Bawal mahal pertama.

Thursday, 31 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semestinya warna kegemaran aku. Hijau. Aku memang tidak jangka langsung isi dalam Tupperware dalam sampul surat besar warna putih.

1st impression sebaik sahaja ternampak tupperware hak milik sendiri dikembalikan ialah aku ketawa. Dalam senyap-senyap tangan kayu my bestfren forever ni rupa-rupanya berseni juga. Serius cantik. Aku suka dan macam tak percaya. But, aku memang suka font handwriting dia, sangat cantik walaupun sempoi.


See it, yes i know may be she is try harder to remember apa yang telah aku lukis atas sekeping kertas besaiz lebih kurang di atas tertampal di cermin muka di ruang tamu rumah sewa kami yang juga milik aku. Cermin tu, aku beli di Mydin, berhegeh membawa naik LRT. Dia memintanya untuk memori kami. Aku suka bercermin, sebab tu aku beli dan letak di ruang tamu. Cermin bersaiz besar berbingkai hitam.

Apa yang aku coret? hanya menggunakan sebatang pensil dan sekeping kertas, aku lukis namanya juga nama aku. Sweet ke? kami istimewa. Berkenalan di bus stop membawa kepada makan sepinggan tidur sebantal. Ok stop it, ini aku dah cerita. Hahaaa.

Bila aku sudah nampak aku biarkan sahajala tanpa memikirkan apa-apa lagi sebab harus bersegera untuk mengemas rumah juga mengambil anak-anak. Sedang aku bersiap, aku teringat katanya 'awak jangan lupa ambil gambar, ambil gambar tau' sebaik sahaja dia menyerahkan sebungkus plastik Avon. Aku baru je bercadang hendak beli bengkung strap Avon. Takkanla cepat sangat impian dipenuhi.

Jadi sebelum keluar aku buka tupperware. Surprise!!! Yes, aku baru je order bawal tona mahal ni sebanyak 3 helai, belum berbayar pun lagi. Inilah, bawal tona hijau lumut lumpur pertama aku, hureyyy!

Sesi termenung depan almari baju pun bermula, pilih punya pilih, Auni memilih batik mahal untuk dipadan dengan bawal tona percuma yang mahal juga. Suka sangat.

See? mujur tak nampak perut. Hahaaa. Spare tyre yang scarry.

Terima kasih cik Ziela, [Puteri Amna Balqies]. Saya sayang awak walaupun saya kena hon sebaik sahaja hendak melintasi jalan depan LRT Universiti tu, akibat kesalahan lorong dan tidak menggunakan lampu isyarat, muahahaha. Statement? dia ajar aku jalan dalam UM yang terus tembus rumah aku, punyala banyak bonggol pening aku nak handle waja tu.

Nota hijau: Siapa hendak beli bawal tona, bolehla rodger cik Ziela ni. Murah rezeki dia. Hiii. Sahabat, kawan, teman baik saya selamanya.

Kawan. Sahabat. Teman.

Wednesday, 30 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, ada banyak je hendak cerita, tapiii... hew-hew-hew.

Cakura kerajinan menipis. Jadiii...

Baby Nayli dan Demok Adli.

Macam sama tapi tidak serupa.

Ukhuwah persahabatan ini akan kekal hingga bila-bila, bertemu kak Nad di rumah Eija. Keduanya blogger yang baru sahaja singgah dalam hidup aku. Tidak mustahil kita menjadi sahabat yang kenal lama.

Tulisan dia, tulisan dia, tulisan aku... ceritanya hampir sama, tapi tidak juga serupa. Eija bekerja, aku bekerja, bila kita cuti kita surirumah sepenuhnya seperti kak Nad, berperang dengan dua orang anak bersama seorang insan tersayang. Kan?

Kak nad rajin pergi bercuti, Eija juga rajin pergi bercuti. Mereka sama di situ. Satu yang aku suka keduanya mempunyai senyuman sangat ikhlas. Macam disuruh-suruh. Lihat...

Oh perut makcik macam pregnant adik Adli pula. Tiiidakkk. SitUp-SitUp.

Cerita tentang kitar hidup, cerita tentang keluarga tersayang, cerita tentang ukhuwah terjalin, cerita tentang tempat percutian, cerita yang boleh dikongsikan bersama-sama. Indahnya persahabatan walaupun berkenalan daripada berblogging.

Nota hijau: Semoga anda-anda-anda yang sedang membaca bloghijau ini, terus menjadi sahabat makcik sehingga bila-bila. Ni je dapat cerita, hahaaa.

Nota hijau: Eh, tadikan asalnya hendak letak gambar dak dua tu je. Muahahahaaa...

Hijau dan oren.

Monday, 28 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan tidak di layan, benci. Jadi, buat puri ajalah macam biasa. Duduk rumah diam-diam. Hahaaa. Merajuk-merajuk-merajuk. 

Rutin hujung minggu bermula, pergi pasar. Wah, kali ni pergi pasar dengan Galaxy S, tidak guna dah buku nota kecil dan pen. Wuhuuu. Aku hairan betulla, pelik benar ke rupa aku ni bila pergi pasar. T-shirt dan jeans beserta shawl, biasa je. Tapi, orang tengok aku atas bawah pastu bila aku beli nasi lemak lebih daripada dua. Ada je yang tanya, ada ramai yang hendak makan ye. He'e, banyak soal pula kan, suka hati aku la kalau aku yang hendak makan tiga bungkus tu. Isk-isk-isk.

Aku tinggalkan budak dua tu dengan abi, Auni beria hendak ikut tapi baru bangun tidur, malas hendak tunggu dia siap mandi semua, pergi seorang lebih ringkas dan cepat balik. 

Bila dah balik, bergelumang dengan dapur pula. Sudah beli nasi lemak, so buat puri sahajalah. Tiba-tiba terlintas pula hendak makan bawal sambal. Ergh, kecur liur tengok bawal kukus Adli. Terus sahajalah masak untuk tengah hari. Hahaaa. Aku memang suka macam ni.

