Rehat di katil.

Friday, 14 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru balik klinik berjumpa doktor Mimi macam biasa, last jumpa bulan enam lepas. Belum punggung mencecah kerusi, dia lebih dahulu menyerbu pertanyaan-pertanyaan yang macam setahun tidak berjumpa gamaknya. Sabar je la.

Tiada istilah terkelunya bila dia jumpa aku, banyak je benda yang hendak dicerita. Lagi-lagi bila tengok rekod terakhir aku berjumpa dengan doktor Yunos, puasa lepas.

"27minggu? ini kali pertama tahu pregnant? tak rasa baby gerak-gerak ke?"
"period memang tidak teratur?" banyakla lagi soalan yang bertubi-tubi. Aku menjawab selamba kodok je la. Lepas tu dengarla dia berkhutbah. Siap berterus terang lagi, "diam, doktor hendak membebel ni" dan dia sambung bebelan dia. Sambil membuat scan.

Aku sengih je la. Pasrah... Scan punya scan, Arrizqi bagi tapak kaki hahaaa....comel je tapak kaki dia main be'bird'. Tak malu sungguh. Hihiii... Doktor pun guna istilah eksiden. Nampaknya kena lekas-lekas membuat perancangan keluarga sebaik sahaja Arrizqi lahir. Aku dah meragui kaedah buang luar yang telah diamalkan dan dipersetujui abi sebagaimana merancang untuk mendapat Adli. Dan baru aku tahu rupanya aku ni kategori subur. Muahahaaa.

Doktor hanya beri aku ubat keputihan dan menyuruh rehat tanpa membuat sebarang kerja. Kerja opis mahupun kerja rumah. Bed Rest di rumah, tetapi bila tengok rumah macam kapal pecah, maka tiadalah istilah bedrest. Kalau bleeding lagi, bedrestlah di hospital langsung bosan, boring, jemu, rindu, dengan uniform yang free size langsung tak sesuai dibadan tu, dengan suasananya buat badan bertambah sakit. Hendak dan tidak, buatla pelan-pelan dan yang termampu.

Kasihan pada abi, balik kerja letih-letih rumah macam kapal pecah, walaupun nampak dia tidak ambil kisah tapi kita yang di rumah ni, wajarlah mengurusi rumah sebaiknyakan? aku kena biasakan... kena latih diri menjadi rajin dan sabar. Kan hendak menjadi surinya nanti. Hihiii.

Ok sambung kerja, campak baju dalam mesin. Pastu berguling menonton televisyen. Lega, handover kerja sudah selesai, tinggal mengangkut mak nenek barang-barang peribadi daripada opis sahaja. Packing kain baju dalam kotak, eh? kena prepare baju tuk Arrizqi dulu.

Esok, hendak pergi hari keluarga unit abi, kena jadi photographer, jadiii... hari ini kena rehat habis-habisan.

Adli waiting his 'adik baby' 
Dak ni sudah pandai berjalan. KakakAuni tolong pimpin. Siaplah mak dorang, lotih mengejar.

Nota hijau: Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup kami hari-hari.

13 pasang kaki:

AzuraFazil DIN said...

wahhh laju tui awk lekat ye...

Masya said...

pasrah jerlah yer... dah reezeki ... hihihihihi .. be'bird' yer.. ape lagi siap sediakanlah nama berjela....

Jue a.k.a Ibu 2F said...

Banyak rehat ye....
mg semuanya ok...

Nad @ MamaZN said...

kaedah buang luar
kekekeekek...
lawak plak cha ni =p

moga Allah permudahkan hidup kita semua.... :)

mamalieyna said...

Insyaallah..moga dipermudahkan urusan mu dan anak2..^_^

take a good rest...ingat tu..^_^

waa sudah berjalan ka adli..habis la..ponat mak nak kejar nnti, takpe kakak auni ada membantu..hee~

Gieyana said...

take a gd rst k..tp biasa ler bila dok umah, mata nie x dpt nk tahan kalau tgk sepah2...:-)

Zura@Iwan said...

byk rest yer.....

sbr je cha...kaedah buang luar tu..kekeke..lawak kamu...

mmg x leh tgk kan umah sepah2 nie..huhu...

sitiebby said...

askum cha,
jg diri dan rehat. betul kata cha, kalu tgk umah bsepah, mmg xkn rehat ckup punyer, hati ni mmg akan kemas je wpun muka hubby xyah suruh. tp kita nie yg isteri mesti akan buat.

sy ms pantang dulu pun mcm tue jg. dh la bpantang sdiri kt umh, mcm2 mn pun kn buat keja jgk la. serabut tgk umh bsepah.

satu lg, lawak pun ada, bila tulis kaedah buang luar, sm kaedah la kita. tp sy msh bjaya utk btahan selama setahun setengah. isya pun msh myusu badan. hehehe, bila dgr ada kes jgk mcm cha, kn pasang implanon spt rancangan asal.

Lyaa Suriany said...

alhamdullilah rezeki kan akk

suka tgk org dpt baby.
msa kecik kecik ssh
masa bsr nnti meriah hbs..

sal ya said...

ada bleeding ye cha? dh lm tak guna kaedah buang luar sbb Azfar pun kes eksiden jugak. hahaha...

ch@ said...

AzuraFazilDin:
tidak kujangka hadirnya si dia. ehehe...

Yana:
siap sudah namanya. hari2 bila panggil dia bagi respon. mak yg x menyabar.

kakJue:
u too kakak, u dulu due tu. hiii.
hopefully everything under control.

kakNad:
buang luar tingkap. ahaks. takleh caya dah. kena cara lain. kesuburan sgt tinggi. thanks kakNad.

kakIeyna:
insyaALLAH, thanks kak. ha'a jln sudah mmt tu, mmg auni je rajin ngejar dia. dia pun nmpk leh geng ngn auni.

Gieyana:
like kamu gie, kalau suri rumah lagilaaa, kalau boleh nak rmh lapang selapang2nya.

Zura@Ewan:
thanks zura. ye btl mata rasa tak lapang bila tak kemas.

SitiEbby:
wa'alaikumussalam.
masa bpantang sendiri hari tu, mmg nak nangis juga la. dgn auni yg pangai ada mnja2 lg. letih rasa nk tidur, tapi kena bengkak susu pula. mmg hazab. kali ni kena bersedia.
kita takleh dah guna cara tu, tak caya. kena tukar lain.

Lyaa:
rindu kamu lyaa. haaa cecepat sikit. masa dorang kecik ni mmg x sabar nk dorang bsr. karang dh bsr rindu lak nk tgk dorg kekecik.

kakSal:
jadi, akak guna kaedah apa? share ngn kita. lps ni mmg kita ambil pil je la. sbb nk ambil lain2 cara, kita berniat hendak breastfeeding.

Salina@IbuAqil said...

Take care cha..
Mmg stress kadang tu jd kita ni..
Tp jgn ikutkan sgt..

ch@ said...

ibuAqil:
tu la fasalnya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in