Mudah bersalin.

Monday, 19 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam boleh tak share ape2 yg akak tau tntg deliver normal ni..means petua ke..ape2 yg akak amalkan selain doa2..yg memudahkan kelahiran tu..sy nak deliver normal for my 2nd baby


Salam..kak boleh tak story sikit ade petua pape tak ms nak or b4 deliver..1st bby dlu czer


Tipikalnya, aku langsung tiada petua untuk mudah bersalin secara normal. Mengikut pengalaman aku, apa yang aku praktikkan semasa bersalinkan Adli, ialah memang betul-betul mengikut buku. Aku baca semua jenis buku berkisar tentang kehamilan, apa sahaja. Cedok sini, cedok sana apa yang aku ingat sahajalah aku pratikkan.

Di sini juga aku berterima kasih kepada biras aku, Fizanie Lokman yang serba sedikit memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk meneran dengan betul buat kali terakhir sebelum aku ke bilik bersalin. Masa tu memang sedang melepaskan lelah, duduk di sofa dan dia tanpa sengaja memberi aku sedikit tunjuk ajar.

Katanya, bila proses meneran hendaklah tarik nafas panjang dan tolak, tangan pegang pergelangan kaki, dan  teran tanpa suara dengan dagu bertemu leher. Ini kerana, apabila kita meneran dengan suara secara tidak langsung kita telah menggunakan sedikit tenaga.

Bersalinkan Adli memang aku sangat feeling, rasa sakitnya, persediaan untuk aku meneran pun sangatla mudahnya. Kata-kata biras aku tu, memang sama dengan buku. Aku menahan sakit tanpa bius, tanpa ubat tahan sakit, tanpa suami disisi. Huhuuu... Yes, supporter amat penting. Apatah lagi bersalin normal kali pertama.

Berbanding dengan Arrizqi, aku menahan sakit bukan di katil sahaja. Oleh kerana ketuban sudah pecah di rumah, dan tempoh sakit kontraksi adalah bila-bila masa sahaja. Aku rasa betul-betul sakit semasa proses perpindahan aku daripada bilik saringan ke bilik bersalin di HSI,JB. Mendengar para-para petugas saling bertingkah buat aku bertambah sakit dan bengong.

Dalam pada dorang kecoh-kecoh tu, kaki yang kebetulan sudah angkat aku teran sahajalah. Kerana aku terasa Arrizqi sudah betul-betul dilaluan hendak keluar. Punyala pulun, sampai lupa segala apa kata buku. Hahaaa... Dah setel kena jahit baru sedar, lorrr aku lupa nak praktik cara meneran dengan betul.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini ialah ikut peraturan buku, dengar arahan doktor, insyaALLAH semuanya akan baik dan lancar. Macam-macam aku dengar kawan-kawan beri aku petua, hendak mudah bersalin, tapi yang aku betul-betul ikut ialah banyakkan berjalan. Aku memang kaki jalan. Itu pun baru terfikir hendak shopping baju Arrizqi, tak sempat shopping dia dah keluar, sian... pakai je la baju abang Adli. Ada orang minum air selusuh, walaupun air itu warna hijau tapi aku tak sanggup untuk minum, hihiii.

Selain itu, memang amalkan baca tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun. Itu ayat paling mudah dan senang, ada juga aku baca ayat Qursi tapi tak habis baca sakit datang kaw-kaw-kaw punya babas. Dah tersangkut ayat tu. Bila asyik tak habis je, tukar ayat simple la.

Ironinya, meneran apabila sakit datang. Itu akan memudahkan lagi proses bersalin. InsyaALLAH. Dan sebenarnya, sakit kontraksi kuat adalah lebih sakit daripada proses meneran hendak bersalin ;) 

Bersalin Auni? itu tak aci sikit pasal dia keluar ikut tingkap. Hohoo... tu yang dia patern lain sikit, syukurnya dia sihat alhamdulillah.

Adik baby - Arrizqi

Adik Adli.

Beloved sista kakak Auni.

Nota Hijau: Pohonlah ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja sebelum di tolak ke bilik bersalin, insyaALLAH anda akan didoakan oleh mereka semua. Apakah aku sudah menjawab persoalan? hihiii... redah je la. 

