Arrizqi independant.

Friday, 23 November 2012

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAR SEJAHTERA

FUH! Masuk hari ke 38 berpantang. Pantang ke? Habis sudah hampir semua aku langgar, tinggal lagi pakai bengkung je itupun upgrade, sebab Premium Beautiful. Tangan pun dah bertukar jadi kaki obor-obor.

JAGA Arrizqi semua pun main dan tak dan je. Mana yang sempat dan boleh aku buat, mana yang tak dan tu just let go malas hendak fikir sebab sibuk menguruskan abang dengan kakak dia. Tapi Arrizqi memang menguji kesabaran, bagaikan kembali menjaga Auni apabila menjelang sahaja jam 12.00am matanya akan segar bugar. Itu kalu memang babai la tidur cukup 8jam. Tambah lagi yang si dua tu ikut beroperasi memang emak nangis tanpa segan silu.

SETIAP dua jam kena stanby untuk warmkan susu, kadang-kadang tidak lagi sampai dua jam aku dah sumbat susu dulu, dapat dia tidur 4-5jam memang bersyukurlah macam-macam kerja boleh dibuat. Oh ini belah awal pagi ye pasal waktu siang Arrizqi memang tiada hal sangat. Tidur bagai orang tidak sedar diri.

BERGANTUNG sepenuhnya dengan botol susu apabila menyusu dan masih lagi dengan susu badan. Boleh guna pakai lagi ke istilah breastfeeding tu? Hiks. Tidak ngapelah kurang sikit part ngemping di situ kerana kalau dia berkepit, bagaimana pula aku hendak uruskan yang dua lagi. Syukur Arrizqi tiada sebarang masalah untuk tidur bersepah.

CUMA awas untuk aku tinggalkan dia dengan Adli. Adli yang baru pandai eksplore kehidupan masih belum mengerti sangat. Yang dia tahu lenjan apa sahaja termasuk jalan-jalan...bap! terduduk atas Arrizqi. Main-main...tuing! jatuh mainan yang dipegang atas Arrizqi. Setiap masa kena pastikan dia dengan Arrizqi.

SEDANG berfikir bagaimana aku hendak masuk bilik air bila hanya kami berempat. Abi memang tidak akan beli baby-coat. Hrmmm...nanti sahajala aku fikir.

ARRIZQI membesar dengan sihat dan baik, Alhamdulillah. Yeay! Ahad ni balik Sg. Buloh. Angkat senjata...baris!

Published with Blogger-droid v2.0.9

13 pasang kaki:

Nad @ MamaZN said...

In shaa Allah, cha boleh hadapinya...
Bakal supermak ni!
Keluh, rungut tu perkara biasa, terjadi bila btul2 kita penat...kalu x, takdenye....
Abi, sila bawak ummi n anak2 jalan2! =)

eima said...

AKU T AU KO KUAT cH@

Noli@Ibu Wafa said...

fuhh letih jadik cha..hihi..moga tabah dan sabar mendidik anak2 yer..ini pngorbanan ibu..moga mereka jadik anak soleh dan solehah..

barisss sedia!!

dilazfamily said...

makin tembamlah dia. Geram tengok

alyyani said...

hehehe.. angkat senjata, baris! comel!

mamalieyna said...

Herm...susah jgk tu u..alaa..belikan bb coat kt ikea pun boleh cha..janji selamat..ih risau plak camna nak msuk blk air tinggalkan mereka bertiga je...huu

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

nampk runcing la dagu Arrizqi..

wah nak balik dah hari Ahad ni, nnti boleh la nak melawat Arrizqi..

Kenangan SKPT2 said...

baby cot penting ... ingat cha , dulu Nisha penah patah kaki umur 2 bulan di rumah pengasuh , katanya Kak Una yg terduduk atas adik ... so lebih baik berhati2 . bukan nak takutkaan cuma akak tak nak apa yg akak alami dilalui oleh kawan2 yg lain .

Masya said...

kalau ade anak kecik ni mmg payahlah sikitkan nak tgl keblk air.. mandi pun ala kadar jer.. janji bersiram...

apepun cha kuat... mesti blh punyer.. in shaa allah...

ch@ said...

KakNad:
Kan best kalo abi bc komen kakNad ni hahaa...

Eima:
Nak jd ketua komander ni. Hahaa...

Noli:
Menjadi syasya ab latib mmg sgt sibuk. InsyaAllah, tak sbr nk tggu hr tu nnt.

Dila:
Hasil susu perah. Kehkehkeh.

Alyyani:
Hihiii... Nk rekrut soldier2 kecil.

KakIeyna:
Jgn sampai xsmpt cuci sdh kn. Dah kelam kabut sgt. Tgh fikir cara ssi ni.

Eija:
Boleh eija boleh. Nnt rodger2 ek.

KakYanti:
Tu la kak. Pasal dh slalu sgt terjadi dpn mata. Pnh satu part adli tarik arrizqi sikit lg nk trn tilam.

Yana:
Tu la. Puas mandi bila ada org tlg jaga dorg. Kalo tak mmg asal dan je la.
Hahaaa...


Cho Zila said...

sedapnyer nama dia.. arrizqi... akakpun dulu pantan habis dilanggar.. memang bengkungjer jaga...
makantu kadang2 teringat kadang2 buat lupa...

sal ya said...

balik sg buloh mmg kena panjang tgn dan kaki. akak pun tk pernah ada bby cot utk ank2.

ch@ said...

Cho Zila:
AdIk baby, Arrizqi. Hahaaa dh ank tiga smua kena buat sendiri.

KakSal:
Xde bb cot anak2 akak behave xpe, yg ni meligat kemainnya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in