Entry terakhir.

Friday, 28 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry terakhir beroperasi daripada tempat kerja, selepas ni akan adalah entry yang sekejap ada sekejap tiada, ataupun tiada-tiada-tiada ataupun, dua hari satu entry, hiii... bersiaran daripada rumah sahaja, entah sempat entah tidak untuk mengarang, memerah idea dan menaip dengan penuh ketenangan.



Inilah gambar anak perempuan aku yang kedua. Hahaaa... seronok emak dapat ketawakan sang anak dengan penuh perasaan. Adli buat muka selamba je, dia bukan peduli pun. Sehingga waktu tidur, barulah aku tukarkan baju tidur sepatutnya. Adli kena cirit-birit, then baju yang aku bekalkan pada kakAna semua sudah habis dipakai, itu yang terpaksa menyarung baju si kakak. Sabar je la.


Mujur abi balik dan sudi beli Big Apple yang cecomel ni. Sampai naik mengantuk Adli dengan Auni menanti. Hiksss. Lebih kepada emak sebenarnya. Teruja hendak melihat reaksi Adli pertama kali menyambut ulangtahun kelahirannya. Auni pula asyik bertanya abi-abi-abi, sampai naik letih emak hendak menjawabnya.


Kek comel ini, milik Auni dan Adli. Yummy-yummy, emakla yang sudahnya habiskan. Hohohooo. Auni tukang makan ceri dan stoberi sahaja. Adli makan sikit sebab sudah mengantuk tahap dewa. Tapi bila abi pasangkan lilin, kaki dia menggetik-getik berdiri atas kerusi. Tangan sibuk hendak memegang api. Hrmmm... memang serupa dengan kakak juga.


Here my little boy, sudah setahun pun. TokMama pun terlupa beday Adli. Emak buatkan pulut kuning dan rendang untuk Adli, lebih kepada emakAdli juga sebenarnya, hahahaaa... terima kasih kakAna. 

Adli sudah pun menapak jauh, mengenal orang-orang sekeliling, mempunyai 6 batang gigi, suka mengajuk, suka senyum, suka menyakat kakak, suka berangan, suka termenung dan suka dengan kartun. Dia juga sudah pandai mengemas. Hiks...

Hari ini, hari terakhir aku bergelar seseorang yang makan gaji, selepas ini aku memegang gelaran menghabiskan gaji abi. Hahaaa... 

Nota hijau: Ahad ni masuk rumah baru, hopefully semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.

Hari ini.

Thursday, 27 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah dua tiga kali test pakai dan buka, akhirnya pertama kali pada hari ini aku pakai juga dress labuh yang berharga RM60 sahaja daripada IZ Fashionista. Uish, macam rasa hendak beli lagi sehelai je gamaknya. Selesa dan nyaman dan rasa cantik je perasaannya. Hikhikhik.

Tiba-tiba makcik rasa nak interframe, terima kasih Auni sebab tolong snapkan gambar umi ni, walaupun sedikit bergoyang, but nice. Umi pun bila diminta ambil gambar, ibarat orang yang ada parkinson, confirm gegar.


Pada hari ini juga, pertama kali Adli menyambut ulangtahun kelahirannya. Bila-bila nanti kita minta abi belikan kek ya. Teringat kejadian petang semalam, setelah stres dengan kesesakkan lalulintas, sampai-sampai sahaja rumah kakAna, Auni berlari.

Dan dibelakangnya Adli yang masih menyusun langkah mengimbang badan, itu ok lagi. Part paling aku tidak boleh tahan untuk ketawa ialah, Adli tidak berbaju tetapi memakai skirt kakakAuni. Memang daripada rumah kakAna sehingga rumah sendiri aku gelakkan Adli.

Mamat tu ketawa je dia, baru elok cirit-biritnya tapi masih ada lagi. Orang hendak membesar katakan. Aku bekalkan tiga pasang setiap seorang di rumah kakAna, habis semua Adli sarung sehingga terpaksa di sarung baju Auni, muat pula tu... aduhaiii. Sampai rumah main bakul, macam rasa ada dua orang anak perempuan.


Budak kena buli... kihkihkih!

Nota hijau: Makin nebes lak rasa. Terima kasih di atas semua komen kawan-kawan di entry semalam. Sangat membantu empunya bloghijau ini membuat keputusan. Terima kasih dan sangat-sangat dihargai.

PPUM atau Hospital Sg. Buloh?

Wednesday, 26 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memangla mana-mana hospital pun sakit bersalin sama ja, tapiii aku mikir apakah patut aku buat ni, macam mana hendak aku fikir lagi apabila dah membaca blog ke blog hal alkesah bersalin di Hospital Sg. Buloh [HSB]. Isk, serius cuak bila semua menaip entry tentang, kurang katil, kurang doktor, menunggu lama. Maaakkk, aku tak dapat hendak bayangkan situasinya bagaimana.

Sekarang ini, masalahnya ialah aku tiada buku merah yang selalu aku nampak ibu-ibu mengandung lain pi usung bila datang check-up di PPUM. Segala mak nenek rekod sejarah aku mengandung baik Auni atau pun Adli ataupun this latest baby semuanya tersimpan dalam fail PPUM. Ye, bila tengok fail aku tu, rasanya macam sudah beranak 5 atau 6, tebal kus semangat.

