Mengembang lagi.

Tuesday, 31 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesian kawan-kawan mengadap kad raya yang tidak berapa tu lama-lama ye. Oiii, gelap gelita sungguh hari ni, sampai-sampai opis hujan, bertempiaran aku lari dengan si Mazerah gara-gara kena parking di luar. Pagi-pagi dah bersenam. 

Now, for me tiada perkembangan sangat, aku masih biasa-biasa menjalani ibadah puasa dan masih lagi tidak ke bazar Ramadhan. Abi je yang pergi, dia malas hendak bawa aku bersesak dengan orang. Lagipun, dia ringkas balik kerja terus singgah, aku ambil anak-anak, buat air panas, kemas rumah, eh? kenapa banyak pula kerja ni? hahaa.

 Eh, sama pula muncung tu...

Aku semakin lali dengan waktu tidur Auni yang memang sudah tidak tentu hala, aku sudah lali dengan waktu tidur Adli yang bagaikan mahu terikut-ikut dengan Auni. Mujurlah bangun sahur, aku dah kebal dengan istilah mengantuk walaupun kadang-kadang tersengguk.

Asalkan boleh aku tidur, aku tidur. Jika tidak, memang ada sahaja benda yang aku akan buat terutamanya kerja emak-emak. Baik hari-hari seminggu mahupun hujung minggu, kerja emak-emak memang tiada berkesudahan. Mengeluh? sikitlah.

Apapun, aku sudah boleh menarik nafas lega sedikit berikutan Adli sudah menjamah makanan orang dewasa. Apa yang aku makan, itu jugalah aku bubuh dalam bubur nasi dia. Biskut, sudah berjenis-jenisnya. Cuma air sahaja masih dalam kawalan. Aku hanya sua air masak dan susu. Lain-lain belum lagi. 

Auni, sudah pandai suap makan sendiri. Lauknya cuma ikan dan kicap. Kadang-kadang dia jadi kucing, suka meratah ikan goreng begitu sahaja. Masa ni, emaklah jadi mangsa mengasing tulang dan isi ikan. Janji dia hendak makan. Sahur tadi, habis dua pinggan. Sibuk, orang sahur dia pun bersahur. Selebihnya, merayu minta ipad. Huhuuu.

Adli sibuk dengan tidur, hantar ke rumah kakAna sudah jarang dengan mata terbuka. Lelah emak mendukungnya, Auni sibuk hendak berpimpin tangan. Hendak bawa stroller, memang aku malas Auni juga yang di dalam. Hendak guna baby carier, Adli dah tak muat. 

Now, sedang belajar bertatih dengan abi. Raya nanti, dia cemerlang dengan merangkak dan senyuman serta makannya. InsyaALLAH. Semoga dia sihat bila tiba waktunya.

Apapun, hidup aku makin dipermudahkan. Alhamdulillah.

Nota hijau: Aku blank sebenarnya, tapi cemburu tengok orang lain update blog. Hahaa. 

Kad Raya.

Friday, 27 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy 10th month my 'demok' Adli. 

Aku suka hantar kad raya, tah... aku suka walaupun zaman semakin canggih dan berteknologi. Selagi kad raya masih lagi dijual di kedai, selagi stem masih digunapakai, selagi aku ada kudrat dan masa, maka... aku akan terus menghantar kad raya kepada mereka yang masih sudi menerima.

Akhirnya, kad raya buatan tangan ini, hasil daripada belajar secara tidak sengaja berjaya aku siapkan sebanyak 40 keping kesemuanya. Huhuuu.

Walaupun gambar yang tertera di atas kad itu ringkas, namun melihatkan kewarna-warniannya cukup membuat hati aku gembira dan stres hilang serta merta. Kad raya macam kad pintar untuk budak-budak. Hahaaa. 

InsyaALLAH akan terbang kepada mereka-mereka yang dekat dihati, dirindui, disayangi. Tidaklah secantik mana, ini sahaja usaha yang aku boleh buat untuk jalinan dan ikatan persahabatan terus terjalin. InsyaALLAH.

 Tidak dijual.

Suruh aku buat sebiji sama pun aku tak boleh. Hahaa.

Tidak sanggup hendak ulas satu persatu, sebab setiap satu memang ada tersendiri punya gaya, itula kelemahan aku yang satu, gagal meniru. Hahaa.

Tengok sahaja gambar masjid tu, kubahnya sahaja berbeza-beza. Tangan masih kayu, tidak reti mahu bentuk, asalkan jadi. Pelita adalah paling senang hendak buat, berbanding ketupat yang kecil-kecil quillingnya. Lemang? tidak banyak yang ada sebab jenuh mencari tutorial gambar lemang quilling hendak dirujuk, misi gagal so aci redah sahajalah.

Siap 40 keping pada hari ke 6 berpuasa. Kata Mazerah, boleh rabun warna dibuatnya sebab terlalu fancy. Ngehehe. Misi seterusnya ialah membuat rama-rama 500 ekor lagi dan yang pasti aku harus dapatkan lidi quilling yang baru berikutan yang sedia ada sudah hendak patah dua. Aku mengimpikan set quilling yang sebenar [mula mahu tamak ni] kehkehkeh. 

Aku hendak berterima kasih kepada blog ::Bisikan Hati-Sis Lin:: sebab di blognyanyalah aku berjumpa dengan link blog Lin Handmade Greetings Card dan terus aku mengkaji seni Quilling. Daripada menggunakan pisau dan pembaris, membawa kepada penggunaan shredder. Hehee.

Nota hijau: Siapa nak bagi set quilling mahal kedaung tu? kalau tidak usaha sendirikan. Huhuuu. 

Adli. Bubur dan Cloth-Diapers.

Thursday, 26 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oih, Khamis sudah dan esok Jumaat. Habis seminggu berpuasa. Alhamdulillah, masih lagi terkawal walaupun 100% tidak cukup tidur. Muahahaaa. Tidur jam 12am bangun jam 4am. Itu pun takat tidur-tidur ayam yang kejap-kejap hendak bangun, kejap-kejap teringat banyak nar menda yang hendak difikirkan.

Aku suka juga bangun sahur, siap boleh kemas rumah dan cuci baju sambil-sambil masak. Masak ke? hahaa. Pagi tadi adalah hari pertama aku masak waktu bersahur, makan seorang. Kejut juga abi, tapi dia memang sayang lebih dengan tilam bantal yang bercadar dan bersarung baru. Warga ungu gitu. Ngeee.

