Bila emak membebel.

Tuesday, 31 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila emak membebel kepada anak-anaknya yang sentiasa aktif dan sentiasa bergerak.

Bebelan:
Baik-baik main kat bawah tu, panas. Jangan berlari-lari, jalan tar tu kasar. Simen tu licin.
Akibatnya:
Lutut berdarah, dua-dua kaki. Suka benar hendak menunjukkan skill berlari kan.

Bebelan:
Minum elok-elok, duduk diam-diam, pegang cawan kemas-kemas.
Akibatnya:
Baju basah sebab air tumpah, badan melekit dan minta mandi.

Bebelan:
Jangan koyak buku, jangan buat sampah. Buang sampah dalam tong sampah.
Akibatnya:
Semut datang bila ada sisa makanan, lantai melekit. Habuk melekat dan penyakit pun datang.

Bebelan:
Jangan sepah rumah, kutip colour dan mainan. Nanti terpijak.
Akibatnya:
Gigi terbenam terhantuk kerusi memijak bola.

Hrmmm. Boleh agak apa yang terjadi seterusnya? Tunggu bila aku dapat picture dia dengan gigi yang sudah tidak seperti asal. Oni...Oni...

Nota hijau: Inila membebel kepada budak-budak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri dengan mata terkebil-kebil, sabar ajalah.

Kisahnya.

Wednesday, 25 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu, 25hb Jan. 2012 
Balik Johor sekejap lagi. Orang dah lama balik kampung, aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hrmmmm. Tuntutan kerja abi, kena la terima. 

Selasa, 24hb Jan. 2012
1-Kawan baik aku, cik Zila atau Puteri Amna Balqies bersama seorang kawan sekolahnya datang melawat. Dia membelikan aku sebuah novel daripada kaki novel yang bertajuk Kurela Cinta Ini Bertamu by Nuril Baharudin. Thanks awak. 

cik Zila

Kawan berkenalan di bus stop satu ketika dahulu, aku dengan kak Azi la yang selalu melindungi dia daripada diganggu oleh lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan. Zila seorang yang mempunyai hati kertas, sensitif dan lekas emo. Zila mempunyai perwatakkan lemah lembut, sangat cantik orangnya serta sangat baik hati selain suka mengambil berat akan hal orang lain.

kakAzi

Disebabkan perangainya sebegitu, aku dengan kak Azi yang mempunyai kekentalan jiwa ini, hahaaa poyo selalu melindungi Zila. Yes, Zila dia selalu ingat tentang kegemaran dan kesukaan aku dan kak Azi, tidurnya berkongsi bantal, makannya berkongsi pinggan. Memang tidak rugi langsung dapat berkenalan dengan dia.  Thanks awak sudi datang.

2- Dikhabarkan juga kakLong Faizzah atau bondaWiya atau isteri kepada abang angkat aku atau kawan satu tempat kerja dengan Zila telah selamat melahirkan seorang putera. Aku rasa mahu datang kepadanya, memeluk dirinya erat-erat, sambil mengucapkan TAHNIAH dan Syukur ianya seorang putera.

kakFaizzah

Aku sayang dia as my sister. Beloved sister. Mempunyai ketabahan hati yang sungguh luar biasa. Mentor aku. Mampu mengukir senyuman walaupun dadanya bagai mahu pecah menanggung kesakitan dek buatan orang tersayang disisinya satu tika dahulu. Cerita perit, ditanggung oleh dirinya, aku, zila, kak Azi dan kak Lia. OMG, bila aku kenangkan balik kisah tersebut boleh dijadikan senaskhah novel hebat.

Paling aku ingat dan sentiasa ingat sebenarnya apabila dia berkata:

"sakitnya sampai Wiya tak mahu duduk dalam perut bonda lama-lama". 

Yes, Qaseh Whilea Putri lahir pada minggu ke-28 dengan berat 1.3kg. Itu kisah yang membuatkan kakLong trauma untuk bersalin kali kedua. Alhamdulillah, apa yang pasti setiap kelahiran adalah berbeza. Tahniah kakLong, tahniah along. [taip ni pun dah bergenang air mata]

aku, kakFaizzah, cikZila dan mamaLia.
macam adik beradikkan kami? kami memang adik beradik.

23hb Jan. 2012
Just at home with kebosanan melampau. Oni dah pandai on dan off TV, buat kepala aku bertambah sakit. Haiyooo. 

Selamat Tahun Baru Cina :D

22hb Jan. 2012
Balik daripada Hulu Langat, Aie beri Oni demam. Oni demam sehingga sekarang. Mujur dia tidak merengek dan hanya mahu tidur selepas makan ubat.

21hb Jan. 2012
Balik Hulu Langat, rumah mertua aku. All going smooth.

Nota hijau: Kisah aku sepanjang cuti. Bosan je kan? Ok, aku baru je menempah sebuah potret 8R, tunggu siap dan frame baru aku tayang kat sini ok. Love it, projek ke dua. Deco-deco dinding rumah. Wakakaka. Bilik Aie Oni, masih terbengkalai. Ngeee.

Esok hingga 29hb Jan. 2012, berada di Johor dan mahu shopping-shopping. Seb baik ada rezeki lebih, mari kita enjoyyyy ya beda-bedu. [ini je nak beritau sebenarnya. Ahahaha]

Artwork paling berharga.

Monday, 23 January 2012

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Setelah berhari-hari menurun akhirnya projek artwork aku berakhir juga. Jadilah, walaupun menggunakan bahan kitar semula, maka dapat juga aku mengumpulkan bahan-bahan kenangan dalam satu buku.

Permulaannya aku ada juga berbincang dengan kekDa aka puan Stoberi untuk memfotobook bahan-bahan ini, akan tetapi, idea itu datang daripada fotobook juga. Tinggg!!! kenapa tidak aku buat sendiri sahaja? bahan terpakai memanglah bersepahnya kan? dan terhasillah Handmade Scrapbook.

Satu perjalanan sebuah permulaan kehidupan. Tadaaa.

Alaaa tomey-tomey, Vanila Coklat dalam Tomm and Jerry.

Ohooo, ini bukan cerita Tom and Jerry. Hiiii. Apa ada di dalam???
Tungguuu.

Dah habis. Ahahahha. Temper je kan.

Ini ringkas je cerita selanjutnya ada di entry Handmade Scrapbook dalam blog orencantik. Sudah kata itu journal dorang, so aku bubuh sana la, buat sempit kat blog hijau je kan.

Aku buat main bedal je. Janji cantik di mata, tu pun tidak termasuk salah eja la, salah tampal la, semua main belasah je. Hahahaha, font pun buat dah mengantuk, tapiii still nak habiskan juga.

Ada lagi nak touch-up, aku nak letak gambar dak berdua ni masa baru lahir. Hari pertama. Karangla deco semula bila gambar siap print-out. 

Ambil order ke tidak? hahaaa, tak ada siapa pun nak order. Setakat ni aku  tengah siapkan handmade birthday card until bulan April yang semuanya guna recycle bahan.