Aku punya rutin anternatal semuanya di PPUM sehingga proses melahirkan. Bila aku sudah berpindah ke Sg. Buloh nanti, hospital paling hampir ialah HSB. Aku perlu mendaftar di HSB cumanya aku tidak tahu sama ada bolehkah aku menyelit lagi untuk pendaftaran kelahiran November, akan adakah rutin check-up seperti PPUM?, perlukah aku memberitahu pihak PPUM bahawa aku menukar hospital untuk bersalin supaya rekod-rekod aku sampai ke HSB? banyak pertanyaan berlegar-legar dalam kepala ni.

Tambahan pula, maklumat yang paling terkini ialah, HSB tidak menyediakan kelengkapan pakaian emak dan pakaian bayi semasa di dalam wad. Ergh, means? kena punggah balik beg hopital yang telah aku sediakan, berangan seperti bersalin di PPUM. Di PPUM hanya perlu membawa keperluan sendiri untuk membawa bayi pulang ke rumah. Jika di tahan wad, pakaian emak dan baby disediakan. Kusut.

Jadi sekarang ni, dalam kepala otak aku ialah mengemas rumah untuk peringkat akhir fasal hari Ahad ni semua hendak kena angkut masuk rumah baru. Lepas tu, terus je pergi HSB untuk bertanyakan bagaimana untuk meneruskan rutin pemeriksaan anternatal dan bersalin di situ. Lepas tu balik kampung sebab abi kena kursus for 2 weeks. Pening.

Nota hijau: Pusing, kepala aku pusing... pening-pening. Sila jangan stres. Diam tak diam, sudah masuk minggu 34-35 juga tu. Oh, cer kekawan bagi pendapat sikit, mungkin sedikit pengalaman yang boleh share. Menjadi kesusahan juga bila... tiada buku merah :p

Beli besen lagikah?

Tuesday, 25 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mungkin dia kecil lagi, jadi belum tahu makna penuh istilah berkongsi, main sama-sama, beralah dan mengalah ataupun kemungkinan juga memang dia seorang yang bersifat hendak menguasai apa sahaja, sukakan adventure, sukakan perhatian [memang semestinya] selagi tidak bunyi tangisan daripada mana-mana pihak, aku biarkan sahaja.

Main khemah-khemah katanya.

Auni, bila emak ajak adik mandi dia pun hendak mandi juga. Adli sudah memegang besen, eh dia pula yang lebih sibuk memenuhkannya dengan air, Adli pun kemain suka bila kakak melayan dia mandi. Apa kerja emak? malas hendak duduk sahaja, aku kemas bilik tidur sambil sesekali menjengah dua orang yang sakan main air.

Dari luar bilik air terdengar-dengar ketawa ceria dua orang tu. Hrmmm, payah benar hendak menyuruh berkongsi besen, sorang dah meninggi, sorang dah menggebu. Memang tidak muatlah besen milik abi tu. Sudahnya, emak beri besen lain untuk Adli, sekali lagi jengah sudah bertukar besen. Gasaklah.


Esok-esok, adik keluar mana mahu ku cari besen lagi, siapa yang hendak mengalah ni. Hendak beli lagi sempit pula jadinya. Sabar sahajalah. Habis mandi, biasanya siapkan Auni dahulu, sebab bila kakak sudah naik mandi, Adli akan bosan dan hendak naik juga. Itu pun ikut mood dia, kadang-kadang dia masih lagi hendak main air.

Minum susu pun hendak sama-sama, baring sebelah menyebelah. Lega hati, bila dua-dua sudah boleh bawa diri. Paling terharu bila Auni mencari Adli setiap pagi.
"umiii, mana adik?" walaupun, ketika itu jam baru jengah ke 5pagi. Lagi melegakan hati bila Auni panggil adik. 
"Adliiii...." dengan lantang. Disahut Adli yang bagaikan tahu-tahu sahaja, kakak mencari.
"kaaakaaak" sambil terjengah-jengah dan menanti kakak datang. Tidur pun, Adli hanya satu bantal dengan kakak, walaupun kakak tu kedekut hendak beri, dia tidak peduli.


Emak sedang sibuk mengemas rumah ni. Aduhaii lintang dan pukang. Janganlah ada orang hendak datang bertandang. Hihiii, minggu ini ialah minggu cuti masak. Yeay!

Pn Stoberi yang friendly.

Monday, 24 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gagah dan gigih, pagi-pagi aku dah bangun, aku jejeling je rumah. Tidak kuasa hendak kemas sebab memang tidak akan kemasnya bila bala tentera bangun. 

Entah pukul berapa dorang tidur memang tidak dapat dipastikan, sebab masing-masing dah hayal dek pekena nasi goreng mamak jam 11.30malam tadinya. Abi lagila awal tidurnya, memang langsung tidak sedar apa dah. Tengok-tengok bila semua dah bangun, dia pula yang bersiap ke opis katanya. Haish!!!