Tidak lama sebelum azan Auni bangun mengadap ipad. Perempuan tu, kalau sudah mengadap ipad cakap apa pun tidak dilayannya. Bazir liur. Kemas secara pantas, siap membuat bubur Adli. Menu hari ini ialah ikan goreng dan sup sayur. Ikan kembung yang isinya hanya aku cubit menjadi kecil, nasi dan sup sayur dilenyek lebih kurang. Kuahnya, guna je kuah sayur. Hahaaa. Senang kerja.
 
 Pengubat stres emak. 

 Papahla selagi boleh papah. 
* Thanks Auni for snap Adli's picture ni. Boleh improve lagi.

So far,  bertukarlah menu dia semalam dengan kelmarin, disebabkan aku belum pergi pasar aku bubuh je kurma hancur bersama oats dalam bubur. Habis juga. Siap aku bekalkan biskut sebagai kudap-kudapan. Alhamdulillah, Adli memang tidak cerewet soal makan.

Balik Johor tempoh hari pun begitu, dalam umur 9 bulan dia sudah makan menu orang dewasa. Cumanya, aku kena pastikan tiada terlalu banyak bahan perasa di dalam menunya. Jika ada aku akan cover dengan air masak atau pun nasi yang banyak. Ngeee.

 Bubur kurma bersama oats dan bubur labu bersama nugget udang.

Balik Johor hari itu pun, aku berjaya menggunakan Cloth Diapers semasa dalam perjalanan mahupun di rumah mama. Memang jenuh jugalah sebab masing-masing bergilir membuang, macam hendak patah pinggang membilas. Tetapi, cekalkan juga hati. So far, kena tambah koleksi lagi ni untuk fully. Aku masih half-half lagi sebab aku kasihankan kakAna.

Macam ni la gayanya bila bawa CD dalam bagasi. Baju jadi kurang. 
Any suggestion untuk aku bawa CD jika bercuti lama? Share ya.

Persiapan raya, biarlah dulu. Just follow the flow. Aku baru habiskan 40 keping kad hari raya buatan tangan aku, yang kesemuanya sudah habis dibooking. Hahaaa. Puas hati bila tengok kesemuanya hasil titik peluh sendiri. Kehkehkeh.

Nota hijau: Abi, tumpang bonus boleh? Bersyukur je la Syasya oi!!! Bonus untuk orang rajin bekerja sahaja. Aku dapat bonus dua pasang baju daripada Mazerah [opismate]. Sekian entry bundle hari ini.  

Pemenang baru.

Wednesday, 25 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis tempoh, dua pemenang baru HC3rdGA ialah... 


33-ERYZA [http://iezaiezaieza.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
34-izan mama mia [http://gulahatimama.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]

Malas betul random.org ni buat kerja, bagi nombor pun sebelah menyebelah je. Hahaaa. Oih! bukan aku mengelat ek, tapi sudah jadi begini sebab ini rezeki mereka berdua ;)

Sila beri alamat surat menyurat dan nama di bawah tajuk "HC3rdGA Baru" di nsahida@gmail.com dalam masa 3 hari. Jika tiada cabutan lain akan di buat. 

Terima kasih.

Pemenang HC3rdGA [Panggilan kedua]

Nota hijau: Tengah mikir, guana nak packing giveaway ni. Adoiii. 

Pemenang HC3rdGA.

Monday, 23 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jadi, aku bagi peluang lagi 2 hari kepada mereka yang TIDAK bertanda 'sayang' untuk memberikan alamat surat menyurat di nsahida@gmail.com dibawah tajuk HC3rdGA 2012. 





Part yang aku agak kurang suka bila buat GA. Ada kepatutkan, hehehe. Bukannya apa, memang aku faham kemungkinan-kemungkinan yang dialami perserta/pemenang, akan tetapi pada diri aku, bukankah bila sudah jadi follower, segala entry yang berupdate akan berada di muka surat paling depan 'dashboard' blogspot?

Walaupun tidak ada pada dashboard, bukankah diri sendiri tahu akan penyertaan diri sendiri dalam sebarang contest atau giveaway?

Ye, kemungkinan itu datang pada diri aku juga kerana tidak menyediakan Gift yang Vouge atau gempak, akan tetapi lagi, bukankah diri sendiri juga yang sudi untuk menyertai penyertaan? Makanya, pada aku barangsiapa yang menyertai sebarang GA/contest sudah pun terikat dengan segala terma dan syarat.

Ye, kemungkinan itu juga datang pada diri aku sendiri lagi kerana tidak mengeluarkan terma dan syarat dengan ketat, tetapi aku hanya ingin buat GA/Contest yang sekadar suka-suka sahaja. Yang sepatutnya tidak menyusahkan semua kawan-kawan aku.  

Ingin sahaja aku ulas satu-satu entry penyertaan HC3rdGA, but... who am I? aku hanya penulis biasa dan penganjur satu GA yang sangat simple. Jujur aku kata, ada di antara peserta yang hanya buat entry bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Asalkan sempat. But, aku terima je sebab aku adalah seorang yang simple. 

Nota hijau: Ok kurang sikit pahala puasa aku membebel pepagi hari. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan. Aku insan lemah. 

Salam Ramadhan.

Friday, 20 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di sini aku penulis bloghijau yang tidak berapa nak tegar sangat, memohon ribuan ampun dan maaf kepada sekalian pembaca, pembaca senyap, follower dan semua yang membaca post ini, sekiranya terdapat kesilapan kata, kesalahan tatabahasa, kekurangan isi dan segala pakcik, makcik kelemahan sepanjang penulisan entry blog kesayangan hijau ini. 

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik daripada tahun-tahun lalu. InsyaALLAH.

Salam Ramadhan semua :)


Nota hijau: Hureyyy, balik kampung-hohoooo balik kampung. Kecoh betul mak budak ni, haih!

Salam sayang:

Sayang is love.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sayang Auni:
"umiii, tolong lukis sayang" sambil sua ipad dan rapatkan dua tapak tangan bawa ke tepi pipi dengan kepala senget. Alahaiii, comel.

Dia suruh emak melukis gambar LOVE. Gigihla emak memenuhi permintaan. Awalnya love kecil lama-lama jadi besar. Layan. Bila asyik perkataan "wow" sahaja keluar setiap kali gambar di lukis, Adli yang sedang leka main mula jadi tertarik. Pantang bagi dia bila kakak berbaik dengan emak. Buru-buru dia datang, sama-sama ikut melukis.

