5 bulan ini.

Wednesday, 29 February 2012

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Tidak pandai meniarap apatah lagi mahu mengesot. Hanya mampu menjadi ulat gendon menyebabkan dua kali tersodok tiang jatuh tilam dan melanding lantai marmar sejuk di bawah katil. Kesian-kesian.

Hanya memakai baju bersaiz satu tahun dan ke atas juga mengenakan lampin pakai buang Drypers bersaiz L. Sudah pandai senyum penuh perasaan sambil melompat-lompat ketika di dalam besen semasa mandi. Tidak mengambil kira kesakitan pinggang dan kelenguhan tangan emak yang sedang menyokong untuk mandi.

Sedang mengalami keguguran rambut di mana proses untuk penumbuhan rambut baru menyebabkan sedikit botak dan rambut pacak ala Beckham tidak kelihatan. Roman wajah tetap manis. 

Sangat peramah ketika di tegur dan sangat alert ingin menyampuk apabila mendengar namanya disebut-sebut oleh pengasuh. Sering menjadi model ketika sudah mandi mahupun pertukaran Drypers. 

Sangat mudah diuruskan dan tidak begitu cerewet untuk tidur. Hanya diberikan susu perahan dan biskut Milna di rumah pengasuh selama satu hari. Jarang tidur sewaktu dihantar dan pulang daripada rumah pengasuh.

ubi rebus-ubi rebus-ubi rebus :)


Yes, buah hati aku Adli yang sudah pun mencapai 8.3kg. Oni masa 5 bulan baru 7.3kg. Hohooo. Semangat-semangat.

Aku sudah tidak sabar untuk membuat frozen solid food for Aie, kena cari bekas ais yang bertutup, membuat puri dan membeli warmer. Huyeee. 

Nota hijau: Sifir setiap pagi. 8kg Aie + cooler bag (3 ice-pack+4 botol x 4ozs susu) + beg baju = ????? ada tak sama berat dengan emak yang pikul semua di atas? hahahahaaa. Sabar je la. 

Sesat.

Tuesday, 28 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jangan ditanya tentang selok belok jalan raya atau pun tempat di Kuala Lumpur ini kepada aku, memang sesat barat la jawabnya. Aku hanya lulus untuk pergi dan balik kerja sahaja. Itu pun seringkali aku berdoa supaya tidak ada sebarang halangan ketika melalui jalan tersebut hari-hari.

Rugi betulkan? Okla, aku hanya tahu jalan untuk pergi ke One Utama, jika melalui opis aku. Ikut jalan belakang gitu tapi yang jadi malangnya, bila dah sampai One Utama, aku akan sesat barat di dalam sana meskipun peta terbentang depan mata.

Aku memang failed. Aku hanya suka mengekor orang yang lebih tahu selok belok di dalam One Utama tu. Begitu juga di Mid Valley, The Mines Shopping Center, Jusco Aeon yang besar-besar tu sah, memang sesat. Itu belum masuk Alamandala, Sogola, apatah lagi tempat yang sangat jarang aku pergi.

Pernah sekali dahulu, mahu berdating dengan abi. Abi daripada rumahnya, aku daripada rumah sewa sendiri di Puchong bertemu di Mid Valley. Bas daripada Kinrara terus berhenti di Mid Valley, pandai-pandaila berdikari sebaik sahaja turun daripada bas, kerana bas itu bagaikan berhenti nun betul-betul terpaksa menyeberangi 2 batang jalan besar. Nasib mungkin, boleh pula aku bertemu kawan satu asrama dahulu dengan tidak disangka-sangka.

"pergi kat wayang, tunggu kat mcD" aku tau tempatnya. Aku tau panggung wayang tu di tingkat atas memang ada mcD, ada tempat boling sekali. Jadi, insan bernama aku ni pun masuk Mid Valley. Lost. Totally lost bila kaki berada dalam Mid Valley tu. Entah berapa kali aku melefon abi masa tu, siap guna public phone kerana kredit habis. Akhirnya, aku tunggu sahaja di restoran bernama DOME. Tunggu di depan je, bukan dalamnya. Tunggu sehingga abi datang. Manja betulkan? Hahaaa.

Itu kisah masa bujang-bujang dulu, bila dah beranak dua ni lagiii la aku jadi weng-weng. Dapat pergi One Utama tu pun sudah cukup heaven. Abi memang susah hendak ke One Utama ni, jangankan One Utama kedai Satu Malaysia tu pun dia buat-buat tidak tahu sahaja. Hihiii.

Bila aku dengan kawan baik aku, siapa lagi kalau bukan Zila, kitorang ni kategori kaki jalan juga, normally selalu ukur Sungei Wang, Sogo, Jalan TAR dan banyak kali juga la kena perli dengan abi dek tabiat gemar berjalan cuci segala tu. Jadi, sementelah Zila rajin benar nak pick-up aku di opis dan ke One Utama, misi dia mahu makan di foodcourt Jusco.

Punyala mengukur daripada hujung ke hujung, daripada atas turun ke bawah bangunan One Utama, kaki sudah lenguh perut sudah lapar, natang yang bernama foodcourt Jusco masih juga tidak kelihatan. Akibat daripada kegagalan mencari foodcourt, mata pun tersinggah di restoran kegemaran aku dan budak opis, Dave's Deli. Sini sahajala santapan tengah hari di hujung-hujung bulan ini.

Bila perut kenyang, satu hal lagi mahu cari tempat letak kereta. Zila sendiri boleh lupa di mana keretanya berada. Jalan mudah, kitorang cari tempat parking dengan menggunakan huruf di tiang-tiang parking. Eiii! kitorang memang macam ni bila berdua. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia juga tahu walaupun kegemaran berjalan itu ada, tapiii kitorang memang suka main aci redah sahaja.

Muka lapar.

Beloved fren, Zila bersama Footlong nya. Menu kegemaran aku.

We was here. Noted.

Bila sesat, kitoang akan buat keputusan singkat dan terjah je mana-mana kedai yang ada di depan mata. Lepas tu, kitorang suka kenangkan semula atau bercerita dengan kak Azi akan kesesatan kitorang bila berjalan tanpa dirinya. Heheee.

Nota hijau: Apa yang nyata, perangai aku bila dengan Zila memang macam dahulu-dahulu juga. Siapa sangka muka emak Oni dan Aie ni di cop sebagai pelajar lagi. Muahahaaa. Nanti kita buat perangai gila-gila macam ni lagi ek? hehe. Bila sesat, kita redah je macam biasa.

Hasil pertama setelah 28 tahun.

Monday, 27 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syasya buat kek. Hahaaa, hambek ko hujan turun dengan lebat siap guruh bagai mengiringi emak beranak dua ni  setelah selesai membanting tulang didapur hanya kerana Kek Batik. Eh? ke biskut? Tidak mengapala ikut kata sifu, Kek Batik mamaMika.

Dengan penuh bersemangat menyediakan bahan-bahan untuk membuatnya, terpaksa mengebalkan diri dek panahan pandangan abi yang sinis semasa memilih, membelek dan membeli bahan-bahan tersebut. Bila sudah terkena panahan mata haruslah kena buktikan akan kebolehan membuat kek yang super senang.

Memang senang, just follow the recipi but ianya menjadi sukar kepada aku kerana aku bukanlah seorang pengguna tegar dapur. Aku adalah beginner untuk proses masak memasak, telur goreng pertama untuk abi = agak rentung. Hehe. Ala-ala Zara dalam Vanilla Coklat. Ye, aku serupa itulah.

Masak lauk biasa pun aku agak neves, apatah lagi membuat kek. Kiranya kek batik ini merupakan, kek pertama buatan tangan aku. Gigih dan perlu semangat as membuat stok susu for Aie. 

Menggunakan masa tidur Oni dan Aie, makanya aku pun berperang. Keletung-keletang-keletung-keletang, dan semasa menuang bahan di dalam bekas, aku tidak lupa untuk menghidu bau keharumannya. Pergh! rupa ada walaupun agak comots, bau ada memang sedap lagi mengancam dannn rasa? kena tunggu beku dulu. Tak sabar nak rasa, asyik ulang alik-ulang alik buka tutup peti sejuk. Boleh?