Mujur dia tidak lupa untuk membawa aku pergi berjumpa kekDa yang mengadakan majlis masuk rumah barunya gittu. Uish, semangat ni. Mak buyong bersiap, mana boleh lelaju kena slow-slow jadinya awal dua jam setengah sampai abi dah balik, pun tidak siap-siap juga. Hahaaa... lelah usah dikata. Macam ni orang kata perut aku masih kecil lagi. Semput nyah!

Lewat sampai rumah baru tu dan masih lagi ramai tetamunya, pasti kalangan keluarga kawan satu pejabat kekDa. Terjengah-jengah aku di depan pintu, entah kekDa cam atau pun tidak, terjah je la. Tiba-tiba je kekDa muncul dikalangan ramai-ramai yang sedang kecoh tu. Alahaiii, gila comel minah ni.

Besar sungguh mak buyong tu kan?

Ku fikir sama tinggi, rupanya rendah saja. Nyatanya, kegemukkan yang selalu dia war-warkan tu dusta semata-mata, pipi yang selalu katanya gemuk-gemuk-gemuk tu, auta gambar ja. Jadi macam lebar sebab kekDa punya tulang pipi lebih kurang aku. Kawan aku panggil, pipi Mickey Mouse, jadi aku tidak boleh senyum terlalu over, kena kawal-kawal sikit.

Melangkah kaki ke ruang tamu kekDa membuatkan aku terbayang, designnya lebih kurang sama dengan rumah aku sekarang ni cumanya, kekDa boleh jengah ke balkoni dan aku tidak boleh. Ruang pun, rumah pinjam milik abi ni lebih besar sedikit. 

Hiasan dalaman dan lain-lain aku ok saja sebab bukan pakar maaa. Tujuan aku datang pun, hendak makan dan berjumpa dengan insan bernama kekDa ni. Sampai-sampai sahaja sudah dijamu dengan keunikkan air terjun coklat-kata Auni. Uish! memang aku makan bertambah dua kali. Rasa taknak balik pun ada. Hahaaa.

Makan dengan selesa, sebab Adli dengan Auni dah jumpa regu masing-masing, tambah-tambah ada orang hendak jaga. Macam pengantin baru ja aku makan dengan abi. Kehkehkeh. Rumahnya kekDa memang mudah di cari, abi hanya berpandukan GPS. Lagipun, signboard pun jelas terang dan nyata. Sesat jugek... hahaa.

kekDa atau pnStoberi.
http://pnstoberi.blogspot.com/

Then, kekDa terima kasih sebab sudi jemput. Best sangat dapat jumpa kekDa, memang banyak cakap macam tangannya bekerja juga. Baca sahaja blognya, kekDa memang suka membebel. Rasa macam dah jumpa banyak kali je. Kita boleh geng. Hiii.

Nota hijau: Uiks, banyaknya kotak dalam rumah aku ni. Nanti datang housewarming empunya hijaucantik pula ye. InsyaALLAH.

Hari untuk keluarga.

Friday, 21 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahun lepas, dalam pantang bersalinkan Adli. Tahun ini, pregnant lagi tapi gagah juga nak pergi Port Dickson. Tujuan, jumpa geng bergosip, PERKEP. Walhal sebelum-sebelum ini sudah berangan hendak support team abi masuk acara sukaneka mahupun apa-apa acara.

Biasala, kusangka panas hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari, tapi gerimis ni memang membawa rezeki tersendiri. Aku pregnant lagi, hari keluarga tahun ni, masih duduk ditepi sambil berborak mata mengawasi Auni dan Adli. Sesekali, abi bawa Auni dan Adli pergi di tengah padang. Berguling sakan anak beranak tu.

Auni sudah sedia berlari-lari dengan kawan-kawan yang menemani. Ramahnya dia membuatkan semua orang jadi sayang kepadanya. Apatah lagi, kepetahannya bercakap, tidak segan dengan orang dan suka buat hal sendiri menjadikan emak pun terlupa kepadanya seketika.

Anak abi tu memang mudah sungguh hendak dicam, walaupun dalam kumpulan merah jambu, aku pakaikan dia baju belang-belang daripada Cuties Gorgeous Collection sedondon brand dengan Adli.


Here we go, Auni dan kawan-kawan. Suka dengar dia berkata "umi... Auni suka kawan-kawan". Adam, Adli, Afrina, Marsya, Nurin, Naufal, Imani, Rania, Afi, Aiyla. Antara kawan-kawan Auni. Coming soon, her adik baby and baby mama papa angkat dia, pnDahlia :D


Abi dengan anak-anak kesayangan. Insan penyayang ni, memang suka anak-anak walaupun kerjanya serius dan mukanya sendiri ketat bagai hendak tangkap orang. But, I love him so so so much. Never ending gittu. Disebabkan aku tidak larat, tahun ini dia bekorban tidak masuk satu acara pun, kerana menjaga Adli dan Auni.


Walaupun Auni sibuk bermain, dia tidak lupa untuk tolong tengokkan Adli. Thanks Auni, thanks Adam.



Sebaik sahaja acara sukaneka tamat di padang dan selepas makan tengah hari, sebelum keduanya melelapkan mata abi lebih dahulu mengajak terjun kolam. Menginap di Tiara Beach Resort kali kedua menjadikan aku boleh hafal selok belok tempat tidurnya. Selesa, dan kami kongsi dengan satu lagi keluarga kawan abi.