13 pasang kaki:

Teratak Hami said...

Salam,
Dah lama tak kesini. Tahniah for the new born :-)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hehe..cha betul tu yg penting kena byk berdoa dan minta maaf kpd semua sblm kita nak bertarung nyawa keluarkan satu nyawa..

ermm nak bersalin normal ni mmg kena pandai teran la cha, eija dpt rasakan eija ni mmg x pandai meneran..iyelah meneran dgn teknik yg betul..tp alhamdullillah dpt jgk lahirkan Ziqry secara normal..itupun kena vacum..adoiii..

Nad @ MamaZN said...

kalu tnye kak nad...
mmg tak igt ape dah bile kt dlm labor room tu..huhu!

main aci redah je kate org, haha! =p

apa yg dibaca, dihafal bila dah sampai kat dalam sana, mmg tak teringat satu haprak pun...hmmmm

mamalieyna said...

Betulla tu cha..dah menjwb tu.. kdg rasanya ikut nasib org kan.apapun usaha itu pntg.usaha cari ilmu..
Setuju, sakit sblm bsalin adalah sgt sakit bbnding proses meneran :-)..meneran sbb baby dh nak keluar, teran mcm nak berak je..hehe

Qaseh Iman said...

salam,..akak ketiga2 anak akak normal...tapii org tau2 kata kembar darah...jadi memang sakit.. x pernah lagi merasai air ketuban pecah awal...tp, allhamdulillah semua selamat...

sal ya said...

akak masa Azfar je meneran dgn betul sbb ketuban dioecahkan dkt hospital. sakit pun dtg on off walaupn bukaan dah 10cm.nurse la dok ckp jdk sng nak ikut. yg dua org sblm ni nrse tak ajar pn. luckily akak ada husben sama kat dalam tu.

eima said...

betui ....
nk baca pasal petua mudah bersalin bleh cr kat blog aku ...

alhamdulillah kedua2 anak aku Allah bg yg mudah2 je sakit pun tak kuat ....lite² je

Masya said...

KALAU BERPELUANG MENGANDUNG LG SY NAK MERASA BERSALIN NORMAL, TQ KONGSIKAN INFO NI.. PENGALAMAN SENDIRI KAN... TP PERCAYALAH DAH SAKIT MMG LUPELAH TEKNIK TU HAHAHAHAHA...

Noli@Ibu Wafa said...

tak baca abih lagi..kot nnt lupa teknik..hihi..nnt nk ade 2nd bby noli refer cni..tq ch@ :)

eB said...

alhamdulillah. sgt comel... tahniah...
baby lahir 2.3 tuh full term ker dear?
aerica kena further checkup ms 3 bln nanti sbb lahir 2.32 kg... walopn dier lahir @ 36 weeks...
bb u camner eh?

ch@ said...

TeratakHami:
salam,
hiks, akak yg bawa diri. terima kasih.

Eija:
hiks, biasanya pengalaman mendewasakan kita eija.

kakNad:
yg di baca mmg ke laut kak, yg ingat time tu bb kuar je.

kakIeyna:
hiks... sakit masa bb kuar tu kjp sgt.

QasehIman:
alhamdulillah, kena berguru dgn akak mcm ni. kita sendiri lahir kembar darah. tapi alhamdulillah kita bersalin, Allah mudahkan.

kakSal:
masa Auni ketuban licking, masa Adli ketuban dipecahkan, masa Arrizqi ketuban pecah bebetul. Abi ada teman tapi tak masuk tengok, sendiri ajala.

Eima:
aku pnh baca entry tu eima, nnt tgk blk. hiks. paling aku ingat bersama dgn suami la. muahahaaa.

Yana:
hahaaa, betul2.

Noli:
boleh2. lekas sikit yg 2nd tu ek.

kak eB:
full term? maksud akak?
hari tu dorg tgk paras gula je, pastu smua normal. lps ni pergi checkup gomen mcm bb lain je la.sama la 36w2d hahaa...

ch@ said...
This comment has been removed by the author.
Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in