Nomb-nomb-nomb...

Keesokkan harinya adalah ketidaksabaran untuk memotong kek. Wah! kata Oni. Baru sepotong aku letak dalam pinggan, lesap. Letak lagi sepotong pun hilang. Ya, Oni like it walaupun agak pahit sedikit. Mahu tidak pahit, sifu kata letak koko 4 sudu, aku belasah 5 sudu. Hihiii! Pior gittu.

So memang terbaiklah, harus menjamukan baby-sitter Oni Aie dan bawa pergi opis. Yeay, teruja. 

Nota hijau: Practice make perfect, thanks mama Mikhail for recipe. 

4botol x 120ml + Milna = Aie.

Friday, 24 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy, minggu ni bekalan for Aie mencukupi, walaupun dah terlepas kata kepada kak Ana. 

"kalau rasa tidak cukup, beri fm yang ada tu kak Ana, dah beli sayang juga tidak diminum" emak Aie berkata sewaktu proses memindahkan bekalan 4botol x 120ml susu ibu. Tiada yang mustahil pada kak Ana. Jujurnya, dia lebih pakar mengendali kehendak anak-anak kecil yang diasauhnya.

Sebaik sahaja aku balik daripada kerja, aku hanya membawa 2botol x 120ml sahaja setiap hari. Jika ada extra sebotol pun hanya tambah 60ml hingga 70ml. Ya, buat pengetahuan aku memang tiada stok yang banyak-banyak-banyak macam emak-emak breastfeeding tegar yang lain.

Jadi, aku kena gigih untuk maintainkan bekalan 4botol x 120ml setiap hari tidak kira macam mana gaya dan rupa pun. Jadual mengepam aku juga hanyalah pada jam 10.30pagi - 11.30pagi dan 4petang - 4.45petang. Aku mengepam di surau jadi pada sebelah pagi aku boleh rileks sedikit berbanding sesi pumping sebelah petang kerana orang keluar dan masuk surau. Agak mengganggu aktiviti walaupun sehabis daya aku membuat muka tembok.

Segan je nak interframe. Hahaha.

Sebaik sahaja balik opis, segera aku menyimpan susu dibahagian atas dan turunkan 4 botol untuk dicairkan bekalan untuk hari esok sebelum aku bergerak mengambil Aie dan Oni di rumah kak Ana. Kadang-kadang aku terus aja ambil dorang, yang malasnya kak Ana suka bersembang dan yang bestnya bila dah terjebak aku berat kaki nak balik cepat. Hahahaaa.

Kak Ana suka menginterframe mak Aie ni. Dialog biasa kak Ana untuk memberi semangat kepada emak anak-anak yang diasuhnya.

"emaknya dah la kecik, anaknya semangat, suka naik tangga. Mana tak semput" kak Ana say. Aku sengih je.

"badannya kecik tapi susunya banyak, susunya pekat. Susu formula pun ada tak buka lagi" kak Ana berkata lagi.

Alhamdulillah, Aie terus menggebukan diri. Eh? tak boleh panggil gebu sebab Aie ni agak kecoklatan jadi Aie terus mendemokkan diri. Apatah lagi, setiap 4botol itu dicampur dengan sekeping biskut Milna. Wuhuuu, yes my Aie sudah pun makan biskut. Hahahaaa.

Sama seperti Oni, 4 bulan dah makan. Badan pun, macam dipam-pam. Tapi, Oni ye menggebu. Aie is mendemok. Ok sambung part menyusu tadi. Bila semua sudah aku hangkut balik rumah. Terlebih dahulu haruslah aku bermain dengan anak-anak. Gurau-gurau, main babacak, nyanyi. Aie mahu cap gantung punya terus dia tidur sampai pagi. 

Bila dia dah tidur, aku akan mandi dan masak. Kalau rajin. Kalau tidak, pasang DVD korea sambil menelefon mamak. Delivery sahaja roti pisang dua keping bersama horlick panas. Bolehla aku main masak-masak dengan Oni. 

Sebelum tidur, aku akan pastikan beg anak-anak sudah disiapkan. 3 helai baju Aie, 3 helai baju Oni. 8 keping Drypers L size untuk dua orang. Aie share pampers dengan Oni.

Jam 2.00pagi - 3pagi ialah sesi Power Pumping sebelum Aie bangun untuk menyusu pada jam 5pagi. Yes, itu la rutin pumping aku. Dan pagi itu jugala aku terhegeh-hegeh nak gosok baju kerja, nak mandikan Oni, nak kemas pumping bag. 

Siap-siap tukarkan pampers Aie dahulu dan angkut semua bag, jam 7.15pagi aku sudah pun keluar daripada rumah menuju rumah kak Ana. Rutin seterusnya bermula semula.

alaaa rambut tak pacak. 

lihat rambutku? pacakkan? hasil terkenan david Beckham. 
tolong-tolong pipi saya berat.

Hujung minggu? yeay. Abi agak jarang nak bawa kitorang jejalan. Paling-paling dia bawa Oni je sebab tidak larat nak tengok rumah bersepah. Hihiii. Kalau dapat berjalan itu adalah bonus. Eh, menyimpang cerita lagi. 

Nota hijau: Kepada emak-emak baru, silalah menjadi emak breastfeeding yang struggle ok. Sangat banyak manfaatnya. Nasihat emak Aie yang tidak berapa tegar :D Ampun kepada yang tidak suka entry breastfeeding saya ni ya.

Kau pergi jua.

Thursday, 23 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Esok dah Jumaat, pakai uniform balik semula. Masa-masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Hampir seminggu juga dia meninggalkan aku dengan Haliza. 

Ma'oi kalau part posing, kemain.

Selamat tinggal bos sporting, selamat tinggal bos details, selamat tinggal bos yang tidak terlalu bossy, selamat tinggal bos kacak, selamat tinggal bos suka berbahasa melayu, selamat tinggal bos suka ketawa, selamat tinggal bos kuat makan, selamat tinggal bos gosip, selamat tinggal bos suka bercerita, selamat tinggal bos skema, selamat tinggal perasa makanan, selamat tinggal leader team tapao dan selamat tinggal kawan.

Minggu terakhir bersamanya, penuh dengan hilai tawa. Hari terakhir bersamanya, aku bagaikan berat hati nak melepaskannya. Sedikit bergenang air mata aku dibuatnya. Jasanya, walaupun tidak lama dia menjadi bos aku, tapi ianya cukup memberikan impak dan pengajaran yang banyak.

Dalam pada sibuk bergurau, bergelak ketawa bercerita dia suka menyelitkan unsur nasihat, tips yang boleh diguna pakai. Dia seorang bos yang sangat tidak lokek dengan ilmu. Dia berkerja dengan stail dan gaya tersendiri. Setiap kerjanya walaupun nampak leceh, namum ia tetap memberikan faedah untuk masa akan datang.

Wuuu... camera HTC Raymond, cantik betul image dia. Smooth.

Terima kasih mr RAYMOND MAH. Walaupun, kita hanya berkenalan tidak sampai 3 tahun seusia tahun kita sama-sama melangkah ke kompeni ini, ia tetap memberi banyak pengajaran yang sangat berguna untuk I dengan Haliza. Kami seronok mendapat bos seperti anda. 

Hopefully, impian kita untuk membuka kedai Ca Koi akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Eh! kita nak buka kedai kraft juga kan? Hrm, macam mana dengan kedai pengangkutan perpindahan? Andai, satu hari nanti kita dipertemukan, kita lihat siapa yang lebih berjaya. 

Wishing you all the best bos.

Mujur tempatnya diganti dengan Mazerah, walaupun memegang jawatan berlainan tapi hari-hari lebih terisi. Sekurang-kurangnya, Maz menambah lagi bilangan Melayu dalam department aku.

Nota hijau: Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Kerja harus diteruskan walau siapapun ketua kita untuk masa akan datang. Tak dapat buat qulling card untuk Raymond. Sob-sob-sob.

Janganla cium saya.

Wednesday, 22 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru je berangan hendak pekena kuih donut bersama milo panas sambil berborak mesra dengan Mas dan Liza pada hari semalam. Konon-konon breakfast sambil menikmati keenakkan keseronokkan berjamboria.