Hijaucantik.
Puri bawal kukus bersama bayam tumis air.
  • Bersihkan ikan bawal rendam bersama air asam jawa seketika.
  • Kukus bersama 3 ulas bawang putih dan beberapa potong halia.
  • Baunya, kus semangat. Mabeles habis.
  • Bersihkan bayam, hiriskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  • Masukkan air dan tunggu sehingga masak.
  • Ambil isi ikan bawal yang sudah siap dikukus, kisarkan bersama bayam tumis air. Huhuuu, jangan tanya aku rasanya. Memang sedap. Kikiiii.
Orencantik.
Puri sup sayur simple. 

Namanya kemain, walhal tumis air juga. Hahaaa. 
  • Bunga kobis, jagung yang comel, lobak. Bersihkan dan potong dengan saiz yang agak sama. Supaya masaknya sekata gitu.
  • Hiriskan bawang merah, bawang putih dan lebihkan serbuk ikan bilis [aku buat sendiri] sebagai perasa.
  • Macam biasa, tiada garam dan tiada gula juga tiada stok perasa yang beli tu. Hihiii.

Rasanya? aku memang suka sayur yang tumis air macam ni je. Ataupun dimasak tomyam. Takkanla Adli hendak diberi tomyam pulakan. 


Setel semua yang di atas, kesimpulannya ialah menu untuk Adli minggu ini ialah puri hijau, puri oren dan puri labu dan puri epal sebagai mencuci mulut manakala menu hidangan tengah hari yang dah nak masuk makan malam pun bayam tumis air, ayam goreng beserta bawal sambal. Hamekau. Pengsan makcik.

Happy 8month Adli. Lepas ni, kita makan yang lenyek-lenyek pula ya. Wiiii...

Sekali dia terkangkang kat situ daaa. Langsung menjerit minta bantuan. Selalu kantoi hendak duduk semula. Berani berdiri je. Pantang tengok kakak Auni baring mesti jadi penggelek badan kakak. Auni sudah kalah. Hahaaa.

Nota hijau: Aku pun tak perasan, asal aku buat puri warnanya mesti tak lari jauh, hijau, oren, kuning, putih, krim. Walaupun bahan asal puri tu lain-lain. Mana hendak cari warna merah, biru, ungu, pink. Hahaaaa. Ada yang aku bubuh air sirap bandung karang.

Sambutan menggalakkan.

Friday, 25 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan cerita daripada pemakaian Cloth-Diapers (CD) kepada Adli, memang setakat ni aku berdoa dia tidak yak lah, belum habis ilmu lagi aku tuntut. Hiii kejam punya emakkan sampai tak beri anak yak. 

Oklah, hari pertama aku pakaikan button daripada QQ Baby printed bamboo, Adli mengaruk kaw-kaw-kaw punya, sebab dia hendak tidur emaknya pula baru terhegeh-hegeh nak adjust butangla, nak betulkan insert la. Sudahnya aku pakaikan jenis velcro daripada GG Babies. Lekat je. Buat permulaan aku guna satu insert sahaja berikutan belah malam Adli kencing tak heavy sangat.

Melihatkan adik memakai pampes cantik, kakak pula beria-ia buka seluar hendakkan yang sama. Mujurlah emak ni memborong sehingga  5 helai tempoh hari. Auni, aku pakaikan jenis button daripada QQ Baby printed, gambar smuft. 

Lepas dipakaikan dia lari tak mahu berseluar, tayang pada abi pula. Hahaaa, sabar je la. Adli terus tidur dengan GG Babies. Comella.

Esok paginya, Adli bertahan, langsung tidak tembus, Auni aku tukarkan Drypers lebih awal, sebab macam dah tak stabil aku menengoknya. Asyik sungguh dia dengan butang-butang yang banyak terdapat di CDnya.

Keduanya aku basuh dengan air, lalukan air paip dan perah masuk dalam baldi bertutup. Disebabkan tiada baldi bertutup, aku guna je baldi biasa ditutup dengan besen yang muat-muat muka baldi. Hehe. Kena jadi kretif, walhal hendak letak CD kotor sahaja. Then, aku pergila kerja macam biasa.

Malam kedua, Auni nampak Adli pakai GG Babies velcro, dia pun mahu juga. Aku sarungkan QQ Baby printed bamboo yang Adli tidak jadi semalam. Hahaaa. Boleh juga macam tu kan. Dan hasilnya, kencing Auni tembus dan Adli still maintain sehingga pagi. Buat juga seperti semalam aku hanya lalukan air dan perah agak bersih, letak dalam baldi yang sama.

Malam ketiga, pecah rekod. Pasangkan Auni dua insert QQ Baby Minky jenis button, konon bertahan hingga pagilah gamaknya, malangnya dia yak dipertengahan. Pulak tu lepas aja aku basuh bersih CD-CD yang dalam baldi semalam selepas direndam dengan air sabun. Haish! Aku basuh tangan sahaja sebab mesin basuh aku ada di luar rumah.

Selesai aku cuci yak dia, setelkan CDnya pula. Yak aku buang dalam mangkuk tandas, keluarkan insert dan sembur dengan air yang kuat. Hilang bau dan warna serta bahan lain yang melekat. Hihiii, perah dan campak dalam baldi. Esok pagi sahajala aku cuci bersih. 

Seronok bila tengok Auni suka pakai CD, abi pun fully support. Siap tanya aku lagi hari tu aku beli berapa helai. Hehehe, 5 sahaja. Kena beli lagi satu batch untuk seri satu sama dengan Adli. Suka-suka. 

Bila cuti nanti, aku cuba lagi gunakan CD ni, sebelum fully tukar Drypers kepada CD untuk baby-sitter. Rasanya, baby-sitter still guna Drypers, sebab aku tidak mahu susahkan kak Ana. Gembiranya hatiku.



Nota hijau: Aku tidak pasti sama ada pengurusan CD kotor aku ini boleh diguna pakai atau tidak sebab aku pun masih merangkak belajar lagi. Minta nasihat dan pendapat daripada yang sudah pakar ya. Terima kasih ;)

3 jenis puri.

Wednesday, 23 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehem-ehem, huyeee misi berjaya. Malam tadi memakaikan Adli dan Auni Cloth-Diapers. Hari ni kita cerita fasal puri. Ah, tidak sudah-sudah mak Adli ni.