See? Auni dah jadi itik sepanjang jalan ke kolam dia buat bunyi itik siap tangan mengepak-ngepak. Adli mamai sebab dia sudah tertidur, bila jejak air masing-masing lupa dunia, lupa diri. Kolam kanak-kanak tapi kena pantau juga. Yang aku tak paham tu, anak-anak aku ni suka benar panjat papan longsor untuk naik. Tengok je la Adli tu... mujur masih belum cekap tapi hampir juga hendak sampai atas.


Auni memang berani, tengah aku sibuk-sibuk dengan Adli dia mendahului ke kolam orang dewasa. Semua kolam hendak di cuba. Aku masik terkedek-kedek mengejar daripada belakang, dia sudah masuk ke tangga kolam. Bila bayangkan semula detik tu, memang mengecutkan urat darah emak. Dua orang budak terhegeh-hegeh hendak berenang selamatkan Auni yang sudah terkapai-kapai akibat kaki tidak sampai ke lantai.

Lambat benar budak itu hendak berenang, aku terus je masuk sambil dukung Adli. Lekas-lekas aku tarik Auni biar dia dapat bernafas, aku tarik je disebabkan tangan sebelah lagi mendukung Adli. Hish! suspen. Aku dudukkan dia di tepi kolam, tepuk-tepuk belakang dan dia muntah. Mujur tidak pengsan, pening juga aku hendak mengejar mencari abi. Jarak kolam abi bermain, dengan kolam dewasa tu menyeberangi satu lagi kolam kanak-kanak.

Sekali lagi berlaku, dia main sendiri-sendiri dekat dengan aku. Tengok abi ada dalam kolam, bermain dia test power juga. Tengok-tengok tersangkut kat tebing kolam, mungkin terasa kaki tak jejak lantai. Isteri bos kepada abi betul-betul depan Auni, dia duduk sahaja. Tak endah langsung pun, aku yang jauh sedikit ni terkejar-kejar mendapatkan dia yang dah tersangkut. Lambat sikit lagi, tangan dia licin dia jatuh jua ke kolam dewasa tu. Auni-Auni. Tiada istilah serik.

Bila acara malam, masing-masing sudah kepenatan. Masa untuk emak pula, berbual dengan kawan-kawan dan makan. Auni dan Adli keletihan, Auni lena dalam stroller, Adli lena atas kerusi. Adli tidur memang tidak sedar diri dia berada atas kerusi, bagai atas katil. Aku cuma jaga dia tidak tergolek jatuh sahaja.


Selesai makan, persembahan dan penyampaian hadiah, anak-anak pun ramai yang sudah tewas, balik apartment dengan hamper dan letih. Terus sahajalah mencari katil. Tengok-tengok, abi sudah hilang. Rupanya, dia sudah bangun awal-awal pagi lagi. Ada panggilan masuk.


Ini sahaja gambar emak yang ada. Comot lagi selebet di tengah panas :) Habis cair make-up. Dan mengabadikan gambar 4 ahli keluarga untuk kesekian kalinya... Tadaaa...

InsyaALLAH, tahun hadapan ruang kosong tu tiada :)

Nota hijau: Terima kasih kepada abi sebab beri peluang kami berseronok walaupun, insan paling letih dan tidak henti-henti mengemas adalah emak. Hahahaaa..

Lawatan Anternatal 2.

Wednesday, 19 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perut start kejang, baby mengeras-ngeras. Jumaat lepas bleeding, yang berehat di katil tu... so nothing happened, Sabtu dan Ahad boleh berjimba pergi hari keluarga unit abi, siap mandi kolam lagi, boleh maintaian menyelamatkan Auni yang lemas di kolam orang dewasa sambil mendukung Adli. Huih! risiko betul hendak menyelamatkan minah si ratu air tu. Mahu jadi Pandelela Renong barangkali.

Semalaman tidak tidur dek kerana melayan yang dalam perut ni, entah mulas sakit perut, entahkan si baby yang kelaparan. Aku hendak over makan pun tidak larat juga, sebab perut akan jadi lebih sempit dan mulalah sakit ulu hati. Sabar menanti giliran untuk temujanji di PPUM.

Aku rasa, kena sampai awal daripada jam 8 pagila gamaknya. Manakan tidak, aku sampai jam 9pagi ikut waktu dalam kad, jatuh ke angka 66. Ok lagi, yang aku tak paham tu, nombor panggilan tu jatuh ke angka beratus-ratus. Naik ke pelik aku dibuatnya. Aku lantakkan aja, janji tengah hari aku dah boleh balik.

Macam biasa, pemeriksaan rutin. Berat aku turun, hanya 49kg sahaja. Lama gakla aku berdiri atas mesin penimbang. Gelak je nurse yang tukang tulis rekod kesihatan aku tu. Turun 0.2kg ni, katanya. Mesin penimbang tu salah setting berangkali, bisik hati aku. 