Aku yang memandu sambil berangan ni, masih lagi menumpukan titik fokus dengan kereta hadapan. Mengekalkan jarak dengan satu treller boleh muat di ruang depan. Hahahaha, itu la aku. Aku memang seram wooor nak cium montot kereta orang lain, apatah lagi yang dihadapan itu BMW, Compressor, Honda dan selainnya yang mewah lagi gah. 

Walaupun hanya sekadar Waja. Namun, aku tetap gah bila berhadapan dengan Kelisa atau Kancil apatah lagi Viva. Wah! dah berbaur riak ni. Acah je, setiap hari aku berkeadaan seperti pemandu baru ok. Jadi, aku hormatkan semua pemandu-pemandu jalan raya yang lain.

Apa yang kau merepek ni syasya. Ngeee. Okok, so tengah best layan Johara Era, tiba-tiba "bammp!". Eh? kereta aku ke yang kena tu? aku memanjangkan leher melihat cermin pandang belakang. Saga. Then, aku pandang kanan tepat-tepat abang polis trafik suruh parking tepi. Waja kena kiss. Oooohhhh! terkejut makcik nak.

Aku signal kiri. Bertukar lorong paling kiri, lampu hazard aku pasang. Cewah! bila lagi tu kan. Saga pun berhenti belakang aku. Wooooo, kulit Waja sudah tersopak ni. Menggigil, apa aku nak buat? Call abi la, si empunya Waja. 

"tunggu kat situ!" arah abi. Arahan seorang polis. Erk! Ok, tunggu sambil membelek-belek kecacatan yang telah ada. 

"boleh cari tempat lain tak? parking sana tu sekejap" arah seorang anggota polis trafik lain. Well, depan KWSP ke PPUM tu, memang ada 3 orang polis trafik setiap pagi. 

Aku masuk kereta, tumpang halaman sebuah kedai jual bagasi. Sekejap je pun, hanya tunggu abi. Ikutkan hati memang aku mahu angkat kaki je, ambil la claim ke, buat report ke but abi say TUNGGU! Siap polis trafik suruh aku buat report. Bayangkan dia tengah mengawal lalulintas, boleh pula dia menyuruh aku buat report sambil tunjuk-tunjuk jam.

Tidak lama kemudian, abi pun sampai dengan Kelisa. Call sana-call sini, diskas sana-diskas sini. Sementara tunggu abi datang tadi, kroni budak student tu dah pun ramai. Kalau betul katanya dia student, hampir satu kelas la yang datang sedangkan aku hanya dengan abi sahaja. Dorang yang salah.

Siap mengaku, dia boleh tengok tempat lain. Seronok sangatla tu bersembang kan sampai lupa nak tekan brek. Mujur lagi abi datang dengan seluar pendek, muka baru bangun tidur. Kalau dengan uniform? tak ke goyang lutut? aku kena tegur dengan polis trafik pun dah gabra.

Jadi, pada hari semalam dapatla melaram dengan Kelisa. Abi uruskan semuanya. Report dan claim, memang kena cat semula la gamaknya.

Ciuman sayang, membuatkan duit pun terbang. Love bite gittu kan. Habis peeling kulit I tau.

Bila kena macam tu, menggigil satu badan. Sampai opis pun dah lambat. Balik pun harusla lambat kerana kompeni aku mengamalkan sistem fleksibel hour. Jam 6 petang, aku angkat kaki. Demmit, jammed teruk. Takkanla jam 6 dah jammed? 

Just follow the flow, tadaaa. Patutla jammed, got an axcident. Kemalangan maut mungkin. Menggigil kena langgar pagi tadi belum hilang habis, sebelah petang disaji pula dengan seorang lelaki terkedang di devider jalan. Owhhhh! makin kencang degupan jantung aku dibuatnya. Terus aku gagahkan juga untuk memandu pulang.

Nota hijau: Malang tidak berbau. Kita berhati-hati, orang pula buat suka hati. Aku selalu memperlekeh sticker pada cermin belakang kereta hadapan, "pastikan jarak anda", "do not kiss my bump" dan sebagainya. Sekarang aku tahu, betapa pentingnya pesanan itu walaupun nampak enteng.

Best moment di hujung minggu.

Tuesday, 21 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 21022012.

Hujung minggu, pasti dinanti oleh para ibu yang bekerja. Mana tidaknya menjadi surirumah sepenuh masa biar pun hanya untuk dua hari. Misi aku minggu ini adalah, membuat stok susu untuk Aie dan menghabiskan menonton DVD Princess Presecutor.

Lain-lain, macam biasa masak, kemas rumah, cuci baju. Sambung lagi kalau abi tidak bekerja hendak keluar membeli kasut. Oh, permintaan terakhir tu tidak boleh diimpikan tinggi sangat, karang buat hati sedih aja.

Dan lagi, part paling menarik adalah sesi berguling, meniarap, menari, bercerita, bermain, beradu dengan anak-anak. Bagi emak yang berkerja, hujung minggu bersama keluarga adalah detik paling bahagia walaupun menjadi bibik tidak bergaji.

Merasakan masa dengan anak-anak adalah terhad, jadi gunakan sebaik yang mungkin. Walaupun, tangan macam lipas kudung bila dua-dua hendak melekat dengan emak. Bila dua-dua menjerit, meraung di tangan abi. Bila dua-dua mencari emak untuk menghayalkan diri mengambil feel untuk tidur.

Oni sangat sayang dengan Aie, Oni akan jaga Aie bila aku mandi dan buat susu untuk dia. Oni akan datang dengan mainan bila aku tidak sempat menjengah Aie. Oni sanggup berlari kiri kanan kiri kanan atau pusing-pusing Aie untuk menghiburkan Aie. Paling best bila dengar dia menyanyi untuk Aie. OMG, Oniii. I love you so much.

 Aku pun pakaikan Aie warna pink kan... hahaaa.

Yes, Oni is the best kakak forever. Dan, bila datang sengal dia, habis dikerjakan Aie. Kesian Aie jadi mangsa. But Aie, you looks great with the kakak Oni's scarf. Hehehe. 

Itu belum part, menarik selimut atau bantal yang Aie guna. Bila mengamuk, sudah ada perangai mencampak segala jenis mainan depan mata silap-silap kena Aie. Aie hanya pasrah, rela hati dibuat dek kakak. Dalam fikiran dia, kakak aku niii. Macam singa lapar bila mengamuk.

Bila Oni mahu tidur, dia akan cari aku untuk peluk tangan emak dia. Bila adik tidur, dia akan tidur sama untuk bersebelahan dengan aku. Apa yang seronok bila bangun daripada tidur, adik-beradik ini sangat jarang menangis sebaliknya, mereka akan menghadiahkan senyuman paling comel untuk emak dorang. It's cute sweet right.

Jiwa raga aku.

Macam manalah aku tidak rindu dendam bila di opis. Paling seronok ialah, pabila abi masuk campur tatkala aku dan Oni main kombat-kombat, panjat turun sofa, berlari keliling meja. Hahahaaa. Sila percaya kerana ini benar ok. Tidak lama lagi Aie akan menyertai aktiviti ini.

 
 Seluar kakak, Aie sarung.

Nota hijau: Bila malas masak order je. Delivery senang.

Bersalin secara normal.

Monday, 20 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesinambungan daripada entry kali lepas. Alhamdulillah, setelah Oni genap berusia satu tahun setengah bulan, projek menambahkan ahli keluarga pun bermula. Itu pun setelah memikirkan dan menimbangtara segala mak nenek risiko yang akan ditempuhi nanti.

Sebelum misi bermula, terlebih dahulu aku mengkaji kaedah bagaimana hendak mendapatkan anak lelaki. Siapa kata aku menolak tepi petua-petua para biologi yang telah bersusah payah mengkaji bagaimana cara untuk menentukan jantina anak.

Oleh kerana masa Oni, main aci redah sahaja maka yang keluarnya ialah girl. Jadi, untuk mendapatkan hasil anak lelaki aku telah mengamalkan tidak memakan ayam. Aku pun tidak tahu mengapa, selera ini bagaikan tahu-tahu sahaja aku suka makan ikan. Dan, yang aku pesan kepada abi ialah pabila menembak, hendaklah menembak secara kuat. Ini kerana, mengikut pembacaan bahawa si sperma yang aktif akan membawa gen anak lelaki. Tehehehe, gila malula nak taip.