Minggu ni bibik minta bekalkan menu yang berlainan, amboi bibik pula yang requestkan. Hahaaa. Biasanya aku bekalkan 3 tupperware dengan dua menu sama dan satu pencuci mulut minggu ini memulun lagi pelbagaikan menu. Aduhaiii poning kepala makcik.

Jadi, minta abi belikan ikan kembung dan sayur bayam. Dengan konfidennya aku selongkar plastik, bayam tiada tapi ada sawi. Dia fikir sawi itu bayam, agaknya sebab dia nampak aku selalu beli sawi dan bukan bayam. Hahaaa sabar je la. 


Sawi pun sawilah buat tumis air sahaja. Sebab hendak dilawankan dengan ikan goreng bersambal belacan. Yummi-yummi-yummi. Entah macam mana terfikir untuk campurkan dengan labu, ok boleh beri Adli sedikit.

Ikan kembung aku kukus dengan halia dan bawang putih. Ohooooooooooiiii, rasanya lebih banyak masuk mulut aku sebelum sempat jadi puri Adli. Ngeee. Bau dia, pergh menusuk kalbu hidung.

Ambil isi sahaja ikan kembung kukus tadi dan kisarkan bersama sawi+labu tumis air. Hrmmmmmm....

Sedia untuk disejukbekukan :) Senang sungguh-sungguh.

 Demok-mok-mok-mok.

Menu untuk minggu ini: Puri bubur nasi+puri ikan dan puri bubur nasi+puri labu dan puri pear. Yeay!

Nota hijau: Adli sudah reti pegang botol susu sendiri. Sudah pandai berdiri dan memapah. Sudah pandai memanggil emak bila emak tiada bersama. Syukurrr.

Kawan baru Auni.

Tuesday, 22 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku tinggalkan bakul besar berisi baju bersih yang belum dilipat, penuh di ruang tamu dan masuk bilik untuk sesi membersihan yang tidak sudah-sudah. Daripada dalam bilik aku terdengar dua orang budak katawa-ketawa.

Aku biarkan sahaja sebab abi ada dengan harapan boleh pantau budak nan dua itu bermain sambil dia main PS3. Aku tahan hati sahaja bila dengar dua orang tu gelak. Makin lama makin galak dan meriah. Ketawa manja saling berbalas. Lepas kakak ketawa, adik pula ketawa. Lekas-lekas aku kemaskan bilik dan keluar. 

Oh my... hendak marah tapi melihatkan dua orang tu bermain, bergurau makanya aku buang ajalah marah itu jauh-jauh. Aku berdiri di tepi dinding memerhati dua beradik itu sambil memeluk tubuh. Hrmmmm... anak-anak.

Auni ambil baju kurung, dia tutup muka Adli bila kaki adik dah menggetik kegelapan, dia tarik baju kurung buat adik ketawa melekek-lekek dengan suara serak-serak basahnya itu. Mukanya ceria sahaja. Adli tunggu lagi, kakak tutup semula muka adik dengan baju kurung emak. Sekali lagi adik menggedik-gedik dan kakak tarik semula baju kurung. Adli ketawa lagi. Aku yang memerhati pun tumpang gembira sama.

Bakul baju? itu jangan di katalah, memang dah terbalik semuanya. Bakul sudah pun kosong baju bajan sudah bertaburan. Ruang tamu dah bertukar rupa jadi pasar malam jual baju longgok. Abi memang tak menegah langsung, dia tahu aku yang akan memetir kejap lagi. Hahaaa.

Lagi yang aku tidak faham, sampai ke hari ni aku masih tidak faham-faham. Auni bergalak ketawa dengan Adli, apa topik yang dibincangkan tidaklah aku tahu. Memang hanya Adli pandang Auni dan ketawa, Auni pandang Adli dan ketawa, aku yang memerhati sampai naik pelik. 

Auni duduk bersandar di sofa dengan Adli berada dia atas kusyen sofa atas kaki Auni. Adoilah anak. Jujur aku tanya pada abi yang berada bersama-sama.

"apa yang dorang buat tu bi?" Auni jeling aku, tapi dia masih lagi ketawa-ketawa berselang-seli ketawa Adli yang tenggelam timbul tu. Tanya abi memang entah je jawapan dia. Hahaaa. Sabar je la.

Apapun aku happy bila Auni sudah semakin besar dan pandai melayan adik. Kalau Adli nangis dalam walker di dapur, dia akan tarik adik dia ke ruang tamu, lepas tu startla mengekek-ngekek dia buat lawak. Bila Adli berhenti menangis, dia sambung main angry bird. Bila panggil namanya, lekas-lekas dia menyahut.

"apa ummmiii..." lembut je. Paling aku tidak tahan bila naik lift, sudahlah dia bergalak main babacak dengan Adli, bila pintu lift terbuka je dengan orang yang hampir penuh...

"tak muat ummmi, tak muat" walhal ruang untuk dia tu kemain muat lagi. Bila orang beransur-ansur turun...
"haaaaa.... muat pun" hahahaaa. Sampailah dia ditegur orang yang daripada tadi memerhatikan dirinya masa dia melangkah masuk. 

"macamlah awak tu besar sangat, awak tu kecil je la" aku senyum sahaja. Memang mulut dia riuh.  

 Berdiri atas kaki sendiri, memapah sofa.
Adli is 'kawan baru kakak Auni'.

Suka bercermin di dalam kereta.

 Terima kasih sebab saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Cinta kamu berdua.
 
Auni: berambut ikal-ikal manja, ramah, bermata sepet, aktif, ceria.
Adli: berambut lurus, bermuka serius, aktif, suka bersendirian, bermata bulat. 

Nota hijau: Kena cari sumber tenaga lepas ni. Dorang sudah mula membuat pakatan.

Mari berjimat.

Monday, 21 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepatutnya aku sudah sediakan semuanya sebelum Adli lahir lagi. Apa hendak buat, kita merancang tetapi tuhan yang tentukan. Jadi, untuk memenuhi misi yang tidak mustahil ini, tidak ada salahnya aku bermula sekarang.

Ye, Adli hampir sahaja menjengah ke 8 bulan, oh masa sekejapan sudah berlalu. Dia sudah pun mula hendak memanjat sofa selain gigi hadapan sudah pun tumbuh. OMG.