Keluar daripada tandas lebih dahulu cari kedai, bangunan baru PPUM semua 
hampir lengkap disediakan. Paling aku suka kedai buku dan kedai baby. Hihiii... Jalan-jalan cuci mata dan membeli-belah. Kalau boleh setiap jenis buku dalam kedai tu aku hendak beli. Kehkehkeh!

Balik semula ke tempat menanti giliran bertemu doktor, tengah layan baca suratkhabar dengan seorang mummy berbangsa India, nama aku dipanggil. Aphal? hrm... dengar ceramah susu ibu lagi. Dengar sahaja, free je pun menambah ilmu pengetahuan yang hampir sedikit luput. 

Tunggu lagi, mujur turn aku tidak lama kemudian. Tetapi ibu-ibu yang menanti giliran bagaikan tidak surut-surut, apatah lagi ditemani suami masing-masing. Hrmmm... Tidaklah bagi abi. Dia hantar dan ambil pun sudah cukup syukur berikutan hendak dapatkan teksi di Klinik Ibu Mengandung yang baru amatlah jenuh. Pernah sekali aku mendapatkan teksi di PPUM tu, jauhnya perjalanan terasa hendak tercabut segala tulang temulang aku.

Kali ni, doktor hanya decided due date aku jatuh pada 10.11.12 insyaALLAH. Jangkaan je tu, aku sudah tidak sabar benar hendak jumpa si Arrizqi ni. Semoga dipermudahkan sebagaimana abang Adli. Persiapan pun, sudah hampir lengkap. Masuk tiga, bukan tidak beria-ia tetapi Adli punya pun masih baru dan elok-elok lagi. Auni juga paling untung. Hiiii...


32w2d with 49kg on 18 September 2012

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur. Lagi sebulan sahaja lagi. 

Rehat di katil.

Friday, 14 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru balik klinik berjumpa doktor Mimi macam biasa, last jumpa bulan enam lepas. Belum punggung mencecah kerusi, dia lebih dahulu menyerbu pertanyaan-pertanyaan yang macam setahun tidak berjumpa gamaknya. Sabar je la.

Tiada istilah terkelunya bila dia jumpa aku, banyak je benda yang hendak dicerita. Lagi-lagi bila tengok rekod terakhir aku berjumpa dengan doktor Yunos, puasa lepas.

"27minggu? ini kali pertama tahu pregnant? tak rasa baby gerak-gerak ke?"
"period memang tidak teratur?" banyakla lagi soalan yang bertubi-tubi. Aku menjawab selamba kodok je la. Lepas tu dengarla dia berkhutbah. Siap berterus terang lagi, "diam, doktor hendak membebel ni" dan dia sambung bebelan dia. Sambil membuat scan.

Aku sengih je la. Pasrah... Scan punya scan, Arrizqi bagi tapak kaki hahaaa....comel je tapak kaki dia main be'bird'. Tak malu sungguh. Hihiii... Doktor pun guna istilah eksiden. Nampaknya kena lekas-lekas membuat perancangan keluarga sebaik sahaja Arrizqi lahir. Aku dah meragui kaedah buang luar yang telah diamalkan dan dipersetujui abi sebagaimana merancang untuk mendapat Adli. Dan baru aku tahu rupanya aku ni kategori subur. Muahahaaa.

Doktor hanya beri aku ubat keputihan dan menyuruh rehat tanpa membuat sebarang kerja. Kerja opis mahupun kerja rumah. Bed Rest di rumah, tetapi bila tengok rumah macam kapal pecah, maka tiadalah istilah bedrest. Kalau bleeding lagi, bedrestlah di hospital langsung bosan, boring, jemu, rindu, dengan uniform yang free size langsung tak sesuai dibadan tu, dengan suasananya buat badan bertambah sakit. Hendak dan tidak, buatla pelan-pelan dan yang termampu.

Kasihan pada abi, balik kerja letih-letih rumah macam kapal pecah, walaupun nampak dia tidak ambil kisah tapi kita yang di rumah ni, wajarlah mengurusi rumah sebaiknyakan? aku kena biasakan... kena latih diri menjadi rajin dan sabar. Kan hendak menjadi surinya nanti. Hihiii.

Ok sambung kerja, campak baju dalam mesin. Pastu berguling menonton televisyen. Lega, handover kerja sudah selesai, tinggal mengangkut mak nenek barang-barang peribadi daripada opis sahaja. Packing kain baju dalam kotak, eh? kena prepare baju tuk Arrizqi dulu.

Esok, hendak pergi hari keluarga unit abi, kena jadi photographer, jadiii... hari ini kena rehat habis-habisan.

Adli waiting his 'adik baby' 
Dak ni sudah pandai berjalan. KakakAuni tolong pimpin. Siaplah mak dorang, lotih mengejar.

Nota hijau: Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup kami hari-hari.

Sedikit hari lagi.

Wednesday, 12 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit hari lagi...

 Auni jadi kakak sulung.

Adli jadi abang yang tengah.

Emak kena angkut barang-barang persendirian daripada opis ke rumah. Banyaknyaaa.

Emak kena kemas rumah, packing barang dalam kotak. Tidak sabar untuk masuk rumah baru dengan pilihan warna sendiri. Terima kasih pada abi sebab bagi semua keputusan bermain dengan warna cat ikut pilihan hati umi.