Memangla kita tidak boleh menaruh segala kepercayaan, akan tetapi sedikit berusaha apa salahnya bukan? jika dimakbulkan itu adalah rezeki lebih, jika tidak dapat itu pun dikira rezeki juga. Anak-anak penyambung generasi.

Bulan ke lima pergi scan, tersengih panjang bila mendapati Aie bergerak sangat aktif dan jelas keburungannya. MamaMikhailla yang biasanya menjadi mangsa tempat aku mengadu bahawa Aie suka main bola dalam rahim. Aktif teramat tidak mengira siang mahupun malam. Jauh sungguh perbezaan semasa membawa Oni.

Minggu 37.

Hari di mana Aie keluar semasa penghujung Syawal. Allah memberi aku kesempatan berpuasa penuh selama sebulan dan makan ketupat rendang dan sebagainya semasa Aidilfitri. 

Bersalinkan Aie adalah sangat mudah, aku rasa macam sekejap benar sakitnya. Pagi itu aku dah mula rasa tidak sedap perut, krem. Dek, malas nak pergi hospital terus sahaja abi hantar pergi kerja. Sebelum tu pun dah dua kali aku keluar masuk wad dek keluar spot warna coklat dan bleeding.

Akibat ketidaktahanan lima minit sakit datang dan berulang alik tandas aku menelefon abi untuk datang dan hantar aku ke hospital. Memang dalam kepala otak dah set, mesti baby nak keluar malam ini juga. Turun sahaja lobi opis, surprise!!! abi datang dengan motor. Hah! boleh jadi bahan macam ni, pergi hospital mahu bersalin dengan merempit.

Part langgar bonggol tu aku tak tahan. Sesampai di PPUM, aku terus naik labour room. Mendaftar sendiri di kaunter jururawat, duduk dalam bilik bernombor 8. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba........

Pap! lampu bilik dimatikan orang. Aku kena bangun daripada katil ni, kena keluar memberitahu jururawat bertugas, karang ada yang bersalin seorang. Membebel ketua jururawat nan tersebut berikutan bilik ada patient dianak tirikan.

Sebaik sahaja CTG dipasang, aku diam cuba menenangkan diri. Di manakah abi? sudah pulangkah dia. Sebab, aku tahu dia seorang yang kurang gemar duduk bermukim di hospital. Menunggu adalah satu penyeksaan. 

Setelah bukaan diperiksa, sudah pun 3 hingga 4cm kesan daripada merempit dan tidak duduk diam. Ketuban dipecahkan. Pisss! terasa panas. Sekarang, tiba masa untuk merasakan kesakitan kerap dan bukaan aktif. Ini pengalaman pertama aku. Setiap kali keregangan terasa, segera aku menarik nafas dengan panjang. Menarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut.

Aku kena simpan tenaga. Aku terasa Aie sudah mahu keluar benar, memegang besi katil dengan kejap. Urgh! rasa mahu berguling jatuh katil gamaknya. Akhirnya, masuk dua orang jururawat, membuat persediaan menyambut Aie.

Rambut sudah nampak sebaik sahaja aku mengangkat kaki. Tangan dipergelangan kaki. Teran dengan senyap, dagu bertemu leher. Curi nafas. Kalau nak tahu, aku masih boleh ketawa semasa meneran sehinggakan jururawat dan pembantu yang ada pun gelakkan aku sekali. Ngeee. Dorang kata, kalau macam ni gaya, boleh bersalin sehingga sepuluh orang. 

Sudah selamat Aie keluar, proses seluk menyeluk mengeluarkan apa-apa yang sepatutnya. Terasa sudah rabak benar. Melihatkan keadaan yang tenang, aku bertanya sama ada kena jahit atau pun tidak. Dua kali periksa, sah hanya terdapat sedikit sahaja koyakannya. Jadi, tidak perlu jahit. Pandai meneran.

Ye, semuanya segar dihadapan mata. Tenaga aku terasa masih banyak lagi apabila boleh berbual-bual dengan jururawat bertugas. Siap aku dibersihkan, ditolak naik ke wad. Menikmati layanan jururawat sepenuhnya. Terasa bagaikan dalam drama.

Direhatkan selama sejam, aku didatangi abi. Hanya bertshirt dan berseluar pendek, tiada Oni. Oni masih di rumah kak Ti. Hampir jam 10 malam. Entah, terasa sayu sangat hati masa tu. Terasa sebak tidak boleh berkata-kata. Aku bersalin normal dan tidak berjahit. Aku bukanlah orang yang besar sangat. Hanya 147cm dan 50.7kg, berat terakhir dengan Aie.

Aie 2.97kg pada minggu ke 37. 

Tidak lama kemudian, aku dikejutkan jururawat untuk penyerahan Aie. OMG, dia sudah dalam dakapan aku.  Bermula episod breastfeeding. Sekali lagi aku bersyukur, Aie feeding dengan jayanya. Bila terkenang semasa bersalin Oni, aku tidak tidur malam kerana dia mahukan peluk dengan erat. Tidak bagi Aie. Waktu minumnya perlu di kejut, tersangatla lenanya.

Selamat datang Aie. Esoknya, setelah di check sana situ sini, aku sudah pun balik rumah pada sebelah petang. Alhamdulillah, daripada breastfeeding walaupun niple luka, Aie tidak kena kuning sehingga ke hari ini. Dia baru demam sekali sahaja sehingga 4 bulan ini. Aku pasangkan niat awal-awal untuk breastfeeding. Membeli Medela Swing dengan titik peluh sendiri. 

Apa yang terjadi sewaktu kelahiran Oni dahulu, aku tidak mahu ianya terjadi lagi. Betul, breasfeeding memang memerlukan semangat juang yang tinggi. Ibarat satu peperangan yang juga memerlukan sokongan orang keliling. Terima kasih blogspot terima kasih sahabat blogger, anda semua penyokong saya. 

Berpantang kali ini, masih lagi mengamalkan bertungku, berurut, dan aku membeli set bersalin sendiri, Amway. Aku merasai berurut seluruh badan, sengkak rahim. Berbengkung paling penting dengan lumuran herba-herba. Panas-panas. 

Aie is 4 month.

Terasa sihat bila betul-betul selepas berpantang. Terima kasih Aie kerana masih breastfeeding sebab mengelakkan aku minum air sejuk, ais, air gas dan lain-lain sehingga sekarang. Aku sungguh suka sebab dapat minum Cocoa Colagen Power Plus seperti sebelum ini. Aku sangat bersyukur.

[Pada satu hari 27 Sept 2011 klik untuk baca]

Antara czer atau pun normal. Czer, tidak perlula merasai kesakitan akan tetapi episod berpantangnya amat ruwet dan macam-macam. Berbanding dengan normal, merasai kesakitan dan episod berpantangnya tidaklah terlalu cerewet. Tidak boleh terlalu konfiden untuk bersalin secara normal kerada setiap cara bersalin terdapat  risiko tersendiri.

Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku semasa hari bersalin.

Nota hijau: Walaupun koyak sikit, tapiii ngilu la gak bilaaa gitu-gitu kan. Hehehe.

Antara czer dan normal.

Friday, 17 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lambat aku keluar daripada bilik makan tadi, seronok bila ada orang bertanya kisah misah bersalin. Well, aku sudah pun merasa bersalin czer dan juga normal. Of course la, bersalin secara normal adalah yang terbest dan terbaik.

Masa bersalin secara czer dahulu pun, tidak dijangka oleh otak untuk melakukannya, semuanya berlaku bergitu cepat dan pantas. Ketuban licking. Part ketuban, memang tidak boleh berlengah lagi, harus gegas ke hospital walaupun tidak merasa sakit. 

Oni. Day one.

Ye, aku masih rasa kontraksi bila di induce, aku hanya mampu bertahan 4cm diikuti dengan degupan jantung Oni sudah pun tidak teratur iramanya. Bimbang segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku, tambah doktor tidak mahu risiko menjadi lebih tinggi maka aku ditolak masuk bilik pembedahan.