"sayang umi, sayang adik" ok, thanks Auni for the kiss. I love u too. 

Tidak lama kemudian, abi balik setelah semua bersih daripada yak, setelah semua minum susu, setelah semua makan. Auni masih lagi dengan ipad sedangkan Adli sudah beri isyarat untuk masuk tidur. Emak mengadap kerja sekejap, bagi peluang abi melayan anak-anak.

Sayang abi:
Tidak lama kemudian, Adli menangis kuat, jatuh terlentang di tolak kakak dengan tangan dengan penuh tenaganya. Dihadapan mata abi, sayang abi kepada anak tangan-tangankan sebelum hantar Auni masuk bilik air dan gelap. Bilik air sudah dibersihkan tapiii Auni memang sangat takut dengan denda itu.

Sayang Adli:
Aku sudah angkat Adli masuk bilik, dan layan dia tidur. Terdengar tangisan sayu kakak, dia bangkit. Merangkak laju, menuju dan mencari daripada mana datangnya suara kakak. Dia dapat cari, sambil bertinggung, dia toleh abi di ruang tamu belah kiri. Di toleh pula emak di bilik tidur belah kanan. Dihadapannya kakak Auni sedang menangis. Merayu menjalani denda.

Dia maju lebih dekat dengan kakak, makin kakak menangis kuat. Apatah lagi siap dengan ketuk-ketuk pintu bilik air. Abi yang memanggilnya pun, dia sudah tidak peduli. Dia tunggu dan hanya berlegar-legar di hadapan pintu bilik air sahaja. Dia menunggu kakak. Dia temani kakak. Dia sayang kakak. Sebab itulah, dia tidak berganjak.

Sayang emak:
Tahan hati dengar Auni menangis. Konon, hendak beri Auni pengajaran. Arghhhh!!! mulala hendak touching, bila teringat membawa dia 35minggu, keluar ikut tingkap, masalah kuning Auni, masalah memakai tiub kencing 2 minggu, ruwet menjaga masa dalam pantang lagi, lebih masa menjaga Auni dengan Adli masih dalam perut. Parah betul, bangun buatkan susu Auni.

Daripada dapur, terdengar Auni memanggil "ummmiii", "ummmiii", "ummmmiiii" disertai tangisan - Argggghhhh!!! 

Siap set tempat tidur, angkat Adli masuk bilik balik, beri susu. Dia sudah pun mengantuk dan tahu, aku akan datang menyelamatkan kakak Auni. Then, selamatkan Auni. 

Kental sikit hati aku kali ni, tapi terlepas juga geram pada abi yang tidak boleh bersabar sedikit. Biasanya, aku hanya ambil sahaja ipad Auni dan simpan. But, aku kuatkan perasaan juga sebab abi ada cara tersendiri bila mendenda anak-anak. Dia kan tegas seorang polis.

Auni, bila buat hal biasanya dia sudah mengantuk, hendakkan layanan. Hrmmm... aku la jadi orang tengah, antara mereka bertiga. Aku pun bukan adil sangat, tapi lebih kepada sayang kepada semua. Kan ke, setiap kejadian ada hikmah, setiap denda ada alasannya.

Bila pujuk Auni, aku gunakan balik apa yang dia suruh aku buat sebelum abi balik tadi.

"kan Auni kata, sayang adik... jadiii janganlah tolak adik, sepak adik, cubit adik, adik nak main dengan Auni tapi dia tak pandai. Adik minta Auni ajar dia sebab Auni kan kakak dia, kawan paling rapat. Hendak buat adik lagi tak?" - Auni geleng dan minta peluk. Tidur. Esok lusa, pasti aku kena pesan macam ni lagi.

Adli dan tergolek dok, tidur nyenyak. Hahaaa. 

Air dicincang tidakkan putus. 

Nota hijau: Itulah yang berlaku malam tadi, tak tahan sungguh bila Auni cepuk Adli. Sekali dua, aku memang biar je, Adlikan tough, lelaki. Tahanla sikit dengan kakak tu. Tapi, kalau dah melampau-lampau tu, memang adalah hadiah yang Auni dapat. Hohooo. Aku denda Auni? hahaa cakap je, naik tangan sikit-sikit, sebab tu dia tak takut.

Tiada lagi puri bubur nasi.

Thursday, 19 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan malas hendak buat, tapi di request oleh bibik untuk tukar material bubur nasi Adli. Hohooo. Aku sudah mengikut langkah kakRose, eima dan cikMot. Bangun pagi buat bubur nasi. Huaaaaarrrghhh! Ngantuk makcik.

Pagi tadi hari pertama aku jerang bubur nasi, ada lagi nugget udang mentega hancur dengan labu kukus lenyek, aku bubuh dalam bubur Adli. 1st time buat bubur tanpa kisar, harap-harap Adli suka. Tidak lagi sembur menyembur.

 Bubur nasi bersama nugget udang dan labu kukus.

 Adli suka menyanyi.
Sudah besar rupanya Adli, sedar dan tidak hampir setahun umurnya. Alahai, anak umi. 

 With his baju Melayu Raya.

Nanti Adli belajar bersalam ya, kita hendak sambut Aidilfitri ni, Aidilfitri pertama untuk Adli dan baju melayu pertama juga umi sediakan untuk anak umi dengan pilihan sendiri. Puas hati umi bila dapat samakan dengan baju kurung kakak Auni. Tahun depan, kita buat satu kayu, satu warna yang sama. Hijau boleh? kehkehkeh.

Nota hijau: Rasa hendak sedekah je baju kurung Auni yang sudah tidak muat, pakainya baru sekali 2. Terima kasih juga pada kakAna sudi buatkan Auni sepasang kurung raya.

Keputusan Hijaucantik3rd Giveaway.

Wednesday, 18 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semuanya aku buat serba ringkas. Hahaaa. So semua pun mesti teruja hendak tahu keputusannya, tanpa menunggu dan bertangguh dengan khidmat Random.Org, khidmat Photoscape, maka inilah dia.


Banner.

Edisi aku sayang follower sempena hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4. Wuhuuu! Syaratnya senang je. Sudah namanya sayang follower kan, hendak dan tidak kena jugala jadi follower.


Akan menerima, antara-antara yang di bawah ini. Secara random juga sebab ada lagi yang tiada dalam gambar.

 All for my special friends.