Misi memberi susu badan sudah pun berjaya walaupun aku hanya bertekad sehingga enam purnama sahaja walaupun lagi sekali sudah campur dengan susu formula. Pilihan aku sendiri, memang tidak boleh salahkan sesiapa. Berjaya untuk diri sendiri ;)

Misi seterusnya selepas susu badan ialah cloth-diapers. Yes, aku memang sudah berangan sebelum Adli lahir lagi, impian dipendam sahaja kerana abi masih keraguan melihat usaha aku. Setelah aku dok berusaha memperoleh keyakinan dia, makanya aku dapatkan 5 keping sebagai permulaan. 

 
It's a cute rite? Let's safe our environment.

Sangat teruja untuk gunakannya, untuk masa akan datang, insyaALLAH jika diizinkan aku sudah boleh berjimat dengan tidak membeli Drypers. Semoga semuanya dipermudahkan.

Bila sudah ada 5 keping ini, hati aku bagaikan berbunga-bunga riang rasa hendak memborong lagi. Hiii. Apatah lagi melihatkan yang berbagai-bagai jenis, berbagai-bagai corak dan warna menarik hati untuk beli-beli-beli.

Untuk permulaan penggunaannya, sebaik sahaja dibeli wajib untuk pre-wash CD ini. Pre-wash? ye pra-basuhan sebanyak tiga kali ulang untuk kesan serapan yang berkesan. Basuh dengan sabun yang bersesuaian dan tidak perlu berus, untuk insert dan pocket pant. Basuh kali pertama sahaja aku guna sabun Kuat Harimau yang sangat sedikit. 

Bilas dengan bersih sehingga hilang kesan sabun dan jemur bawah matahari. Sebaik sahaja kering, basuh lagi tanpa sabun. Celup-celup-celup, gonyoh-gonyoh-gonyoh. Sidai. Bila kering, sekali lagi celup-celup-celup dan gonyoh-gonyoh-gonyoh. Sidai. Apabila kering, CD sedia berkhidmat. Wiii.

Suka-suka. Buat masa ini, aku hanya cuba pada waktu malam dan cuti sahaja. Boleh berjimat 2 keping Drypers di situ. Ada juga aku offer pada Auni, minah tu maintenance tinggi, semuanya dia geleng.

Ini kalau tidur, bom meletup pun tidak sedar. Serupa ngan kakak dia.

 
My wardrobe, kempen sayangi alam sekitar ;)

Hope Adli suka ber'CD' boleh sama-sama membantu umi menyelamatkan alam sekitar dan berjimat :)

Nota hijau: Terima kasih ibu Rafiq dan Aishah, kak Rose yang banyak membantu dan memperkenalkan kakLong Nuzula untuk aku meneruskan impian yang hampir menjadi kenyataan ini. Page yang sangat membantu. [http://www.facebook.com/ClothDiaperWorld]

Jenjalan cari kawan.

Friday, 18 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yihaaa. Akibat keterujaan melampau sampai tidak ingat, tidak sempat untuk mengeluarkan Galaxy yang sentiasa galak hendak menjalankan tugas, jadi aku tumpang je la kamera kak Nad dengan DSLR Eija. Hahahaaa pantang betul tu kan.

Sorang penceria, sorang pendiam. Sorang comot, seorang comel, seorang rambut curly, seorang rambut lurus.

Siap-siap semua, abi menuju KFC sebelum ke rumah Eija. Adli buat muka sebek je, tidak meragam pun melayan badan agaknya, baru sahaja hendak kebah demamnya, hanya memerhati kakak Auni yang tidak duduk diam. Naik atas meja, tukar-tukar kerusi, jelajah satu KFC. Semakin hari sibuknya semakin tidak terkawal.

Berpandukan GPS sampai juga di rumah Eija, Bangi. Rumah mertua dia je yang aku belum sampai, itupun mengikut kata tuan punya badan rumah mertuanya sebelah taman sahaja. Hehehe, pantang yang berkaitan dengan Eija, hendak aja menyibuk.

Tidak susah cari rumah nya walaupun terletak dibahagian tengah berhampiran dengan selekoh, aku terus nampak Zaquan sedang galak bermain. Auni bagaikan tidak sabar-sabar hendak turun, nampak belon, nampak kereta, nampak ramai kawan. 

Disambut Eija dan hubbynya, terus di ajak masuk untuk berjumpa kak Nad. MamaZN tu. Mama baby Nayli dengan abang Zack tu lah. Masa tu tidak nampak lagi ketinggian kak Nad kerana terus sahaja melabuh duduk bersama-sama dengannya. Eija tidak sudah-sudah suruh makan. Risau betul dia. Hahaaa.

Borak-borak manis muka, nampak abang Zack masuk. Ensem. Muka dah monyok, Auni sibuk bergaduh belon dengan Zaquan, anak tuan rumah. Apa Auni pegang itu jugalah yang Zaquan hendak, aku jadi gelihati. Ada masa, masing-masing galak ketawa kejar mengejar. Main basikal sama-sama. Aduhaiii.

Aku jumpa kak Nad tidak lama, sebab dia sudah hendak pulang. Sekali Eija ajak bergambar, dengan Eija aku boleh lagak tinggi, tetapi tidak dengan kak Nad. Hahaaa. Nasiblah tidak bersusun tangga ketinggian. Baby Nayli dekat nak sama besar dengan Adli. Diam je. Pipi dia, memang gebu habis. 

 
 Gambar fail: kakNad 
See, masing-masing dengan senyuman iklan gigi. Kami sudah bertemu ;)

 
  Gambar fail: kakNad 
 Emak addict kamera, anak-anak macam biasa. Buat muka pelik :p

  Gambar fail: kakNad 
Nilah tuan rumahnya. Jangan salah anak pula ye. ZaQuan anak Eija, Zakwan anak kak Nad. Masa mula-mula berkenalan dulu, memang aku konpius nama dua orang ni.

Kak Nad punya senyum memang manis habis, ikhlas macam senyuman Eija. Suka sangat, agaknya kalau betul-betul duduk lama, memang tidak ingat hendak balik. Sebabnya aku balik pun bila dah terdengar tangisan anak dara aku tu. Apa yang jadi tidak pula aku tahu.

