Arrizqi dan rezeki.

Thursday, 6 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini budak sudah minum susu 4 aun sekali minum, lepas burp dia akan tidur dengan sendirinya walaupun intro hendak lelap tu kemain panjangnya. Dan, elok pula jika memberinya susu formula turun temurun S26Gold dia terus lena tanpa intro-intro. Apakah? oh, ini ikut keadaan juga. 

Ya, akibat emak yang sangat sibuk menguruskan rumah, sibuk menguruskan abang dan kakak, sibuk merencana macam-macam dan menjadi letih, Arrizqi mendapat bantuan susu S26Gold, what the meaning-what the meaning? [ala-ala Zizan] the meaning is, minum susu perah dan minum susu formula. Walawei, dah campurla. Berdegar-degar aku nasihatkan orang untuk breastfeeding, aku? ya, aku tau aku cakap je lebih buatnya tidak. Aku tau, tapi sengaja cari jalan tidak mahu buat. Ya, pertikaikanlah sebab aku adalah seorang surirumah, boleh sangat untuk breastfeeding, direct, pumping tapi memilih untuk fm juga. Kenapa?

Bila sudah berdepan dengan tiga orang anak yang masih memerlukan perhatian, kaki, badan, tangan keseluruhan badan jadi lenguh. Bila malam masing-masing berjaga bagai waktu siang, ambil banyak mana pun vitamin cap kuat takkan dapat mengatasi kekusutan kepala otak. Apatah lagi kena psiko dengkuran sang bapa, yang setiap hari berulang alik ke tempat kerja berjarak jauh-dia dah letih langsung mempengaruhi mood dan perasaan. Aku rasa sangat teruk bila kepulangan abi aku sambut dengan mata sungguh hendak tertutup.

Dan sekarang baru aku tahu, kenapa perlu merancang keluarga seawal yang mungkin. Inilah natijahnya yang perlu aku hadapi. Inilah kepentingannya agar kita dapat memelihara kesihatan badan sendiri, anak-anak dan rumah. 

Aku tidak menyesal memberi Arrizqi susu formula kerana ini adalah pilihan aku sendiri, daya ketahanan badan, emosi aku tidak sama dengan orang lain yang lebih tegar. Apatah lagi aku meladeni kerenah anak-anak sendirian. Arrizqi dapat susu badan sepenuhnya lama sedikit berbanding Adli yang campur sebaik sahaja ngam-ngam sebulan. Jadi, lebih sikit di situ dan sekarang, masih lagi minum susu badan. Rezeki susu badan tu masih ada untuk Arrizqi menikmatinya.

Dalam pada mengelek dirinya, banyak juga perubahan yang memberangsangkan. Paling ketara part minum susula, daripada 2 aun sehingga jadi 4 aun. Uish! dasat mamat ni. Sekarang, baju abang Adli pun sudah disarungnya. Abiii, jom shopping. Dan besen mandi juga sudah tidak muat disamping barut yang menjadi semakin pendek. 

Ruam susu juga sudah semakin kurang dan kering, menjadikan Arrizqi seorang yang ensem. Hihiii. Anak abi sebijik apabila rambut dan matanya kekal sama. Whatever pun, semua mereka ini mudah dijaga cuma masing-masing memerlukan perhatian lebih sedikit.

Abang Adli... Arrizqi pun ada ruas tebu macam abang juga tau.

Pulas tidurmu budak.

Nota hijau: Bila dorang pakat nangis sama-sama,OMG emak ikut nangis juga.

13 pasang kaki:

@e_da said...

Kamu ibu yg kuat... Igtla bersusah skrg tersenyum akan dtg.... Cayokkkkk..

Takpela fm pun janji anak sihat membesar....

Jue a.k.a Ibu 2F said...

jgn risau bila mereka dah besar sikit cha akan rasa senang dah....
Takpelah fm pun janji dia sihat...

Jue a.k.a Ibu 2F said...

kecik semua mmg mcm Tue bila dah besar umi mesti tersenyum sendiri...

fm Takpelah cha janji sihat

AdaM Hawa said...

FM pun ok.. tu s26.. asal baby sihat..

Nad @ MamaZN said...

Okey, nota hijau bawah tu kak nad penah kene..
Mmg nanges sama2 hahha!

mamalieyna said...

Tkpe lah cha...fm pun ..janji anak siht n mendengar kata...

K.eina klu bsalin plg risau bab nyusukan anaklah.. huu..bg sedaya mampu jer..

Bsusah dahulu, bersenang kemudian..heee

Salina@IbuAqil said...

Akak dapat rasakan kepenatan mu itu deq cha..
Tabahkan hati mu..
Kamu kuat.. ;)

Imaan09 said...

jangan cakap gtu cha.. smua orang ada masalah n rezeki masing2..kamu telah usaha yang sebaiknya..campur, bukan stop pun kan.. ok le tu..!

Nisah Idham said...

gebu, geram lah pulak !!
nak picik boleh ??

hehe

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

xpe lah campur pun at least masih dpt susu ibu, mcm eija la tetap berbangga w/pun campur..sampai skrg pulak tu w/pun dh dpt susu FM tetap cari susu Mama dia utk tambah energy..hehe

bila terlalu letih mmg bila tgk anak2 nangis kita pun nangis sama..

ch@ said...

kak@Eda:
terima kasih sbb jadi tmpt mengadu. wanita, kuatnya hanya pd keluarga.

kakJue:
btl sgt, sbb tu xsabar nak tggu Arrizqi besar sikit.

AdamHawa:
kan? fm pun yg terbaik drpd ladang.

kakNad:
mostly emak2 mmg kena kot kak. hihiks...

kakIeyna:
kita kena blaja byk lg mcm mn nak manage menyusukan anak dgn pembahagian kerja2 rmh. sbb ms dlm pantang takpe lagi, ada yg tolong bila part berdikari urus sendiri. pengsan.

ibuAqil:
insyaALLAH.

Lea:
all the best, mostly emak hendak yg terbaik.

kakNisah:
hiks, marila...

Eija:
wah, energy ke atau hendak bermanja? heheee... kasih emak pd anak tak ke mana pun. eee lagila, letih, lapar, tak mandi...serabut rasa.

Mama Kembar 3 said...

bab nak join nangis sama tu kita serupa hehe. bila my 3 heroes melalak meraung berjemaah, mmg mau join skaki nanges jugak huhuhu

ch@ said...

kakNani:
time tu tiba2 stres dtg.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in