Bukan aku tidak mampu beli barang yang baru, barang recycle pun cantik apa. Bak orang kata, tiada yang lama tiada la yang baru. Hiiii....

So far, inilah artwork aku paaaaaaaaliiiinnnnggggg aku sayang.

Oni lagi.

Friday, 20 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huyeee, today last day kerja. Harus semua orang punya mood dah ke laut. Tidak sabar untuk bercuti selama satu minggu. Yezzaaa satu minggu. 

Akhirnya, my demok Aie demam juga. Demam minta upah agaknya. Sudah mahu pandai meniarap, hisap jari apatah lagi sampai penumbuk pun dia masukkan dalam mulut. I love his smile soooooo much. Sweet sangat-sangat. Abi akan bawa dia ke klinik tengah hari nanti. Thanks abi. 

Pertama kali bekalkan Aie, Air Susu Ibu hasil perahan di opis. Aku bekalkan 3 botol [2 botol 5ozs dan 1 botol 4ozs], kalau tidak cukup boleh bantu dengan FM sedia ada. Terima kasih kepada kak Ana yang sama-sama support untuk bagi Aie susu ibu. Aku jadi makin bersemangat nak buat stok banyak-banyak-banyak. Doakan aku ye kawan-kawan.

My little Oni, buat perangai lagi. Kalau hari tu dia mancing ikan di akuarium abi, semalam dia buat losyen gula-gula, pagi tadi dia beri susu pada ikan pula. OMG anak niii. Apa yang ada dalam minda dia? punya la extreme. 

Malam tadi dia minta aku nasi. Mahu makan nasi katanya. Aku pula malasnya nak memunggah dapur tu dan telefon mamak je la. Malangnya nasi sampai Oni pun dah terlelap. Nasi goreng USA aku tinggalkan sedikit untuk dia, mana tahu dia minta lagi selepas dia bangun.

Jangkaan aku tepat, dia bangun mengejut aku dan minta nasi. Aduhai anak. Jam 2.30pagi aku melayan dia makan. Keletang-keleting bunyi sudu berlaga pinggan. Oni dah besar, sudah pandai makan sendiri. Ooohhh, umi tidak percaya kamu sudah besar Oni.

Habis sepinggan, dia minta lagi. Sedap katanya. Dasar anak kenan mamak, makanan mamak pun jadi sedap. Muahahaha. Siap makan dia minta ais gas abi dalam peti sejuk. Budak ni perut liat, bedal apa saja. Aku malas nak layan, aku beri je air susu coklat tuang dalam cawan dia. Hahaaa. 

Dan aku sediakan susu letak sebelah tv dia. Pesan pada dia sekali ni susu Oni, hanya dibalas dengan anggukan sambil sedut susu coklat. Aku masuk tidur semula. Tidak lama kemudian...

Oni masuk bilik kejut aku, sambil nangis-nangis. Eh? apahal?
"kenapa?" aku sudah suspen. Bangun juga sebab dia dah pimpin tangan aku. Ke ruang tamu. 
"tu..." dia menunjuk akuarium abi. OMG... Oniiiiiiiii....
Takut kena marah, punca sebab dia menangis. Apa yang aku nampak adalah botol susu Avent dengan sisa susu sedang terapung dalam akuarium. Adoiyaiii! Air akuarium tu hampir bertukar keladak. Aku nak gelak ke, aku nak marah ni.

Sebab aku pun naik syok tengok botol susu tu terapung-apung then pada masa yang sama aku terfikir, mungkin botol susu tu terlepas daripada tangan dia lalu termasuk dalam akuarium. Alaaa, benda sudah jadi. Malasla aku marah-marah, buat cepat tua aja. 

Aku ambil botol susu dan rendam dengan air suam. Adoiii, ada dia beri ikan minum susu. Hahahaaaa. Lepas tu dia ajak aku mandi. Elok aku bersiap-siap, dia sudah bersimpuh makan limau depan tv. Oni-oni. Suka buat perangai bila abi tiada. Tau-tau je emak ni kalau marah memang tidak ke mana-mana.

My Vanilla Coklat ;)

Bagus juga perangai Oni ni, hari-hari aku ada entry nak cerita fasal dia. Maafla kepada yang meluat tu eh? well mana tahu, bosan membaca kerenah anak dara aku ni. Hahaaa. Sebab aku rasa, Oni ni lain daripada anak perempuan orang lain. Cabaran menjaga dia, macam menjaga 2 orang budak lelaki. Feninggg.

Nota hijau: Happy Chinese New Year pembaca blog hijau. ;)

Aie's sweet sister.

Thursday, 19 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oniii, hah kan sudah kena mandi jam 4.30pagi. Fadan muka, siapa soh buat perangai. Eeee... dak ni kannn. 

Oh! bertenang-bertenang, ini bukan mendera ye, tapiii takkan la aku nak biar dia melekit satu badan sampai jam 6.30pagi? [waktu biasa dia mandi] ada kena gigit semut kang. Isk...isk...isk.

Actually dia sudah masuk tidur awal malam tadi, aku tinggalkan dia dengan kartun then tidak lama kemudian aku angkat masuk bilik, tidur sama-sama dengan Aie. Aku anggarkan dia akan bangun esok pagi terus. Macam biasa, aku kemas rumah, cari makan, online. 

Tengok-tengok, dia bangun pergi cari botol susu. Buatkan susu, then ajak balik masuk bilik. Hrmmm, takde maknanya ok, dia nak tengok tv lagi. Ok, aku layankan dan terus masuk tidur. 

Tidak lama kemudian, dia kejut aku. 
"ummiii angun-angun" sambil gegar-gegar badan aku yang tengah syok peluk Aie. 
"iya, sayang umi nak apa?" control suara sambil buka mata sikit je.
"ngok ni, ngokkkk [tengok ni, tengok]" sambil tunjuk bekas gula-gula dengan tapak tangan.
"kenapa?" aku tanya semula sambil perhatikan dia yang sudah tidak berseluar. 
"ngok niii, niiii [tengok ni, niiii...]" sambil goyang-goyangkan lagi bekas gula-gula yang dah kosong. Aku dah pun bangkit. Mesti ada helah lain yang dia buat ni, sebab seluar pun dah hilang. 
"buang la tu, mana Auni jumpa?, buang dalam bakul sampah tu" arah aku dan dia patuh terus sahaja berlari pergi ruang tamu.
"ngok ni ummmmii, ngok wiwi [tengok ni umi, tengok tv]" tunjuk dia. Huaaaa, kan dah betulnya. Gula-gula tu, di cairkan dengan susu, sapu pada skrin tv. Ok Oni, tahniah. Berjaya membuat emak mu ini naik marah. Hajat di hati nak mencari dan memakaikannya seluar semula. Tapiii, lain pula jadinya. Aku kemas semula ruang tamu yang berantakkan tu.