Katanya Zaquan tolak Auni, entahlah budak-budak. Biar sajalah. Sebab tahu, lama sikit di rumah Eija memang confirm dorang baik balik semula. Sempat bertemu Cute Mum. Dia tidak cam aku sangat kot. Aku pun rasa segan je hendak menegur dia lebih-lebihan.

Ada seorang lagi blogger yang aku jumpa di rumah Eija tu, dia cam aku tapi aku tidak cam dia sangat. Sebab, masa tu sudah teruja sangat hendak bertemu dengan kak Nad. Hihiii. Siapa ye dia Eija? 

Nota hijau: Mujur malam tadi ada elektrik. Mahu aku nangis keseorangan dengan budak berdua dengan perangai tidak terduga tu. Pengsan.

Kegelapan.

Thursday, 17 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huaargh! sakit badan. Malam tadi, semua orang tidur atas sehelai toto sahaja bersama bantal masing-masing, di ruang tamu, di hadapan tv. Kenapa? Agaknya blok A atau rumah aku terkena litar pintas menyebabkan seluruh blok kegelapan. Deretan kedai berhadapan rumah elok je. Terang berderang.

Mujur jugalah tidak berperang dengan dapur, cuma sedang elok aku masak nasi entah sempat kering atau pun tidak. Hahaaa. Mujur juga lagi sekali, abi balik awal dengan sate dan ayam goreng walaupun bukan KFC.

Aku gelihati bila abi berbual dengan Auni. 
"ni siapa buat?" sambil tunjuk lukisan pen atas kasut putihnya. Sudahlah kasut mahal. Hehe.
"Auni ukish...." pengakuan berani. Jujur. Siap gelak-gelak lagi. Dia suka betul abi balik. Abi pun ikut gelak. Tak jadi hendak marah. Kuikuikui.

Sedang elok abi belek Auni, belek Adli aku menyuruh dia pergi mandi terlebih dahulu sebab, aku hendak basuh Cloth Diapers Adli, hendak angkat baju di ampaian dan hendak mengemas baju untuk pagi esok. Banyak betul benda yang hendak di buat. Perancangan begitu terperinci.

Habis je abi mandi, plup! ho'o. Senyap sunyi. Satu bunyi pun tidak kedengaran. Gelap. Mak tolong! 

Jengah luar rumah, semuanya terang berderang. Kecuali keseluruhan blok rumah aku. Waaaaaaaa, habis semua perancangan. Misi gagal. Aku terbayang kotak lilin dalam almari baju. Kotak je besar, lilin ada dua batang. Hohooo!. Auni? dia membebel tidak sudah-sudah. Naik pening kepala.

Bila dah sunyi, gelap pula, angin pun tidak ada, apalagi... beransur tidurlah jawabnya. Adli orang pertama tewas. Dengan hanya berbaju dan berpampers dia tertidur. Lenguh tangan mak cik mengipas, letih asyik nak mengejar kipas dia tertidur. Bila Adli lelap, perut aku berbunyi-bunyi. Sate aku hidangkan. Abi pun makan sekali. Auni sibuk main dalam gelap. Mulutnya tetap tidak henti-henti membebel.

Lepas tu, aku pula lelap sebab dah tak ada apa nak dibuat. Rumah jangan dikata, memang tunggang langgang dikerjakan dek Auni. Malas. Abi tidur di lantai simen. Sejuk. Memang panas betul. Baju Adli basah habis. 

Tidak lama kemudian, aku bangun. Perut aku lapar semula. Nasi aku jengah, macam dah masak je ni tapi aku tenggek juga atas dapur, pasang api habis kecil. Jengah tudung saji, ikan goreng dan sambal belacan bersama telur asin rebus memanggil-manggil suruh aku makan. Jam 12.00am, aku makan nasi ditemani Auni. Ngeee...

Kenyang, aku buatkan Auni susu dan layan dia tidur. Sempat aku siramkan badan dia tengah-tengah pagi tu sebab membuang dan melekit peluh satu badan. Dia sibuk hendakkan tv, buka lampu dan kipas. Aku belasah je beritau semuanya rosak. 'oooo wuuucak!' faham sambil angguk-angguk tapi lepas tu tanya lagi. Grrrrrr....

Elok je dia peluk bantal, guling-guling dan lelap. Hampir jam 4pagi jugalah baru aku terasa sejuk. Angin kipas berpusing. Sempat aku ambil selimut dalam bilik sebab semuanya sudah pun tertidur atas satu toto. Lega jugalah. Aku risau frozen food Adli dalam peti.

Tengok pagi tadi belum sempat mencair ataupun sudah beku kembali. Hahahaa. Perancangan semalam disambung pada malam ini. Huhuuu. Tidak sabar hendak memakaikan Adli Cloth Diapers. Tidak sempat-sempat untuk pre-wash. Haish!

Nota hijau: Sesekali bergelap, rumah aku memang rasa hendak terbalik. Dasyat betulla Auni buat kerja. Kereta, stroller, walker, semuanya bertempiaran. Mau pening kepala aku hendak mengemas balik nanti. Huaaaaa.

Suara-suara di hujung minggu.

Monday, 14 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Misi tercapai, dapat juga berjumpa keponakkan Eija dan juga kak Nad atau mamaZN [Zakuan & Naily]. Hari Khamis lagi aku sudah maklumkan pada abi untuk pergian ke birthday bash Zaquan dan Ziqry anak-anak kesayangan Eija atau sweetmama. 

Macam sudah selalu sangat kita bersua kan Eija? Hihiii, disebabkan sibuk sangat melayan Auni dan Adli yang baru sahaja baik demam, aku memang tidak sempat untuk keluarkan kemera Galaxy sampaikan cenderahati untuk kak Nad pun aku lupa hendak bagi. Aduhaiii, penyakit ini semakin berleluasa. Lagi pula, aku terasa segan melihatkan DSLR yang tersangkut di leher tuan rumah sendiri.

Ok, tunggu gambar daripada Eija, baru aku update. Now, cerita hujung minggu aku macam biasa. Aku tidak gemar sangat bangun sehingga matahari mencanak naik bila hujung minggu. Aku suka bangun pagi dan pergi pasar dan bergelumang dengan dapur.

