Berpantang kali ini.

Monday, 22 October 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa sedar, aku berpantang lagi. Hahaaa. Berpantang kali ini semuanya kena buat sendiri pastu macam biasala, macam orang yang bukan dalam berpantang. Melenjan sana-sini, yang berjaga ialah masih pakai stokin, makan menu orang pantang, makan vitamin, minum banyak air, mandi air tujuh jenis daun, berurut dan mengadap laptop. Hiksss.

Tapi suasana rumah mama memang kecoh gila, sebab cucu tok mama sudah pandai membuat permintaan yang macam-macam, sudah pandai bermain, sudah pandai minta di manja. Mulut Auni sahaja sudah boleh buat suasana jadi riuh yang amat apabila dia gemar sungguh menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Bila si Auni sudah menyanyi, makanya Adli juga akan ikut sama.

Walaupun Auni selalu membuli Adli, tapi bagi Adli kakak Auni tetap kakak terbaik. Kalau Auni buat perangai, tok papa pun boleh jadi marah dengannya. Aku dengan mama memang diam je la bila tok papa naik tinggi suara silap-silap, Adli pula yang menangis sebab Auni kena marah. 

Adik baby-panggilan Auni, tidak banyak kerenah sangat. Menjaganya sama seperti menjaga Adli. Kali pertama Auni melihat adik baby apabila dia ikut masa abi ambil aku keluar hospital. Sekarang ni, dialah peneman setia abi jika abi keluar ke mana-mana. 

"umiii... baby sangat comelkan? Baby sangat comella umi" - itulah ayat bila dia melihat adik babynya. Dan sampai hari ini, dia tidak pernah men'cepuk' atau mengusik adik baby. Bila adik baby tido, dia akan menyuruh semua orang senyap. Walaupun tidak lama kemudiannya dia yang mengajak adik Adli berlari sakan sehingga naik bergegar lantai rumah.

Reaksi Adli bila melihat adik baby, cool sahaja. Termenung. Auni suka kiss adik baby pun, Adli tengok je daripada jauh. Mungkin memerhatikan tingkah kakak yang sayang adik baby. Adli dalam proses pembelajaran. Walaupun nampak cool, tapi hati mesti tertanya-tanya sehinggalah dia hanya mahu tidur bila emak yang tepuk dan peluknya. Nyanyi lagu zikir macam biasa. 

Masuk hari ke-empat dia sudah boleh terima, melihat kakak sayang adik baby, kiss pipi adik baby, Adli pun mahu juga. Hati aku pun sudah lega apabila Adli sudah boleh tidur sendiri. Sekarang ini, moodnya hanya mahu main di atas tanah. Berjalan meng'eksplore' dunia luar. Adli sudah berjalan dengan cekap. Syukur.

Jadi berpantang kali ini, aku agak bersilat sedikit. Aku kena biasakan untuk menyelesaikan semuanya dengan sendiri. Paling aku seriau apabila aku ke bilik air meninggalkan mereka bertiga sahaja. Adli dan Auni aku tidak risau sangat, yang aku gusar Adli dan adik baby. Adli suka menyakat juga. Buatnya, dia tidak sengaja jatuh menimpa adik baby, aduh tidak tergambar dalam fikiran.

Adik baby, rutin seorang budak tujuh hari, minum susu dan tidur sahajalah. Baru sahaja terkena jaundis, berulang alik aku ke klinik kesihatan, harap turun lagi bacaannya esok. Hari tu bacaannya 12, aku balutkan dengan PB turun jadi 11. Hihiii. Parah juga bila mulutnya kecil macam Auni dahulu. Susah untuk sesuaikan dengan breast dan aku pun kena struggle sama bila tiba masa menyusu. Hendak sahaja aku perah bagi dalam botol. Aku tak ingat mana aku letak warmer hendak ku suruh abi membawanya pulang ke Johor ni.

 Auni kiss Adli.

 Adli dan adik baby.

Usik mengusik.

Huih, hendak update satu cerita pun parah juga buat masa ini, kena tunggu semua masuk tidur baru aman. Terima kasih abi atas kesudian melanggankan Maxis broadband untuk wife dia ni. Hiii lepas ni guna ni je la. Bila blogwalk, aku thru Android ja.

Nota hijau: Senang betul berpantang dengan PB ni. Hihiii. Cerita bersalin, nantila yerk. 

11 pasang kaki:

Gieyana said...

Alhamdulillah...nsib baik ada parent kn..at least dpt ringankan beban..:-)

Sy pon bw thru andraoid gk..senang..:-)

Masya said...

selamat berpantang cha.... jangan bebel panjang sangat nanti bentan ..;p

Nad @ MamaZN said...

seronok nye dah ada 3 org ye..kejap je ;)

Zura@Iwan said...

ada parent ni sng kn..sy pantang pon gitu la..mak la...huhu..

bila nk ada android ni..hehe..

Imaan09 said...

selamat berpantang!

ch@ said...

Gieyana:
alhamdulillah.
thru android laju sikit rasanya :D

Yana:
hiks. takdela, ringkas2 ja.

kakNad:
hahaaa. ekspres before 30 namanya.

Zura@Iwan:
hiks, jasa emak selagi hayat dikandung bdn.
preggy lagi, request... mesti dpt.

Lea:
thanks Lea.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Itu yg x laratnye bila berpantang anak dah ramai ni..,iyelah dalam masa yg sama anak2 yg lain pun perlukan penjagaan kita, pengalaman mendewasakan kita..

Selamat berpantang Cha, nnti bila dah balik sini, boleh la kami dtg melawat Arrizqi..:)

ch@ said...

eija:
tu la...mn nk jg bwh lg. mn nk bg ms mkn. mndi. sesi menyusu. berurut. huuu byk sgguh.
insyaAllah blk sana nnt jmptla dtg ke rmh :)

mamalieyna said...

Alolo..comel memasing saling kiss..kiss.. hehe~

selamat perpantang cha..Tcare~

sal ya said...

adli kecik lagi nak terima ada adik baru. itu yang termenung je utk dua tiga hari. macam alya dgn anis dah bagitahu awal2. jadinya meamng berebut la bila adik balik rumah. tp dah besar ni anis paling rapat dgn adik walaupun dia membuli jugak adanya.

ch@ said...

kak ieyna:
cute mmg cute. tapi ngerinya la haiii.... adli tu tough. arrizqi masih cikeding lg. ngeri dihempap dek adli.

kak sal:
tu la. smuanya kebetulankan... sian jgk kt adli. mujur arrizqi xbyk kerenah jd masih boleh lg lyn abg dgn kakaknya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in