Setelah seluar bawah kusyen dijumpai, 
"papesh noh [pampes penuh]" katanya lagi dengan pegang Drypers yang dipakai.
"pergi ambil pampes Auni" arah aku dengan suara perlahan. Takut Aie pula bangun. Bila aja dia baring, aku rasa kaki sehingga pehanya, melekit... agaknya dia sapu gula-gula tu satu badan dia macam losyen. Rasa lagi tangan dan baju, memang sah semuanya melekit. Adoiyaiiiii. Then, aku pura-pura merajuk.
"Auni mainlah dulu, karang pukul 6.30pg baru mandi" suara aku. Dia dah terkebil-kebil pandang aku. Ah! muka sedih tu. Mulala buat emak ni serba salah.
"andiiilaaa [mandila]" katanya kepada aku yang memandang dirinya dengan mata singa.
"Auni, ini pukul 4pg, Auni nak mandi? Sejuk tahu?" kata aku lagi. Dibalas dengan anggukan. Mesti dia pun rasa sudah tidak begitu selesa. Memang melekit gila wei.
"ilik air, ukak aju [bilik air, buka baju]" sambil tunjuk bilik air. Okla dah tuan punya badan rela hati, aku pun buuurrrrrr siram. 

Habis satu part. Dia minta susu lagi. Then, tengok tv lagi. Minah ni, mata tidak mengantuk kah? Kena belajar tahan mengantuk dengan Oni ni. melayan dia, sampai aku pun terlajak bangun pagi. Aku tengok abi dah pun balik, entah bila agaknya dia sampai rumah. Harus Oni yang menyambutnya.

Masa aku mandi, Aie dah merengek. Rasanya Aie ni tidak sedap badan, tekak nya sakit sebab dia lebih banyak tidur. Direct BF pun sikit je dia minum lepas tu tidur. Kadang-kadang dia batuk tidak berkahak. Oohhh Aie usahla kamu demam, nanti susut itu badan.

Aku mintakan Oni ambil 'car seat' untuk Aie. Bagusnya Oni. Kalau tadi aku mengamuk dengan dia, masa aku bersiap ni dia jaga adik dia dengan baik.
"angan angish adik, ummmi akai aju [jangan nangis adik, umi pakai baju]" terharu tak dengar? Lagi-lagi dia duduk bersila depan Aie sambil tepuk-tepuk, goyang-goyang mainan untuk adik. 
"pandai Auni, jaga adik sekejap ya. umi kemas barang-barang" aku hilang di dapur. Mengorek ice-pack, packing pumping dan sebagainya.

Bila keluar daripada dapur, tengok-tengok Aie dah pun ada depan TV. Masya-ALLAH, punyala kakak tidak sampai hati hendak meninggalkan adik seorang dalam bilik kan? 

Oni tarik car-seat tu daripada bilik sampai depan tv. Dia duduk sebelah adik gengan tangan penuh mainan untuk Aie. OMG. Berkali-kali aku gosok mata tidak percaya. Memang iron-lady. Aku pun pantas aja buat apa yang patut untuk cepat-cepat keluar daripada rumah. Sempat bekalkan Oni honeys star. Dia nak limau, aku malas nak mengorek dalam kotak. Takkan lagi nak breakfast limaukan?

Kasihnya Oni.

Aie pun steady je bila ada kakak.

Sama lak memek muka korang ni, itu la car-seat yang Oni tarik dengan Aie di atasnya.

Melayankan Oni, semua pun jadi lambat. Semua jalan pun jammed hari ni. Tapiii, bila duduk dalam kereta melayan perasaan teringat keletah Oni, aku rasa nak menangis. Dia yang terbaik walaupun perangainya di luar jangkauan mak dia. 

Macam mana dia boleh terfikir nak cairkan gula-gula, sapu di tv, sapu dikaki, sapu satu body??? ooohhhh....

Berangan.

Wednesday, 18 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tadaaa...

Ooo ada leher rupanya.

Eksyen je tu, ada orang tolong pusingkan. Nak buat sendiri, angkat montot pun tak larat. Mengamuk je lebih. Manja.

Asyik dengan kakak, punya instinct kalau kakak tiada. Kakak nangis, dia pun join sama.

It's ok Aie, teruskan berusaha. Kakak mu dulu buat sendiri je, tau-tau dah pandai meniarap. 

Walawei, Aie nak melangkah ke fasa kedua, meniarap. Now, Aie suka main 'pick-a-boo' [babacak] dengan kakak Oni. Best-best, emak dorang tukang tengok je. Ngeee.

Nota hijau: Projek belum siap. Nak kena beli kertas akibat banyak terlepas kepada Oni. Adeiiilaaa.

Sebuah kasih sayang.

Tuesday, 17 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku jarang cerita fasal opis kan? Aku dikelilingi dengan orang Cina sahaja. Itu pun dorang lebih suka bercakap dengan menggunakan jemari, papan kekunci dan skrin monitor sahaja.

Setiap hari yang kedengaran hanyalan bunyi ketukan di papan kekunci juga lagu-lagu di radio. Itu sahaja. Semua orang tekun membuat kerja masing-masing. Tidak bagi aku dengan Haliza. Salah seorang partner, merangkap kawan sejawatan. 

Orang lain buat kerja, datang angin kitorang terutama apabila naik sahaja bercuti, banyakla topik hendak dibualkan. Potetpotpet gelak-potpetpotpet gelak, itu belum masuk lagi part makan-makan-makan. Dah rasa macam opis sendiri, walhal hanya aku dan dia sahaja perempuan Melayu terakhir dalam opis ini.

Nama pun duduk sebelah kan, takkan nak bercakap pun guna papan kekunci dan skrin monitor juga kan? [kadang-kadang buat juga]. Bila dah berborak dan buat hal, sampai tak perasan pun ada orang lain yang ikut sama mendengar. Alahaiii, kita bukan mengumpat pun. Kita cerita hal-hal biasa je, nama pun perempuan.

So, tengah best-best berborak, tiba-tiba minah ni bangun bentang suratkhabar. Aku ingat dia nak kenduri makan-makan. Rupa-rupanya, dia sibuk hendak membalut hadiah untuk emak tersayangnya. Ooooohhh, tiba-tiba aku teringat akan mama, lama aku tidak memberinya hadiah. Sejak bekerja, aku selalu belanja dia je takpun transfer ke akaun. 

Haliza teman berborak aku.

Inila, jika anak perempuan kan? punyala hendak membuat emak gembira. Tak kisahla berhabis berapa pun. Walhal seorang emak itu sudah cukup gembira apabila melihat anaknya, pandai menjaga diri sendiri, sihat, selalu bertanya khabar, selalu menjenguknya [aku ikut suami], sentiasa mendoakan kesihatannya. 

Emak tak akan minta hadiah yang mahal-mahal pun. Cukup sekadar seorang anak ingat tentangnya. 

Takkan la sebagai anak hendak lupakan jasa dan pengorbanan seorang emak tu macam tu sahaja kan??? Tepuk dada tanya selera. Tiba-tiba aku teringat diri sendiri. Alhamdulillah, senang hati aku bila mama berkata:

"Semua impian mama dah tercapai. Sekarang ni, mama nak hidup biasa-biasa je. Awak dengan adik belajar sampai diploma. Awak dah ada keluarga sendiri dan dah tau macam mana perasaan menjadi emak. Cukup bila tengok anak-anak dah ada berjaya dan ada kerjaya sendiri. Syukur"

Dalam usianya yang mencecah 50 tahun [tahun ini] dia sudah pun mempunyai sepasang cucu. Ihihiiihiiii. Uiii tak sabar nak balik Johor macam ni.

