Biasa sahaja.

Monday, 5 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

InsyaALLAH, aku la tu orangnya. Surirumah yang berdrama. Hahaaa... Entah sempat entah tidak aku hendak melayan tv bila balik Sg. Buloh nanti. Entah di mana tv, di mana anak-anak, di mana kerja-kerja rumah, waka-waka-waka.

Sekarang pun, mama tolong masak dan suap makan untuk dorang, cuci baju sekali. Esok dah balik rumah sendiri, aku la yang kena buat semuanya. Rutin akan bermula jam 6.00 pagi. Hahaaa. Ye la, kata nak tengok tv kan, kenalah buat erja rumah awal-awal. Esok anak dah sekolah, kenalah lagi awal. 

Arrizqi dah 20 hari, alhamdulillah nampaknya kuning dah tiada. Bacaan akhir hari tu ngam-ngam 10mg/dl maknanya masih ada lagi. Kalau boleh klinik hendak bacaan 9mg/dl dan ke bawah. Repeat lagi Jumaat nanti.  Malas betul aku. Hahaaa.

Arrizqi 20days on 4th November 2011
3kg

Kerja dia masih sama je, tidur, minum susu, meneran, kencing, berak, mandi pun kemain payahnya hendak buka mata. Makin sepetlah jadinya biji mata dia tu. Habis tu, takkanla nak soh dia membasuh baju, cuci lantai pulakan? nama pun baby.

Ada lagi 24 hari, macam lama je lagi. Aku pun macam tidak berpantang, menjaga makan sahaja. Berurut pun sudah habis 5 hari. Bertungku, bertangkas, berbengkung semua Premium Beautiful ambil alih. Hangat sehangat asmara gitu. InsyaALLAH aku heal dengan cepat kali ini walaupun bawah berjahit. 

Buat masa ni, kena jauhkan air sejuk dan memilih makanan kerana Arrizqi menyusu badan. Hendakkan dia sihat sebagaimana Adli, aku kena berkorban. Takpe, lepas 6 bulan nanti proses memuri, dan aku boleh makan apa sahaja. Hahahaaaa...

Eh bukan ke sekarang pun makan apa sahaja ke? hehe.

Habis sahaja pantang, aku hendak habiskan kapsul Mustika Ratu, sayang pula sudah beli tidak dihabiskan walaupun harganya tidak semahal Amway. Dan, macam biasa my favourite drink, Cocoa Collagen Power Plus untuk memekatkan susu badan. Harap Arrizqi tidak secerewet Adli la, tambah-tambah dia dah dalam perut pun aku masih minum lagi CCPP tu. Hiii...

Berbalik kepada balik rumah sendiri, ye aku dah buat senarai penuh untuk kerja-kerja di rumah sana nanti, membangkitkan rasa lebih tidak sabar apatah lagi abi ber'whatsup' "sofa dah sampai" wawawawa... nak balik-nak balik. Bila sudah ok dan boleh menguruskan semuanya sendiri nanti, akan tibalah masa untuk mendeco rumah. 1st thing is cari langsir. Wiii...

Pastu nak prepare house-warming - nebes part ni. Kena belajar terlebih dahulu. Sebab aku fikir hendak sekalikan dengan kenduri kesyukuran Auni, Adli dan Arrizqi. Abi... tolongggg!!! hehe.

Jangan lupa bawa balik kolam ni ye anak-anak. Laman rumah dah ada.
Arrizqi sabar dulu ye, muat lagi tu.

Diri aku? sama je ngan sebelum-sebelum ni sebab ada orang syak aku ialah kakak kepada Auni. Sampai ke sudah orang tanya aku, kenapa aku kurus sedangkan bawa anak yang ketiga. Eheks... ye aku nak interframe, aku urus macam sebelum ni jugak. Berat tidak sampai 50kg. Cait.

Nota hijau: Rasa hendak pergi shopping sakan-sakan-sakanlah.

11 pasang kaki:

Nad @ MamaZN said...

Sonok tgk hidup cha =)

Hosewarming nnt jgn lupa jmput k! Hihihi...

Yantisa said...

Yakin boleh semua mesti boleh . Chaiyok supermom !

mamalieyna said...

seronok jd org kecik molek, tak perasan lgsg sudah beranak 3, ada anak dara n teruna dah,,jeles nih,,hehe~

ohho pastinya tak sabar kan.. bestnye ch@.. turut teruja sama ni, rumah berlaman..hoyee.. best la anak2 nnti, mak pun best jugak.. takla bosan duduk umah, tinggi2 mcm dalm sangkar je..hehe~

apapun teruskan berpantang , teruskan BF,, ada rezki tuk Arrizqi..Alhamdulillah..

TCare~

Masya said...

hahahaha.. untungnya org kecik mcm cha kan... anak dah 3 pun macam budak sekolah lagi...

jangan lupe jemput kalau buat housewarming tu...

sal ya said...

dah balik rumah memang heaven. just kita dgn anak2 je. mmg ada seribu satu macam karenah. percayalah. hahaha...

ch@ said...

kakNad, Yana:
insyaALLAH, tgh dlm perancangan.

kakYanti:
go-go-chayok.

kakIeyna:
berusaha, ada hati nak girl lagi seorang ni. kasi balance.
tu la x sbr nk hbs pantang blk uruskan smuanya sendiri.

kakSal:
betul tu, pastu stres...hahaa.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah sofa baru dh sampai, haruslah excited mau mendeco2 rumah..

eima said...

syok ade rumah sendrik dan ade 3 baby yg best ... adli mmg bolat

ch@ said...

Eija, Eima:
Terima kasih arrizqi. Adanya dia semuanya bagai impian jd kenyataan :) syukur alhamdulillah.

Salina@IbuAqil said...

Owhhhhh anak2 ku..
Sedapnya Arrizqi tido cubit idung tu kang...
Geram je tgk body Adli..
Rasa nak cubit pp si Auni..

ch@ said...

ibuAqil:
menakal masing2, peninggg.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in