Rindu.

Tuesday, 4 December 2012

Comel ja masa ni. Single lagi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kadang-kadang bila aku teman Auni dan Adli main bersama aku macam terlupa wajah mereka berdua waktu masih seperti Arrizqi. Mungkin, kesibukkan aku menyebabkan satu dua kenangan tu jadi low, menyusut. Terutamanya pada Auni.

Anak sulung sama macam aku, gambar masa dia dalam hari sahaja setiap hari dirakam. Video step by step dia membesar, setiap apa jua aktivitinya sentiasa ada untuk kenangan, ye la belum ada saingan. Tanpa sedar gambar dan video itu jugala berguna tatkala aku asyik dengan adik-adiknya.

Bila dengan Adli, datang pula angin sakatnya...terkekek-kekek Adli dengan aksinya. Bila angin harmoni, setiap yang dia hendak buat mesti sama macam Adli, makan, mandi, minum susu, tengok kartun. Ada satu part lepas mandi dia menangis hendak bedakkan Adli yang sama-sama bersimpuh mengadap dia. Masa macam ni aku tersentuh hati betul, apatah lagi bila Adli beraut wajah sayu dan redup. Lagiiila...bergenang kolam mata.

Disuruh menjaga Arrizqi pun sudah boleh sedikit sebab dia memang ambil berat dengan adik baby nya. Ayat yang biasa keluar apabila dia duduk dengan Arrizqi "baby sangat comella umi" dan dengan baik hatinya bedakkan adik baby yang kebiasaannya selepas Arrizqi naik mandi. Then, after all done satu kiss dia bagi pada Arrizqi. Sweetkan, kakak ni?

Aku pun tak sangka dia sudah tiga tahun, menjadi kakak kepada dua orang adik, lelaki pula tu. Isk...kakak Auni ni. Dalam pada aku sibuk uruskan adik-adiknya, dia sentiasa mengalah. Agaknya, dalam kepala dia, asyik aku je yang selalu dapat last. Hihiii... Kadang-kadang yang last tu istimewa.   
Dalam pada aku selalu jadi hulk tu, bila tengok dia sedang asyik dengan buku, dengan kartun...alahaiii Auni, awak sangat sweet. Lelebih lagi bila part lawan bercakap, amboi lebih kuah daripada sudu sampai kena guna senduk besar.

Lahirnya Arrizqi, dia tidak banyak beza dengan Auni. Tang mata sepet tu yang beza dengan Adli. Auni, tetap menjadi pujaan hati.

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 pasang kaki:

Jue a.k.a Ibu 2F said...

sweet nampak sangat berjiwa sebagai kakak...

Nad @ MamaZN said...

Auni mmg kakak yg baik
InsyaAllah smpi ke besar la die rajin tolong umi

Mama Kembar 3 said...

auni mmg sweet, pandai jaga adik plak tu. sesuai buat menantu nih hehe ;-)

Masya said...

auni comel sgt.. dlm kereta pun berkasut siap berstokin... moga menjadi kakak yg disegani adk²...

eima said...

sedey siot aku baca ni ... fahim aku pun cam tu ... sedih la sbb teringat kat anak sendrik

Nisah Idham said...

auni, bertuah umi ada kakak auni yang baik :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sama la cha masa anak pertama kita excited n mmg eija pun rakam wajah zaquan masa dlm hari boleh dikatakan hari2 siap ada album khas, tp turn adiknya xde..betul2 setuju sgt gambar2/video2 yg kita amik tu lah berguna nnti utk diingati kembali.

Sweet sgt kakak Auni ni..insyaallah moga terus menjadi kakak yg baik buat adik2nya.

ch@ said...

kakJue, kakNisah:
syukur dia membesar dgn sihat.

kakNad, Eija:
insyaALLAH :)

kakNani:
hahaaa, akak kena cari yg kembar tiga juga kot.

Yana:
gmbr dulu ni Yana, skrg jgn harap. masuk kreta je habis tanggal smua, nk turun barula gelabah, satu hal nk menunggu dia pula.

Eima:
touching kan? kes tertengok gmbr ms dia kecik.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in