 Just random, sebab aku dah pening hendak susun macam mana. Ada lagi sebenarnya.

Ini mahal. Sebab handmade. Panas baru keluar oven. Mengerah kawan opis untuk membuatnya sendiri. Sayang hendak beri, tapi orang kata untuk kawan istimewa kena beri barang yang kita sayang.

My best supporter ever: Peserta
  1. cikMot
  2. eima
  3. Noli@IbuWafa
  4. Masya
  5. Nyue
  6. mrs puex
  7. Sweetmama@@EijaZaQuaNZiQry
  8. Joel LesLie
  9. KyleLina
  10. INA_Noorlina
  11. Munirah Ezzaty
  12. Awesomeness
  13. SLUMBER SAGUN
  14. Cempaka Kuning
  15. AkmaFaizal
  16. MaMa CyDa
  17. Bond@ While@
  18. Nad @ MamaZN
  19. Rasp
  20. anisalya
  21. Azwa Azee
  22. Cik Rosliza Cik Mat
  23. Wanieys
  24. fiQRa
  25. Ima Salsuzaima
  26. Yatie MS
  27. KHAIRUNNISA
  28. SyilaSyira
  29. mimie...
  30. SaidatulAzwa
  31. fieda
  32. ros_reeza
  33. ERYZA
  34. izan mama mia
  35. Nazayiena
Harap-harap tidak serik untuk joint pada masa akan datang ye ;)


24-fiQra [http://fiqrakendet.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
27-KHAIRUNNISA [http://khairunnisa3020.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
5-Nyue [http://nyueyien.blogspot.com/2012/06/hijaucantik-3rd-giveway.html]
7-Sweetmama@Eija [http://sweetmamaconway.blogspot.com/2012/06/hijaucantik-3rd-giveaway.html]


10-INA_Noorlina [http://bertuahx.blogspot.com/2012/06/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
16-MaMa CyDa [http://cydaacmecontest.blogspot.com/2012/07/hijau-cantik-3rd-give-away.html]
3-Noli@Ibu Wafa [http://idupqica.blogspot.com/2012/06/3rd-giveaway-by-hijaucantik.html]
26-Yatie MS [http://nurinaqaleesya.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]



35-Nazayiena [http://nazayiena76blogspotcom.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
29-mimie.. [http://mrsfadzlyanagacontest.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
9-KyleLina [http://menariksanasini.blogspot.com/2012/06/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
21-AzwaAzee [http://wishqeelwizrai.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]


17-Bond@ While@ [http://mentariindah.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
18-Nad @ mamaZN [http://zakwanafifnajmi.blogspot.com/2012/07/hijau-cantik-3rd-giveaway.html]
28-SyilaSyira [http://syilasyira.blogspot.com/2012/07/hijaucantik-3rd-giveaway.html]
Peserta Terawal, Khas - cikmOT [http://doublehni.blogspot.com/2012/06/hijaucantik-3rd-giveaway.html]

15+1 = 16 kesayangan aku.
16 + semua follower hijaucantik = infiniti sayang aku kepada semua.

Hanya 3 hari sahaja untuk memberikan nama dan alamat surat menyurat di nsahida@gmail.com dengan tajuk HC3rdGA 2012. Lambat, cabutan lain akan dibuat. 

Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis. Walaupun sambutan suam-suam sahaja, tapi aku puas hati menyediakan hadiahnya dengan hasil tangan sendiri. Pada yang tidak menang, diharap kawan-kawan tidak serik untuk terus menyokong bloghijau. 

Sesungguhnya aku memohon seribu kemaafan di atas segala kekurangan dan ketidaksempurnaan dalam menjalankan HC3rdGA ini. Sekian, terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih. Aku sayang kamu semua.

Nota hijau: Untuk petak last tu, kalau sudi hendak update address terbaru, apa salahnya :) ngeee... boleh send kad raya pula :p

Masa gembira emak.

Tuesday, 17 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat perancangan tidak menjadi, rupanya cikZila sudi juga menemankan aku pergi bershopping. Syurga, terima kasih kepada abi sebab beri pelepasan dan sudi menjaga anak-anak di rumah. Siap dengan duit belanja untuk shopping raya.

So far, kena manfaatkan masa berlibur dengan sepuas-puasnya. Jam 2.30 petang Ahad dengan tidak sempat makan tengah hari aku tegar meninggalkan anak-anak bersama dengan abi. Hati gundah juga, tapi aku memang percayakan abi dalam hal menguruskan anak-anak, dia lebih pakar. Tunggu cikZila di lobi dan singgah di rumah pnNas, ours business partner. 

Perut kosong, dijamu mihoon sup sepinggan besar, langkah kanan betulla nampaknya. Sedap kemain menjilat sudu. Tidak ingat akan alergik ayam lagi time tu, bedal kasi habis. Selesai urusan, beredar dengan perut kenyang hati senang mencari arah untuk ke Sogo. Wahahaha, Sogo member card, kata abi. Tapi, kad Sogo pun tidak ada, cemana tu kan? Rupanya, kad Sogo cikZila pun tamat tempoh, ah sudah.

Aku yang memang buta jalan ni, ditanya arah oleh cikZila apalagi sesat barat entah ke mana, endingnya decided ke Sunway Pyramid terus, dia hendak tukar baju yang dibelinya semalam. Alang-alang, boleh tukar AEON Card aku di AEON Sunway Pyramid. Boleh shopping. Berhempas pulas dijalanan, sambil bercerita tentang perjalanan dan strategi business, bercerita tentang hati, bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kenangan-kenangan, bercerita tentang masa depan, terasa lapang hati lapang dada bila berkongsi dan akhirnya, tiba di destinasi.

Kira cekap juga kitorang ni kan, walaupun selalu meraban entah ke mana-mana. Waaaaaaahhhh!!! lamanya tidak ngedate gaya orang bujang. Hahaha, kitorang shoping di AEON sahaja, sebab tahu bila keluar daripada AEON makanya belanja akan menjadi lebih besar. 

 Hasil.

 I got two kids. Believe it.

Naik turun AEON, cari baju raya aku dan anak-anak aku, itu sahaja tujuan sebenarnya. Keh-keh-keh. Pastu, berjimba cuci mata. Posing-posing dengan kiri kanan beg plastik. Habis terbang RM-RM-RM yang abi beri, paling banyak mostly for anak-anak. Haih! dah jauh berjalan pun ingat yang di rumah lagi.

