Susu botol bukan formula semata-mata.

Tuesday, 30 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... perjalanan breastfeeding Arrizqi. Alhamdulillah memang rezeki untuk Arrizqi. Walaupun dilahirkan dengan mulut amat comel, dia struggle as abang Adli untuk direct breastfeeding. Hui, memang hendak menangis kaw-kaw bila tiba directfeeding mesti ambil masa lima belas minit untuk dapatkan lekapan terbaik. Selagi tidak selesa selagi itula aku bergaduh dengan Arrizqi untuk memberi susu.

Oleh kerana ubat untuk menyahkan bilirubin berlebihan adalah kerapkan menyusu maka tindakan yang aku ambil ialah perah susu dan beri dalam botol. Buat masa sekarang sekali menyusu Arrizqi hanya minum 60ml hingga 70ml sahaja, kadang-kadang tidak habis dan dihabisi oleh abang Adli setiap dua jam. Memang syurga  dapat beri dia minum dalam botol. Puas hati bila tengok botol kosong. Hihiii...

Kejam? tidaklah, apasalahnya kan? tidaklah abang Adli cemburu bila Arrizqi direct feeding. Aku masih juga direct bila aku malas hendak merendam susu perah dalam air suam. Hihiii... Yang baiknya bila Arrizqi minum tidak habis, abang Adli lekas sahaja menyedut hingga titisan akhir tanpa belas. Uh, Adli... apa saja janji boleh mengisi perut kecuali pisang dan anggur.

Misi kampung masih lagi datang rumah selepas hari ke-10, pun masih lagi bertanyakan susu tepung jenis apa yang Arrizqi minum. Bagi misi kampung, susu botol ialah susu fomula ataupun susu tepung. Oh tidak-tidak... Arrizqi masih lagi menyusu badan tetapi sudah perah masuk dalam botol. Stok untuk Arrizqi juga sudah berderet menanti giliran untuk dihabiskan. 

5 daripada 8 bumble bee.

Arrizqi bermata sepet.

Penghabis makanan keluarga, Adli.

Masih lagi belum buat keputusan bila untuk balik ke Sg. Buloh. Mungkin minggu depan aku dah boleh berdikari sendiri. Sekarang pun, cuma menunggu jahitan bawah sembuh sepenuhnya. Menerima dua jahitan pun, bila terlalu aktif rasa susah juga. 

Abi, hrm... dah balik Sg. Buloh pun menjalani kehidupannya seperti biasa. Aku sahajalah yang menguruskan anak-anak. Terjerit sana-terjerit sini, ah anak-anak kecil ni pasti sudah bingit telinga dengan teriakan dan jerkahan emak. Emak minta maaf ye anak-anak. 

Nota hijau: Hendak suruh abi pasang pagar di tangga terlebih dahulu sebelum balik sana. Hrmmm...

12 pasang kaki:

Nad @ MamaZN said...

Ranum jek tgk susu pm botol tu.
Alhamdulillah..rezki arrizqi =)

Mama Kembar 3 said...

salam cha. bestnya budak 2 org ni masih dpt minum susu brand CHA! hehe. Good luck! moga susu terus ada, chaiyok chaiyok!

@e_da said...

rizqi muka matured je...baby untie x kuar2 lg ni..huhu

ch@ said...

kakNad:
syukur nikmat Allah. sampai beri pd Adli sbb kita xde peti sejuk beku.

kakNani:
syukur kak murah rezki anak2. blaja drpd pengalaman. serik bila kena bengkak susu.

kak@Eda:
hiks...asyik nk panggil dia Adli ja. tersyasyul. bby aunty tu pemalu. tu yg x kuar lg.

Masya said...

semoga anak² cha membesar dgn sihat, beruntung adli.. adik x habis susu dia habiskan... adli bertambah² sihatlah nanti...

ch@ said...

Yana:
Arrizqi halus. Bila dukung adli... Umakaiiii mmpat lg mntap. Isi dia padat dan padu sungguh.

mamalieyna said...

dalam pantang ujian lg maha hebat, tambah2x anak 3..terbyg k.eina dl..hee~

apapun hope perjalanan pantang ch@ baik2x aje, dan baby Rizqi dapat susu ibu sepenuhnya, ch@ tak kerja lg la bagus.. Alhamdulillah..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

bertuah la dua2 dapat susu ibu..
iye la Arrizqi bermata sepet...

ch@ said...

kakIeyna:
insyaALLAH. boleh breastfeeding Arrizqi lbh lama drpd Adli.

Eija:
hahaaa, tgk Ziqry ja mana tak sepet.

sal ya said...

tak pernah bagi botol. rezeki dia orang pandai hisap sendiri. cha jgn jerit2. tak elok. kalau akak time pantang dulu tinggi suara sikit dgr la ayah dok bebel2. adeh...

ch@ said...

kakSal:
kita tulis je jerit, jerkah... tapi org2 yg pnh knl dgn kita smua sedia tahu kita mmg tak pnh tinggi suara pun. heheee... smua tanya mcm mana kita marah anak2... smua kata 'nko marah ke?', 'mcm mana nko marah?' - heheee.

ch@ said...

kakSal:
kita tulis je jerit, jerkah... tapi org2 yg pnh knl dgn kita smua sedia tahu kita mmg tak pnh tinggi suara pun. heheee... smua tanya mcm mana kita marah anak2... smua kata 'nko marah ke?', 'mcm mana nko marah?' - heheee.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in