Walaupun sudah terbaring, masih lagi aku melihat air mata mama dan juga gerak geri abi mengekori troli, bersama dua hingga tiga jururawat bertugas diiringi seorang doktor yang memang memantau aku. Terasa kebimbangan terhadap Oni tiada taranya. Yang penting dia mesti selamat.

Tiba di bilik pembedahan, masih terbayang pintu OT ditutup oleh jururawat bertugas meninggalkan hanya petugas-petugas khas, pakar bius dan mereka yang terlibat sahaja. Aku diminta duduk memeluk bantal dan bius. Ngilu terasa apabila pisau berlaga gunting. Akhirnya, aku diberi sejenis gas membuatkan aku terlena.

Alhamdulillah, sebaik sahaja aku ditolak keluar, mama dan abi menyerbu mendapatkan aku.

"baby girl, putih, serupa macam awak" that's it suara my mom. Aku mengira satu hingga sepuluh dan, membaca A sehingga Z bagi mendapatkan kepastian, aku betul-betul sedar. 

Ditolak ke wad biasa diiringi mama, abi dan petugas PPUM. Oh, bayiku sudah selamat keluar. Ini bukan mimpi. Dia sudah pun dimandikan, diazankan, diiqamatkan. Dia perlu, menyusu. Oh, ini episod baru untuk aku. Drama untuk breastfeeding bermula. 

Oni, 1.8kg berusia 35minggu 6hari, sebesar botol kicap, sebesar lengan biasa seorang lelaki, bermulut kecil memerlukan seribu kepayahan untuk permulaan breastfeeding. Kolustrum pertama, hari pertama dan kedua, Oni berjaya mendapatkannya dengan bantuan jururawat. Aku sangat memerlukan pertolongan berikutan bius luka sudah pun hilang. 

Menjadi episod ngeri apabila hendak breastfeeding dengan Oni. Tersangatla cetek ilmu tentang breastfeeding sedangkan susu melimpah ruah. Sampai satu tahap, hendak sahaja aku masukkan dalam botol susu dan beri pada Oni, sayang PPUM adalah Hospital Rakan Bayi di mana, everything is breastfeeding.

Hendak tidak hendak, aku suruh sahaja jururawat memberinya menggunakan cawan. Aku tidak pandai. Disebabkan ketidakpandaian itu, Oni kurang menyusu direct dan kuning pula mengjangkitinya semasa aku ditahan wad sekali lagi berikutan air kencing aku tidak keluar.

Aku sudah tidak hairan dengan tidak boleh buang air, kerana sudah menggunakan tiub kencing. Yang penting Oni, kuning Oni terlalu tinggi dan ianya perlu pemantauan. 3 lampu ultra ungu, panas, bahang membuatkan aku bertambah sayu melihatnya.

Kuasa lampu itu mampu mengeringkan sehelai kain basah yang menutupi katil Oni. Apatah lagi dengan tubuh Oni yang hanya 1.8kg itu. Oooohhhh!, air mata aku sudah habis. Aku mesti terus bertabah. Hampir sahaja aku berkampung di PPUM. Dengan masih bertiub kencing, aku bawa Oni balik rumah. Bukan takat balik rumah, balik kampung terus. 

Sudah tidak larat untuk mengepam dan bantuan susu formula diberikan kepada Oni. S26 Gold susu termahal setakat ini. Bukan senang mahu mencari susu formula yang sesuai untuk bayi sekecil Oni, memerlukan yang terbaik biarpun bergolok bergadai.

Demi Oni, biarlah dia terus menggebu dengan susu formula. Setelah dua minggu bertiub, aku kembali semula ke PPUM, sudahpun mula terasa boleh membuang air secara normal walaupun pedih tidak terkata. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk menjaga Oni sehingga hari ini. Aku kembali berpantang sebagaimana bersalin normal.

Sudah boleh berjalan bebas dan menggelek Oni sepuas hati. Bulan kedua, aku sudah boleh mandi sendiri dengan meletak kain di tempat luka mengelak terkena air secara terus. Aku hanya amalkan makan pati ikan haruan sebanyak 6 botol, dan jelly gamat untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Pantang makan macam biasa dan masih juga berurut, bertungku tetapi mengekalkan keselamatan tempat luka. Tidak boleh makan makanan yang mendatangkan kegatalan mahupun bisa perut. Adalah amat susah untuk menggaru di tempat luka bila ianya terasa gatal. Hihiii.

 Oni, 2 year and 7 month.

Aku sangat bersyukur aku dapat harungi kepayahan bersalin secara czer, dan kesusahan itu dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan abi. Melihatkan betapa sayangnya dia kepada Oni, buatkan hati aku rasa biarlah aku bersalin banyak kali pun, asalkan abi ada di sisi. Wiii.

Bersambung ke episod seterusnya. Cerita ini berdasarkan pengalaman aku :D

Nota hijau: Czer merupakan cacat yang akan dikenang sampai bila-bila. Oni besar esok boleh tunjuk dan dia bayangkan sendiri tempat dia dikeluarkan :D

Terima kasih.

Thursday, 16 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yes, terima kasih yang tidak terbalas kepada pnIzma, kerananya aku masih di sini, di Nextnation Network Sdn Bhd untuk tahun yang ke-3. Ini rekod kerja paling lama aku pegang. 

Akhirnya, berjaya membuat rekod sendiri :D Award bersama saguhati.

Sesungguhnya aku bersyukur kerana perjalanan aku di kompeni ini diterima sebaiknya memandangkan hanya aku satu-satunya perempuan berbangsa Melayu. Dikelilingi keluarga berbangsa lain, bukanla faktor untuk kita menghadkan batas pergaulan.
  1. Daripada aku single, sehingga melahirkan anak pertama membawa kepada anak kedua. Anak-anak Nextnation. 
  2. Daripada aku tidak pandai memandu, turun naik bas kepada memandu kereta.
  3. Daripada berkereta manual kecil kepada berkereta besar automatik.
  4. Daripada opis berjarak dekat membawa ke opis berjarak jauh.
  5. Daripada pekerja bawahan, aku kini senior. Huh! tak layak benor.
  6. Daripada bergaji biasa-biasa membawa bergaji yang memang aku harapkan.
  7. Daripada aku tak boleh ingat jalan One Utama membolehkan aku ke sana dengan perlahan-lahan.
  8. Daripada ber'boss'kan yang biasa-biasa bertukar dengan boss yang teliti.
  9. Daripada tak pandai cipta alasan, kini aku boleh cipta alasan. Hehehe.
  10. Daripada aku mempunyai 3 orang teman membawa  aku keseorangan.

Sampai bila aku di sini? hiii, tunggu dan lihat sahajala ya. Sampai masa akan ku pergi jua. Buat masa ini, rezekiku masih di sini, aku sangat suka di sini. 


1st time attend dinner.

2nd time attend dinner.

Orang yang bertanggungjawab. pnIzma.

Terima kasih semua yang menyokong aku. Entry korek semula bertarikh 7hb Julai 2012 :)

Kesayangan makcik.

Wednesday, 15 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Vanilla Coklat makcik ni, eh? Aie dah tak boleh panggil Coklat pasal warna dia dah cerah sikit. Hahaaa.


Aku pun tidak sengaja memakaikan baju Tommy dan Jerry pada dorang, hahaaaa. Meleleh-leleh air liur dak Aie ni, haish!


Makcik interframe mengalahkan Aie. Aie ni buat spoil ajalah.

Nota hijau: Bersyukur atas nikmatmu ya Tuhan.

Hanya kertas.

Tuesday, 14 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tiba-tiba terjatuh hati dengan art kertas ini. Pertama kali melihatnya, aku sangat teruja untuk belajar. Sampai hari ini aku masih lagi belajar.


Tadaaa. Hasil daripada ketidak cukupan peralatan untuknya. Terpaksa gagahkan untuk membuat bunga-bungaan. [aku yang kurang sikit dengan bunga]. Apahal kamera handphone aku makin tak clear ni? haish!

Harus belajar lagi, untuk membuat bentuk selain bunga. Kena beli paper shredder untuk mendapatkan saiz jalur kertas yang sama. Yang di atas tu, aku main hentam sahaja, hahahaaa.

Quilling pertama saya, comel tak? hehe...

