Teman menangis setia saya.

Friday, 30 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, aku sendiri tidak tahu firasat apakah yang dia guna pakai. Aku tidak tahu aura apakah yang dia guna  sehinggakan, setiap kali teman opis aku ada agenda tersendiri, pada masa yang sama dia menyerah diri untuk keluar bersama dengan aku.

Serius, seringkali berlaku. Pada hari semalam, kami bertemu. Makan di kedai pertama nampak dek mata sebab masing-masing tidak tahu untuk menjamu tekak di restoran mana satu. One Utama Shopping Centre memang susah untuk buat pilihan.

Bila malas berjalan, redah sahaja Kluang Station. Kedai makan pertama mengikut langkah kaki. Sambil menunggu pesanan, macam biasa kami bertukar cerita. Gelak ketawa macam biasa. Haruslah kisah gembira dan terkini. Gelak-gelak.

Apabila makanan terhidang, punggung bagaikan berat untuk meninggalkan kerusi Kluang Station, akhirnya tiba giliran aku bercerita. Aku, bila aku menangis, usahlah ditanya mengapa, itu akan membuat air mata ni terus tak berhenti untuk turun. Tunggu dulu, kerana aku sendiri akan buka cerita selepas aku reda dari menangis. 

Auni rindu abi. Teman yang buat aku menangis.

Aku sangat tersentuh hati saat bercerita tentang Auni. Setiap derap kaki orang lalu, disangkanya abi, setiap lelaki yang berselisih dia telek daripada atas sampai bawah, "abi je [abi kerja]" katanya, bila baring guna bantal dan selimut abi "ni abi nyer". Argh! Auni rindukan abi. Menaip ni pun aku menangis. Haih!

Ye, aku menangis dihadapan dia, berhelai tisu, sakit kepala cover air mata, tumpah juga. Akhirnya, kami sama-sama menangis. That's it. Terimbau kenangan, aku dengan dia menangis bersama ketika menonton satu drama televisyen, tengah malam menjengah mata masih melekat di peti televisyen.

"argghhh! sedih cerita ni" aku memang suka cover air mata. Hati kering la konon. KONON!

"awak nangis ke wak?" dia bertanya menjengah muka aku dalam gelap.

"sedih dow" aku lagi sambil kesat air mata dengan lengan baju. Kantoi.

"saya pun nangis wak" sama-sama mengesat air mata. Adoiii, touching.

Banyak kali aku cerita tentang dia dalam bloghijau ini. Perkenalan dimulakan oleh aku di perhentian bas membawa aku mengenali hampir kesemua tentang kesukaan dirinya, kelukaan hatinya, kekecewaan dirinya, kejayaan dirinya, kepayahan perjalanan hidupnya, persekitarannya, everything about her. 

Macam itu juga dia, all about me. She knows. Dalam kocek dia. Kisah cinta aku, kisah hidup aku. Bila aku dengan dia bercerita, kami tidak lupa untuk selitkan kak Azi. Argh! kak Azi is the same. Makcik tu pendiam, memerhati, hati kering, orang menangis muka dia selamba. Kena clash guna sms pun dia boleh senyum.


Gambar fail: FB

 Gambar fail: FB kak Azi.

Rahsia hati, memang tidak siapa tahu. Tiada teropong khas untuk mengetahuinya. Melainkan sama-sama duduk sebumbung, makan sepinggan dan tidur bertilamkan toto yang sama. Hati seorang perempuan, semuanya sama walaupun berbeza fizikal, personaliti dan identiti.

She is my bestfren ever, Norazilah binti Razak atau cik Zila atau Puteri Amna Balqis dan Hazirah Hasan aka kak Azi. Terima kasih menjadi sahabat air mata dan ketawa saya. Dulu, kini dan selamanya. Saya berharap kawan-kawan saya sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT, insyaALLAH. Kak Azi, kita rindu awak. 

Nota hijau: Teman ketawa senang dicari, teman menangis sama-sama aku baru jumpa seorang ini. Blues hari Jumaat. Abi balik hari ini setelah tiga hari di Johor Bahru. Sedih bila orang mengata tentang tugas abi. Pasrah! 

Puri lobak dan puri epal.

Thursday, 29 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, aku berkongsikan resipi makanan pelengkap untuk Adli, puri lobak dan puri epal. Disebabkan kali pertama aku bekalkan puri lobak bersama puri nasi berperisa ikan bilis kepada pengasuh, dan pengasuh kata butirnya agak kasar. Hehehe. Tu yang aku tak faham dengan mesin pengisar aku tu.

Jadi, gigih aku membuat puri dengan menapis untuk menjadikan lebih halus. Lenguh memang lenguh. Langkah lain yang aku buat ialah, kukuskan dia. Dengan menggunakan kukus baru cap Tupperware. Hehehe, makcik suka. Kali pertama aku mengukus sepanjang 28 tahun ini.

Bersihkan lobak dan potongkan ia, bersihkan epal dan potongkan ia. Kupas kulit ye. Susun dalam pengukus. Bawah lobak, atas epal. Sesudah itu, kasi kisar asing-asing sehingga halus. Kali ni aku puas hati, sebab aku campur je ngan air. Air masak. Geram aku bila kisar tak halus-halus ni. Jeles pulak dengan puri orang lain yang halus menggebu.



Habis kisar, masukkan dalam ice-cube tray cap Giant. Dua tray RM3.99, belum bayar lagi ni. Hihiii! dan sejuk bekukan. Tugas aku setiap malam, mengorek satu kiub puri lobak bersama puri nasi dan sejukkan di bahagian bawah peti. Esok, kasi campur puri lobak+puri nasi+ikan bilis halus dan warmkan guna warmer Autumnz. 

Bawalah ia bersama stock EBM yang tidak berapa nak ada tu ke rumah pengasuh. Huihuihuihui! Bila balik, semua bekas dah mengosongkan diri. Rutin bermula semula. Whatever, aku suka bangat membuat resipi ini dengan tangan sendiri. Hurey!

Minggu pertama: Puri nasi + ikan bilis. 
Minggu dua: Puri nasi + ikan bilis + puri lobak.
Minggu tiga: Puri nasi + epal. [belum mula]
Minggu empat: Puri nasi + ikan bilis + brokoli. [akan bermula]
Minggu lima: Puri kentang + ikan bilis. [dalam kepala]
Minggu enam: Puri kentang + lobak. [dalam perancangan]
Minggu seterusnya.... pusing-pusinglah resipi di atas mengikut kerajinan. Huahahahaha.

Malam tadi, belum sempat buat puri bubur untuk Adli, gas habis. Alamak! mujur sempat goreng telur mata untuk Auni. Time abi tak ada, time ni gakla masalah menimpa. Apalagi, kepala otak berfikir, macam mana nak buat puri bubur. Pling! nasi + air masak dan kisar. Huahahahaaa. Sama je kan kekdahnya. Nasiblah labu.

Pada masa yang sama orang maintenance datang minta duit macam biasa, udahlah makcik ni belum bergaji, mintanya untuk bulan-bulan yang sebelumnya sebanyak empat bulan. Gara-gara dia datang, tapi rumah tidak berorang. Habis nampak RM ada kepak. Makan megila jawabnya. Mujur ada duit khas untuk tabung Auni, umi pinjam dulu ye Auni. Suka datang masa abi tak ada. Aih!

Petang semalam, elok je singgah Maybank ATM berhajat untuk membayar hutang orang, aku jadi pelik tiba-tiba apabila tiada pilihan "pindaan pihak ketiga". Dalam kepala mencacak-cacak tanda soal. Apahal pula? selalu ok je aku transfer guna ATM yang sama. Lagila berpihak-pihak aku pindakan. Muskel. Kenapa ek?

Sebab sudah janji mahu bayar, terpaksa jugala menebalkan perasaan minta bantuan abi. Kekonon nak mengelak daripada dia. Huahahaaa. Tengok-tengok dia pula yang aku cari. Terkejut dia, aku kata pinjam duit orang RM42. Dia tanya aku dua kali, betul ke RM42? hehehe. Nasib baik dia tidak tanya lanjut, aku beli shawl 4 helai. Ekekekeke!

Terima kasih abi.

Nota hijau: Inilah, dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga digelek bulldozer. Sabar je lah! Cerita solid food, tapiii tercampur dengan masalah peribbadi pula, ahahaha. Banyak benar tanda tambah dalam entry ni, gaul je la semuanya.

