Nyahla bilirubin berlebihan.

Monday, 29 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arrizqi, masuk hari ke-tiga dikesan jaundis, aku pasti kebanyakkan emak-emak yang baru melahirkan pasti bimbang dengan jaundis. Aku memang langsung tidak ada petua bagaimana cara terpantas untuk mengatasi anak terkena jaundis.

Hari pertama bacaan jaundis Arrizqi 10mg/dl, tahap ada sikit jaundis. Hari kedua naik lagi jadi 12mg/dl. Benci betul aku, Arrizqi makin malas buka mata hendak menyusu. Hendak kejut dia bangun menyusu punyala payah. Disebabkan bacaan naik, aku balut badan dia dengan Premium Beautiful. Hahahaaa...ok hasilnya, bacaan turun kepada 11mg/dl. Disebabkan turun, skip satu hari pergi klinik.

Then, aku cuba tidak balut badan dengan PB, dan kerapkan menyusu. Huh, payahnya rasa hendak sumbat botol susu je padanya. Hasilnya, bacaan naik mendadak kepada 13mg/dl. Masih lagi di tahap belum warded. Hari ni ulang lagi, dan belum tahu berapa bacaannya. Harap sangat turun tahap tiada jaundis. Susah hati rasanya.

Apa yang aku buat sepanjang Hari Raya Korban, pagi sebaik aku mandikan Arrizqi aku titiskan jus anggur hijau, saranan misi kampung datang bertandang saban hari bertanyakan Arrizqi. Katanya, untuk neutralkan semua asid dalam darah. Seharian aku balut badan dia dengan PB. So far, dia bantai tidur je, sampai sakit jiwa aku hendak mengejutnya bangun menyusu. Dengan tindakan nekad dan tegas, botol susu. Alaaa... aku pun dah jadi fulltime housewife so takde masalah rasanya untuk beri botol susu pada Arrizqi. Patutnya ajar masa sebulankan, untuk persediaan naik kerja.

Ooooo suka ye kamu dengan botol susu. Mana belajar? Hihiii, emakla yang ajar. Selang dua jam sumbat 2ozs susu badan. Eh, susu botol bukan bermakna susu formula ye. Aku gunakan botol susu Medela. Itu satu-satunya botol untuk new born dalam rumah aku ni. Auni dengan Adli berputing botol dan susu yang sama, tak sesuai untuk Arrizqi janji kerapan menyusu tu ada.

Lepas mandi petang, aku titiskan pula susu kambing yang katanya mujarab untuk sakit kuning, sebelum aku beri Arrizqi aku yang test dulu, wei... sedap rupanya susu kambing ni. Hahaaa. Lebih best daripada susu lembu. Confirm aku habiskan stok susu kambing yang papa belikan untuk cucu dia nan satu ini. Sudahla hari tu aku suruh beli susu kambing yang dibelinya gambir, adoiyaiii sabar je la. Balik rumah berdekah-dekah gelakkan dia, dia pun gelakkan diri sendiri.

Dan tidur malam Arrizqi berbungkuskan PB, takpela Arrizqi pakaila bengkung PB umi tu, nanti-nanti je la umi kurus. Yang penting adik baby sihat dulu ok. Semoga bacaan jaudis Arrizqi turun terus 9 atau 8mg/dl pada hari ini baru aku berasa lega.

Arrizqi.

Aku pun dah tak rasa macam orang berpantang, stokin entah ke mana, bertungku pun tidak. Belum tua nanti pasti aku mengalami sakit-sakit badan. Harus punyala... Mata pun dah rabun, semua tulisan nampak kembang je. Yang aku jaga, jahitan bawah ni dan makan. Masih lagi bermandikan rempah ratus dan berurut, berbengkungkan PB. Girdle dan bengkung PB mempercepatkan proses darah turun dan menghangatkan badan buat aku rasa mudah untuk bergerak.

Nota hijau: Abi dah ajak aku balik Selangor. Siapa nak masakkan aku, siapa nak rebuskan air tujuh jenis daun, siapa nak urutkan aku, siapa nak tengok-tengokkan Auni dan Adli? Huhuuu, tenaga aku belum heal habis, biarlah Arrizqi ambil imunisasi pertamanya di sini. 

Semua tentang jaundis, boleh baca di sini -> [JAUNDIS]

11 pasang kaki:

Imaan09 said...

mandikan dia dgn air rebusan daun asam jawa+daun durian..sy suka, sbb xperlu minum, mandi aje.. dan memang berkesan.. insyaALLAH. susu kambing orang kata berkesan, tp WAJIB yang perah fresh from badan kambing.. y serbuk2 bancuh2 bagai tu, tak termasuk.. huhuu..best of luck dear Cha

Nad @ MamaZN said...

