia melihat adik babynya. Dan sampai hari ini, dia tidak pernah men'cepuk' atau mengusik adik baby. Bila adik baby tido, dia akan menyuruh semua orang senyap. Walaupun tidak lama kemudiannya dia yang mengajak adik Adli berlari sakan sehingga naik bergegar lantai rumah.

Reaksi Adli bila melihat adik baby, cool sahaja. Termenung. Auni suka kiss adik baby pun, Adli tengok je daripada jauh. Mungkin memerhatikan tingkah kakak yang sayang adik baby. Adli dalam proses pembelajaran. Walaupun nampak cool, tapi hati mesti tertanya-tanya sehinggalah dia hanya mahu tidur bila emak yang tepuk dan peluknya. Nyanyi lagu zikir macam biasa. 

Masuk hari ke-empat dia sudah boleh terima, melihat kakak sayang adik baby, kiss pipi adik baby, Adli pun mahu juga. Hati aku pun sudah lega apabila Adli sudah boleh tidur sendiri. Sekarang ini, moodnya hanya mahu main di atas tanah. Berjalan meng'eksplore' dunia luar. Adli sudah berjalan dengan cekap. Syukur.

Jadi berpantang kali ini, aku agak bersilat sedikit. Aku kena biasakan untuk menyelesaikan semuanya dengan sendiri. Paling aku seriau apabila aku ke bilik air meninggalkan mereka bertiga sahaja. Adli dan Auni aku tidak risau sangat, yang aku gusar Adli dan adik baby. Adli suka menyakat juga. Buatnya, dia tidak sengaja jatuh menimpa adik baby, aduh tidak tergambar dalam fikiran.

Adik baby, rutin seorang budak tujuh hari, minum susu dan tidur sahajalah. Baru sahaja terkena jaundis, berulang alik aku ke klinik kesihatan, harap turun lagi bacaannya esok. Hari tu bacaannya 12, aku balutkan dengan PB turun jadi 11. Hihiii. Parah juga bila mulutnya kecil macam Auni dahulu. Susah untuk sesuaikan dengan breast dan aku pun kena struggle sama bila tiba masa menyusu. Hendak sahaja aku perah bagi dalam botol. Aku tak ingat mana aku letak warmer hendak ku suruh abi membawanya pulang ke Johor ni.

 Auni kiss Adli.

 Adli dan adik baby.

Usik mengusik.

Huih, hendak update satu cerita pun parah juga buat masa ini, kena tunggu semua masuk tidur baru aman. Terima kasih abi atas kesudian melanggankan Maxis broadband untuk wife dia ni. Hiii lepas ni guna ni je la. Bila blogwalk, aku thru Android ja.

Nota hijau: Senang betul berpantang dengan PB ni. Hihiii. Cerita bersalin, nantila yerk. 

Jasamu ku kenang sehingga mati.

Friday, 19 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur disaat aku memerlukan bantuan, mereka masih setia menghulur tenaga walaupun masing-masing terikat dengan tanggungjawab. Aku sangat bersyukur semasa ketuban pecah tempoh hari mama sedang diserang demam, mungkin juga dengan perubahan kerenah cucu yang dua itu sudah seminggu di rumahnya. Pening melayan sehingga sakit.



Alhamdulillah dalam mama dok kalut terkujat aku beritahu ketuban sudah pecah, kepala otaknya pantas juga berfikir. Pertama sekali, seharusnya telefon abi. Kedua dan ketiga rancangannya aku tidak tahu langsung sehinggala tiba-tiba sahaja misi kampung menjengah diri di depan pintu. Aku rasa aku belum lagi bergerak ke mana-mana sebab memang air ketuban tu banyak gila. Aku pun cool lagi, tukar seluar kepada kain batik.

Papa pula masih bekerja dan sangat sibuk sehingga pengurusnya tidak membenarkan dia keluar untuk menghantar aku ke hospital. Tetapi raut mukanya masih tenang, dan balik semula ke rumah, gagah memandu keretanya yang bagai hendak jadi tukun. Meter 100km/j tetapi perginya bagaikan aku yang memandu 70km/j pergi balik opis. Hiks...


Elok dia kata jalan belum buka, aku terbayang Hospital Kota Tinggi. Langsung tidak terfikir Hospital Kulai juga hampir dengan rumah. Dan, papa la yang menghantar aku, sebab ambulan tidak bersedia untuk hantar belum kes emergency. Siap singgah isi minyak kereta lagi dan aku, update status FB. Wakakaka...

Sampai di HKT papa yang mendaftarkan aku, pandai papa aku rupanya. Hahaaa. Macam tak percaya. Siap ambil wheel chair, tolak anak dia di kaunter pendaftaran di Wad Ibu dan Anak. Yang best tu, aku sendiri tak alert dengan alamat rumah papa sekarang. Sadis betul dapat anak macam aku ni. Alamat rumah mak ayah pun tak tahu. Kejam. Sebaik sahaja aku di bilik saringan Hospital Kota Tinggi, papa menyerah tugas kepada abi. 