Tidur.

Wednesday, 28 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila mata sudah mengantuk. Tak payah sorong bantal pun, boleh lena.



Adli, tengah mengesot sambil hisap jari dengan mulut bising, tiba-tiba... senyap. Tersodok antara kusyen sofa yang telah dipunggah kakak Auni.


Auni, penat mulut emak membebel, kemas itu-kemas ini, dia sibuk minta coco-crunch. Tiba-tiba... senyap. Gaya tidur masa kini, makan, menonton tv, berehat dan tidur. Hrmmmm!


Adli dan Auni, senyap dan sunyi sahaja rumah bila dorang melayan mata. Syokkan? Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Kadang-kadang, kaki bertemu kaki. Kadang-kadang, kepala adik atas badan kakak. Hrmmm...

Nota hijau: Wordless Wednesday :p

Already 6 month.

Tuesday, 27 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiiiieee! i'm happy-i'm happy. He is six month already. Alhamdulillah, Adli membesar dengan jayanya. Dalam 6 bulan ini, baru sekali demam. Dan hampir sahaja hendak demam dek terkena campak ringan. Malangnya, tidak sempat demam itu menyinggah.

Sudah pun makan solid-food, puri nasi bersama ikan bilis dan puri lobak. Best-best. Masih lagi minum susu ibu disamping susu formula dengan biskut Milna. The best moment is, aku masih lagi memerah susu di waktu bekerja, sesuatu yang tidak dilakukan semasa Auni berusia 6 bulan. 

 
Buat apa tu sedara?

 
Apa? tangkap kaki meja? eh-eh, janganla hantuk kepala kat kaki meja tu.

 
Adli: umi... i'm here. Hihiiii.
Oh, dah pusing sana pulak? jangan terselit bawah sofa ye. Karang tak boleh keluar pula.

Kayuh-kayuh, berenang-berenang. Suka ye.

Adli sudah pandai mengesot, sudah pandai mengunyah, sudah pandai menepuk air ketika mandi, sangat peramah dan mudah senyuman. Ada part dia seorang yang sangat pemalu.

Rumah aku kena sentiasa bersih sebab sudah ada tukang kutip masuk mulut. Auni... tolong kemas barang Auni.

Nota hijau: Seronok tengok bila dia main dengan kakak Auni. Hihiiiii.

Mahu yang bagaimana lagi Auni?

Monday, 26 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama yang tidak asing lagi daripada arena keaktifan nyata. Auni. Dalam minggu ini sahaja, perangai lamanya muncul kembali. Bangun jam 4.00pagi. Hadoiii!

 Adli's superkakak.

4.00pagi, setiap hari di isi dengan pelbagai jenis aktiviti, melukis, mewarna, mengoyak buku, tengok tv, munggah kusyen sofa, menterbalikkan toto, menumpahkan air, menumbuk biskut sehingga habuk, memanjat meja, memanjat almari dan bermacam-macam lagi.

Tapi, dia amat takut untuk buka pintu bilik yang terdapat banyak mainan walaupun dia sudah cekap membuka dan menutup pintu. Aku tidak pasti mengapa. Mungkin, jika bilik itu dibuka keadaannya gelap walaupun waktu siang. Tapi, main dalam gelap boleh pula? hrmmm, entahlah.

Semalam, abi bawa dia bermain di Giant Kelana Jaya. Kekonon nak bagi dia letih, semua benda dia main, semuanya dia main sendiri. Yang paling menggelikan hati, main gelongsor tidak reti panjat tangga. Panjat ikut papan longsor boleh pulak, anak dara siapa tah tu.

Menggeleng sahaja abi menengok anak daranya nan seorang tu. Mana tidaknya, abi yang beria-ia suruh Auni panjat tangga. Ikut kawan depan. Dah macam arahan komandor gamaknya, tup-tup, senyap-senyap dia naik ikut papan longsor. Papan longsor paling tinggi pula tu. Hahahaaa. Aku tukang gelak ajalah.

Superkakak Auni.

Melayan dia daripada petang membawa ke malam. Bershopping pun, banyak barang untuk Auni sahaja. Dia masih nombor satu. Bila balik, siap mandi dia bantai tidur. Tengok-tengok, pukul 4.00pagi pun maintain bangun dengan kesegaran.

Menumpahkan air siap Adli berenang atasnya pula. Mujur mamat tu tidak menangis kesejukkan. Haih! la anak. Cerita next time. 

Nota hijau: Apakah cita-cita Auni? huhuuu. Set baju from ibu Aqil Naim.

Supermom ibu Aqil.

Friday, 23 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih blogspot yang menjadi perantaraan persahabatan utara selatan ini. Pertama kali aku mengomen di blog ibu Aqil [EmIenAqil ~Reality & Fantasy~], dia membalasnya dengan sepantas kilat sesuai dengan nota si jari runcing pada ketika itu. 

Berbalas komen, berbalas entry, berbalas msgbox akhirnya bertentang mata juga. Alhamdulillah, pertemuan yang dirancang berjalan dengan suasana yang sangat baik dan keharuan.

Aku rasa mahu buat frame besar. 

Tengok sahajalah gambar, aku lebih besar daripadanya. Hahaa. Biarlah aku luahkan kesimpulan pertemuan empat mata ini. Ibu Aqil, seorang yang sangat banyak cakap. Siapa yang pemalu tu, tak perlulah terus duduk tersipu malu bila berhadapan dengan ibu berhati kental ini.

Rasanya, tidak banyak yang dibualkan melainkan isu kawan-kawan blogger lain [eh bukan mengumpat tau] cerita-cerita mahu berjumpa juga, kan ibu kan? selain baaanyak membebel akan anak masing-masing. Bila adik bertemu abang, huru-hara.

Rumah aku menjadi riuh dengan jerit pekik abang Aqil dengan Auni. Berebut mainan, bertolak sakan, berlari-lari, mujurlah rumah aku ni luas dan tidak bertangga. Lantakkan ajalah.

 Anak-anak umi, Auni dengan abangnya. Abang sedang layan adik main, ke terbalik? hahaaa sebelum adik merajuk.
 
2nd son ibu, Adli love ibu so much.

Eh? lagi tentang ibu Aqil? haaa, selain banyak cakap dia juga seorang yang tidak kisah. Suka ketawa, suka mengambil tahu, suka interframe. Semua suka tu ada pada aku juga. Hihiii. Lain-lain, tunggu je la blog dia berupdate. Sebab, dia ada baaaaaaanyaaaak gambar.

The best moment ever. 
Abang Aqil elok, Auni spoiled. Auni elok, abang Aqil pulak. Mujur ayah ambil banyak kali.

Terima kasih ayah Em, gambar-gambar yang di snap tu, mempunyai berjuta-juta kenangannya. Oh ye, ayah Em sporting tau. Aku suka betul tengok gaya dia menembak tu. Macam-macam gaya.

Ole-ole daripada ibu.

Nota hijau: Terima kasih kak Ina kerana sudi menjengah adikmu ini, terima kasih abang Aqil sudi mendramakan diri dihadapan umimu ini, terima kasih Allah kerana menemukan kami di sini.

Jom terbang ke KL episode THREE # member BLOGGER!! Pertemuan yang dirancang untuk melihat Auni yang cargas. Haih! anak dara akuuu tu.

Makanan pertama untuk Adli.

Thursday, 22 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ready yang steady.

Muka tidak sabar.

Mamam-mamam-mamam. Yummy-yummy!

Nak lagi-nak lagi-nak lagi!

Budak teruja nak makan, wah-wah-wah suka siap keluar suara. Aku letak dalam carseat aja. Hahaaa. Dia nampak aku bawa mangkuk pun kaki dia dah mengitai-ngitai suka. Habis semangkuk dia tidur. Aku beri dia minum air masak dalam shrink je, hahaaa punyala pemalas ini emak. 

Tidak lama dia tidur, bangun minta susu dan tidur semula. Hahaaa. Misi berjaya. Untuk permulaan mungkin aku beri dia makan sehari sekali sahaja selama 3 hari. Tengok macam mana, kalau ok aku akan bekalkan hari-hari. Sebab dia pun dah makan biskut dan nestum. Huhuuu. 

Masa Auni hari tu ada juga buat tapi tidaklah struggle sangat sebab dah bagi nestum awal-awal. Jadi, semalam operasi mencuba membuat puri nasi. Bersama bilis. Oh! sedap.