Nota hijau: Mencari bahan-bahan recycle yang masih elok untuk di art kan. I love art so much :D wiii.

Fridge magnet daripada Jueliyanna Joehari.

Monday, 13 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ambil pakej RM32. 4 keping bersaiz 4R dan 2 keping bersaiz 2R. Hasilnyaaa, aku sungguh suka. Cuma pening mana gambar nak pilih fasal banyak sangat.

Ada juga pakej yang siap dengan bingkai. Mulanya aku mahu ambil yang ada bingkai, tapiii memandangkan peti sejuk makcik ni kategori comel, rendah dan pendek makanya ambil pakej yang simple sahaja. 
*psst abi, nanti masuk rumah baru tukar peti ais dua pintu boleh? agagagagaaa...

 2 keping [Oni, Aie] lekat di PC opis, lain-lain lekat di rumah.

Ahaaa fridge magnet yang banyak-banyak tu, aku letak bahagian tepi peti sejuk sebab? sebabnya mengelakkan daripada Oni yang suka menjolok dengan ranting pokok bunga perhiasan aku. Bila dah kena jolok pecah berderaila, ianya terbang sebelum landing di lantai batu. Haish!

Eh, melencong cerita sudah. Jadi, jika berminat boleh la ke GaLLeRY aNNa-JueaNNa. Kak Jue with her beloved husband business. Esok lusa dah duduk rumah sendiri, aku nak order jam dinding tu pulak. Best betul bila semuanya di hujung jari ni. Kuikuikui.

Nota hijau: Pening kepala abi, asal balik rumah ada je benda baru. Ahahaha, hari tu frame potret.

Selamat datang kembar.

Friday, 10 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, selamat datang kembar. Mahu sahaja aku menangis semalam dapat bercakap dengan mama kembar ni. Perempuan-perempuan, sedih menangis, sakit menangis, gembira pun menangis. Hendak dimacam manakan? terima sahaja sudah itu hakikatnya.

Shoot, the story is. Entry terakhir kawan satu warna kesukaan ini ialah Kontraksi Makin Menjadi pada December 27 tahun lepas. Selepas tu kawan aku ni hilang, ghaib, sehinggala dua hari lepas, tiba-tiba teringat akan dia. Itu pun disebabkan aku menyelongkar drawer untuk mencari alamat kekawan blogger. Hehe, lamanya tidak buat Giveaway.

Syila atau mama kepada Syira di With All My Heart.

Terjumpala aku nombor telefonnya. Dail. Suaranya suspen, sebelum dia letak telefon lebih baik aku perkenalkan diri. Tiba-tiba aku gugup terkeluar nama Syasya, tidak begitu pasti orang di sana kenal atau tidak, sekali lagi aku perkenalkan diri as cha hijaucantik tuuu.

Yes, sama-sama berbalas ketawa. Huye-huye Syila seorang yang sangat ramah. Dia kata suara aku lain, macamla dia pernah jumpa aku face to face kan. Agaknya, orang jumpa aku semua pun jadi peramah. Ehehe.

Rupa-rupanya dia sudah dalam pantang, kembarnya sudah keluar pada minggu 33 secara normal. Adik kepada kakak Syira. Tahniah buat awak Syila. Kita seronok sangat. Baby girl pertama 1.5kg [betul ke?] sudah pun 1.7kg dan sudah keluar daripada balang. Baby girl kedua 1.3kg, masih lagi dalam pemantauan. Alhamdulillah, Syila diberi kemudahan sekali lagi, bersalin secara normal dan breastfeeding. OMG, makcik teruja betul ni.

Apa-apa pun, aku doakan semuanya selamat dan sihat. Ahli keluarga Syila pasti bertangis gembira. Kita tunggu kisah daripada empunya badan sendiri. Berpantang di kampung, faham sahajala no internet dan strict. Kebetulan handhonenya pula ada masalah.

Selamat berpantang kawan. Aku dan kawan-kawan lain, menanti berita lanjut tentang kembar. Jangan lupa UPDATE setiap tumbesaran kembar dan kakak Syira. Seronok. TAHNIAH lagi sekali.

Nota hijau: Terima kasih ibu Aqil Naim sama-sama berkongsi berita. :D

Love art so much.

Thursday, 9 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ni, suka art. Aku suka dengan seni halus lukisan, kecuali bunga-bunga. Gambar, kad, pasu bunga, sampah atau apa sahaja asal berkaitan dengan art. Eh? art tu seni kan? Ialah, seni apa sahaja. Termasuklah potret.

Setelah 27 tahun mengimpikan, akhirnya aku berjaya mendapatkannya. Hendak menempah di Pasar Seni, tiada masa untuk ke sana. Tambah-tambah, zaman bujang dulu manala cukup ongkosnya. Hendak menanti orang memberi, haish! bagaikan bermimpi sehingga kesiangan. 

Baca novel, admirer bagi gambar potret, wow! how is sweet right? bila dah berumah dan bertangga ni, memang tiadalah yang admirer. Jadi, gigih la sendiri mencari inisiatif.

Terima kasih kepada Unforgettable Art kerana merealisasikan impian mak budak ini. I'm really-really-really happy for that. Walaupun hanya bersaiz 8R atau A4, ianya cukup untuk memenuhi hiasan dinding rumah yang tidak berapa nak besar.

Apatah lagi setibanya di tangan aku, ianya telah pun lengkap ber'frame' dan sekeping CD memuatkan potret berresolusi tinggi jika aku mahu print bersaiz A1 satu tika nanti. Disebabkan penempahan hanya menggunakan hujung jari, lengkap mengikut citarasa maka jumlah yang perlu dibayar hanya RM80. 

Buntang biji mata aku RM80 je la. Aku dah bajet sampai ke RM120. Hahaaa. Okla tu. Next time aku nak tempah gambar keluarga aku ala karikatur. Aku still nak buat bersaiz besar dan frame as sweet memory.

Letak di meja.

Gantung di dinding. 
[maafla aku tak reti ambil gambar, teknik pencahayaan bagai semuanya ke laut]

Barang siapa yang sukakan potret dan sukakan hasil art ini, boleh la menghubungi Unforgettable Art atau encik Ijatt. Dia akan melayan anda dengan seikhlas hati dan seramah mungkin. Ceh! walhal email je. Hiiii.

Nota hijau: Oni asyik tengok gambar sendiri je, paling dia cam gambar adik dia. Encik Ijatt, adakah anda seorang yang kidal? [kiri dari lahir?] 

Terbaik.

Wednesday, 8 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru je nak ambil feel masuk kerja, bajet macam busy bebenor la kan. Awal-awal pagi dapat sms kakLia. Mama beranak 3 ni gigih nak berjumpa makcik vouge hari ni. Mujur pakai lawa, bolehla interframe banyak-banyak.

Terus decided dengan Liza, konon aku la yang mahu drive nanti. Tengah bincang-bincang dengan Liza untuk beli hadiah, cikZila pula called. Menawar diri untuk ambil aku di opis sahaja. Ah, orang mengantuk lagi disorong bantal, selimut dan tilam. Cepat ajalah aku kata boleh-boleh.

Gigih dia berpandukan GPS untuk sampai ke opis makcik ni. Hureyyy, dapat pun naik kereta baru. Sekejap betul dia sampai. Aku baru je nak reply sms dia. Hahaha, terus ajar dia jalan tikus untuk pergi One Utama. Jalan belakangla.

Waktu lunch, so cari tempat makanla kan, kakLia dah pun menanti di Chicken Rice Shop, aku gak yang decide. Gembira dan tidak sabar betul mak dara tu nak jumpa kitorang yang anak-anak dara lagi ni, ahaks.

Bestla, cikZila memang cekap memandu, sekejapan dah boleh duduk berborak-borak selepas makan, itula yang sangat penting. Bergelak ketawa tak hengat donia. Buat kakFaizzah, lepas pantang nanti boleh join ok. 

Sebelum pulang ke pangkal jalan masuk Guandian dahulu, aku cari tweezer. Minah dua orang ni memborong Mentos punyala banyak sebelum ke Hinode Shope lagi mengebas sebarang dua barang di sana. Ngeeeeee.