Syukur abi sudah sampai ketika aku hendak di transfer ke Hospital Sultan Ismail, JB. Dia sendiri yang mendengar segala penerangan doktor. Hah, pergi checkup tak pernah ada, tiba-tiba kena dengar sendiri kondisi bini dia... ambil bahagian. Dia mengecualikan dirinya daripada kursus yang dihadiri.


Bermulala episod kronologi kelahiran 15 Oktober 2012. Memang cool la. Sebaik sahaja baby keluar, abi menemani aku. Disebabkan aku meneran sesuka hati , abi tidak sempat dipanggil untuk masuk dan tengok live. Adoiii, melepas lagi. Hiksss. Menyesal lak meneran tetiba kan. Apapun terima kasih abi, masih ada disisi walaupun tidak sempat untuk tengok isteri meneran sedaya upaya. Selesai menyediakan keperluan aku dan baby, dia balik rumah mama. Tinggalla aku dengan baby yang tak banyak kerenah ni. Hihiii...

Jeles orang katil sebelah menyebelah dek my baby tak banyak ragam. Boleh tidur lena mak dia. Cerita ni belum complete lagi. Terima kasih kepada mama yang menjaga Auni dan Adli, terima kasih kepada papa yang menghantar, terima kasih kepada abi yang sentiasa ada bila diperlukan walaupun kesibukkan. Tidak lupa terima kasih kepada mereka yang mengikuti kronologi kelahiran di FB. Hahaaa... siap boleh update status FB. Coolkan?

Nota hijau: Belum ada semangat nak cerita yang lengkap lagi, entry tu bakal menjadi teramat panjang. Ngeee... Semua nak tiba-tiba. Mulala hendak menjadi tangan obor-obor.

Bodyguard baru.

Wednesday, 17 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kronologi kelahiran 15hb Oktober 2012.

2.00ptg - melangkah pagar di tangga dapur untuk menyediakan makan tengah hari Auni dan Adli. Plup... panas rasa baru je pergi buang air tadi.

2.10ptg - buka satu langkah tiba-tiba jatuh melebat. Sah ketuban sebab jernih seperti air lemon.

2.20ptg - cek bukaan oleh misi klinik kampung. Terdapat satu lubang kecil dengan belum ada jalan.

2.30ptg - memulakan perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Sedikit kontraksi yang sekejap ok sekejap tidak.

4.00ptg - abi tiba daripada JB dan bertukar tugas dengan papa. Cek bukaan kali kedua dan ketiga. 4cm.

4.30ptg - perbincangan antara doktor dan abi. Kes ditolak ke Hospital Sultan Ismail, JB berikutan HKT tidak akan ambil kes sejarah pembedahan.

5.15ptg - perjalanan dan pengalaman pertama menaiki ambulan ke HSIJB diekori abi dengan kereta daripada belakang.

6.05ptg - bilik saringan HSIJB cek bukaan masih 4-5cm. Stres sikit di sini sebab dah mula kontraksi yang sakit sedikit kuat.

6.15ptg - decided tolak masuk ke dewan bersalin. Stres lagi bila permintaan untuk dua biji bantal tidak dipenuhi. Disoal lagi dengan pertanyaan daripada doktor sedangkan soalan yang sama sudah sedia dijawab dibilik saringan malahan doktor di bilik saringan turut berada di bilik yang sama.

6.30ptg - decided untuk czer berikutan jantung baby sudah lemah dan bacaan kontraksi yang tidak cantik.

6.48ptg - meneran berikutan terasa hendak membuang air besar dikala para doktor sibuk menyediakan persiapan untuk emergency czer.

6.52ptg - selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.3kg. Merasa sendiri memegang bayi daripada rahim yang basah. Syurga dan syukur.

7.00ptg - semuanya berjalan lancar dan menerima 2 jahitan dan proses mengeluarkan uri selesai. Bertemu dengan abi sebelum ditolak naik ke wad.

7.15mlm - berjumpa dengan baby dan direhatkan di wad kelas dua. Sama macam PPUM. Ada kelas wad ni. Bermula episod baru dengan baby dan breastfeeding. Syukur semuanya mudah.


Banyak kisah lucu disebalik kelahiran baby rezeki ni. Ada yang mahu ketahui secara lanjut ke? hihik... aku rasa masih perlu untuk entry panjang tentang kelahiran baby rezeki ini.
InsyaAllah namanya ialah Norersyad Arrizqi bermaksud Cahaya Petunjuk Rezeki dilahirkan pada minggu 36 dan 2 hari. Peace anak Johor.


Debaran kian dirasa.