Kali pertama mencuba setelah ber'surfing' sana-sini-situ. Kekdahnya sama je, untuk memudahkan emak yang pemalas ini, makanya buat siap-siap dan simpan. 

Beras mudah:
Dua senduk beras atau cukup untuk tempoh seminggu, cuci seperti biasa dan goreng tanpa minyak dalam kuali atau toskan pun boleh. After that kisar halus dan simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

Ikan bilis (perasa):
Siang macam biasa buang semua tulang, rendam seketika untuk hilangkan sedikit masin.
Goreng menggunakan minyak yang sedikit dan kisar halus. Boleh juga disimpan di dalam bekas kedap udara.

Puri nasi + ikan bilis:
Ambil 2 hingga 3 sudu besar beras yang sudah dikisar (untuk makan) dan air. Masak seperti biasa. Lebihkan air pun bagus. Bila sudah kembang, campur sahaja ikan bilis sudah dikisar. Kacau-kacau-kacau.

Tapis untuk mendapatkan kehalusan puri. Tak tapis pun ok, tapiii mesin pengisar aku tu hasilnya macam besar-besar je lagi walaupun sudah dikisar.

Then, letaklah dalam mangkuk bersedia untuk memberi makan kepada Adli.

 Gambar ikan bilis tidak ada, huhuuu. Dah teruja sangat sampai terlupa nak snap.

Nota hijau: Harus menjadi lebih rajin. Cayok-cayok-cayok.

Dalam koleksi.

Wednesday, 21 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wordless Wednesday? hahaaa, takde maknanya. Banyak nak tayang ni. Hahaaa. Macam biasa, ingat hari tu my dealer Tupperware ada kata balance undi aku RM50? Huhuuu, akhirnya pengukus  Tupperware aku pilih. 

 Sangat suka dengan set sudu ni. Mudah lagi menyenangkan RM 13.90.

 
Semua saiz pun ada, menambah lagi yang sedia ada. Pengukus warna merah, lepas ni kalau keluar warna hijau memang aku frust.

Semalam abi bawa balik Tupperware yang berharga RM360 kesemuanya. Satu beg penuh. Teruja dan berwarna-warni sampai tidak muat kabinet dapur aku dibuatnya.

Sebulan RM30, ok la tu tak rasa sangat bila dapat selebuk macam ni. Tahun ni, aku ada main lagi RM40 pula, aku aim tempat beras. Hahaaa. Itu pun kalau dapatlah. Sebab biasanya pilihan dibuat mengikut katalog paling terkini.

Rasanya, bila dah duduk rumah menjaga anak-anak nanti, aku hendak aktifla berbisnes Tupperware ni, hahaaa. Best.

Semalam juga, masa mahu ambil Auni dan Adli, aku bertemu kawan satu sekolah, duduk satu kelas yang sama lagi, rupanya dia baru sahaja berpindah masuk sedangkan aku sudah merancang mahu berpindah keluar. Hahahaaa. Boleh pula bertentang mata dalam satu lift yang sama.

Rahman berbaju kotak-kotak yang aku jumpa. 
Gambar fail: REUNION buka puasa 2010.

Dia inspektor dan abi inspektor so aku ikut abi yang memang menetap sementara di quarters pegawai ni. Hahahaaa. Tumpang je. Malam tu, macam biasalah bila sudah bersua, kami berchatting di FB. Ngeee, macam tidak percaya.

Nota hijau: Ada cerita fasal kawan lagi. Esoklah sambung.

Perkembangan.

Tuesday, 20 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkembangan yang sangat memberangsangkan. Muahahaaa, walaupun lebih tough daripada berat kakak Auni, Adli tetap membuktikan bahawa "Adli boleh!"

Sudah mula mengesot dan hampir sahaja masuk bawah meja. Pantang nampak mainan kakak yang bersepah, lekas sahaja dia menuju ke situ. Teruja dengan mulut bising. Adli, you are superb! clap-clap-clap.


2nd hero yang sangat friendly.

Tidur jangan dikata, 360 darjah pusing dan, terlentang-terlungkup-terlentang dan terlungkup semula. Habis semua kawasan dia tibai dan adakalanya dia di lantai mencari batu sejuk. Atau, kakak yang di lantai kerana kawasan tidur kakak di conquer Adli. Ahahaha...

Kakak Auni, semakin mencintai pink. Terpaksala aku mencari botol susu pink, sudah tidak berkenan dengan hijau. Alamak-aiii! Pun dah pandai request nak air milo. Semedang air milo, mujurlah emak ni dah pandai buat air milo [aku failed buat air+susu] tehehehehe. 

Itu baru request air, belum lagi request yang lain-lain. Adakalanya sampai aku tidak larat mahu melayan kerenahnya. Apa tidaknya:

"ummmi, boleh buka wiwi" - buka tv.
"ummmi, buka lampu"
"ummmi, boleh main? buka pintu?" - merujuk bilik mainan.
"ummmi, nak kut" - biskut.
"ummmi, nak adi" - mandi.
"ummmi, Auni yak" - membuang.
"ummmi, mana mut Auni" - selimut.
"ummmi, nak cucu pink" - nak susu dalam botol pink.
"ummmi, boleh buka ais" - buka peti ais.
"ummmi, boleh bawak kereta" - bawa 4 biji kereta mainan ke rumah kak Ana.

dan macam-macam umi lagi walaupun sang abi ada depan mata. Huaaaaaa...

 Rancangan telah bermula.

Apapun, semoga anak-anak umi ni sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T-insyaALLAH.

Nota hijau: Macam mana emaknya nak mengembang.

Selamat berjuang kawan.

Monday, 19 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku kesunyian, that's it. Dia seorang peneman yang setia, mempunyai pelbagai cerita, mempunyai sikap ceria. Sepanjang perkenalan kami sudah bertemu dua kali. Hubungan daripada berblogging membawa ikatan persahabatan ini bagai saudara.

Ah! kak Eda, aku doakan kau selamat pergi dan selamat kembali. Betapa berat hatimu melepaskan ahli keluargamu terutama Mikhail yang sudah mengerti itu, begitu jugalah berat hatiku untuk melepaskan mu pergi. Perginya dirimu meninggalkan aku tidak berkawan.

Banyak-banyak kawan ber'GTalk', kau sahaja yang sangat mengerti keadaan aku. Aku doakan kau berjaya menunaikan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi selepas engkau selamat kembali ke tanah air. 

Mama Mikhail akan bertolak ke Filifina menggalas tugas kerjanya. Meninggalkan keluarga tersayang selama 6 hari. Bersua kembali kita nanti kak. Selamat semuanya dan semoga berjaya.

Sayu meninggalkan buah hati kesayangannya. Serik dan ianya terlalu perit jiwa dan raganya (nangis aku baca entry ni). Sabar ye kak, semoga ada hikmah di sebalik kejadian. 

 Mikhail.
Gambar fail: mamaMikhail entry sayu --<@.. My life journey..@<--

 kak Eda, time ni Adli belum keluar aku sakit mata. Sedang menghitung hari.

Nota hijau: Tanggungjawab untuk keluarga, tanggungjawab untuk kerjaya, tanggungjawab untuk diri sendiri. Betapa besarnya erti sebuah pengorbanan. Cayok.

Sudah tiba masanya.

Friday, 16 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hurey, Adli akan berkenalan dengan solid-food. Walaupun aku sudah menyuakan biskut Milna kepadanya, maka membuat solid-food pertama haruslah puri bubur dengan puri buah-buahan.

Aku sedang gigih menimba ilmu, korek sana-korek sini, surfing sana-surfing sini melengkapkan pengetahuan penyediaan solid-food, menguruskan solid-food dengan mudah untuk babysitter disamping menjimatkan masa untuk aku yang bekerja.

Frozen solid-food. Yes, cepat dan ringkas. Hanya memerlukan satu jam pada hujung minggu untuk menyediakannya. Buah-buahan dan sayur-sayuran, dijadikan puri, dibekukan di dalam kiub ais bertutup dan simpan sejuk beku.

Beras dicuci, digoreng tanpa minyak, dikisar halus dan disimpan kedap dalam peti. Bila tiba masanya, setiap pagi memerlukan 5 minit untuk menyediakan bubur ringkas ini. Masak beras bersama air, setelah masak, campak sahaja salah satu frozen puri buah-buahan atau sayur-sayuran. That's it. Sangat mudahnya. 