Biasalah, puri time. Hiii. Jadi, disebabkan Adli dan Auni kembali menyambung mimpi, terus sahaja mengupas itu dan ini, tidak langsung terfikirkan akan ruang tamu yang bagaikan tongkang pecah. Jeling jam, ala-ala masterchef gitu. Target untuk masak tengah hari sekali.

Menu baru minggu ini puri keledek Australia. Hahaaa, nama tertulis di plastik, aku ikut sahaja. 

  1. Kupas kulit dan potong kecil serta cuci bersih.
  2. Rebus/ kukus dengan air yang mencukupi sehingga lembut.
  3. Kisar. Tapis sebelum masuk ke bekas untuk sejukbeku.

Senang je kan? Sama je macam buah-buahan yang keras sebelum ni, cumanya kena struggle sikit sebab ianya lekas keras. Kononnya aku hendak membuat puri labu sekali, akan tetapi hero pojaan tu sudah bangun berguling bawah katil. Terpaksalah ke dapur dengan dia.

Hendak mengupas labu, bukannya calang-calang. Maunya makan setengah hari. Kekeke. Aku kan tak pakar. Jadi, puri yang jadi hanyalah, puri stok ayam, puri keledek dan puri pear. Muahahaaa. Puri bubur nasi pun aku malas nak buat, sambung sebelah malam pula. 


Daripada jam 8pagi sehingga jam 12tgh hari aku sudah selesai kesemuanya termasuk masak tengah hari. Biasalah, kalau di dapur dengan pintu ternganga, macam-macam suara daripada tingkat atas, bawah, sebelah, hadapan rumah. Sedang mencuci di sinki, akan kedengaranlah suara-suara emak menegur, memarahi, mengomel kepada sang anak.

"Aimannn mandi cepat" - lalu kedengaran suara Aiman menyanyi dalam bilik air dari tingkat atas.
"Abanggg!!! adik kenapa?" - suara seorang bayi menangis daripada jiran hadapan.
"Jangan la sibuk, panas ni!" - mungkin anak itu sedang mengganggu tugas emak berdekatan suhu panas daripada tingkat bawah.

Budak masham teman buat puri, habis segala tutup tapawe jadi mainan. Sejak baik demam ni, asyik senyum aja. 

Itu hanya sebahagian hujung minggu, mungkin cuti pendek menyebabkan emak bekerjaya mengambil kesempatan untuk menyediakan juadah hujung minggu. Belum lagi bunyi mesin pencuci baju, kuali bertemu sudip, lesung batu, mesin pengisar, hon dan kenderaan yang lalu lalang di bawah sana, semuanya saling bertingkah dan berlawanan antara satu dengan yang lain. Kadang-kadang, waktu cuti begini, seronok juga.

Nota hijau: Kak Nad tinggi betul. Kalah aku apatah lagi Eija. Erk, alamak... lariii.

Beri perhatian sekejap.

Friday, 11 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

WANTED!!!

Kepada panama-penama di bawah, anda adalah terpilih untuk menerima sedikit cenderahati daripada saya. Sila berikan alamat terkini dan nama penuh anda-anda-anda yang tersenarai ke nsahida@gmail.com dengan tajuk "gift hijau".




"Anda sangat berharga"
Notis ini sehingga hujung minggu ini sahaja ;) 
Sekian terima kasih.

Berangan vs termenung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung, adakah mempunyai erti yang sama dengan berangan? Bagi aku tidak sama. Sebab, kalau aku termenung aku memang tidak memikirkan satu apa pun. Jika berfikir, aku sendiri tidak tahu apakah yang ada dalam fikiran. Serius, semua benda hendak difikir sampai bercakap dengan diri sendiri 'apa yang aku tengah fikir ni?' hahaaa.

Berangan. Siapa yang tidak suka? aku sendiri suka berangan sampai tidak buat kerja satu apapun. Berangan hendak menghias rumahlah, hendak cantiklah, hendak shoppinglah, hendak itu dan juga hendak ini. Beranganlah hendak membeli jet pejuang atau kapal peribadi sendiri sekalipun, tidak ada salahnya. Berangan itu free. Percuma. 

Duduk dalam kereta, aku masih boleh termenung. Kadang-kadang sampai tidak sedar diri. Eh, bukan termenung semasa memandu ok, bahaya. Biasanya di lampu isyarat. Melihat aksi mereka-mereka yang menunggang motosikal, yang membonceng, yang berjalan kaki, yang sedang memotong rumput, yang menjaga lalulintas, yang menaiki basikal, kadang-kadang burung bercinta pun aku boleh perasan.

Melihat juga, pemandu-pemandu kereta yang handsome bergaya, yang muda, yang warga emas, yang cantik, yang cerah, yang gelap, yang memandu wanita yang menumpangnya lelaki, yang berdua, bertiga tapi majoritinya memandu seorang. Kereta yang boleh memuatkan empat hingga lima orang hanya mempunyai seorang pemandu sahaja. Macam manalah jalan raya tidak sesak. Isk-isk-isk, termasuklah aku. Hahaaa.

Selama ini, aku hanya tahu komuter dan LRT sahaja yang mempunya koc untuk wanita. Rupa-rupanya lalu sebuah bas RapidKL-bas untuk wanita. Alangkah bagusnya kerajaan Malaysiakan? mengutamakan keselamatan wanita. Bestnya jika aku juga boleh sama-sama menaiki kenderaan awam itu. Terasa, diriku begitu berharga.

Kalau dahulu, aku berhimpit untuk menaiki LRT, berhimpit untuk menempatkan diri dalam bas. Membuatkan aku suka tunggu kenderaan awam tersebut awal-awal. Orang masih belum ramai. Sekarang, aku kena memandu sendiri. Hendak menunggu kenderaan awam itu aku tidak tahu jam berapa harus bangun menguruskan anak-anak yang tidak aku tahu perangainya setiap pagi.

Tanpa disedari, lampu insyarat sudah bertukar hijau. Kereta di belakang sudah pun membunyikan hon. Huhuuu. Perjalan diteruskan sehingga lampu isyarat yang seterusnya, menyaksikan lagi aksi pengguna jalan raya yang berlainan daripada lampu isyarat tadi. Sehingga ke destinasi, pelbagai ragam yang dapat dirakam dalam kepala. Life is beautiful, life is colourful.