 Suka buat kerja tanpa diduga.

Bila keluar daripada AEON, jalan pun dah macam orang gila. Aku memanglah dah seperti beruk dapat bunga, keluar berlibur seorang tanpa anak-anak. CikZila pun dah terikut gaya aku, hahaha sampaikan di POPULAR kitorang buka kasut untuk mencari fail dan kertas warna. Kaki sakit pakai kasut. Lega.

Tengah bulan bershopping, memang kerja gila. Bila semua yang dalam kepala sudah dapat, kitorang boleh pergi melepak mamak pula. Ngeeee. Restoran Darussalam. Nah, lagi terasa macam bujangan, zaman memuda dahulu cuma kurang seorang, kakAzi sebelum terus balik ke rumah.

 Kawan selamanya.

Sebaik sahaja aku buka pintu, melompat kemain Auni menyambut kepulangan emaknya sebelum Adli yang baru hendak bangun dari baringnya menuju pintu. Alahaiiii, macam mana hendak tinggal lama-lama, kalau emak yang berpergian pun asyik terpandang wajah anak-anak di mana-mana. Payah.

Terima kasih juga kepada abi, sudi mengemas dan membersih rumah sewaktu ketiadaan aku. 

Nota hijau: Peluang datang hanya sekali, sayang jika tidak direbut. Terima kasih abi, terima kasih cikZila. Alhamdulillah tahun ini dapat sediakan baju raya sendiri :)

Warna-warni.

Monday, 16 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada semua yang menyokong Hijaucantik 3rd Giveaway, senarai pendek akan dikeluarkan secepat yang mungkin. Akan diusahakan berikutan masa untuk mengadap blog sungguh pendek. Huhuuu.

Baru sahaja menyiapkan lebih kirang 450 ekor rama-rama quilling untuk goodies bag Mazerah [Mas-kawan opis] untuk majlis perkahwinannya. Huh, mujurlah dia membantu menambah 50 kuntum bunga. Satu-satunya student quilling aku, habis semua peralatan quilling aku dapat pada dia. Rupa-rupanya, dia lebih tekun belajar daripada aku sendiri.

Habis semua kertas shredder. Ngeee... Dah macam hapa nak milih warna.

Sebahagian bunga buatan tangan Mazerah. Kemaskan?

 Batch terakhir ke 500 ekor rama-rama.

Awalnya, aku hendak buatkan bunga, olo... tidak tekunla untuk meyiapkan 5 kelopak yang kecil-kecil, bergam yang melekat sana-melekat sini, habis semua comot. Sudahnya jadilah rama-rama. Bila sudah cecah beratus, dan berwarna-warni, eh? cantik pula.

Sekarang, aku fokus untuk buat kad hari raya pula, itupun yang mana dapat je lah, hahaaa. Aku hanya sediakan 40keping sahaja. Memang rutin setiap tahun, aku suka beri kad hari raya pada kawan-kawan dan yang lebih utama, kena setelkan Giveaway secepat yang mungkin. Huhuuu. 

Nota hijau: Huuu, ada 500 ekor rama-rama lagi yang menanti. Maaakkk tolong!

Perubahan yang mengujakan.

Thursday, 12 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas beberapa hari memikirkan tajuk yang sesuai untuk post kali ini, barangsiapa yang menyimpan kemas Premium Beautiful [PB] dalam almari, sila aplikasikan penggunaannya semula. Hiii, aku malas hendak tulis tentang apa yang orang lain sudah rasa dengan PB dan aku percaya pembaca bloghijau sudah pun mencari 1001 maklumat tentang keistimewaan PB.

Ia, dia sangat serasi dengan tubuh aku sendiri. Tujuan utama aku memakai PB ialah untuk mengukuhkan dan memperbetulkan kedudukan rahim setelah beranak dua, mengatur semula tempoh kedatangan haid dan mengawal pengeluaran keputihan yang menjadi-jadi, selain untuk mengempiskan ‘spare-tyre’.

Aku jelak dengar “kau dah kurus pun hendak pakai PB?”. Siapa kata PB untuk orang bersaiz besar sahaja? Siapa kata PB untuk orang yang mengalami masalah wanita sahaja? Siapa kata PB untuk orang dewasa sahaja? Siapa kata PB untuk orang sudah berumah tangga sahaja? Siapa kata-siapa kata-siapa kata.

Jika sebelum ini aku ada menyatakan kuasa FIR nya begitu juga post kali ini. Aku sudah memakai PB selama tiga minggu, berita gembira ingin aku kongsikan ialah aku cergas. Tekanan aku melihat rumah tunggang langgang berkurangan. Aku bekerja bagaikan Charlie-Chaplin. Minggu kebelakangan ini, aku tidur jam 1.30pagi dan bangun semula jam 4.00pagi, sebelum bersiap memandikan dan menyediakan makan pakai anak-anak pada jam 6.00pagi.

Aku boleh bergelak ketawa mendengar Johara pagi Era setiap kali memandu ke tempat kerja. Badan aku tidak lagi lesu, tidak lagi mengadu sakit-sakit. Setiap hari bagaikan hari paling menyegarkan dalam kehidupan.

Perubahan postur badan? Perut? Peha? Semuanya baik dan kemas. Aku suka dengan keadaan sekarang, Peha tidak terasa seperti drumstick ayam gebu, kurang enak pada pandangan mata sendiri, mana-mana seluar slack yang ngam semasa bujang dahulu, kini longgar bila disarung.

Teruja bukan? Ya, aku teruja apatah lagi bengkung PB telah serasi dengan badan, aku telah mengenakan butang paling dalam sepenuhnya. ‘Kembar’ terasa bersemangat terletak cantik bagaikan penuh dengan susu semasa menyusukan Adli masa dahulu. Jika aku mengenakan PB dalam tempoh berpantang sebelum ini, sudah pasti tidak menunggu lama untuk kembali asal, tidak bersusah payah membuka ikatan tali bengkung yang berbelit-belit dan Adli masih menyusu badan berikutan PB direka khas untuk ibu menyusukan juga. Best bukan?

Pulang daripada kampung abi, satu kenyataan yang aku suka je hendak dengar “nampak sudah berisi!” hahahaaa. Aku suka. Bila aku tanya abi, dia kata kurus je. Hari-hari dia tengok aku, aku pula yang nampak drumsticknya makin hari makin besar. Kehkehkeh, nanti aku beri dia pakai bengkung PB bila dengar statement seluarnya sudah tidak muat. See? Bengkung PB pun boleh digunapakai oleh orang lelaki.