Ianya akan dibekalkan kepada baby-sitter setiap hari. Tapi, minggu pertama ini, mungkin aku hanya beri 3 kali seminggu. Hihiii. Semoga semuanya berjalan mengikut perancangan. Misi akan bermula selepas 27 haribulan nanti, setelah kesemua peralatan menyediaan solid-food aku lengkap. 

Aku memerlukan ice-tray bertutup, warmer dan juga tupperware kecil-kecil untuk memudahkan baby-sitter bubuh dalam warmer. Semuanya dalam perjalanan ke rumah. Teehhehehehe... terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu.

Lagi, terus memberi Adli susu badan sehingga ke titisan terakhir. Sekarang ini, aku mengalami kemeruduman hasil setiap hari, malang bila terskip satu sesi pumping. Semuanya jadi tunggang langgang. Aku kena gigih bekalkan 4botol kembali. (sekarang 3botol sahaja. sob-sob-sob) Power Pumping diperlukan semula. Hohooo.

Kalian semua mendoakan aku agar impian aku ini menjadi kenyataan, supaya aku boleh berikan the best for Adli. Aku tidak mahu mengulangi apa yang telah dilalui Auni. Cukup susah untuk makan nasi, kerana aku sudah kenalkan dia Nestum bayi untuk pertama kali. Huaaaaaaa. Menyesal tidak berguna.

Yes, makcik teruja sangat-sangat. Mahu buat puri lobak, puri epal, puri pear dan macam-macam puri lagi. Hiii.

 Oiii seriusnyaaa.

The makcik-makcik, kakak Auni.

Nota hijau: Tidak sabar menanti hari esok. I'll be meet someone special for me. Auni dan Adli akan bertemu their abang. Waiting dalam debaran. InsyaALLAH.

Spontaneous Thursday.

Thursday, 15 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan susah mahu gembira, perlulah menggembirakan orang lain dahulu. Melihat orang tersenyum gembira, dah pasti hati kita suka juga. Bila sama-sama suka, hidup pun jadi ceria. Bila ceria, kan sentiasa muda. Apa ada pada umur, itu hanyalah angka semata untuk mengingatkan kita tidak selamanya muda. 

Jika anda hendak gembira, gembira sahajalah. Hahaaa.


Macam tak menjadi je quote makcik tu, lantaklah. Yes, mereka ialah anak-anak saya. Saya suka hendak menyebut "anak-anak" walaupun baru dua orang. Hihiii.

Nota hijau:
Syasya gedik. Muahahaaa.

My favourite brand.

Wednesday, 14 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jeling menjeling sudah lama. Mahu beli tiada alasan kerana yang ada pun masih belum berguna. Apabila kempen menunjukkan kali ini keluaran yang berwarna hijau, aaarrrggghhh! tidak boleh tahan, harus mendapatkan. 

Kesannya, bulan ini budget habis lari semua. Kalau bulan lepas boleh tahan makan tengah hari ke Daves Deli sehingga hujung bulan, ianya tidak berlaku pada bulan ini. Kerana kempen hijau ini lebih menggamit hati untuk beli-beli-beli. Muahahahaaa.

Manalah hati tidak gundah, daripada jiwa rasa menyesal baiklah aku beli. Aku beli daripada kekDa [DUNIA PUANSTOBERI] yang ada kebun Stoberi tu, selain membela stoberi dia pun dah jadi duta Tupperware. Itu belum masuk lagi part dia jadi duta opis di Hari Kraf Kebangsaan. Lagi? duta cuti-cuti Malaysia pun dia juga, habis semua negeri ada tapak kaki kekDa. Muahahaaa. Ampun kekDa.

 Kotaknya pun sudah membuat hati terpikat.

 Satu tapawe kedap, tutup tu aku tidak tutup rapat, dua biji botol bersama satu dispenser.
Tambah tolak darab bahagi harga ahli : RM 84.96 muahahaaa gila ko Syasya kerana hijau.

Siap dengan cenderahati lagi, terima kasih banyak-banyak kekDa. I like.

Terima kasih sebab sudi mengepos secara percuma. Gambar kotak yang di tag kepada aku dalam facebook punyalah besar, sekali sampai... oloh comel je. Sampai je set botol susu ni, my dealer tupperware pun sms, katanya balance undi aku ada lagi RM50.

Main 12 orang, RM30 seorang. Hasilnya, boronglah sebanyak RM360 barang Tupperware, naik pening aku memilih. Akhirnya, aku memilih periuk untuk stim. Bolehla minta resepi mama Mikhail untuk apam angry bird. Hehe. 

Nota hijau: Gigih, mengumpul tupperware hijau ni. Dapur pun menghijau.

Aummm, air liur pun meleleh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minta maaf, hehee. Bloghijau ni memang banyak cerita anak-anak sahaja. Minta lalu-minta lalu.

Adli pakai baju kakak Auni. Muahahaha.

5 bulan, sama seperti kakak Auni. Berkebolehan meniarap, menelentang, meniarap, menelentang eh alamak, tersekat kat almari pula. Hahaaa.

Hanya menanti dia menjadi kombat masuk bawah meja, mengesot dengan cekap. Tapiii macam dah mula nak angkat montot je. Semua pun Adli nak buat. Tepuk-tepuk-tepuk. Tough tidak semestinya lambat. Berusaha.

Nota hijau: Meniarap sudah, berguling sudah, mengesot belum. Adli, nanti umi buatkan solid-food bubur dengan carrot dulu ye. Wah! makcik makin berusia. Tidakkk!

Bila tiada abi.

Tuesday, 13 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syurga. Lain yang dirancang, lain yang dibelinya. Hahaaa. Itulah kisah aku bila langkah panjang. Tambah-tambah bila keluar dengan orang yang memang boleh di ajak merapu meraban.


Gambar fail: Tag by Zila at FB.

Merujuk kepada gambar di atas. Hahaaa, masing-masing lupa keluarga, lupa suami, lupa abi. Senyuman mengandungi sejuta kepuasan. Walaupun hakikatnya kaki aku macam nak patah dan melecet dek mendukung Aie yang lena dalam dakapan. 

Masa ni, paling banyak bershopping dengan senyuman sampai ke telinga ialah... tu yang baju ungu dukung anak tepi sekali. Muahahaa, walhal tujuan asalnya mahu cari warmer Bean for Adli. Sudahnya warmer tidak dapat tetapi berpasang-pasang baju Auni dan Adli dibeli.

Jusco One Utama, menaiki kereta Zila dipandu oleh adik aku. Satu-satunya hero yang boleh diharap masa tu, wanita kaki shopping dan Auni. Hero kecik yang asyik mengharap dakapan emak ialah Adli. Ahahaha. Lantaklah janji puas berjalan.

Auni pun gembira sepanjang hari, hilang moodynya bila dapat berjalan lama macam tu. Kalau dengan abi sendiri dia buat perangai, jadi keluar dengan tok mama, paksu dan aunty Zila, dia agak menjaga dirinya. Dia tahu, dia tidak boleh berada jauh dengan salah seorang daripada kami berempat.

Banyak insiden lucu dibuat dek Auni ni, tengok gambar tu pun dah boleh agakkan. Paling aku tidak boleh lupa, dia buat konsert dalam F.O.S. Mentanglah tempat tu agak lapang, aku tengah menunduk-nunduk memilih stokin, Zila mendukung Adli, tiba-tiba terdengar ada budak menyanyi.

Oh! itu anak perempuan aku. OMG, cepat-cepat aku cuit dia, suruh cari paksu. Sebab, dia jalan dengan adik aku pada asalnya. Dalam hati aku gelak kemain, kepala aku tergeleng-geleng dengan perangainya. Itu belum dia dok jerit umi-umi-umi. Habis harapan makcik nak ngaku bujang sekejap.

Tengah jalan-jalan mencari tempat untuk memulangkan kereta tolak tu, masing-masing tengah layan perut, layan mata tiba-tiba macam ada sesuatu jatuh. Auni, dia boleh melompat keluar daripada kereta tolak tu. Ya Allah budak ni la kannn. Memang dia tak nangis, tapi kitorang ni terkejut macam ke hapa. Dia tetaplah dengan muka comel tu.

Aku sangat proud dengan Auni dan Adli masa ni, dorang sangat ok. Hihiii. Meragam sikit-sikit tu biasalah. Terima kasih Zila sebab sudi temankan kitorang berjalan-jalan. Balik tu, dia melepak lagi di rumah aku sehingga abi balik kerja.

