Debaran kian dirasa.

Sunday, 14 October 2012




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dia yang semakin membesar, aktif dan suka bermain futsal. Acceh, emak dah instinct belum apa-apa dah bajet anak suka main futsal. Serius aku malas betul hendak mencatat pergerakkan baby ni. Dah seminggu barulah aku tick kan di buku merah. Hiii...
Kalau dah routine checkup pun aku skip, apa keskan? hiksss... hopefully baby sihat sahaja la. Sejak abi kursus ni, tinggal dengan parent aku yang papa still bekerja so aku malas nak susahkan diorang untuk melayan kerenah aku. Cukup-cukuplah dorang dah jaga aku dulu event masa aku lebih banyak di asrama. Hiksss...
Now turn dorang bermanja dengan cucu-cucu pula sampai mama aku naik demam. Pun aku dah berasa bersalah sebab masa aku sarat begini masih juga mengharapkan dorang. Sobsss! hendak dimacam manakan, selagi abi dengan kursusnya. Yang pasti aku belum boleh menyusun jadual untuk berdikari sendiri. Kena slow and steady.
Selagi baby belum keluar aku rasa tidak sihat dan macam biasa tertanya-tanya gaya apa dia akan keluar kali ini. Di mana, jam berapa, siapa yang akan hantar, setakat ini hanya persiapan aku dan baby sahaja yang betul-betul siap. Barang baby semua masih di Sg. Buloh. Entah sempat entahkan tidak untuk balik bersalin di Sg. Buloh. Memenuhi hajat abi hendakkan anak Selangor.
Diam tidak diam minggu berganti dan baby dah pun masuk fasa 36w. Perut semakin memberat, Adli pun sama-sama naik, mamat kuat makan ni belum lagi dibawa untuk imunisasi untuk 12bulan. Auni, aku kena carikan penawar untuk dia sentiasa terang hati sayangkan adik-adiknya kelak. Naik pening kepala aku bila kerjanya membuli Adli sahaja. Cepat naik tangan.
Dia hanya takut dengan abi aja. Tok papa, tok mama, paksu serupa je ngan mak dia. Geram tapi sayang.
Apapun aku berharap agar kawan-kawan sentiasa mendoakan kesihatan aku untuk tempuh apa sahaja dalam masa terdekat ni.
Pinggang sudah sakit. Nafas semakin sempit. Nanti banyak lagi yang sakit. Sakit yang membawa rezeki membukit. InsyaAllah. Goodluck Mekchu, kak @eda dan eB. Dan mereka-mereka yang hampir kepada due.
Published with Blogger-droid v2.0.9

11 pasang kaki:

@e_da said...

kuatkan semangat...dlm keadaan kt yg makin berat mmg mcm2 kita fikir..semoga kt semua selamat melahirkan....

Jue a.k.a Ibu 2F said...

Kuat semangat insayallah moga dipermudahkan segalanya...

Nad @ MamaZN said...

Insya-Allah...
Kak nad pun sentiasa doakan moga dipermudahkan, moga segalanya berjalan lancar, moga semuanya selamat dan sehat hendaknya...
utk cha, dan jugak kawan2 lain...

take care sis!

SueZ said...

kuatkan semangat..ni lah saat yang paling indah dalam kehidupan peremuan kak...kita mesti rindu semua ni....saya baru bersalin dan saya sangat rindu nk rasa baby kicking dalam perut... (((((((((((((

mamalieyna said...

Insyaallah.. dipermudahkan segala urusan~

Beruntung ch@, masih ada parents to take care dlm keadaan ch@ mcm ni, dh tugasnya Abi mcm tu kan, apa nak buat..nasib ada makayah lagi.. takpe diorang faham sgt tu..

Ohho, kakak Auni, same like ariflah, si abahnye dah suarakan nak ambil air penawar jugak, bg lembut hati sket, garangnye la sesekali..huu~

*apapun jaga diri, n anak2.. dan baby bakal lahir..moga mudah keluarnya nanti..he~ Amin..

Noli@Ibu Wafa said...

take care care:) moga dipermudahkan segalanya nnt..aamiinn...

sal ya said...

insyaAllah... semuanya ok2 je.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Berdebar nya cha,
eija baru lepas baca status cha di FB ni, nmpknye kali ni cepat baby nak kuar baru 36W rupanye.

Eija doakan moga segalanya dipermudahkan..AMIN.

Gieyana said...

kuatkan semangat k Cha..saya tahu awak mampu..i wish nak juga ada anothe kid but Allah belum izinkan..:-)

Masya said...

jaga kesihatan cha, saya doakan moga segalanya dipermudahkan..... amin..

ch@ said...

kak @eda, kak jue, kak nad, kak ieyna, kak sal:
insyaALLAH, terima kasih akak.

suez:
indah-indah. tapi bila selang setahun, oh sgt pnt ok. biarlah berselang dua atau tiga tahun.

noli, gieyana, yana:
amin. kena kuatkan juga smgt yg tak berapa nak ada ni.

eija:
hihiii... tak sangka langsung. bby ni mmg suka kejutan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in