This is my kakak. 2nd sister after kakFaizzah. [Syasya,Lia]

cikZila my bestfren. [Zila, Syasya, Lia]

Ah, asal bergambar mesti mata jadi sepet. Benci toi. Liza gossip girl. [Liza, Syasya, Zila]

Then, cikZila hantar aku dan Liza balik opis semula. Terima kasih awak. Lepas ni boleh kita melepak MPH pula. Ekekeke.


Terima kasih kakLia sebab bagi natang bear ni pada I, suka sangat. Minta maaf kak, tiada apa yang disediakan untuk akak, lepas ni boleh jumpa lagi dan tukar-tukar hadiah. Eh? bukan ke tujuan berjumpa nak hilangkan kerinduan. Ngehehehe.

Nota hijau: Gambar kelam semacam maklumla Nokia E66 aje. Ehem-ehem, dah nak balik rumah baru terhegeh nak update blog. Ahahahaha. Tuju lagu In-Team-Hijau Daunan.

Perjalanan breastfeeding empunya diri.

Tuesday, 7 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagi merealisasikan impian untuk kembali breastfeeding tegar, ahaks. Gigih mak Aie ni ber'power pumping' satu teknik merangsang pengeluaran susu secara efektif. Dilakukan selama satu jam setiap hari selama satu minggu hingga dua minggu.

Thanks Oni, temankan emakmu ini. Ya Tuhan,rambutmu Oni, fesyen apa ni?

Misi bermula pada 4hb Feb. yang lepas jam 1.30pg-2.30pg sambil melayan Personal Taste di Tonton dengan ditemani my anak dara Oniii. 10 minit breast kanan tukar pula breast kiri 10 minit juga selama satu jam. Hasil untuk hari pertama 3oz's, so far so good. 

Love it.

Hari kedua pada 5hb Feb. jam 10.30mlm-11.30mlm, agak awal sedikit kerana takut Aie bangun. Hahaaa, boleh camtu ek? power pumping masa Aie tidur syok sikit. Tenang je. Hasilnya meningkat 4oz's.

Kena cover balik semula macam ni. Huaaaaaaaaa...

Pada pagi tadi jam 4.30pg-5.30pg, hasilnya agak memberangsangkan 4oz's lebih hampir sahaja jejak ke angka 5 sebelum mendengar tangisan Aie. Huuuuuu, kacau. Memang tak boleh buat jam 4.30pg dan kesiang. 

Sedihnya apabila, sebaik sahaja aku keluar bilik untuk menyambung sesi mengepam, alangkah terkuzatnya melihatkan Medela Swing terlungkup atas lantai bersama botol susu yang tinggal 1 oz's. Maaaaaaaaaakkkk.

Padanla Oni kemain kepoh melaporkan kejadian Medela Swing terjun daripada meja bersama-sama hasil tenusu yang belum diuruskan untuk penyimpanan. Sob-sob-sob sedih wei-sedih belum masuk pilu lagi. 

So far hasil kekerapan mengepam dan kekerapan Aie minum, aku agak berjaya menyimpan 6 Bumble Bee berisi 4-5oz's. Siap campur 2 Double Zip Autumz Pack, gara-gara tidak kecukupan Bumble Bee. Satu tinggal rumah mama, 2 biji lagi tinggal kat opis. Bagus sungguh.

Dak Aie yang belum reti meniarap gigih mengejar coco crunch Oni. Ubi rebus-ubi rebus [merujuk tangan Aie]

Kira ok la tu kan? kena lebih gigih lagi sebab Aie ni dah mula buat gaya-gaya nak makan, bila tengok orang makan, belum masuk lagi part dia pusing 360 darjah mengejarkan Coco Crunch si Oni, tambah-tambah dah berjaya menyumbat dua biji penumbuk sendiri dalam mulut ke tahap air liur meleleh membasahi baju. Aie-Aie...

Nasib baik Aie ni, pulun semua benda. Bak kata kak Ana, mamat ni tolak batu dengan kayu je. Serupa macam Oni.

Nota hijau: Semoga aku diberikan rezeki yang melimpah ruah untuk Aie. Tidak ada apa yang mustahil. Tiba-tiba skema. Sekian sahaja berita perjalanan seorang emak yang tak berapa nak breastfeeding tiba-tiba bersemangat waja mahu memulakan semula perjalanan breastfeedingnya. Aminnn.

Bertemu lagi.

Monday, 6 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa? kak Ieyna mama Arif dan Hakeem. Pertemuan kali ni memang tidak ada gambar, gara-gara aku lupa mana letak kamera. Maklumlah, journey breasfeeding aku baru sahaja bermula, dan hari-hari tangkap gambar hasil power pumping, so dek mengelak daripada Oni, aku main letak je la kamera tu. Lepas tu, lupa.

Aku memang dah cakap dengan abi, nak pergi rumah kawan yang di Bukit Jalil tu. Bagusnya abi ni, memang dia tak lupa. Bini dia je selalu melupakan. Hahaaa. 

Hajat utama mahu ke rumah kawan di Sg. Besi, mereka menyambut ulangtahun kelahiran anaknya yang pertama. Abiii, dengan kawan dia yang seorang ni memang rapat. Secara otomatik, aku pun jadi rapat sama. Alaaa dia la yang teman pergi tengok wayang masa aku dating kali pertama dengan abi hari tu [Manisnya memori itu].

Sham, budak kacak Brickfield. Itu je yang aku ingat fasal dia, suka menjadi pendamai bila gadis sunti kelas dua Computer Maintenance, ILPKL ni saling bertingkah dan merajuk dengan boyfren masing-masing. Ayat yang paling aku tidak boleh lupa bila group WANDIZURANISHASYA ni berpaling muka ialah:

"aku tau, pukul 10.30 nanti semua budak pempuan duduk depan aku, sini" arahnya, berlagak macam ketua. Dan paling jadi riuh bila.

"tak naaak" Azura membalas. Mulala, Sham membeliakkan biji matanya sambil mengarah lagi dengan suara lebih kuat.

"jangan degil Tuyaaa" katanya. Aku duduk dibarisan belakang hanya sengih. Gelihati. Biasanya, kalau aku merajuk aku pergi kelas 1, cari lelaki lain. Hahaaa. Malas aku nak layan. 

Nisha, bila merajuk dengan Andy, dia cari Zura dan mereka duduk dalam tandas. Kesumawati dan Liza lebih pada kisah tersendiri dan kekadang Wandi [abi] hantar dia untuk pujuk aku. Kelakarkan? Hahaaa. Iya, kami satu kelas yang sama selama 3 tahun. Bila semua sudah bawa hati Shamla yang akan bertindak.

Itu adalah kisah best menjadi seorang pelajar dan remaja. 

After, celebrating Leika (daughter Sham and Ziah), terus ke Bukit Jalil. Yezzaaa, aku jumpa Hakeem. Kali ni, Oni dah boleh geng dengan Arif. Sorry kak Ieyna bilik Arif berselerak dengan mainan. Oni sampai tidak mahu balik. 

Hakeem kena melecet montot dan cirit birit. Sian Hakeem, jangan risau kak Ieyna ianya akan pulih. Sebab, Aie pun pernah kena seperti Hakeem, malah siap berdarah lagi. Sedih memang. Aku siap turunkan petua untuk kak Ieyna. 
  1. Letak minyak masak yang belum guna pada tempat melecet. Anginkan.
  2. Cuci yak guna air dan lap dengan towel sehingga betul-betul kering. Anginkan.
  3. Kalau guna tisyu basah, lap juga dengan towel sehingga kering. Anginkan.
  4. Kerap tukarkan pampers.
  5. Guna krim Bepanthen, sebab dia agak lekit dan akan heal luka dengan cepat.
Aku dah gunakan semua cara di atas, alhamdulillah aku suka gomol montot Aie. Hehehehe, gebuuuu tau. Aku kena tu pun masa dalam pantang. Lagi-lagi Aie breastfeeding, memang kerap membuang. Dia akan baik sendiri bila beralih bulan.