Walaupun ahli keluarga ni tidak cukup, tapi hati aku sangat gembira. Puas hati dapat bawa anak-anak jauh daripada rumah sekejap. Ada satu ketika, Auni dan Adli hanya mahukan aku sahaja. Pengsan kejap. Masa ni, Adli kena mengalah.

Nota hijau: Jalan-jalan One Utama hari Sabtu. Hahaaa. Sekiannn. Kalau dengan abi ni, memang harapanlah nak sampai.

Mencabar kredibiliti.

Monday, 12 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 12312.

Aku baru je menanam azam baru, mahu mengurangkan bercakap dan menjadi seorang yang cukup tenang bila berhadapan dengan situasi di luar jangkaan. Malangnya, belum pun azam tercapai, seorang budak sudah pun mencabar kredibiliti [kebolehpercayaan] aku sebagai seorang emak.

Cuti dua hari, bersama dengan keluarga apatah lagi anak-anak memang menyeronokkan, akan tetapi apabila si anak membuat aktiviti di luar jangkaan kepala otak, OMG aku rasa macam mahu bertukar jadi hijau kemerah-merahan akibat keterlampauan rasa amarah.

Auni, nama yang tidak asing lagi terkenal dengan sifat agresif, pantas, lekas belajar, kretif dan sering memeriahkan suasana. Bijaknya dia apabila, membuat onar ketika abinya belum lagi balik rumah. Masa bersama dengan aku, elok sahaja dia bercerita, menyanyi, melukis, mewarna, tengok kartun. Bila aku lelap bersama Adli, lebih kepada terlelap sebenarnya, tiba-tiba Auni mengejut aku.

"ummmiiii, angun. nak adi [umi bangun, nak mandi]" terpinga-pinga. Menjeling jam 4.30pagi, ah sudah! minah ni ajak mandi pagi-pagi buta. Aku terbau sesuatu yang sangat wangi. Cek sana-sini-situ. Kaki terpijak lantai seakan-akan licin. Hrmmm, padanlah hendak mandi. Ting! lampu aku nyalakan.

"Auni nak mandi?, tak payahlah, kan dah wangi. ni, Auni tuang sebotol bedak satu bilik pun bau wangi" aku sua botol bedak Pureen yang tinggi, sudahpun ringan.

"nak adi-nak adi-nak adi [nak mandi-nak mandi-nak mandi]" dia meronta juga mahu mandi. Aku malas mahu layan, dan ke dapur untuk pumping susu. Elok sahaja lalu di ruang tamu, bau lagi sesuatu yang wangi. Ah! apa pula ni. Checked.

Daripada atas kerusi aku ternampak botol Rexona warna putih ungu sudah pun habis togel gelnya. Nampak benar tv tu bau hapak masam sehingga Auni pakaikan deodoran. Pasraaaaahhh sahajalah Syasya. Habis sahaja sesi pumping. Aku ajak dia tidur. Dia tetap mahu mandi juga. 

Entah macam mana, dia terpegang botol minyak serai wangi yang dia sendiri memecahkan tutupnya. Jadi, minyak di tangan dan gosok mata. Hahaaaaa. Tau pula pedih, meraung di pagi hari. Mahu dan tidak aku mandikan juga. Sabar ajalah. Aku buatkan susu, dia tidur. Tapiii tidak lama kemudian, aku terbau-bau sesuatu yang sangat wangi.

Hidung makin sempit dengan bau bedak sekeliling bilik, bau deodoran, bau minyak serai. Apa pula kali ni? Habis, dua botol minyak wangi Avon + dua batang lipbalm Metholethum bergulung-gulung dengan selimut. Oh my dear Auni. Boleh tak kamu tidur. Memang aku sudah tidak mampu berkata apa lagi, melainkan sabar-sabar. Tapi, tangan dah naik juga di telinga dia. Nangis? Auni seorang yang kental. Dia tahu dia salah, dia tidak nangis pun.

Aku tahu, normalnya bila aku sudah terlampau marah, aku bagi juga sedas dua. Lepas tu, bila aku baringkan dia sebelah aku, aku akan peluk dia kuat-kuat. Aku cakap dengan dia elok-elok, aku kiss-kiss-kiss pipi dia. Auni ialah pelengkap aku. She is a nice daughter. Dia pandai jaga adik.

Yes, mesti orang aim dia seorang yang sangat nakal rite, bagi aku sendiri yes, she is. Tapi aku tahu kenapa dia jadi aktif macam tu. Menunjukkan dia seorang pemerhati mempunyai memori yang cekap, dia juga membuat aku sentiasa beringat bahawa, aku harus menumpukan perhatian kepada dirinya juga disamping menyuruh aku mengemas rumah dengan tidak membiarkan barang-barang peribadi atau bahaya diletak merata-rata.

Tidak hairanla dia boleh tahu, setiap fungsi peralatan solek dengan baik, deodoran, bedak, losyen, minyak rambut, lipbalm, sikat, minyak wangi. Dia masih seorang budak perempuan yang cantik walaupun lasak tidak terkata.

Supergirl Auni.

Aku masih menaruh harapan, bahawa dia akan mengikut perangai abinya, tidak cepat naik marah dan cool sahaja. Tenang setenang namanya, Auni. That's why kenapa aku maintain memanggilnya Auni jika di rumah. Oni is just gelaran yang comel. Hahaaa.

Nota hijau: Lupa nak selit, malam tadi pertama kali abi nampak dia buat hal. Setengah botol minyak rambut Baby Johnson di buat lap meja solek. Kalau mahu datang rumah aku, sila beritahu awal ya, kot tak tengok sendirila, tv pakai deodoran, lantai dan almari tv pakai bedak. Ngeeee. Auni-Auni-Auni, satu dalam sepuluh.

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

Sunday, 11 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memeriahkan suasana dan menyokong penuh kawan-kawan setelah di tag oleh ibu Aqil.



Daripada el atau NYAWAKU
eh? ke nak panggil kakak ye? 


bersama kawan-kawan yang menyokong giveawaynya.

be follower

add or like their fb

Giveaway bermula pada 06/03/2012 dan berakhir pada 05/04/2012.

Kepada el or kakak el, Selamat Ulangtahun Kelahiran in advance pada 06/04/2012. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harian.

Wish me luck, jom joint sama-sama, terima kasih.

Jatuh cinta lagi.

Friday, 9 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amboiii! daripada jauh sudah nampak serinya senyuman-senyuman-senyuman sampai telinga. Jumaatkan, esok time for family. Dalam kepala masing-masing sudah pun merancang percutian, cuti sekolahkan? Bagus-bagus.

Wei, malam tadi makcik kena puji. Aduh! terasa macam jatuh cinta balik semula je tau. Eh, sudah tentulah suami makcik yang memuji. Hahahahaaa. Syasya dah sewel.

Sebenarnya, senyuman akula yang sampai telinga tu, belum lagi hati berbunga-bunga, rasa macam berdating kali pertama gamaknya hanya kerana nasi goreng. Abi, entah macam mana boleh pula memuji kesedapan nasi goreng aku. Hahahahaaa, itu pun nak ceritakan? Anyway, abi sangat susah mahu memuji orang. Jadi, bila nasi goreng kena puji, tentulah aku rasa mahu senyum aja.

Betulla kata pakar motivasi, isteri perlu dipuji. Bila dipuji, suami akan diberi layanan yang lebih baik walaupun selama ini dilayan baik-baik sahaja. Itu satu hal lagi. Tunggu punya tunggu abi balik, tidak juga balik-balik, sudahnya aku makan sendiri, siapkan beg anak-anak, siapkan baju nak pergi kerja esok dan angkat anak-anak masuk bilik.

Bila mata dah ready nak tertutup bersilang tangan dengan Adli. Auni bangun tiba-tiba, terdengar abi buka pintu rumah. Aiii dak Auni ni kan, orang mahu masuk tidur dia boleh bangun pula. Dia main-main-main sampai pagi ok. Aku memang tidak lena langsung, bergilir dengan Adli mengacau bilaukan waktu tidur mak dorang.

Sesudah abi mandi, dia kejut aku yang baru tidur-tidur ayam, satu kotak dihulur kepada aku. Mamai.

"apa ni?" memang aku tidak tahu apa yang dia hulur dan aku bangkit.

"entah, dapat di kedai KK depan tu tadi" jawapan selamba abi. Hahaha, hantu punya jawapan.