Comot dan Coro. [pakai baju aunty Stoberi]

Apa yang penting, sebelum orang menghargai kita, kita perlula menghargai orang terlebih dahulu. Oleh itu, aku perlu menghargai dua orang budak ini termasuk abinya sekali sebelum apa-apa terjadi. Kan? kehidupan itu warna-warniii. Wiiii.

Sekian.

Menurun.

Monday, 16 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni, berguling lagi dengan anak-anak. Ahahaaaa, orang lain nak sambut raya, aku pula melebih-lebih bercutinya. Anyway, pengasuh aku cuti hari ni so automatiknya mak budak ni pun ikut sama. Ngeee.

Bila open facebook then nothing to do, makanya berkobar-kobar menyiapkan aktiviti kesukaan. Apa? deco-deco bilik? miahahaaa. Itu kita cerita lain kali eh, bukan apa nak mendeco atau pun mengemas bilik tu kena tunggu tuan empunya tiada di rumah, bila sama-sama mengemas hah, pepaham je la apa yang akan terjadi.

Lelepas tu, mak budak ni naik fed-up. Jadi, bila deco-deco tidak menjadi, kita bertukar ke arah yang lain pula. Ngeee....

Assistant aku dah bangun tidur.

Kembali melenturkan jemari yang dah kaku lagi kayu, pening juga nak matchkan warna-warna striking ni. Bila tak kena gaya warna jadi tenggelam dan tak cantik. Mata pun naik jejuling di buatnya. Bermula dengan cemerlang, akan tetapi bila datang gangguan yang menyebabkan fokus beralih arah, makanya bermula sesi bubuh-membubuh janji siap.

Camnila aku bila menurun. Dah tak peduli sekeliling.

Siap? ahahhaa, belum siap. Bila rasa dah nak siap, pergi pula mencari bahan lain. Gali-gali, jumpa pula yang lain-lain, menyebabkan nak buat sedikit muka surat menjadi banyak pula, semua pun nak di bubuh. Tunggu je la ye.


Inila akibat main belasah buat tiada perancangan mahupun draft. Belasah aja. Melayankan Oni sebelum terhasilnya rumah.

Oni: uwat umah, ummi uwat umah [buat rumah, umi buat rumah]
aku: ini warna apa Auni? - tunjuk kertas warna biru.
Oni: biyuuu [biru]
aku: pandaiii. Ini warna apa? - tunjuk kertas warna merah jambu.
Oni: fink [pink]
aku: pandaiii Auni, ini warna apa? - tunjuk kertas warna hijau.
Oni: jau [hijau] 
aku: haaa, pandai pun, niii warna apa? - tunjuk kertas warna kuning.
Oni: jau [hijau]
aku: eh? ini warna kuningla. 
Oni: jaaauuuuu [hijau]
aku: ok, tak payah pergi sekolah. Dah pandai. hahaaa.

Aku tak puas hati, aku dekatkan kertas warna hijau dan kuning, ooo patutla tak banyak beza sangat warnanya. Warna striking di bawah cahaya lampu kalimantang. Lalu aku pun melayankan dia buat rumah. Siap ada qulling tu, aku baru nak belajar buat. Susah ohhh. Beginner, ok la tu. Tools pun takde aku belasah guna lidi aja. Ngeee.

Aku nak buat apa? miahahaaa. Cer teka apa bendanya tu kan? Handmade card? ooo bukan-bukan, itu karya di opis je bila kesunyian. Kat rumah tak boleh, sebab ada yang membantu.

Hari ni aku cuba struggle siapkan ye, makanya bolehla aku buat tayangan di blog hijau ni. Ahahaha... saje la menghabiskan kertas. Wiii... Minggu depan cuti seminggu, yabedaaa-beduuu.

Gift daripada pnStoberi2.

Friday, 13 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa hari ini sudah pun Jumaat. Sekejap betul, baju kerja aku tak sempat berlipat pun, malah tak angkat daripada ampaian pun dah kena pakai semula.

Aku keluar agak lambat, ahaaa gara-gara aku malas. Esok cotiii. Tapi, duduk rumah je kot. Hajat di hati nak mendeco-deco bilik Oni & Aie, ceh kunun. Kita tunggu dan tengok ajalah apa kesudahannya kan. Muahaha.

Hari tu semangat nak ngejakan dinding gantung frame gambar, sudahnya sekian terima kasih apabila asyik nar lupa nak membeli paku dinding. Bila dah ingat paku dinding, gambar nya pula belum di print-out. Nyampah lama-lama. Ni apa cer, melencong jauh ni. Hahaaaa.

So dua pasang t-shirt, satu untuk Oni-satu untuk Aie. Putih berlinekan hijau. Must I like it sooooo much. Thanks kekDa. Nanti snap gambar bila dorang pakai baju ni. Hiii, murah rezeki anak-anak. Gift ni datang sekali dengan hadiah menang contest beliau My Great Cuti-Cuti Cinta Contest. Macam tajuk filem dah. Aku dapat tempat ke-6. Murah rezeki kekDa aka pnStoberi. Aminnn.

Oni Aie, harap Aie muatla lagi baju tu. Ngeee.

Nota hijau: Oni sangat suka dengan gambar pada baju ni. Dia tahu semua warna pada gambar tersebut [tiba-tiba ayat skema] adoiii.

Apalah Medela Swing tanpa Membrane.

Thursday, 12 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pergh tajuk, macam nama bahan kimia lak kan?

Aku jarang nak update fasal breastfeeding kan? Ehehehe, so far semua going smooth je. Aku bukan lagi breastfeeding tegar tapi Aie masih lagi minum susu aku. Sebelah malam dan hari cuti, dia adalah pendamping terbaik dan my bantal peluk with my breast. Best sangat peluk Aie yang bau asham tu.

Then, aku masih lagi mengepam sewaktu bekerja, mencuri masa sebelum keluar lunch. Shoot the story, semalam aku hendak pumping macam biasa. Setelah semua palam plug tercucuk rapi aku duduk bersila ala-ala beryoga hendak memulakan pam.

Corong Medela Swing aku dekatkan dengan breast macam biasa. Eh-eh-eh? kenapa macam takde suction ni? Erk... aku telek lagi Medela Swing kesayangan aku tu, harta paling berharga untuk diri sendiri. Belek-belek-belek, jelas kedengaran bunyi suction. Sekali lagi aku temukan corong dan breast, no respon sebagaimana tadi.

Dah mula nak stress. Belek lagi sekali.

Ok dapat punca, puncanya salah satu part untuk pam berfungsi seperti biasa telah hilang. Part yang aku rasa malas sangat nak ambil tahu tentangnya. Tidak penting pun. Inilah yang dinamakan, bila ia sudah tiada, baru kita tau hendak menghargainya.