Emak kena prepare untuk baby baru pula. KakLong kena tolong umi, AbangNgah kena berdikari. Takut pun ada walaupun masuk yang ketiga.

Emak pun sudah tidak sabar untuk bergelar surirumah. Emak boleh buat punya, sebab emak suka main redah ja. Hiii. 

Nota hijau: Berharap agar Allah permudahkan urusan. Kata wordlesskan? ok la tu... Semua pun nak hijau. Ngeee.

Hati yang tidak kesampaian.

Tuesday, 11 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, hidup berumah tangga dan beranak pinak, lelebih lagi yang masih memerlukan perhatian. Pengasuh bercuti, anak sakit, emak tidak sihat, antara lumrah dan masalah biasa bila ada anak. Lebih-lebih lagi untuk emak yang bekerja, jarang sangat dapat award kedatangan penuh. Itulah kehidupan.

Auni kejut aku, minta susu, minta hendak tengok cerita. Memujuk rayu minta aku lekas bangun dek kehausan amat agaknya. Dia sudah pun berulang alik bilik dengan ruang tarmu bersama ipad bantal dan selimut gara-gara aku yang liat gila hendak buka mata.

Bukan malas, tapi badan sakit semua bila hendak bangun, Arrizqi makin membesar dan malam tadi aku tidak tidur dengan betul kerana keaktifannya. Siap Auni matikan alarm. Terperanjat dia bila tengok abi ada disebelah aku, setelah seharian tidak berjumpa.

Aku sambung tidur semula selepas tukar dan bangun ketika azan. Auni sudah pun memunggah sofa. Bersiap untuk ke opis. Slow dan steady berharap Adli tidak terjaga, harapan... dia bangun juga. Pagi-pagi rumah aku sudah riuh, dengan suara Auni, dengan suara Adli dengan suara aku lagi, pening kepala abi yang baru sahaja hendak lelap.

Elok aku hendak keluar, Adli membuang, waaaa.... dek kerana abi tidak mampu membuka mata, aku jugalah yang menukar pampers segala. Bajet hendak keluar rumah cepat jadi lambat. Sabar je la kan. Selesai kiss-kiss-kiss, aku gegas ke pintu. Adli lebih cepat mengejar. Waaaa, tak sampai hati la mau tinggal. 

Bagi balik pada abi di bilik, minta Auni tolong layankan Adli main sekejap dan aku lekas keluar rumah. Daripada jauh terdengar suara Auni, "umi pergi kerja la adik, jom main" - terharu gila.

Sifu

 Pelapis.

Esok lusa ajak adik lak ye. Pengsan.

Nota hijau: Hendak habiskan bulan ini, terasa bagaikan lamanya. Sabar ye anak-anak.

Auni, Adli kumpul duit raya.

Monday, 10 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Katanya take turnkan, jadinya beraya di Johor pula. Raya kedua, mertua balik Terengganu kitorang balik Johor. Macam yang lepas, berjumpa mama, papa dan adik aku di rumah nenek sahaja. Berikutan, mama dan papa sudah pun yatim piatu makanya perjumpaan dengan nenek [tiri] berlangsung dengan kadar singkat.

Siap memandikan Auni dan Adli, siap sesi makan-makan, jadual perjalanan di susun mengikut turutan lawatan seperti lazimnya setiap kali raya. Macam biasala, masing-masing terkujat dengan perut makcik yang tiba-tiba ada baby ni. Hahaaa.

Nama pun mak buyong, habis sebalang demi sebalang kuih raya orang dihabisi. Selera makan memang tidak terkawal langsung. Pulun.

Bila perut dah mengeras-ngeras, mulala mengah. Apa pun tak boleh hendak buat dan rasa hendak menangis sahaja. Berharap agar tidak terkena sakit perut, huih azab gak bila kena. 

Tahun ni, tidak berjalan raya sangat sebab rumah Felda mama papa tu meriah dikunjungi tetamu. Tahun pertama mereka berAidilfitri di rumah tersebut. Rumah yang tidak sebesar rumah di Felda lama, namun tetap meriah malah lebih meriah. Jadi padat apabila keluarga adik-adik papa yang tidak bersua dapat berkumpul di rumah abang [papa] sendiri. Rasanya, hubungan kembali terjalin. Berikutan, hanya tinggal papa satu2nya abang paling tua dikalangan adik beradik lain. Yang muda perlu mencari yang tua.

Hari selepas tidak berjalan ke mana-mana, kitorang pergi shopping. Raya-raya pergi shopping, kehkehkeh. Dapat aku beli tudung, baju anak-anak, dan sedikit kuih raya. Jadila, bila ada orang tiba-tiba tersesat hendak beraya ke rumah aku nanti. Aku balik KL awal kerana sudah ada temujanji untuk scan baby Arrizqi tempohari. Itu sahaja kisah raya aku. Gila bosankan? ok la tu, sebab aku pun tidak gagah sangat untuk ke sana ke mari.

Auni, sudah jauh berjalan pun masih cari buku lagi.

Aku yang join group makcik-makcik, apakah?

Adli dan Aishah Husna, sedondon pula. Aishah Husna tu, sepupu abiAdli. 