"oh!" aku belek kotak itu habis-habis. Seutas rantai dan seutas gelang emas. OMG. Aku pandang abi, yang sudah pun memasangkan gelang di tangan kanan.

"yang lama ni?" aku tunjuk tangan kiri.

"pakai je la" oh, terasa macam tamak gila mahu memakai semuanya. 

"simpan je la yang lama, pergi cuci dan turunkan pada Auni nanti" aku menjawab sambil membiarkan abi menukar rantai di leher. Eh! rasa macam dalam novel je kan.

"beli sempena apa ni bi?" aku lagi tanya. Padanla aku nampak ada cincin silver di jarinya pagi tadi. Sepanjang semalam aku tertanya-tanya, girlfriend dia yang mana satu agaknya yang beri.

"sempena hari jadi, awal dua bulan" selamba kodok jawapan keluar daripada mulutnya. Hahaaa.

"terima kasih abi, umi suka" barang kemas, emas lagi perempuan mana yang tidak suka. Wanita mana yang tidak jatuh kasihkan. 

Rupa-rupanya cincin silver tu, dia dapat percuma. Dan, aku memulangkan semula cincin suasa yang sudah tidak muat kepadanya. Eh! abi dah muatla pakai cincin suasa tu. Dah kurus. Hahaaa.

Sungguh, hari ini aku rasa mahu senyum sepanjang hari. Aku betul-betul sudah jatuh cinta lagi dengan abi dua orang budak tu. Dia masih sama seperti dahulu, suka membuat kejutan yang tidak dijangka. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Amin.

Nota hijau: Semakin hari semakin sayang. Acceh! aku belum mencuba Samsung Galaxy Tab abi. Huhuuu!

Saham emak.

Thursday, 8 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan bursa saham ok, cuma terkenang kata-kata makcik sebelah abi masa balik kampungnya baru-baru ini. Ialah, Jumaat yang lepas aku telah mengambil cuti secara tiba-tiba. Tidak sempat apply, mama dan adik mahu datang KL. 

Kebetulan, pada hari yang sama aku dapat berita datuk saudara merangkap datuk tiri abi telah kembali ke rahmatullah. Abah kepada ummi (emak tiri abi merangkap sepupu arwah emak). Minta maafla kalau pertalian ni tidak juga betul. Setakat yang aku faham, begitulah.

Bila mama dan adik sampai, kami pergi satu kereta sahaja. Ah! intro, meleret lagi. So, bila saudara mara terdekat berkumpul, berjumpala dengan cucu, sepupu, anak saudara masing-masing kan. Yang paling terbaru adalah kelahiran Adlila. Masing-masing tercari-cari dan tertanya-tanya perkembangan demok nan seorang ini, kakak Auni sudah jatuh saham.

"eh? dah besar cucu wan ni. Sya, muka Wandi la" - seorang emak saudara bergelar mak uda.

"eh, nampak dah cerah sikit. Muka bapanya juga" - seorang lagi emak saudara bergelar acik.

"anak-anak si Syasya ni, semua ikut muka Wandi" - nenek saudara terdekat merangkap emak ummi. 

riang-ria Adli.

Wawawawa... makanya, tiada saham emak lagi. Namun, mereka berdua tetap anak emak. 

"siapa nama umi Auni?" - aku.

"asya [syasya]" - Auni.

"siapa nama abi Auni?" - aku tanya lagi. Kadang jawapan dia betul, Ewan. Kadang jawapan dia...

"abi je [abi keje]" - kena praktis lagi.

"siapa nama adik Auni?" - mak dia lagi kepoh tanya.

"Adthli" jawapan dia. Semua penuh dengan kesabduan. Hahaaa. Lepas tu, sibuk bergumpal dengan adik. Lumba berenang atas tilam.

Auni the bakul.

Buah hati abi. Suka sangat patern muka Adli, Auni dan senyuman gembira abi. Ahahaha.

Nota hijau: Tidak kisahlah ikut rupa siapa pun, aku puas hati bila diorang ada depan mata. Dua-dua pun daripada rahim yang sama. 

Harum subur di hati.

Wednesday, 7 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam pada aku mengelamun, pandangan aku terlontar ke luar tingkap ruang depan rumah, pemandangan tenang kawasan perkuburan. Ye, di bawah rumah aku ialah kubur. Tiba-tiba fikiran aku teringat kepada seseorang. Kisahnya ada aku simpan di notepad yahoo daripada tahun 2004 sehingga sekarang masih belum delete. Pantas, notepad itu aku buka semula.

Terasa diri aku terpanggil-panggil untuk kenangkan sekalian memori lama ini, sebelum itu ingin aku nyatakan bahawa entry ini sangat panjang. Siapa yang terasa bosan, boleh la baca sekerat ataupun pandai-pandailah berdikari. Heheee. Shoot!!!

Dia ialah seorang kawan yang sangat-sangat-sangat rapat. Berkenalan daripada tadika sampai aku habis sekolah, dialah sahabat karib dan sahabat paling tip-top yang pernah ada dalam hidup aku. Tiada siapa yang boleh gantikan dirinya. Jika ada sekalipun ia tidak setanding jalinan persahabatan yang kami jalinkan. Betapa dia sayang aku dan aku sayang dia, dialah Ahmad Sapix bin Sakimin. Sahabat aku sampai mati.

Hye man, aku harap kau berada bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau tahu aku dah bertunang sekarang, tidak kesampai hajat kau untuk berjumpa buah hati aku kan? Anyway, dia tidak terlalu banyak beza dengan kau.  Renungan mata helangnya sama dengan kau, cuma bulu mata dia panjang dan lentik, kau tiada aset tu. Memanglah kalau betul-betul sama seperti kau, aku tak akan pilih dia sebagai teman hidup. Aku tak mahu dia sama dengan kau, buat aku asyik teringat akan kau je nanti.

Aku tahu, kau memang tak boleh berpisah dengan aku, daripada tadika sampai habis tingkatan lima kau asyik ikut aku. Masihkah kau ingat? Darjah satu, 1991.Sekolah Kebangsaan Bandar Easter. Cikgu Ahmad Kasim mengorat aku. Suka betul suruh aku picit kepala dia, benci. Tapi kita tak kenal lagi masa tu, kau-kau aku-aku. Macam mana kita boleh kenal, aku pun tidak dapat ingat. Kenangan pada tahun tersebut, naik rehat lambat, gara-gara tak dengar bunyi loceng. Kebetulan, hari itu ialah exam. Dengan muka selamba kita masuk kelas, duduk dan jawab exam dalam masa yang singkat. Bila result keluar kita dapat 100% markah. Amazing rite? darjah 1 Melur.

Naik darjah 2, 1992. Kelas 2 Melur sekolah sama. Kau ejek aku sebab aku tak ada gigi, jahat tau. Kita dilantik jadi pengawas sekolah. Sibuk betul kau ni. Di sekolah, belajarnya sikit je bila ada waktu senggang kita main timbang ceper, batu seremban dan lawan pemadam. Masuk pertandingan mewarna paling selalu, tapi dua-dua selalu menang menyertai sahaja. Yang paling aku ingat kau ni raja interframe, pantang nampak kamera kat situ jugalah kau menyelah. Balik-balik kau dengan trademark peace kau tu.

Darjah 3, kita makin aktif dan nakal, sama-sama naik tocang, maklumlah dah mula nak serasi. Kaulah paling tidak malu, main teng-teng, main lompat getah, main buaya-buaya yang semuanya budak perempuan, tiba-tiba ada engkau seorang lelaki di khalayak perempuan-perempuan tersebut. Kau memang pandai ambil hati budak perempuan sebab tu semuanya pun terpikat pada kau. Aku dapat tengok skill kau main lompat getah, aku tak main. Main pun kat sekolah agama jer, tersorok daripada orang. Dataran sekolah sudah macam acara sukan gamaknya, semua kelas ada lawan lompat getah, dan kau plak semua tempat pun kau joint, sampaikan sir Norazrin yang ajar kita BI tu gelakkan kau, bukan kau peduli pun, yang penting kau nak main. Main je la kerja kau time tu.

Kau ialah sahabat sehidup semati dengan aku. Apa tidaknya, kau sanggup menanggung amarah bebelan sir Norazrin tu, padan muka kau. Tebal tak rasa telinga apabila dengar lelaki paling handsome di sekolah tu naik marah. Siapa suruh pukul aku dengan kayu bangku? kau ingat aku ni bahan ujikaji? Sakit tau tak? takut gak kau aku nangis ye, memang aku dah nangis pun. Siapa suruh cari fasal dengan aku, back-up besar tau.