Kuasa Far Infrared Rays [FIR] dalam penyebaran pembahagian lelemak dalam badan membolehkan semua orang mendapat berat ideal mengikut ketinggian masing-masing. Aku belum lagi cuba menggunakan bengkung PB pada anak-anak, sekiranya Adli atau Auni demam nanti, aku cuba balutkan badang dorang dengan bengkung PB. Terbaca satu atikel ianya berkesan untuk menurunkan suhu badan, kuasa FIR meneutralkan, membahagi apa-apa yang tidak seimbang dalam badan kepada sama rata. Sebab itulah badan menjadi terasa sihat.

Aku juga sudah mencuba meletakkan PB pada betis, sebab? Kadang-kadang aku balik kerja aku terus sahaja buat kerja rumah, itu ini-itu ini-itu ini tanpa duduk. Serius, sebab lagi… aku fikir aku sudah duduk selama 6-7jam sehari di tempat kerja jadi wajarlah aku berdiri dan terus masuk tidur sahaja. Hahaha, tu pemikiran emak budak yang entah apa-apa. Lepas tu mulala terasa betis lenguh tidak terkata, so try-cuba-test letak PB. Macam ada kuasa ajaib, terus hilang lenguh macam baru lepas kena urut. Rasa hendak lari 100meter lagi ada. Ini bukan auta ok, aku dah cuba sebab tu aku beritau.


Suka PB, dah pakai time ni. Hahaaa.

 Balik kerja malam tadi, masih pakai bengkung dan seluar PB :p

Kesimpulannya, PB bagus untuk semua, lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat, kan aku kata untuk membetulkan kedudukan rahim. Satu bengkung, nampak simple, bertugas untuk semua anggota badan, baik di luar, baik di dalam.

Teman aku yang setia.

Kalau boleh aku hendak cerita semuanya lagi, biarlah masa terus tentukan pengembangan dan perubahan lagi, seronok berkongsi cerita tentang kesihatan dan bukan kecantikan semata-mata. PB direka untuk 70% kesihatan disamping mendapat 30% kecantikan, ke’slim’an secara tidak langsung. Memakainya selama sejam boleh membakar 900 kalori. Hah, apo tunggu laie. Jom-jom.

Ianya memang mahal dibandingkan dengan keistimewaan rekaannya, set lengkapnya memang untuk tubuh sendiri, melihat perubahan dengan mata sendiri, adalah sangat berbaloi nilai FIRnya dengan harganya dengan nilai diri kita sendiri malah tidak boleh dibandingkan. [pendapat aku sendiri yang telah menggunapakai dan merasainya.]

Nota hijau: Fffuuuh peluh! Terima kasih sebab sudi hendak baca, aku bukan tidak mahu menulis tentang perkembangan orang lain tentang PB, apalah salahnya aku cerita tentang perkembangan diri aku sendiri, apa yang aku rasa dan kebaikan yang aku dapat. Aku buat, aku dapat. Tidak begitu? aku nak test market juga, mana tahu boleh jadi pendapatan sampingan sebagai penasihat Premium Beautiful. Ngeeee...

3 hingga 4 keping sehari.

Wednesday, 11 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Balik kampung hari Sabtu, balik KL hari Ahad. Minggu lepas punya agenda, berjaya mengenakan Cloth-Diapers untuk Auni dan Adli dengan jayanya. Cuma, abi je failed [masih belum belajar untuk menyesuaikan butang] selepas Auni yak.

Aku bawa 12 keping untuk dua orang itu. Meriah, bertukar warna dan corak setiap kali mandi. Hahaaa. Aku tidak cuci mesin berikutan mesin cuci pakaian di rumah mertua aku rosak, dan tidak juga cuci tangan kerana sabun yang tidak bersesuaian. Selepas mereka berdua ini yak atau kencing, aku hanya bilas sehingga hilang warna dan bau. Perah sehingga betul-betul tiada air menitik dan anginkan. 

Menyesal juga tidak cuci tangan sebab rumah atas tanah, cahaya matahari terus sinar menyimbah bumi. Hanya dua hari, balik KL bolehla cuci guna mesin dengan yang ada dalam bilik air. Semakin hari semakin betah aku menguruskan CD-CD ini.

Untuk mengelakkan kebasahan dalam kereta, aku gunakan Autumnz WetBag, besar sehingga boleh memuatkan lebih 10 keping pocket CD. [pocket sahaja]. Aku asingkan pocket dan insert sebab bila masuk mesin aku akan gunakan Autumnz Washable Bag Net pula supaya getah pocket CD tahan lama.

Leceh ke? tidak leceh pun, alah bisa tegal biasa. Mulala dahulu langkah pertama, pasti seronok untuk langkah-langkah seterusnya. Inilah part yang aku suka bila CD-CD kering, memasukkan insert.

 Auni standby hendak adik jadi pororo macam dia juga.

Mula sudah.

 Adli: Kakak aku ni kejam. Umi tolong-tolong.

  Auni gagal. Hahaha. Steady la Adli.
Pada kak Ana pun aku sudah campurkan penggunaan CD dan DD. Aku tahu dia tidak akan menang tangan untuk handle anak-anak yang diasuhnya walaupun dia tidak kisah. Aku bekalkan juga Autumnz WetBag untuk CD-CD kotor Auni dan Adli. Balik rumah aku bilas macam biasa dan kumpul sebelum cuci menggunakan mesin. Senang rite?

Nota hijau: Lepas ni collect QQ Baby jenis Minky pula [ala-ala baldu]. Dah tempah 5 keping. Taktaulah akan jadi 10 ke tak nanti. Hahaaa.

Baik punya projek.

Tuesday, 10 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam kepala dah terbayang ikan caru sudah siap disiang dalam peti ais dan buah pelam. Nasi panas dengan sambal belacan, aduhaiii sedap-sedap. Terus ajalah berperang dengan dapur.

Berperang dengan dapur dengan anak teruna kecohla jadinya. Baru aja Auni tolong aku mengemas kabinet dapur, datang Adli habis satu kabinet diselongkar. Wahahaha, aku pun panggil Auni semula...

Auni datang siap dengan cekak pinggang, gaya emak-emak memarahi anak. Alahai lawak betulla. Sudahnya sendiri frust bila yang dimarah buat tidak peduli. Auni sekali join sama. Tutup mangkuk kukus dan tutup tupperware jadi barang muzik, Adli mengetuk periuk di lantai. Macam pesta gamaknya.