Si gagah perkasa yang belum lagi nak gagah. Hahaa.

Si lasak dan aktif sepanjang masa. Auni.

Dorang ngan abi dorang. Auni kalau bergambar, mata serupa ngang abi dia. 

Nota hijau: Anak-anak je yang gembira di hari raya. Habis dah gambar raya, ditapis sehabis daya. 

Idaman dan impian.

Friday, 7 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sederhana. Ini paling ekonomi pilihan abi dan citarasa aku. Siap sedia untuk diduduki tetapi perlu diberi wajah baru untuk menaikkan serinya kembali.

Aku pun masih blur-blur untuk membuat keputusan warna apa yang aku suka dan perlu sesuai dengan semasa dan keluarga. Ikut hati nurani ni, memangla hendak bubuh hijau sahaja, namun bila abi sudah mula tunjuk pamplet Nipon dan Dulux bermakna dia tidak mahukan hijau sesaja. Perlu memikir kegemaran orang lain dan kesesuaian ruang rumah juga.

Buat masa ini, bahagian luar memang aku berkehendakkan kelabu asap tebal bersama dengan kelabu lembut. Ruang dalam hendakkan warna mint yang sangat lembut biar boleh match dengan warna-warna gelap perabot. Eheks. Apakah itu yang terakhir? Entahla, tunggu kata abi nanti.

Perlu juga memikirkan bajet mengecat daripada segi membeli cat, upah mengecat dan menanggal kertas dinding yang lama. Biasala, aku tak gemar bunga dan kertas dinding, suka yang plain sahaja. Biar nampak keluasannya. Entah hendak deco yang bagaimana pun, masih pening lagi.

Masuk rumah, hendak cuci kaki sahaja. Melampau sungguhkan? kehkehkeh, boleh tak nak kata sebagai hadiah pengorbanan untuk keputusan menjadi surirumah? jadi... adalah perlu untuk surirumah sukakan kepada rumah itu sendiri. Setuju?

Buat masa ini, memang sofa yang ada tidak dibawa. Hahaaa, tak sanggup hendak mengemas kusyen sofa tu, bergaduh dengan anak-anak je kerjanya karang. Jadi, segala perabot memang serah pada abi sahaja. Dia lebih pakar. Kabinet dapur, almari baju semua sudah lengkap mengikut citarasa, cuma perlu di cat juga. RM terbang lagi. Kehkehkeh.


Lain-lain, hrmmm tunggu pindah masuk baru adjust balik. Paling-paling tunggu lepas pantang, baru boleh aku bersilat. Hendak tanam bunga, hendak tanam sayur-sayur insyaALLAH. Lama sikit lagi, aku nak suruh abi tukar pintu pagar ni, aku nak ala-ala kayu punya. Masuk duduk pun tidak dah berangan ko Syasya. Hahaha, sabar je le.

Nota hijau: Simple je. Rumah lama, diberi nafas baru.

Mencuba dan berusaha.

Thursday, 6 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak mudah rupanya. Semangat kena jitu, fizikal kena kuat, emosi kena kental. Mencuba tidak mengeluh dalam masa satu hari adalah satu perkara yang sukar apabila habit itu sudah sebati dalam diri-itu aku orang lain tidak tahu.

Balik kerja, singgah kedai apabila teringat Auni dan Adli sangat gemar memakan apa sahaja yang aku bawa pulang. Tabiat yang daripada papa turun ke aku, harus membawa walaupun sebiji gula-gula atau pun sebesar-besar permainan. Melihat senyuman lebar dorang sampai ke telinga adalah sesuatu ketenangan di luar batasan.

Tekak ni, teringin sangat mahu makan nasi panas dengan ikan goreng bersama kicap. Adeh, sedapnya apabila hanya menjamah nasi lemak sebelah pagi, siap ayam seketoi. Sekarang ni, aku hanya tolak stroller berisi dua budak itu. Keadaan tidak mengizinkan untuk mendukung Adli dan mengheret Auni turun naik tangga.

Adli yang sudah pandai duduk membuatkan kerja penghantaran dan pengambilan menjadi mudah. Sampai rumah, tunggang langgang dibuat dek Auni. Terlupa bahawa dia telah menyepah pagi tadi. Kemas rumah dan ternampak pula bakul baju kotor yang memang tahap aiskrim calong. Waaaaa... Auni dah membebel dia ketidakcukupan spender walaupun masih berpampers.

Layan Neelofa dulu, sebelum memunggah baju kotor dalam mesin dan masak nasi. Abi balik, fuh! lega... Siap masak, abi mandi dan makan dia bersiap hendak balik opis semula, walawei... makcik sorang kena berperang. Tolong-tolong-tolong. Katanya sekejap, tapi sekejapnya hampir ke angka 12malam. 

Rumah? sudah siap-siap dipunggah Auni dan Adli apabila aku siap menjemur baju. Masa yang ada pantas sahaja aku makan supaya si Arrizqi tidak bising, suap Auni, suap Adli. Tengah hendak lelap selepas Adam dan Hawa, Auni minta kek, minta epal, minta susu, minta air. Wah! dak ni. Pada masa yang sama Adli berak pula, hendak susu, hendak tidur. Wawawawawaaaa... 