Dan lagi aku nak berterima kasih dengan kau fasal kes tak bawa buku tu. Salah aku sebab tak bawa buku, akan tetapi kau yang nak sama-sama kena marah ngan sir handsome tu, apa boleh aku buat. Sanggup kau kan? Padahal yang tidak membawa buku ialah aku, tapi kau takut aku menangis kena marah jadi, kau sama-sama kata tidak bawa buku, padahal buku kau memang ada. Cayalah kawan! Tapi sir tu tak marah kita pun kan? Mestilah sebab kita rajin buat kerja sekolah dia, selalu dapat GOOD. Biasanya papa dan mama aku yang buatkan kerja rumah dan kau tukang tiru tekap je, tu je la skill yang kau pandai. Tapi aku suka!

Darjah 4 Cempaka, still di sekolah yang sama sesi pagi pula. Erm, jadi budak besar sikit. Terpilih masuk kelas express atau kelas pandai. Entah siapa-siapa yang masuk kelas tu. Muka masing-masing skema, kita? buat-buat pandai. Subjek paling diminati darjah 4 adalah lukisan, kita sama-sama melukis lukisan daripada titisan minyak lilin, macam  lampu disko jadinya cantik. Hasil kerjasama kita berdua lukisan tu dapat A++. Satu lukisan lagi apa yer nak panggil lukisan tu, daripada water colour, percikkan atas drawing paper then tiup dengan straw, memang sempoi. Aku tukang percik kau tukang tiup habis keluar air liur kau, hahahahaha pengotor, sampai kena gelak dgn cikgu Raihan yang ajar lukisan tu. Tapi hasilnya lukisan tu dapat A++ juga, kita memang kreatif bab seni tapi pelajaran lain, alakadar je.

Sekolah yang sama darjah 5 Cempaka, dah pun besar. Masing-masing terbit rasa segan, tapi bagi kita umur bukannya apa, perangai tetap nakal, main rebut tiang, pepsi cola, dan detik paling best masa kena buat sajak ibu, pelajaran BM. Punyalah nak cari ilham cikgu Amiludin beri kita keluar daripada kelas, kau punya nak cari ilham pokok sena di belakang kelas kau panjat. Mana aku tahan tengok kau panjat, aku nak juga bertenggek atas tu, so dengan muka tidak malunya aku pun panjat, dengan baju kurung biru, pengawas lagi, kau? hanya tersengih pandang tanpa rasa percaya. Akhirnya sajak ibu dapat dihasilkan dengan baik. Thanks! kita selalu buli kawan kita, mentanglah Norezwan tu pelembut, kau dan aku tidak teragak-agak untuk mengerah dia ke kantin membeli makanan waktu rehat kita. Hahaha.

Dalam kelas kita duduk berkumpulan 6 hingga 8 orang dan kumpulan kita satu-satunya kumpulan yang ada perempuan dan lelaki berbanding kumpulan lain hanya ada satu jantina sahaja. Akibat percampuran ini jugalah, timbul satu perasaan lain macam antara kita. Kau mendekatkan diri pada aku, kebaikan kau, sering jadi tarikan pada aku, akhirnya kita jadi pasangan. Ia bermula sebaik sahaja kau dapat tali leher pengawas, kau ajar aku macam mana hendak mengikatnya, tanpa sedar kau jatuh hati dengan aku. Monkey love. Akhirnya hubungan yang tidak sampai sebulan berakhir dengan ikatan persahabatan juga, kau kata kita hanya boleh jadi sahabat sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu tambah-tambah kau sudah mula buka mata bahawa, ramai yang mengintai aku, choiii!.

Tapi, masa kita couple sekejap tu sempat juga aku merasa manisnya apabila di suruh meniup rekoder oleh cikgu Salahuddin, tidak padan dengan kecik cikgu tu garang gila, aku dikata aweknya, ces! tidak sedar dia lebih rendah daripada aku. Nyata, aku takut juga dengan dia. Dah gila, mahu aku tiup rekoder sesorang? bukan aku pandai, pandai tapi aku cuak, akhirnya kau juga yang teman aku, aku masih ingat senyuman manis dan renungan tajam kau tu sebaik sahaja kita habiskan lagu nelayan tangkap ikan.  Tapi nyatanya semua orang puas hati. Walaupun paper muzik kita macam pelajaran lain, alakadar.

Darjah 6, sekolah dan kelas yang sama tetapi terasa sedikit jauh, sama ada kau menjauhkan diri dari aku atau pun aku yang tidak perasan kewujudan kau. Kau kata aku dah ramai orang minat, tambahan pulak aku selalu terpilih mewakili sekolah dalam macam pertandingan. Aku tidak suka waktu itu, banyak pilihan yang aku terpaksa buat, antara sukan, belajar dan kehidupan peribadi, semuanya terbeban dalam tahun 1996. Aku mula aktif, bangkit dalam segala macam sukan. Semua orang bagaikan baru tersedar akan kebolehan aku, kecil bukan sebarangan. 

Tambahan pula kita terikat dengan UPSR, hah! Nak exam besar kita rupanya. Aku dapat 3A 1B apa result kau? Biasanya result kau dengan aku tidak akan jauh beza. Hanya sipi-sipi sahaja. Actually, aku teringat kau kata, relax lah kita punya paper BI tahun pertama format baru, mesti soalan dia senang-senang. Confirm boleh score punya. Dan terima kasih atas nasihat kau tu, paper BI aku A paper matematik aku yang B. Sampaikan cikgu Sehat datang rumah aku. Dia tanya kenapa aku dapat B, dia risau cara dia mengajar aku tidak boleh terima. Padahal aku yang over konfiden matematik aku A.

Kau kasanova ligat mengurat Maizurah budak kelas 6 Mawar [jika tidak salah], cantik orangnya macam anak orang putih, tidak sesuai langsung dengan kau, tapi Maizurah pun suka kat kau kan? Bestlah korang. Masa tu, Fitri kumpulan UNIC [sekarang] tu tengah masuk line. Mentangla kacak, anak ustazah selepas mengorat Arbayiah, dia mengurat aku  pula mentanglah aku ni eskod Bayiah. Cerita lama. Dia sudah berumah tangga pun. Kenangan yang terindah je. 

1997, Muka kau lagi. Kau kejar aku sampai Sek. Men. Keb Tun Habab! Satu kelas lagi. 1RKA, Rancangan Khas Agama belajar Bahasa Arab. Erm. Kau-kau aku-aku, tapi bila mahu balik kampung hujung minggu, kau dok bermesyuarat. Anggotanya sudah tentula aku, Imam, Ar sebab kita semua sekampung. Biasanya kaulah jadi ketua dan kaulah yang paling cepat merapu, bukan je merapu tapi agenda tidak masuk akal langsung. Tension kitorang.

Naik tingkatan 2, kita jadi pengawas. Aku pengawas kau pun pengawas juga. Menyibuk sungguh! Masa ni kita bergaduh hebat, mentanglah kroni kau dah ramai, hidup pula berdikari jauh daripada ibu bapa, kau ambil kesempatan membuli aku, kau halau aku daripada mengekori enkau. Kau fikir mahu sangat ke aku dengan kau? Mentanglah aku ni insan lemah [acecececeh!] Terngiang-ngiang suasana kelam kabut kelas hari tu, bising sebab tiada guru mengajar. Kita berlawan cakap. Bidas-balas-bidas-balas akhirnya hati aku terusik juga apabila ayat ini keluar daripada mulut kau.

"wei Nurul, kau belah la, asyik tgk muka kau je!" huh!. Mana boleh aku berdiam diri, sudahlah semua orang sedang memerhatikan pergaduhan antara kita. Aku lawan juga, tapi aku rasa sedih sangat, aku bukan ikut kau. Bukan mahu kau sangat pun, aku dapat tawaran sambung belajar di sekolah ini, mana aku tau. Then lepas tu kau tolong aku kira berapa ramai pakwe aku masa dulu-dulu, terima kasih kawan. Habis, orang mahu kawan dengan aku, so kawan je la kan? 