Inila membrane, kecil sahaja. Nipis pula tu.

Barula aku menyedari, betapa pentingnya membrane (kata my dealer) ini, walaupun ianya nipis, lembut dan kecil. Tiada membrane, Medela Swing tidak boleh menjalankan aktivitinya. Maka aku meneruskan menggunakan teknik marmet. Hasilnya tidak segalak menggunakan pam, tambahan lagi aku sudah pun datang bulan.

Oooohhhh! Lekas aku berkongsi cerita dengan my dealer. Katanya sparepart untuk membrane memang ada dalam kotak Medela Swing malangnya sekalian isi rumah aku kumbah (tipu), namun tidak dijumpai.

Dan dengan baik hatinya, my dealer nak kasi satu yang baru. Aku gigih mencari membrane yang lama, tilam, bantal aku kemas. Berkat usaha mencari agaknya, maka aku jumpa empunya diri di bawah tilam Oni dan Aie. Hrrrmmm, dah boleh agak siapa yang main pam ini ketika ketiadaan aku malam semalamnya.

Dan lagi, disamping aku mencari membrane, aku telah menjumpai sparepart corong. Agak berbeza sedikit dengan yang biasa aku guna. Macam biasa aku bertanya kan pada dealer lagi, katanya itu corong soft, kalau guna tidak mendatangkan kesakitan dan lembut.

Inila corong yang soft tu, lembut bagai di kata. Malu-malu ia berfungsi.

Ok, boleh cuba. Pada hari ini, sesi pumping aku sangat mendatangkan kegembiraan. Jika Aie menyusu pada jam 6 pagi aku susah untuk maintain 5oz tetapi tidak pada hari ini. Wiiii...

Bekalan bila aku busy.

Sekian sahaja entry pendek daripada empunya hijaucantik. Pendek ke? Ahahahaha. Terima kasih yang penting, hargai la sesuatu atau mereka yang pada asalnya dianggap penyibuk dan remeh, tanpa mereka hidup ini tiada serinya.

Terima kasih kepada Oni juga sebab menghilangkan membrane ini tanpa sengaja sehingga ditemui kembali. Jika tidak aku akan menjadi seorang yang tidak menghargai. Ehehehe.

 Budak overdos. Coro demok. Sekarang pakai Drypers kakak Oni saiz L. muahahaha. 
Aie, kuci-kuci-kuci....- kata Oni.

Hanya cerita biasa.

Wednesday, 11 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alkisah apabila pendukung baby untuk mendukung Aie apabila Oni tidur dalam stroller tertinggal di rumah kak Ana. Tidak terfikir langsung untuk periksa beg baju anak-anak masa ambil dorang pada sebelah petangnya.

Pada hari yang sama, abi telah pun sampai ke Penang kerana hal kerja. Lega sikit sebab tidak perlu berkejar-kejar untuk menyediakan makan malam. Melayani Oni, melayani Aie macam biasa sambil otak ligat berfikir macam mana nak hantar anak-anak pada pagi esok.

Yang menjadi masalahnya ialah sekiranya Oni tidur, stroller hanya boleh memuatkan dirinya seorang sahaja, macam mana nak tolak stroller sedangkan aku hendak mendukung Aie? Erkkk. Aku cuba minta pendapat daripada abi, dia pun tak boleh nak fikir. [mungkin dia tengah sibuk waktu aku call]

Tiada pilihan terpaksa juga meninggalkan Oni yang sedang tidur sekejap, dan hantar Aie terlebih dahulu. Ok fine. Tapi, selagi yang namanya esok pagi belum tiba, otak aku masih lagi mencari alternatif sambil buat kerja-kerja rumah. 

Dak comot dan coro. Sedang membuat pakatan.
 
Hari dah makin larut malam, sempat jengah blog dan FB sekejap sebelum tutup lampu dan masuk tidur. TV masih lagi terpasang dek Oni sibuk nak menari menyanyi. Sedang aku berborak-borak dengan Aie di dalam bilik, tiba-tiba telinga ni terdengar bunyi yang mencurigakan. Suara Oni pun sudah tidak kedengaran lagi ditenggelami bunyi kocakan-kocakan air. Musykil dengan keadaan aku bangun juga.

Mencari Oni di ruang tamu, tak ada. Aik? 
"Auniii... Auniii... Auni kat mana?" panggil aku. Masih tertumpu pada ruang tamu, berkemas sikit-sikit.
"apa... " jawabnya pendek. Terus mata aku terarah kepadanya. SubhanALLAH, ALLAHuakbar. Aku beristighfar banyak kali.

Aku tidak mampu meneruskan kata-kata, aku tidak mampu untuk marah empunya diri apabila direnungi muka tidak bersalahnya. Apa dia buat? dengan hanya berpampers, menggunakan ranting kayu bunga perhiasan mak dia, dia duduk atas meja akuarium abi. Ya, dia sedang memancing ikan milik abi dalam akuarium. Huaaaaaaa.

Terus aku ambil empunya diri, cari semula baju dan seluarnya. Berpeluh-peluh, dia bermain seorang. Aku buatkan susu, tutup TV dan lampu, mendukungnya masuk bilik. Dia punya menangis berlagu-lagu. Entah macam mana dia dapat handphone aku terdail nombor abi. Tertekan pula loud speaker. Hah! apalagi. Bermulala sesi adu-mengadu sebelum dia tidur dalam pelukan aku.

Jam 6 pagi, abi balik dan aku bersiap macam biasa. Agak lega sikit sebab abi ada mungkin dia boleh hantar Oni, sebaliknya dia menyuruh aku juga yang menghantar kerana dia baru sahaja hendak melelapkan mata. Jadi, terpaksalah aku turun hantar Aie dahulu, sebab Oni masih tidur. Bila aku naik ke rumah semula, elok pula Oni dah tunggu depan pintu. 

Biasa macam ni la. Peace yo.

Bertuah punya Oni, kalau bangun tadikan tidaklah perlu aku berulang-alik, turun naik berkali-kali. Sabar je la. Dan bermulanya kejadian seperti ini, aku telah pun mengambil susu Anlene untuk mengelakkan kerapuhan tulang. Di ambil seawal mungkin ye, pasal umur hampir tukar angka depannya.

Ini adikkk.

Aku bukan mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku seorang iron-lady, tapi aku hanya mahu berkongsi cerita sahaja bahawa kehidupan aku sungguh menarik dan berwarna-warni. Aku hanya ingin cuba berfikiran sepositif yang boleh supaya lebih menarik lagi. Rasanya, ada lagi orang yang lebih susah dalam menjalani kehidupan harian berbanding dengan aku. 

Happy and thanks for reading keluh kesah makcik ni. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Still need to study.

Tuesday, 10 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat lepas, balik kerja terus naik rumah dahulu, bila dah simpan semua kelengkapan terutama susu perahan aku turun semula untuk ambil anak-anak. Then, sebaik sahaja pintu rumah aku buka, SURPRISE!!! 