Aku yang semakin penguin ini, tidak mampu hendak tunaikan semuanya apabila badan terasa sangat lesu. Terasa hendak menangis. Rumah yang tunggang langgang tidak lagi kupandang. Terus sahaja tukarkan baju Adli dan tidur. Ajak Auni? memang tak payahlah, dia pandai tidur sendiri. Bila aja tengah feeling-feeling dengan Adli, terdengar ada orang menggosok sesuatu yang keras.

Auni sedang menggosok dinding dengan plastik, tumpahkan air ikan puyu, habis baju, habis lantai. Basah. Aku hanya tukarkan baju dan pampers sahaja then sambung tidur. Tak kuasa hendak kerjakan. Mujur, abi balik tidak lama kemudian. Ambilla giliran seterusnya, tengokkan anak-anak. Emak sudah tidak larat.

Pagi, rumah masih macam malam tadi, air ikan puyu aja sudah kering. Abi balik, memang hanya takat tengokkan anak-anak. Ini yang namanya, tiga penyepah hanya seorang yang mengemas. Pasrah! Petang nanti baru betul-betul kemas. Tidak dapat ku bayang apabila sepenuhnya di rumah. Memang emak jadi hulk la jawabnya. 

 
 comot

 
 comel

 comot

 comel

Nota hijau: Saat ini, berharap cepatla Arrizqi keluar. Emak hendak jadi supersaiya mommy. Kekekeke. Aku kena menyesuaikan diri jugak.

Cinta hati.

Tuesday, 4 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang aku rasa setakat ini, bersyukur. Kehidupan, walaupun terasa sangat mencabar namun aku masih boleh gagah dan gigih menempuhinya. Apatah lagi sedang berbadan dua, yang sentiasa beremosi dan menghadap kerenah dua orang anak yang sangat diminta perhatian.

Penat, lebih kepada sangat penat sebenarnya, hendak menangis tapi siapa ja yang hendak pujuk, abi sendiri begitu sibuk mencari pendapatan untuk seisi rumah, membantu menengokkan, memandikan, mencuci berak anak-anak, mencuci baju, itu sudah cukup baik bagi aku. Sudah cukup ringan sedikit beban yang tergalas di bahu aku walaupun nampak sangat simple.

Ini waktu aku bekerja, jika sepenuhnya surirumah? ye, sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi berhadapan dengan 3 orang cahaya mata. Tangan sotong? tangan labah? itu sudah semestinya. Aku harus lebih kuat dan perlu meningkatkan kesabaran dan mengurangi sikap suka merungut. InsyaALLAH.

Bersyukurnya, Auni sudah pun petah bercakap walaupun agak pelat. Perlahan-lahan aku sentiasa perbetulkan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak betul. Perkembangannya sangat diluar jangkaan walaupun kegemarannya hanya menonton Disney Channel.

Sangat ringan tangan sampai melebih-lebih buat aku naik pening. Sudah tahu jika aku angkat baju daripada ampaian, baju tersebut perlu dilipat. Dia menawar diri walaupun lipatannya huru-hara. Aku pasrahkan aja, masuk almari nanti aku betulkanla semula. Biar dia seronok titik peluhnya dihargai. 

Sayangnya masih tidak mahu membuang dalam bilik air. Letih berpesan, masih lagi tiada hasil. Tahu-tahu seluar dipakai sudah lencun. Alahaiii Auni. Setiap setengah jam aku tanya. Jawapannya tak-tak-tak dan tak. Bila tak tanya, elok pula seluar dah basah. Ye, masih memerlukan training lagi.

Adli sudah pun melangkah setapak dua. Makin hari makin laju tingkahnya. Sangat peramah dan suka dengan kamera. Perkembangannya juga sangat cepat seperti Auni, sama-sama naik. Sekarang, sangat suka dengan kakak. Apa-apa harus hendak kakak, walaupun kakak tengah cuci berak.

Bersyukurnya, Adli suka makan. Sekarang ini, Adli makan apa sahaja. Melihat Adli makan, Auni akan turut sama hendak makan. Senang hati aku bila keduanya menunggu giliran hendak disuap secara bergilir. Mereka makan bila-bila sahaja, sebab emak dorang pun suka makan tidak ikut masa. Hihiii.

Baby rizqi, walaupun belum keluar sudah pun mencecah minggu-30nya, cukup membuatkan emak tidak lena tidur kerana kehebatan tendangannya. Sama macam Adli dahulu. Mujur ada Auni tukang layan emak yang tidak boleh tidur ini. Semoga terus kekal sihat sehingga mencecah usia sepatutnya untuk berjumpa kami semua. Amin.

 Pempuan ni suka buat lawak.

 Lelaki ini suka ketawa.

 Lelaki yang satu ini, serius dan susah ketawa tapi dia penyayang.
 
Aku sangat berharap agar kehidupan ini terus dipermudahkan. Diberikan aku kekuatan yang boleh mengawal seisi rumah-insyaALLAH.

Nota hijau: Entry touching, untuk menghargai betapa indahnya kehidupan. Syukur. 

Giliran.

Monday, 3 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in