 Dahulu seorang, sekarang tambah 3 menggembirakan hati, syukur.

Nota hijau: Macam ni pun boleh jadi entry kan. Hahaa. Layankan je la ek, esok coti. Yabeda-bedu.

Penulis kegemaran saya.

Thursday, 10 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selain warna hijau dan tupperware kegemaran lain ialah novel. Sekali susun di rak, sudah tidak muat daaa. Bila aku membacanya? hahaaa. Bila-bila je, dalam kereta, tunggu lauk masak, sebelum tidur, time break di opis. Selagi ada kesempatan.

Kadang-kadang siap tidur jam 2-3pagi untuk membacanya. Kan bagus kalau kau baca Al-Quran Syasya. Hehe. Hendak baca satu muka surat lepas solat pun selalu failed. Isk, kena buat perubahan ni. Kan ke Al-Quran tu tidak pernah habis ceritanya jika dikaji. Hrmmm, betul-betul.


Akhirnya, setelah aku terskip beli dwi-trilogi abang Ramlee Awang Murshid, Bagaikan Puteri akhirnya aku dapat juga melengkapkan satu naskhah yang tertinggal. Terima kasih kepada bonda QWP yang sudi mencarikannya untuk aku. Terima kasih juga kepada suaminya yang bersusah payah mencari untuk aku. Terima kasih juga kerana pernah menemukan aku dengan penulis buku ini sendiri. Heheheee.

Ya, aku akan ulangbaca semuanya sekali. Tanpa jemu untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Hanya peminat Bagaikan Puteri tahu bagaimana kuatnya Aura watak-watak dalam cerita dwi-trilogi alam fantasi, mimpi dan realiti. Skema ayat ko Syasya.


Then, PBAKL 2012 dapat juga aku kumpulkan trilogi Tombiruo. Berdebar gila baca novel-novel ni. Hahaaa. Penulis ini buat aku betul-betul berada dalam hutan. Salah seorang penulis kegemaran aku.


Lihatlah kawan-kawan semua, memang saja aku buat tayangan ni. Rak sudah pun penuh. Sudah habis idea bagaimana untuk menyusunnya lagi melainkan beli sahaja rak yang baru. Akan tetapi apabila mendengarkan abi berkata "borongla banyak-banyak, pindah nanti angkat sendiri" huahahahaaa, maka hasrat itu aku pendam sahaja dalam hati. 

Dulu, aku rajin hendak mengira, sekarang sudah malas. Sebagaimana yang aku pernah beritahu dahulu, aku adalah seorang yang kedekut untuk memberi orang pinjam harta aku nan satu ini ;) titik peluh sendiri.

Nota hijau: Masih lagi gemar membaca apa jua jenis bahan bacaan kecuali komik Kreko abi.

Not feeling well.

Wednesday, 9 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrmmm, sibuk-sibuk-sibuk. Entah apa yang disibukkan aku sendiri pun tidak tahu, muahahaaa. Bila di opis, dah bergelumang dengan kerja, bila di rumah bergelumang dengan budak berdua ni pula. Huhuuu.

Kesibukkan memang terasa sehingga hendak menjengah blohijau ni pun tidak sempat. Oh, aku sedang menyiapkan gift untuk kawan-kawan yang rajin datang mengomen. Walaupun bloghijau ini tidaklah terlalu formal akan tetapi masih lagi ada pembaca yang sudi singgah. Mood, hati ke laut. Hahaaa. Entah apa-apa. 

So, my pink biru bak kata eB-oh rindu sama kamu eB-asyik hendak melekat dan dilayani dengan penuh berhemah. Bukan berkhemah. Keduanya demam. Demam hendak besar. Kakak Auni demam selsema, batuk. Melepek? huhuuu, takde maknanya. Tiada istilah melepek untuk diri dia. Masih bersemangat memunggah rumah.

Adli demam selsema juga, merengek tidak sudah-sudah, hendak tumbuh gigi barangkali. Sepertinya ternampak tunggul gigi comelnya itu. Adli agak melepek dan memang sentiasa hendak dipeluk. Aduhaiii Adli, demimu. Kerana kamu jarang demam, belaian manja memang milikmu. Sehingga abi pun masuk kerja lewat kerana hendak membawa kamu berjumpa doktor.

 Mereka sudah main bersama.

Walaupun demam, seperti juga kakak Auni masih mampu memberi senyuman manis semanis madu untuk tidak merisaukan hati emak. Terima kasih anak-anak.

Nampaknya sudah dua hari puri aku tidak berapa laku. Adli hanya makan sedikit selebihnya kak Ana beri pada baby lain. Aku tidak kisah, anak sakit memang kurang selera makan. Janji, waktu aku ambil semua tupperware harus kosong ;) hehe.

Tambah lagi satu menu, perisa ayam atau puri ayam [macam tak ada je istilah ni hahaaa]
  1. Cuci bersih ayam, ambil isi ayam sahaja. Rendam dengan tepung gandum dan air untuk menghilangkan minyak ayam selama 10-15minit. Lebih pun tidak apa-apa.
  2. Bilas dan potong kecil-kecil, rebus dengan kuantiti air yang minimum. Paras-paras ayam.
  3. Rebus sehingga masak dan toskan airnya [jangan buang]
  4. Kisar ayam dengan pengisar kering. Boleh juga kisar dengan air sekali, tapi gunalah pengisar sepatutnya.
  5. Masukkan dalam bekas dengan air rebusan. Siap.

Serius baunya memang mebeles. Sedap. Menu Adli minggu ini bubur nasi + puri brokoli bersama lobak + ayam dan puri epal. Lekas sihat Adli. Rindu hendak tengok selera makan kamu kembali.