Setia Adli menjadi penonton konsert kakak Auni.

Sakit, bingit, bising telinga aku jadinya membuatkan aku bekerja dengan lebih pantas. Buat bubur kosong Adli sekali, sambal belacan pelam, goreng ikan. Nasi sudah pun masak dan tanak. Itu sahaja menu malam untuk aku dan Auni apabila abi menyatakan dia kerja 24 jam. Selesai periuk kuali terendam, aku menyuruh Auni mengemas.

Hahaha, gaya emak juga bila hendak cepat, tiada lagi asing part by part, semua sumbat janji masuk kabinet dan tutup. Muahahaha... Aku pun dah malas nak hadap dapur tu lama-lama terus sahaja angkat kaki kemas port lain pula.

Habis semua kerja, aku makan suap Auni, suap Adli dan ajak menonton tv. Sudahnya, semua pun terlelap. Hahaha... kekenyangan mungkin. Jam 3 pagi aku angkat semua masuk bilik sebelum Auni bangun dan tidak tidur hingga pagi seperti biasa. Wuhuuu. 

Nota hijau: Kadang-kadang handle rumah seorang tanpa abi adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kadang-kadang stres. Ngehehehe.

Tentang puri lenyek, Adli dan Auni.

Monday, 9 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Since, Adli sudah 9 bulan aku buat makanan Adli agak kasar sedikit. Muka dia nampak tensen benor bila tidak dapat mengaplikasikan 6 batang gigi yang cecomel tu [4 atas 2 bawah] apabila makanan dia terlalu halus dan cair.

Adli sudah pun makan macam-macam cuma belum lagi yang pedas. Auni je yang pandai makan pedas siap bersulam airlah. Lama-lama kembung air aja.

Balik daripada rumah mertua semalam, abi tidak singgah untuk beli barang dapur tambahan lagi Auni dan Adli tidur macam orang kena pukau. Tidak sedar diri. Akulah yang gegas turun semula pergi pasar sementara abi jaga Adli dengan Auni memikirkan peti memang sudah kosong. Semput aku membersihkan peti ais. Hahaaa.

Puri bubur kosong je tidak sempat untuk disiapkan, malam ni lah buat stok seminggu macam biasa. Hari ni, guna bubur sejukbeku minggu lepas punya.


Menu atas adalah diantara kegemaran Adli, menu bawah adalah paling digemari Auni. Macam manalah demok Adli tidak menjadi-jadi. Mengembang saban hari. Menu dia sahaja ada tiga, semuanya semulajadi, rebus dan kukus malah menu kegemaran Auni pun dia boleh bedal sama. Auni? dia dengan manisan-manisan dia sahaja, puri Adli dipandang dengan pandangan tidak sudi. Sebab itulah, Adli sihat manakala Auni aktif [terlebih gula].

Keledek dan epal direbus ditambah dengan oats untuk pencuci mulut dan hidangan petang Adli. Menu utama ialah ayam rebus berserai serta labu bersama kacang panjang kukus. Tehehehe... Kesemuanya, aku lenyek kecuali ayam. Tidak larat rasanya hendak melenyek ayam diwaktu mata sudah hampir tertutup.


Sangat susah hendak ambil gambar ini budak. Dia sudah pandai merangkak, duduk, memapah, bermain babacak, mengucapkan selamat tinggal kepada orang, menjawab dan menoleh bila namanya dipanggil Adli atau pun Aie, memunggah mainan, berkemas, memanggil orang untuk menemaninya, bermain laga gigi, minta mandi, melarikan diri apabila dikejar dan tidur sendiri. Proud to Adli.

Kakak Auni? sejak sudah berumur 3 tahun ini, tidurnya sudah jadi terbalik. Siang dia tidur, malam dia main. Sangat ketara becoknya murai mulut berbibir seksi itu sehingga abi gelarnya burung hantu. Kejutlah macam mana sekalipun, ugutla apa sekalipun, buatlah apa sekalipun dia tidak akan bangun. Mulut sahaja menjawab sedangkan mata masih tertutup.

Aku sudah betah dengan perangai Auni, badan aku pun sudah lali dengan tidur-tidur ayam anak dara abi tu. Asalkan ada Ipad, senyaplah dia. Leka. Dia pandai bercakap, pandai memujuk, pandai minta apa sahaja. Aku juga masih belum sempat untuk potty-training Auni. Huaaaaa.... busy benor omak ekau ni Auni.

My little daughter.
Rambutmu tu Auni... Haih!

Muahaha, kan sudah dikerjakan oleh emaknya. Kesian.

Nota hijau: Semua orang tegur aku agak berisi. Mujur sempat aku baca satu artikel, memakai Premium Beautiful menyebabkan lemak dia seratakan seluruh badan membuatkan orang kurus kelihatan berisi :D Aku suka. Nanti cerita tentang PB lagi ye.

Sihat dengan Premium Beautiful.

Wednesday, 4 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, akibat ketidaktahanan biji mata ini melihat lantai rumah yang berdaki dengan bermacam sisa makanan, susu, pelekat dan entah apa-apa lagi, gagah juga aku menge'mop' lantai satu rumah sehingga licin berkilat. 

Habis segala benda aku kemas sehingga sedap mata memandang. Belum lagi kena melayan main anak-anak yang sangat aktif tidak terkata, melayan minum susu, melayan makan. Belum lagi mereka membuang bahan kumuh secara berjemaah. Senang kata, sebaik aku meletakkan kereta, mengambil anak-anak, kerja aku tidak berhenti setakat itu sahaja.

Aku pun tidak tahu, macam mana aku boleh tahan sedangkan aku rasa lelah. Kaki lenguh sebab tidak dapat duduk dengan betul-betul lega. Sempat aku buat quilling rama-rama untuk Mas. Hiii. Kenapa aku boleh bertahan? terima kasih kepada Premium Beautiful [PB] yang menjadikan badan aku sangat ringan dan aku kekal rasa sihat sehingga kerja selesai ;)

Haaa, mari dekat-mari dekat-rapat-rapat. Hampir 3 minggu PB bersama dengan aku. Semakin serasi bersama. Kurus? aku memang sudah kurus la, jadi aku tidak ambil peduli sangat akan saiz badan. Selepas bersalinkan Adli, aku mengalami kemeruduman emosi. Aku rasa badan aku ni berat, bila sudah duduk hendak bangun semula alangkah malasnya. Hari-hari malas dan tidak mahu berenggang dengan tilam. Apatah lagi bila masuk bilik air melihat masalah keputihan, melihat ke'muncit'an perut. Aku berasa seperti ada sesuatu yang hendak keluar daripada bawah tapi tidak keluar-keluar. [macam rasa rahim terturun-tak sure]. Maaakkk tolong.