"ummi, ummi, abiii tu ummi" suara anak dara dah macam tarzan. Hanya pakai pampers sahaja.
"aner adik? ummi aner adik? [mana adik? umi mana adik?]" Oni bertanyakan adiknya. Oh! dia fikir aku pulang bersama Aie. Aku mengeluh, tengok rumah, tengok Oni dan keluar semula. Macam nak menangis. Letih bertambah letih.

Selepas sahaja ambil Aie balik rumah, barula aku menilik Oni daripada atas sampai bawah. Dua kaki, dua tangan, perut berconteng dengan pen. Huaaaaaaa, siapa nak tolong mandikan dak Oni ni. Very the fenat ok.

Melihatkan aku yang dah angkat bakul baju kotor, siap cuci pinggan, sedang melayan Aie barula abi bangun daripada sofa mengajak Oni mandi. Ya, sepanjang hari itu dua beranak tak mandi. Abi tak hantar Oni ke pengasuh. Aku berjaya menahan kemarahan dan abi tau aku sedang marah sebab aku tak tegur dia masa aku balik. Kan? Kita ni, bila ada di rumah pulun buat kerja sampai rumah bersih.

Sabtu pagi, abi pergi kerja. Aku pun masak ringkas-ringkas sebelum dapat pesanan SMS abi mengajak keluar beli barang dapur. Hrmmm, tiba masa sekeluarga nak keluar bersama lagi. Adoiiila. Aku bersiap lambat-lambat dan tunggu sehingga abi balik. Tak larat aku, keluarnya sekejap je tapi nak menyiapkan anak-anak, kelengkapan dorang makan masa yang lama.

Macam biasa, The Mines Shopping Centre, dan macam biasa juga beli barang untuk Oni, untuk Aie. Aku? malas betul nak shopping bila dengan anak-anak kecil ni. Letih mengejar Oni sahaja. Beli barang yang mana nampak je, ambil-ambil-ambil, abi bayar. Aku dah mendukung si Oni yang ketiduran.

Oni kental.

Tahu pula tak mahu bahu abi, nak omaknya juga. Pasrah je le. Aie pun dah merengek-rengek tak puas tidur. Abi yang tolak sambil tolak troli barang-barang. Haih! bila dah dalam kereta barula terasa lega bernafas. Aku rasa, lebih baik duduk rumah sahaja daripada keluar berjalan.

Mok coro.

Apa tidaknya, Aie merengek dah tentula nak breast, Oni merengek nak aku juga, cemana tu? Emak ni dah la 'tough' sangat-sangat. Huuu! Tapiii shopping kali ini agak berjaya jugala daripada kali yang lepas. Huru-hara. 

Lepas ni kalau pergi berjalan macam ni, aku nak pakai baby carrier tu je, senang nak tepuk-tepuk Aie bila dia menangis. Memang nak bawa keluar tempoh hari, tapiii apa nak buat sudah keputusan banyak urat, terlupa. Apapun dah berjaya menggembirakan ini budak, kira ok la tu kan.

Anak bapak.

Mujur aku beli kasut tu dengan mama masa dalam pantang hari tu, konon nak buat pakai raya, huh! minah ni, tengok adik pakai stokin dan kasut dia pun nak juga. Cait.
Nota hijau: Kali ni, aku sama dengan Oni, abi sama dengan Aie. Wiii...

Kilogram.

Friday, 6 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Agak-agakkan aku ni dah berapa kilogram eh? pipi aku tu, haish! macam dah dekat nak sama dengan Aie je gamaknya. Makan punyala banyak, bukan 2 jam sekali tapi setiap jam pun makan, hasilnya pipi juga yang mendahului. Adeiii.

 Tiba-tiba aku orennn. Ngeee.

Ahaaa camnila aku bila abi tak ada, ahahaha. Nampak budak dalam stroller tu? Anak dara aku posing baik punya dengan mata tak buka.

Aie tak pandang kamera, dia tengah adjust keselesaan nak tidur. Memang dia tidur time aku dukung macam ni. Campak la cemana pun, dia buat derk juga. Selesa kot, macam kena peluk gittu.

Belakang tu beg baju dorang. Dalam stroller tu pun ada cooler beg. Totally kilogram semua yang aku kena hangkut? ahahahaha.... geleng kepala kak Ana bila aku mengangkut dorang.

Abi tak ada, sempat lagi aku nak posing kan. Muahahahaaa. 

Pipi je naik ni, camno den nak buek laieee.

Ni pun aku gak, tengah projek tenusu. Tak nampak pula Medela Swing tu gara-gara nak interframe lebih. Masa memula nak pumping tadi si Jeanne tu ikut sama. Sibuk nar dia nak tahu cemana susu keluar, bila dia nak tengok sendiri macam mana keluarnya susu itu, dia pun balik opis semula.

Mesti dalam kepala dia berfikir-fikir lagi kan? Ahahaha, nasib ko la yang.

Manisnya memori itu.

Thursday, 5 January 2012


AWAS!!! Entry ini sangat panjang macam novel.

Hati aku gundah gulana, ok ke penampilan aku ni? t-shirt putih lengan panjang dikenakan dengan jeans warna krim serta tudung putih. Sempat meminjam kasut sukan kak Siti Soleha aka roommate. 

“nampak comel sangat” kata kak Jaja sambil cubit pipi aku. Comel? Dah 19 tahun ni, comel apa kebendanya.

Aku masih lagi menunggu kedatangan dia, nak telefon kehabisan syiling. Tambah-tambah, aku tak ada handphone pun. Ini kali pertama kami akan keluar bersama. Selagi tidak keluar, selagi itula aku berulang alik ke tandas. Sakit perut, hati berdebar-debar. 

Hampir kesemua penghuni asrama telah pun pulang ke kampung. Tiket bas ekspress aku ke Johor adalah jam 8.30 malam nanti. Jadi, dia menawar diri untuk menghantar aku ke Puduraya dan kami berhasrat pergi menonton wayang terlebih dahulu. Kali ketiga masuk panggung wayang. Jakun.

Penantian berakhir apabila sebuah kereta kancil warna maroon tiba, aku memang sudah pun menunggu dia di pintu hadapan asrama. Senyum. Aduh! Debaran di hati semakin kencang. Selesai masukkan segala beg, dia membuka pintu tempat aku duduk. Sweetnyaaa.
“nak pergi mana?” tanyanya sebaik sahaja di dalam kereta. Aku mengerah otak. Berfikir.
“The Mines boleh?” tanya aku semula.
“The Mines eh? Ok” Kuchai Lama ke The Mines tidakla jauh mana. Sempat dia menelefon seorang lagi kawan kitorang, sama-sama offer diri nak menghantar aku ke Puduraya. Demi aku katanya. Filem seram The Ring, aku tengok terkejut-terkejut. Duduk di tengah-tengah antara dia dan Sham.
“ko kalau takut peluk orang sebelah sana eh!” kata Sham. Ceh! Hampeh punya kawan. Dan malam itu dia membelanja aku Mash Potato KFC besar untuk aku makan dalam bas. Rasa berat hati pula nak meninggalkan dia dan kenangan pertama malam ini. Hiii.