Cuba ya, siapa-siapa yang kena tu. Hiii. Drapolene Cream ok juga tapiii ianya agak kurang likat, then aku lebih suggest Bepanthen. Kawan-kawan lain kalau ada lain cara pun boleh share juga :D

Lepas rumah kak Ieyna, aku shopping di Giant pula. Sungguh best Giant Kinrara, kira dah dua kali la aku shopping kat sana. Mood Oni pun ok, Aie lagilaaa. Boleh dia bantai tidur dalam stroller. Nampaknya strategi aku berkesan. Hahaaa. Tidurkan Oni dan susukan Aie sebelum keluar berjalan. Ngehehehe.

Nota hijau: WANDIZURANISHASYA - wandi (abi), andi (suami nisha), zura (azura/tuya), nisha (isteri andy), sya (aku) = memang kami satu kumpulan. muahahahaaaa.

Cinta hati.

Thursday, 2 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedang asyik bercermin dalam bilik air, mengelamun, tiba-tiba...

Ada cerita lama, 
Sang kancil dan buaya, 
Sang kancil sangat cerdik,
Buaya akal pendek,

Kaki kancil digigit,
Sang kancil pun menjerit,
Itu bukan kakiku, hanyalah kayu,
Buaya pun tertipu, kaki disangka kayu,

Kau dah kena tipu, kau tidak berilmu.

Aku ternyanyi lagu niii, hahaaa. Puas aku google cari lirik penghabisannya, dapat jumpa di blog QamarulFikry Bahari. Thanks dear. Boleh nyanyi pada Aie dan Oni walaupun sumbang. Ngeee.

Dimana dia anak rusa Oni, 
Anak rusa Oni ada pada Aie,

Dimana dia buah hati umi,
Buah hati umi ada dengan abi,

Dimana dia cinta hati kami,
Cinta hati kami milik OniAie.

Aie pun dah nampak macam anak rusa, ke anak rusa macam Aie?

Selamat berhujung minggu dan selamat bercutiii. Tehehehehehe...

Bermula semula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buntu tidak tahu apa harus ku entry kan pada hari ini. Teringat kisah semalam yang betul-betul hari tidak keruan. Jadi kacau bilau jadual bila rumah di KL kerja di Selangor. Terima kasih juga pada kak Ana yang sanggup balik cepat untuk aku hantar anak-anak.

Actually, memang nak masuk lambat so hantar Aie agak lambat, malang bila sampai rumah kak Ana, gelap dan tidak berorang. Kak Ana pergi sapdek laaa dengan hubby dia. Dia fikir aku cuti. Dua tiga kali aku turun naik rumah, berulang alik rumah kak Ana dengan Aie. Lenguh, macam nak patah tulang-tulang.

Mujur abi hantar semalam. Konon nak pergi dinner kompeni, sudahnya pun tidak pergi juga. Hahaaa. Balik kerja abi ambil ikut jalan jauh, huh! flet punggung duduk dalam kereta sambil layan breast dah membengkak.

Terus naik rumah kak Ana. Terus mendapatkan Oni, tengok-tengok Aie tengah lena tertiarap. Mamat tu laaa.

"akak mesej kamu tadi. Ingat kamu pergi dinner" kak Ana menyerbu tanya.

"malas la pergi, bettery handphone kong. heheee" sambil kemas-kemas beg baju Oni Aie. 

"eh! susu perah semua habis, kalau boleh bagi 5 botol baru cukup sehari kat sini" kata kak Ana. Memangla tidak cukup. Aku beri 3botol je. Hahaaa. Kak Ana juga cakap, kalau tidak cukup boleh celah-celah FM. Aku kan bukan breastfeed tegar. 

"kita akan usahakan untuk buat stok kak. Kita kan tak ada stok. Apa yang ada tu je la kita bagi, fasal kat rumah memang direct breastfeeding" aku menjawab sambil kepala otak berkira-kira, best gak bagi susu perah ni kan? Ngeee.

"Adli ok je dia. Semua pun dia boleh, kenyang je, tidurrrr. Tengokla ni, tak berkutik" kata kak Ana lagi. Teehehehhehe, tah la anak siapa tu. Dan bermula semalam, aku bertekad mahu menyediakan stok susu ibu untuk Aie.

Kak Ana pencetus semangat aku untuk teruskan susu ibu untuk Aie. Kalau dia tidak minta susu perah hari tu, mungkin aku tidak lagi breasfeeding Aie sekarang ini. Aku semakin teruja untuk pikul cooler bag+pumping part + bagi susu perah pada babysitter. Terima kasih kak Ana.

Jelinganmuuu. Rambutmuuu. Kamu tetap ensem.

Ceh, muka je ensem. Isap jari pulek. Cancel! Ngeee.

Hari ini, aku akan usahakan untuk pam tiga kali semasa waktu bekerja. InsyaALLAH. Banyak dah info kata, kerap pam biar pun hasilnya 1oz. Aku nak buat stok, aku nak buat stok. Hihiiii.

Nota hijau: Dah nak makan anak aku ni baru terhegeh-hegeh. Hahahaaa.

Gigi.

Wednesday, 1 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan akibat budak terlalu cergas dan aktif. Menyesal pun nak buat apa kan? jadi, pasrah ajalah. So, dua hari lepas, Isnin abi cuti dia ajak aku sekali treatment gigi. 

Asal tujuannya nak mencari penyelesaian gigi Oni yang sudah tenggelam sebelah. Mencari di area Bangsar sahaja, hampir dengan rumah. Biasala bila ke klinik gigi harus kena ada temujanji. Tapi abi terus berusaha juga cari klinik lain, anak perempuan kesayangan dia katakan. Aku pun dah cuti siap-siap.

Mujur ada klinik yang terletak di tepi jalan, selalu lalu-lalang dan langsung tidak menjangkakan untuk datang ke situ. Hrmmm... akhirnya, Klinik Gigi Siraj dikunjungi. 

Oni? minah tu mana reti duduk diam. Habis semua ceruk dia redah. Sampai peningla aku bergilir dengan abi menjaganya. Aie tinggal dengan kak Ana. Mentang-mentangla doktor kata dia tidak kena apa-apa, semakin dia meligat. 

Doktor kata, gigi Oni masih tidak goyang tidak perlu dicabut. Bila cabut, gusi akan mengecut dan menyebabkan gigi kekal tidak muat ruang untuk tumbuh [gigi kapak kan bersaiz besar], jadiii boleh dicabut jika tidak goyang pada umur 5-7 tahun nanti seiring dengan gigi kekal tumbuh. Logik kan? pakar gigi katakan, mak pak Oni ni takut gigi dia tumbuh tidak cantik. Maklumlah, anak dara.

Jadi, Oni tidak apa-apa. Aku serah diri untuk tampal gigi, tahun akhir aku tampal gigi pada 1999, tingkatan 3. Muahahaaa. Memang terbayangla kengiluan bila segala drill air, angin, simen tu berbunyi. Itu belum lagi kengiluan bila dia menyucuk, menekan simen kasi padat pada gusi, gila arrr. Rasanya baik cabut kot. Sakit bersalin pun tak ngilu wei.

After aku, turn abi. Dia hanya cuci gigi sahaja. Tidak cukup bersih katanya, dak jaga kaunter tu soh beli pencuci mulut tidak mahu, haaa kan dah, malas nak dengar dia membebel. Hahaaa. Aku diserang sakit kepala yang teruk. Kata abi, mungkin sebab aku tampal gigi.

Gigi Oni yang sangat cantik. Dia suka dan pandai gosok gigi. Mak dia pun jeles.

Tidak apa-apa Oni, Oni tetap comels. Sedih dengar dia asyik sebut gigi-gigi-gigi. Huhu.

Semalam, aku gagah juga datang opis. Rindu sama itu meja, akibatnya penuh tray dengan kerja terbengkalai. Hahaaa. Sempat lagi berjimba ria ke TTDI gi Secret Recipe. 

Nota hijau: Masa Oni terhantuk pemegang kerusi tu, memang berdarah sikit. Menangisnya hanya mahukan aku sahaja. Mama pun kata.

"Ustaz pun ada cakap, itu la anak. Bila susah, bila sedih, bila ada apa-apa semuanya emak. Bila sakit sebutnya aduhai maaak. Bila terlupa, terkejut kan sebutnya alamak. Cuba yang sebaliknya, mesti nak kata bapak ko. Abah ko. Kan?"

Betul-betul-betul. 

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in