Masa ni juga paling best ialah minggu suai kenal, padan muka kau, baru kau mengaku aku ni kawan kau, akibat daripada mahukan tandatangan abang Zaiful Nizam [along aka suami bonda WiyaWaiz] tu, kau terpaksa mencari aku terlebih dahulu. Padan-padan-padan. Malu-malu cipan kau ye datang jumpa aku, mengaku kawan aku….hahahaha! syurga.

Tingkatan 3, kelas sama-sekolah sama. Kau tetap kawan aku, tapi kita sudah ikut perangai sendiri. Sudah tidak semesra masa kita dahulu. Masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Puppy love sendiri-sendiri-kuah asing-asing. Akan tetapi satu yang aku suka, kau tetap datang rumah aku setiap kali hari raya Mama aku pun bukan main suka kalau engkau menjengah sebab kau rajin bercakap dan sesuai dengan mama aku tu, bercakap tanpa henti-henti. Tahun 1999, PMR. Macam mana result kau? sudah pastilah lebih kurang aku je. Hahahahaha. Sama-sama banyak kali nak kena gantung asrama result exam turun naik. Bila result PMR keluar kita terpisah. Aku terus di sekolah yang sama tapi kau balik kampung menyambung tingkatan 4 dan 5. Kita berpisah akhirnya. 

Aku tetap menelefon engkau walaupun kau sudah jauh daripada aku, tukar-tukar cerita kau di sana-aku di sini gitu. Masih ada rindu. Mestilah cuba kita berapa tahun kita berkawan? Daripada kita mula-mula masuk sekolah. Aku tanya kenapa kau sudah tidak kuasa mengikut aku lagi. Kau hanya ketawa. Kau kata kau dah malu mahu bersekolah sama dengan aku, rekod baik tidak seperti rekod engkau. Lagi, kita hanya kawan sampai situ je lah, kau mahu aku menjaga diri aku sendiri sebab kau sudah jauh, poyo macamlah aku tidak boleh hidup tanpa kau. 

Tingkatan 4, tahun 2000. Aku memilih 4 sains 2, masih di sekolah yang sama. Pior sains Kimia, Fizik, Biologi, Matematik tambahan, macam mahu menyuruh kepala aku pecah gamaknya. Sudahlah, bercampur dengan kawan-kawan baru, daripada kelas-kelas yang dahulunya kelas biasa. Aku kena biasakan diri selepas Ungku Nur Shahida pindah sekolah, tempatnya diganti dengan Rahifah. Kawan perempuan tetap aku hanya Rahifah dan Haliza. Kau mesti kenal dengan Haliza, tapi kau tidak kenal dengan Rahifah, dia pelajar sekolah Arab masuk sekolah biasa. Sampai sekarang aku masih berhubung dengan dorang berdua. 

Aku suka pada seorang bernama Farhan. Gedik. Hehehehe. Dia budak Sungai Ara, pakai cermin mata. Sumber inspirasi aku datang sekolah. Kitorang bertekak, bergaduh, belajar, copy meng’copy’ kat sekolah, dia satu rumah sukan dengan aku rumah Tuah. Suka mengacau-bilaukan hidup aku. Dia tidak tahu aku suka dia. Dia layan aku macam dia layan budak pempuan lain, aku lebih sikit dibulinya fasal aku tidak tahu mahu marah bagaimana. Dia tu boleh tahan tapiii macam sewel sikit hehehehe. Sudah berumah tangga pun.

Tingkatan 5 paling penting SPM, 2001. Tahun ni, banyak cabaran dalam hidup aku. Aku kawan dengan ramai orang dan mula kenal dengan banyak perangai akan tetapi kawan setia aku tetaplah Haliza dan Rahifah juga. Sudah 17 tahun umur aku. Boyfriend? ramai sangat, special je tidak ada. Habis SPM semua orang dengan haluan masing-masing termasuklah aku. Semua IPTA-IPTS aku try dan aku hanya tersangkut pada pilihan yang terakhir. Masa ni aku kawan dengan Rano. Kau kenal dia? aku tidak pasti. Intan yang tahu aku kawan dengan dia, macam mana aku terkawan dengan dia? Adalah, bak kata siti biarlah rahsia.

Aku dapat further study di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, KL. Bidang kemahiran, sebab aku ni kurang bijak akademik. Kisah aku pun bermula, kawan dengan Rano sehari sebelum aku berangkat ke ILPKL. Dia lelaki baik, paling murah dengan senyuman, paling sopan, paling hormat dan paling cool. Macam tidak sesuai sahaja aku dengannya, aku kan ratu padang sekolah. Aku ingat aku masuk ILPKL tiadalah orang yang kejar rupanya jodoh aku di situ.

Erm, dia selalu usik aku, macam Farhan buat pada aku, macam kau buat pada aku, tapi dia memang suka mengenakan aku, part gaduh tu memang sama la dengan pergaduhan kita dulu-dulu, bukan calang-calang, siap tangan kaki pun naik. I hate him. Aku kawan dengan budak Johor [sudah berumah tangga sekarang] aku clash dengan Rano, tidak padan dengan perempuan aku ni. Tapi tidak lama so aku kawan dengan mamat yang suka cari fasal dengan aku. Baik-gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh balik sampai 6 bulan. Habis satu sem. Masuk sem dua, barula ada rasa sayang, rindu dan mungkin cinta. Blllluuuuueeekkk! 

Aku sambung belajar di ADTEC, Shah Alam sama dengan mamat tu. Dia semacam terkena badi kau pula, suka ikut aku. Hahaaa, sorry abi. Then, kau pernah jumpa aku kebetulan aku balik bercuti. Kau tengah melepak dengan kekawan kau kedai fasa 1 tu. Aku sedang memboceng motor adik. Tiba-tiba nama aku kena panggil. Kau canang pada orang-orang di situ bahawa aku ni tidak besar-besar. Sama je dulu dan sekarang. Kau je berubah, sekali aku jumpa, badan kau macam pelampung, kali kedua jumpa kau dah kurus sikit, dan...itulah kali terakhir aku tengok kau.

Aku bergaduh dengan special boyfriend aku, kebetulan pula kau menelefon, ah! panjangnya ceramah kau. Makin kusut kepala aku jadinya. Masa itu juga kau mahu berjumpa insan yang berjaya memiliki hati aku ini kau tetap mengingatkan aku bahawa kita tidak boleh bersama melainkan, hanya kawan. 

Semester tiga di ADTEC, Tahun Baru Cina aku tidak pulang ke kampung, aku terima berita sedih daripada orang-orang yang tidak pernah aku sangka, terima berita daripada orang-orang yang tidak aku syak langsung dorang akan menghubungi aku. Kau telah meninggalkan aku, kau pergi jua untuk selama-lamanya. Kita berpisah terus apabila kau terlibat dalam kemalangan. Aku tidak tahu mahu kata apa lagi, selaku orang yang pernah hidup disamping engkau aku terasa amat tidak bersedia untuk kehilangan kau. Dua minggu aku menangis kerana kau, kekasih hati aku sudah puas memujuk. Kau pergi juga kawan. Aku doakan kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Tidak lama selepas kau pergi aku juga kehilangan bakal emak mertua, berita kedua paling sedih sepanjang hidup aku. Aku sudah bertunang dengan orang pilihan aku sendiri. Terima kasih kawan kerana sudi menjadi kawan aku. Terima kasih yang tidak terhingga. Aku akan kenangkan semua lipatan memori kita dalam doa aku. Al-Fatihah.

Nota hijau: Di lingkaran diamku termangu, terkenangkan kembali, saat indah aku bersamamu, dibelai cinta suci. Sewaktu kelukaan hatiku, kau datang dan memberi, taburan bungan cinta sucimu, harum subur dihati. Tapi kini kau pergi, tinggalkan aku sendiri, mengusir sepi, mengusir rindu, terpisah selama-lamanya, kau pergi dariku. Titisan airmata dipipiku, memanjat doa suci, aaat indah aku bersamamu, masih tetap di hati. Cintaku masih untukmu, rinduku masih padamu, biarpun kita terpisah jiwa, namamu tetap dikalbu. Kusemadikan cintaku, didalam doa kudusku, kepada Tuhan aku meminta, damailah engkau di sana, mengadap Tuhan yang Maha Esa.

Aku bersyukur mengenali diri insan bernama Ahmad Sapix bin Sakimin ini. AL-FATIHAH. Sorry, dan terima kasih sudi membaca. Macam tidak belajar langsung aku ni kan? hahahaaa. Gambar kemudian nanti.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in