Pada satu hari di KFC bersebelahan tempat belajar. Aku dan Kesumawati.
“wei, ko dengan mamat tu, apa kes? Lain macam je aku tengok” katanya lurus dan telus.
“lain macam apa? Biasa je” malu aku dibuatnya.
“sudahla ko, aku tengok sekarang ni perang pun dah takde, berdamai ke apa?” – Kesumawati lagi.
“mana ada apa-apa, ok je” aku.
“belahla, sekilas ikan di air aku tau jantan betina, aku tipon soh dia datang sini eh?” acah Kesumawati.
“isk, ko kata nak makan dengan aku je kan?” aku.
“memangla, aku nak korek cerita, baik ko cerita dengan aku, cepat!!!” dia memaksa.
“contract je, habis praktikal habisla. Kita semua pun dah bawa haluan masing-masing kan” tiba-tiba Kesumawati meletak pisau dan garfu. Diam sambil memerhati aku atas bawah. Pehal lak minah ni, tercekik tulang ke? Dia tunduk mengeluarkan tisu daripada kocek seluar.
“aphal ko ni?” tanya aku. Tiba-tiba dia emo.
“aku sedih bila orang bercinta contract ni. Tak payahla, bercinta je betul-betul” katanya sambil kesat air mata. Hiii, orang lain pula yang sedih.

Di satu hari, aku dan dia. Kami keluar lagi. Bersama dan kali ini hanya berdua. Macam biasala aku, berdebar-debar nak melalui hari bersamanya. Acceh! Hanphone berdering, tahun ke-dua aku dah ada hand-phone.
“tunggu kat petrol pam seberang jalan eh, ada Shila kat bus stop” gilala kan, aku nak berdating dengan dia, dia dah ada buah hati. Merajuk kejap.
Kali ini datangnya dia bersama Kelisa pula. Berapa banyak kereta mamat ni ada? Hanya dalam hati, malas nak tanya.
“eh-eh? Macam berjanji pula” ye kami pakai baju yang sama warna merah. Ehehehe!
“naper ko tak ajak Shila gi dating, sian dia naik bas” aku bertanya.
“dia kan dah ada pakwe” eh-eh? Konpius kejap aku. Aku pun, dah tau dia ada makwe masih lagi mahu keluar berdua dengan dia. Ahahaha, gila.
Time tu kami ke SOGO, ada air terjun tu kannn. Duduk menikmati panorama dan aku memecah kesunyian.
“ermmm. Aku nak beritau ko sesuatu ni” – aku
“cakapla, apa dia” sambil memerhati aku yang dah tak tenang tingkah.
“pasal kita” – aku lagi.
“oh ya, kenapa tiba-tiba ko nak teruskan ni? Kata contract je” dia tanya aku pula. Errr…
“inila aku nak beritau, mamat tu dah tinggalkan aku, dia cakap pada Fitri” aku tunduk. Nak rasa sedih, dia ada kat sebelah. Malu nak nangis.
“dah kata, dia tu playboy” kata dia. Sambil tengok aku atas bawah.
“tah, sebelum ni ada juga dia call tapi aku ada meeting, call balik dia engage” aku lagi bercerita.
“so ko ok ke, kalau aku minta kita teruskan ni? Shila?” tanya aku lagi.
“ko yang cakap macam tu, yang minta contract tu pun ko, terpulangla” erk, aku rasa nak tercekik, rupa-rupanya memang selama ini dia serius. Aku je yang anggap cinta contract.

Tidak lama kemudian kita pergi main boling sama-sama. 1st time. Jakun.
“kenapa ko suka aku?” aku tanya dia masa duduk melihat kawan main boling.
“sebab ko comel, ko tak cantik pun, ko comel je” dia cubit pipi aku sambil bangun meneruskan permainan.
“Shila pun comel juga” dia pandang, matanya buat aku cair dow. Tajam walaupun bentuk mata Jawa. Sepet.
“jangan cakap fasal diala. Kita tak ada apa-apa” bbbbuuuek, cam nak muntah dengar masa tu. Hahahaha.
“macam mana ko boleh suka aku?” soalan menduga. Ambil masa nak bercerita.
“kali pertama nampak, kali pertama aku bukakan pintu lobi nak masuk kelas, ko dengan Liza” aku sengih.

Aku tak ingat pun, sebab he is not my taste. Bad boy. Muka macam gangster. Kitorang suka perang masa dalam kelas. Aku suka cari lelaki lain bila aku kalah atau tak sependapat dengan dia. Nanti tangan kaki semua naik.
“cinta pandang pertama la ni? Ye ye je” usik aku.
“penat aku tackle ko, ikut ko, sakat ko, pening kepala aku nak jaga ko ni, asyik kena siul je dengan budak lelaki, bila dah clash dengan boyfren, dapat lak kat mamat kos bawah ni, tension” hahahaha. Baru aku tau.
“cuba je, mana tahu dapat kan, lagipun aku tengok ko masa gi The Mines hari tu comel sangat” ye aku ingat bila dia suarakan aku jadi makwe dia. Kat Sungei Wang.
“tengok-tengok ko kata contract, ok je la tapi masa tu memang serius” ehehehe, tah apa-apa je kan?
“boleh tak kita tukar panggilan ko aku ni” erk, rasa nak tercekik lagi. Nak panggil apa? Nama? Hahaha. Tengok-tengok dia panggil aku darling. Yaks.

Daripada Darling Asha dan Ayang Ewan bertukar jadi umi Syasya dan Abi Erwandi. Ahahaha, geli. Antara kisah dan kejadian di balik tabir pertemuan antara aku dan abi. Banyak dah kisah yang diharungi menjadikan aku tidak percaya aku masih lagi berada di sisinya.

Dan aku masih lagi menyimpan segala kenangan-kenangan kali pertama kita bertemu dengan baik sekali. Bunga, coklat, gula-gula, aiskrim, kad, cd, malah kad Hari Raya pertama pun masih ada. :D

Akhir kata, terima kasih kerana setia membaca. Dannn hari ini hari ulangtahun aku declare dengan abi yang ke-9. [05 Jan. 2003-05 Jan. 2012]. My love forever. Kami dah mempunyai keluarga serta sepasang cahaya mata. Indahnya kehidupan. Terima kasih ALLAH.

Lenguh tangan mak, nak.

Wednesday, 4 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mok coro.

3 month of Aie, 6.6kg kalah berat sekampit beras.
Ada pau gebu, ada ubi rebus, ada drumstick kalah KFC punya.
Kulit coklat la dia ni. Jawa mari katakannn.

Demimu Aie, mak mu ok je. 

Pack ais aku macam dah bocor je. Huhuuu. Ada tak jual satu je. Beli Autumnz satu bungkus ada tiga pack. Aku nak satuuuuuuu pack je. Ada orang nak beri tak? 

Oni bergembira.

Tuesday, 3 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, setelah lama berkuap dalam rumah, akhirnya Oni dapat juga menghiburkan diri. Terima kasih pada Eija sekeluarga sudi ke rumah sempoi aku.