Sehingga aku suarakan kepada mamaMikhail, aku decided hendak membeli bengkung strap Avon sahaja. Senang rite. Hendak ke tandas pun mudah. Tidak lama selepas itu, aku berkeputusan untuk membeli DX Lingerie sahaja. Ye, aku tahu DX pun tidak kurang hebatnya, pesaing terdekat PB. Sehinggalah cikZila, kawan selalu aku, kawan biasa aku spontan datang sendiri ke rumah bersama seorang kawannya, puanNas.

Masa tu aku tidak tahu apa hebatnya PB, bukankah sama je. Untuk menyokong, mengurus, menyihat badan dan bla...bla... bla... CikZila bersama mentornya puanNas, dia terangkan secara terperinci kehebatan PB. Apatah lagi melihat sendiri empunya badan, melihat sendiri betapa naiknya seri kawan baik yang pernah tidur sebantal duduk sebumbung.

Hei, testimoni depan mata, kawan baik sendiri dah rasa. Takkan la tidak terpengaruhkan? Ya, untuk kaki shopping, emak beranak dua dengan perut terkedepan, aku terpengaruh. Then, until now aku ber'PB'.

Selesa, seminggu aku memakai bengkungnya aku sudah bertukar ke butang line tengah. Melihatkan tiada lagi perut yang sangat over membuatkan aku semakin bersemangat untuk pinggang anak dara. Ngeee... Memakai 'girdle'nya membuatkan abi menjeling geram tidak sudah-sudah. Tehehehe.

Keputihan aku masih lagi keluar, tetapi tidak seteruk seperti sebelum memakai PB, gatal semasa mula-mula memakainya pun sudah berkurangan, berikutan badan sedang membuang toksin melalui keistimewaan Far Infrared Rays [FIR] yang telah disuntik masuk ke dalam tetulang-tetulang PB, paling banyaknya terdapat dalam bengkung. Kerana FIR inilah yang menjadikan badan aku berasa hebat. Mari kita tengok apa yang FIR buat untuk badan.

Bila berbengkung, aku jadi tersangatlah kurang makan. Aku pakai dengan minum Cocoa Collagen Power Plus, rakan baik sejak lepas pantang. Wiii...
  • Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh, memulihkan sistem pernafasan dan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.
  • Meningkatkan kadar metabolisma.
  • Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  • Mengeluarkan peluh asid.
  • Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
  • Mengekalkan kesegaran badan.
  • Mengurangkan kandungan asid dalam darah.
  • Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit.
  • Tidur lebih selesa dan nyenyak.
  • Menghilangkan bau badan, kulat dan fungus.
  • Membersihkan udara dalam badan.
  • Mengekalkan kepanasan suhu badan.
  • Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.
Seronok? hehehe, aku dah rasa. Mahal, memang mahal cecah ribuan ringgit, tapi keberkesanannya, baik untuk diri sendiri, baik untuk suami, baik untuk satu family, itukan bonus untuk kehidupan yang penuh cabaran sekarang ini. 

Apatah lagi, waranty PB adalah selagi hayat PB masih ada. Bila-bila je, tiada tempoh dan diiktiraf oleh Superbrands. Hihiii. Banyak lagi kelebihan PB, boleh saja baca di mana-mana blog atau web bila 'Google Search' - sama.

Nota hijau: Jom-jom. Gambar? takde, sebab aku ber'PB' untuk sihat. Seluar dah longgar jugak ni. Hiii. Bila tidak pakai PB, terasa lain macam.

Ulangtahun kelahiran Auni.

Monday, 2 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-3, Auni.


Auni dapat Ipad daripada Abi, umi rasa hendak buat birthday party untuk anak perempuan umi ni, tapi abi kata tunggu dulu buat semua sekaligus, doa selamat, house-warming, jamuan raya. Hrmmm, tak apa nanti kita celebrate kecil-kecilan dulu ye since Auni masih shy-shy-cat lagi bila suruh tiup lilin depan orang ramai.

Bila sesorang pandai pula nyanyi lagu birthday. Lengkap dengan acara tepuk tangan dan tiup lilin. Terima kasih kerana ceriakan hidup umi, abi dan adik. Kamu memang supergirl.

Nanti umi buatkan bilik Auni warna pink macam Auni suka since kamu sudah tidak mahu lagi tidur dengan kami bersama-sama. Umi minta abi letakkan tv untuk rancangan kesukaan Auni, ada meja tulis dan ada banyak bear-bear. Janji dengan kitorang, Auni jangan nakal-nakal. Nanti abi kurung Auni dalam bilik air lagi, mahu? tentu Auni sudah serik bukan?

Nasib baik abi buat macam tu sebab Auni sangat nakal, suka pukul adik, suka lempar-lempar barang kena adik, mengamuk tidak tentu hala, kalau boleh semua kemahuan Auni kena penuhi. Kata pak su, Auni terlebih manja. Ya, umi pun akui tu.  Sekarang, Auni takutkan? tidak mahu lagi buat nakal. Auni kena sayang adik macam Auni selalu cakap siap dengan gaya-gaya tu.

"ayaaaang umi, ayaaang abi, ayaaaang adik" 

 
 
 
 
 
 
 
Penceria rumah dengan seribu satu macam keletah.

Nanti umi ajarkan Auni macam mana hendak pegang gunting. Kita buat art sama-sama ye. Kita buat tama-tama [rama-rama] 

Banyak lagi umi nak cerita betapa istimewanya kelahiran Auni. Walaupun aktif tidak terkata, sekurang-kurangnya umi tahu kamu memang cargas dan pintar. Sejak ada Ipad, bila umi tanya "Auni hendak pergi sekolah tak?" pantas sahaja kamu menjawab.
"boleh Auni bawa Ipad Auni?" hrmmm...  

Nota hijau: Menu Adli minggu ini, Keledek lenyek bersama oats, ikan caru kukus bersama kangkung tumis air dan epal kukus lenyek. Gambar? tiada hehehe, sama je macam lelepas punya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in