Nota hijau: Harap-harap tiada ayat yang boleh mengecilkan hati dan tiada bahasa yang tidak sesuai lagi. Ada atau tidak cikgu BM hendak perbetulkan ayat entry aku ni? huhuuu. Rasanya ruang gosip tu lagi pedih dan bila-bila je boleh buat orang terasa. Akan tetapi, orang tetap juga suka membaca ;)

6 Mei 2012.

Monday, 7 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hihiii, so macam mana cuti? Hujung minggu kali ini adalah yang paling terbaik selama 28 tahun. Apa lagi yang hendak dimahukan Syasya? Kau sudah punya kehidupan yang dikategorikan baik. Walaupun hidup penuh dengan kesederhanaan.

Punya suami yang ambil berat walaupun tidak romantik, punya sepasang cahaya mata yang menghiburkan walaupun punya perangai yang menguji kesabaran. Punya kerjaya walaupun setiap hari kau mengeluh mengantuk apabila melangkah masuk ke dalamnya. Punya tempat perlindungan walaupun hanya pinjam dan penuh cabaran apabila lift rosak. Punya kenderaan walaupun ianya bukan milik sendiri.

Nah, Allah pinjamkan semuanya untuk kau, apa yang kau mahu lagi? Suami mu, abi itu. Walaupun dia kelihatan selamba kodok bagai tidak punya perasaan, sesungguhnya kau tidak tersalah pilih. Kau sendiri tahu kenapa kau memilihnya walaupun ramai yang beratur untuk dipilih.

Selama ini, apa yang kau simpan dalam hati. Apa yang kau nyatakan dalam hati, dia bagaikan punya instinct deria yang cekap untuk mengesannya. Kadang-kadang dia langsung tidak pedulikan kau, itu tidak bermakna dia melupakkan diri kau selamanya. Buktinya?

Samsung Galaxy S Advance, ini impianmu bukan? kau hanya mengadu Auni asyik bermain dengan Nokia E66 milik kamu sehinggakan butang kekunci sudah ada yang hilang. Engkau pulang ke rumah dengan menyatakan kau hanya mahu burger Otai, dan suamimu bukan hanya memberi Otai burger malahan beserta hadiahnya lagi.

Kau memang tamak Syasya, bulan sudah sahaja kau sudah mendapat barang kemas. Kali ini kau mendapat Iphone. Itu belum termasuk suami kau menghadiahkan kau sebuah rumah dua tingkat lagi. Kau sepatutnya bersyukur. Kau sepatutnya sentiasa muhasabah diri, layakkan kau bersama suami seandainya kau asyik merungut tentang kerenah anak-anak 24 dan 48 jam. Hihiii.

Apa yang kau mahukan lagi? Kau sudah punya dua orang cahaya mata , lengkap dengan jantina yang berlainan. Allah maha mengetahui niat kau. Kau mesti bersyukur dan jangan lupa daratan. InsyaALLAH. 

Semalam sahaja, abi telah pun tunaikan segala kemahuan kau. Sudahlah diberi hadiah, mahukan kek lagi. Cerewet, mengada-ngada. Tehehehe. Mujurlah abi kau tu sporting demi anak-anak yang dah terbeliak mata melihatkan deretan kek yang menarik.

Di hari ulangtahun kelahiran. 

2012 special gift from abi.


Nota hijau: Syukur Alhamdulillah, aku masih berpeluang menyambut hari ulangtahun pada 6hb Mei 2012 bersamaan 14 Jamadilakhir 1433 hijrah. Terima kasih abi. Terima kasih kawan-kawan. Terutama kak Eda, mamaMikhail sampaikan salam ulangtahun pada kawan akak juga ya.

Kepada saya.

Sunday, 6 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 28. 

Selamat hari tua. 

"umi dah tua" - abi.
"kan bi kan?, nak buat caner? - aku.
"tambah lagi sorang anak" - abi.
"uiks, kalau abi tolong jaga takpe, ini... dua pun dah pening!" - aku.
"hahahaaaa" - abi.

Nota hijau:
Terima kasih kak Eda [SMS & FB], bonda QWP [FB], Suzeliah [FB], Fiza [SMS], Min [SMS], cekIjam [SMS], Nabiha [SMS], mama [call], ummi [wish] dan semua kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya. Semoga semuanya dalam lindungan ALLAH SWT. Terima kasih.

Puri yang cantik dan sedap.

Thursday, 3 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tehehehe, hari tu kannn aku dah war-warkan bahawa aku hendak kembali bersolek. Dan, pabila gaji sudah masuk pantas sahaja aku menerjah kedai menjual make-up.


Nah amekau. Tah bila nak memakainya pun aku tidak tahu. Hahahaa, hari-hari bedak compact, eye-shadow, lipbalm dan pengilat bibir ni aja. Hendak ber'eye-liner' dan mascara belum lagi. Tak sempat dok. Cantiklah sikit daripada sememehkan. Rasa konfiden pun ada.

Ceh pasan lawa la tu kannn. 

Sudah hendak habis minggu, baru nak update fasal puri Adli. Eh, ke dah ek? minggu ni setiap hari menu lain-lain, aku menyediakan pelbagai jenis puri. Jadi, setiap hari memang ikut suka hati aku je apa aku hendak bubuh.

Minggu ini, tambah satu menu baru ialah puri tempbikai susu. Caranya, tidak perlu rebus sebagaimana puri mangga. Buang kulit dan bersihkan, kisar halus. Tu je. Kalau tapis pun, terlalu halus pula. Adli aku beri setengah potong habis dia kunyah-kunyah. Hahaha.



Menu lain puri lobak+puri kentang, puri bubur nasi dan puri labu. Ada juga puri ayam, tapi tiada gambar sebagaimana puri mangga. Sebab buat mengejut. Hahaha, aku rebus je ayam then kisar. Yummy-yummy-yummy.

Mentanglah baru dapat rainbow cube daripada tupperware, meriah kotak sejuk beku aku. Penuh.

Aku sangat suka suap Adli makan, semua pakat nganga aja. Suap-suap-suap habis. Tido. Oh, sungguh mudah ini budak. Sudah naik walker. Kemain suka, kemain lagi jelajahnya.

 Tuan punya puri macam biasa :) Sudah pandai tepuk amai-amai dengan sendiri.

Nota hijau: Auni tengok Adli makan, dia pun hendak makan sekali. Tapiii bukan makanan Adlilah. Syukur juga bila dia hendak makan.

Terapi hati lagi.

Wednesday, 2 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.

Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.

Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.

Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.

Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.

Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in