Akibat kebosanan, aku turun juga bawa Aie pergi cucuk 2 bulan di klinik depan rumah. Elok-elok aku melangkah masuk pintu pagar, terdengar nama aku dilaung-laung.

Puas gak aku amati dan perhatiii, oooohhh! Eija Sweetmama rupanya. Tak sempat aku nak pelawa dia parking kereta di parking pelawat, suaminya dah pun dapat parking baik punya depan klinik. Cam pula Eija akan aku yang berenggeh mendukung si Aie.

Jauh pula nak menyampaikan lift, berpeluh. Jumpa Ziqry, jumpa Zaquan, jumpa hubby Eija. Gugup gak la tapiii, no shy-shy when u meet me, gittu. Mujur abi dah ngemas sikit-sikit akan rumah yang berantakkan di landa tsunami Oni. Anak dara tu mengemas mengalahkan mak dia.

Borak-borak-borak, sempat aku keletung-keletang buat air bujang untuk dorang sebelum melepak bercerita. Ceritanya sikit je, selebihnya dok bergabung suara memarahi, memberi amaran, memujuk anak masing-masing. Zaquan vs Oni. Macam orang teruja aku tengok gelagat dak dua tu. 

Zaquan vs Oni.

Mula-mula punya la baik, cewah-cewah, dia usik dia-dia usik dia, main kejar-kejar, sakat menyakat, malu-malu kunun, tidak lama kemudian, sesi perebutan dan pertahankan harta masing-masing. Aduhai, gelihati sungguh.

Kereta pink punya kuasa.

Oni, mempertahan harta, Zaquan sibuk mengusik harta Oni. Mak pak dorang pula masuk campur. Kecoh, riuh, rumah aku dibuatnya. Aie dengan Ziqry bawa haluan sendiri-sendiri. kecik lagi kan. Tunggu la besar baya-baya ni, habis.

Aku memang tak kisah pun, janji Oni happy. Janji dia ada kawan nak bercakap bahasa dia. Hahaaa. Terima kasih Eija Sweetmama sudi datang rumah kita.

Pasukan merah (mak) kuning (anak-anak). Serabut betul Oni ni.
One day, kita jumpa lagi ok ;) 

Cerita di sebalik gambar.

Monday, 2 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku beria-ia prepare buat kejutan la kunun. Masa dapat coklat, baru balik daripada Perak. Sampai-sampainya dia, tangan ku hulur bukan bersalam, tapi menyambut Prosperity Burger, makan macam orang mengidam. Ahahaha.

Part A.



'nama bapa Liza ILP tu, Khalid kan?' tiba-tiba dia bertanya. Sah! mesti bercakap pasal coklat. Aku diam, perasaan ok lagi sebab, mungkin dia tak nampak ayat 'Hepi Besday Abi' pada coklat tersebut. Fine.
'nama bapa Liza tu Haris, bila masa bapa dia tukar nama' jawab aku yang mula naik geram. Perut lapar.
'tah siapa yang bagi ni, makan je la' katanya lagi, memang dia tak perhatikan langsung ayat atas coklat tu. Aku buat derk lagi.
'Oni makan huruf A ni' bila aku dah ambil gambar coklat terbabit dan memerintah Oni makan abjad. Baru la dia belek coklat tu semula.
'umi yang bagi eh?' tanya dia.
'tah, saje kot Liza Haris tu panggil kawan dia ni abi' nada dah majuk. ahahaha. Kecik ati dow. [gaya afdlin shauki-boboi]

Part B.



Malam Maharaja Lawak Mega Final, isyarat mesej berbunyi. Pembuat kek beritau soh ambil kek lewat sikit dan tunggu di lift sahaja. Aku reply ok je.

Tak lama kemudian, aku mesej pembuat  kek menyatakan, kalau anak-anak aku dah tidur meminta dia naik ke rumah aku, hantar depan pintu. Dia reply ok je.

Sebelum Maharaja Lawak bermula, dia menyatakan kos penghantaran satu level RM20, rumah aku level 11, RM20x11=RM220. Inilah kali pertama dan kali terakhir aku order kek daripadanya. Gila mahal cekik tulang kering.

Siap aku nyatakan, hantar lepas Maharaja Lawak Mega Akhir pun tak apa. Dia menyatakan Ok. So far, aku gembira bila anak-anak dah tidur dan aku feel layan Maharaja Lawak Mega Akhir dengan tenang hati, ketawa sorang-sorang apatah lagi hero Ombak Rindu jadi juri jemputan. Muahahaha, terbaikkk.

Bila sahaja Maharaja Lawak tamat, tidak lama kemudian ketukan di pintu kedengaran. Surprise... kali pertama aku bersua muka dengan pembuat kek. Kali pertama setelah melayan blog sempoinya selama dua tahun. Silent reader, sesekali je drop komen.

KakNett bermurah hati mem'FOC'kan kos penghantaran ke rumah aku. Dia di temani salah seorang anak lelakinya. Nak ku ajak dia masuk, anak-anak aku dah ketiduran. Tambah-tambah aku segan je dengan puan Nett tu. Easy going dan suka senyum. kakNett ada raut muka manis. Aku taktau la sama ada aku cam dia bila waktu siang. Pasal masa dia datang rumah aku tu dah pagi 31hb. disimbah cahaya lampu aja.

Part C.
Menanti si dia yang tak pulang-pulang. Mujur lilin tidak ku pasang di atas kek, kot tak memang kecairan. Kek yang sangat ceria warnanya aku masukkan dalam peti, sorok bahagian paling bawah. Agar dia tak perasan.

Beria sangat la kan, dia tak juga balik-balik sehingga lewat pagi dan aku ambil keputusan tidur sahaja, letih menunggu. Letih nak buat surprise. Awal pagi, aku bangun keluarkan kek, bagi creamnya cair semula. Oni dah tak sabar-sabar.

Tak lama lepas tu baru la dia balik petang 31hb Disember 2011. Dapat juga dia mengemas rumah dan melayan anak-anak sekejap sebelum keluar lagi bekerja pada hari esoknya. Hoh! 24, 48jam kerja-kerja-kerja. Kesian betul, macam tak ada life.

Ceria je anak-anak bapak ni kan?

Ok dah habis story pasal kejutan yang tak jadi. Ahahaha, menci tau. Apa nak buat, laki I tak romantik macam Hariz-Izzah. Heheee.

Terima kasih kakLiza at Creative Coklat. Coklat home-made akak memang sedap. Majority kita yang lebih makan daripada empunya beday. Wakakaka.

Terima kasih kakNett at Notti Netti Designer Cakes & Cupcakes, next time kita order lagi ok. Kek perisa lemon tu sangattt sedap. Oni yang tak suka makan pun boleh habis sepinggan.

SELAMAT TAHUN 2012, umur naik lagi setingkat. Ooooohhhh!!! Dannn, pada hari ini 02012012:

Nombor yang ada saling kait mengait :D

Nota hijau: Aku dengan kakNett satu Desa yang sama cuma berlainan blok. Ngeeeeee...


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in