Kalu kak nad, mandikan dgn herba cina (ada jual kat kedai ubat cina)..

eB said...

eB pn guna anggur utk aed... alhamdulillah aed ok..

aerish eB guna ubat seng seh.... tuh pn aerish warded hampir tukar darah. jaundice tinggi sgt...

Orked said...

anak2 akak guna air anggur hitam (tp yg manis) dengan mandikan dengan air daun belimbing buluh + pokok dukung ank..daun belimbing n dukung ank tu direbus, biarkan suam2 kuku & mandikan baby...

selain anggur hitam, bagikan air gula kundur, pastikan jgn mnis sgt..air zam zam

jemur tu sudah semestinya la...

Insyaallah, jika amalkan mmg paras kuning tu hilang, kalu bole awal2 blk dari spital tu trs buat..

eima said...

anak2 aku tak penah kena kuning ... so aku nk jawab bg pengalaman aku pun tak boleh .... tapi maksu aku penah bgtau klu anak kuning mandikan ngan teh herba HPA uncang teh herba tu dibuat dr pegaga.....

pastu elakan tido dlm gelap ... biarkan bilik ade pencahayaan ... klu gelap kuning lagi naik ....

hmmm lain2 tu tatau la ....

mamalieyna said...

itulah kalau beranak kecik, risau takut kena jaundis je, arif mmg 3-4 hari gk kt spital sbb jaundis, hakeem alhamdulillah tak kena.. anak kalau kena jaundis mmg tidur je kerjanya kan..huu~ apapun Alhamdulillah Arrizqi dh ok kan, hope tak dtg lg jaundisnya..Amin..

*lega ada PB eh, byk membantu jugak tu..

* ohho better ch@ stay kt Johor je dulu, dgn mak.. risau k.eina kalau dh blk sini, ch@ sorang handle semuanya.. bentan nanti.. 3 org pulak tu..haish jgn cari pasal..hee~ dh merasa sbb tu ckp camtu...hee~ apapun tcre~

sal ya said...

rasanya kalau warded time tu la dapat rest betul. tapi kalau kat wad, hati dah kat rumah teringat anak2.

Masya said...

Kalau kene demam kuning dulu saya bagi anak minum air kundur.. pagi ptg siang malam masukkan dalam botol hihihihi.. bile di terberak² tu.. kuning dia akan surut.. mak lah kata... p alhamdulillah anak kene sikit jer.. kat kawasan mata.. muka ok jer.. x kuning mane pun..

ch@ said...

Lea:
Pokok asam jawa tu mn nk cr ek.
Ha'a mmg bg susu kambing yg fresh. Ada jg yg bncuh... Nnt mak dia yg mnm.

KakNad:
Kita dh mndikn dgn air tu. Kuning je jd nya.

eB:
Auni pun warded. Adli x kena jaundis. Arrizqi... Hbs smua petua digunapakai.

Orked:
Ini dh stengah bln kuar spital kak.xlut dh. Ptt hari tu kerapkan menyusu je ms kat wad. Buat mcm adli.
Nurse xbg jemur sbb nnt bby lg kurang air. Terhidrat.

Eima:
Eksperimen kuning. Stiap ank aku beza2. Auni kena sgt tinggi. Siap lmpu tiga. Adli xkena.

KakIeyna:
Abi pun soh tinggal lg sbulan kt sini.... Buhsan xterkata. Tu la guna PB turun jgk kuningnya. Bila xguna mndadak naik.

KakSal:
Btlla tu kak. Lg m kt spital lg rasa sakit mcm xsht2.

Yana:
Anggur hijau. Anggur hitam. Susu kambing. Mndi air sengseh. Mncdi teh uncang. Air kundur. PB. Hohooo byk rupanya elak jaundis ni. Yg penting breastfeeding.


Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Hope Arrizqi dah semakin sembuh dr demam kuningnya skrg ni..

Eija masa Ziqry dulu teruk sgt smpai warded..mmg susah hati kita cha.., eija pun mandikan dia dgn air daun cina tu n bykkan bg dia minum susu badan.

ch@ said...

Eija:
itu je usahanya skrg ni.
susu kambing dah habis, anggur hijau pun dah habis.
nurse kata tadi dah takde. tapi kena juga pergi klinik.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in