Sunday, 14 October 2012




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dia yang semakin membesar, aktif dan suka bermain futsal. Acceh, emak dah instinct belum apa-apa dah bajet anak suka main futsal. Serius aku malas betul hendak mencatat pergerakkan baby ni. Dah seminggu barulah aku tick kan di buku merah. Hiii...
Kalau dah routine checkup pun aku skip, apa keskan? hiksss... hopefully baby sihat sahaja la. Sejak abi kursus ni, tinggal dengan parent aku yang papa still bekerja so aku malas nak susahkan diorang untuk melayan kerenah aku. Cukup-cukuplah dorang dah jaga aku dulu event masa aku lebih banyak di asrama. Hiksss...
Now turn dorang bermanja dengan cucu-cucu pula sampai mama aku naik demam. Pun aku dah berasa bersalah sebab masa aku sarat begini masih juga mengharapkan dorang. Sobsss! hendak dimacam manakan, selagi abi dengan kursusnya. Yang pasti aku belum boleh menyusun jadual untuk berdikari sendiri. Kena slow and steady.
Selagi baby belum keluar aku rasa tidak sihat dan macam biasa tertanya-tanya gaya apa dia akan keluar kali ini. Di mana, jam berapa, siapa yang akan hantar, setakat ini hanya persiapan aku dan baby sahaja yang betul-betul siap. Barang baby semua masih di Sg. Buloh. Entah sempat entahkan tidak untuk balik bersalin di Sg. Buloh. Memenuhi hajat abi hendakkan anak Selangor.
Diam tidak diam minggu berganti dan baby dah pun masuk fasa 36w. Perut semakin memberat, Adli pun sama-sama naik, mamat kuat makan ni belum lagi dibawa untuk imunisasi untuk 12bulan. Auni, aku kena carikan penawar untuk dia sentiasa terang hati sayangkan adik-adiknya kelak. Naik pening kepala aku bila kerjanya membuli Adli sahaja. Cepat naik tangan.
Dia hanya takut dengan abi aja. Tok papa, tok mama, paksu serupa je ngan mak dia. Geram tapi sayang.
Apapun aku berharap agar kawan-kawan sentiasa mendoakan kesihatan aku untuk tempuh apa sahaja dalam masa terdekat ni.
Pinggang sudah sakit. Nafas semakin sempit. Nanti banyak lagi yang sakit. Sakit yang membawa rezeki membukit. InsyaAllah. Goodluck Mekchu, kak @eda dan eB. Dan mereka-mereka yang hampir kepada due.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cergas.

Wednesday, 10 October 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MASING-masing bagaikan sudah keluar taringnya. Seorang suka membebel, seorang suka mengeksplore, seorang suka menyanyi, seorang suka menggoyang badan.
APA yang pasti dua orang ni sangat menghiburkan hati walaupun adakalanya seorang suka naik tangan, seorang kaki menyakat, seorang gemar tidur, seorang lagi suka makan apa sahaja.
APA lagi bila dorang berkejaran dan bergurau terasa bagaikan ramainya anak walaupun baru dua orang. Yang pasti paling menduga emosi ialah si kakak. Kekadang naik stres aku dibuatnya, angin kus-kusnya mengalahkan Adli.
MACAM manapun aku tetap berdebaran menanti kelahiran yang ketiga ini. Segala macam perasaan ada bila mengenang abi tak sentiasa ada di sisi. Sudah dua minggu aku di kampung hanya berjumpa dengannya selama 15minit sahaja kerana dia terlalu sibuk bekerja. Pasrah.
HARAPANNYA semoga abi dapat temani aku disaat kelahiran baby nanti. Insya Allah.
Huuu... pertama kali belikan Adli mainan kereta. Rasa macam pelik ja. Hiksss. Dah kirim abi belikan bas panjang.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Aneh.

Monday, 8 October 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PELIK bila hari Isnin tidak sibuk untuk bangun pagi. Tidak terkejar-kejar untuk ke tempat kerja. Lagi-lagi bila duduk dengan mama, hohohooo...
BILA sudah bergelar surirumah, awal pagi masa untuk siapkan anak-anak. Yang mahu mandi, yang mahu cuci berak, yang hendak susu, yang hendak milo. Semua kehendak harus dipenuhi.
SEDANG sarat begini aku buat perlahan-lahan sahaja. Pergerakan terhad. Esok baby dah keluar, sudah pastila aku menjadi lipas. Saat ini, aku rindu sangat rumah di sana tu. Hiii poyo je kan mentanglah rumah baru.
LAMBAT lagila nak masuk internet di rumah sana tu. Tergagau-gagau aku menaip guna android ni. Habis terabur semua format. Janji tercoret sesuatu di sini. Hiksss....Sesungguhnyaaa aku rindu kamu semua.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Rindu.

Sunday, 7 October 2012

Rindu sangat-sangat dengan bloghijau ni. Now, berada di Bdr. Tenggara sebab abi ada kursus di Johor Baru. Rumah sendiri dah 80% kemas. Tinggal deco-deco dinding yang lebih kepada kepakaran abi.
Baby Arrizqi grow up macam biasa melasak memang tiada can langsung untuk tidur lena. Adli, ligat hendak keluar rumah sahaja. Pantang pintu ternganga lekas dan gagah berlari. Dia sudah dapat kakinya.
Auni, ratu tangga. Bagaikan orang tidak pernah berjumpa tangga, turun naik turun naik sampai berpeluh-peluh. Setiap jam 5.30ptg, aku akan buka pintu untuk dorang main di luar rumah.
Buat masa ini planning untuk housewarming sebaik sahaja selepas pantang. InsyaAllah. Pray for me.
Tahniah buat kakJue atas kelahiran baby boy yang sekian lama dinanti.
Published with Blogger-droid v2.0.9

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in