Hati yang tidak kesampaian.

Tuesday, 11 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, hidup berumah tangga dan beranak pinak, lelebih lagi yang masih memerlukan perhatian. Pengasuh bercuti, anak sakit, emak tidak sihat, antara lumrah dan masalah biasa bila ada anak. Lebih-lebih lagi untuk emak yang bekerja, jarang sangat dapat award kedatangan penuh. Itulah kehidupan.

Auni kejut aku, minta susu, minta hendak tengok cerita. Memujuk rayu minta aku lekas bangun dek kehausan amat agaknya. Dia sudah pun berulang alik bilik dengan ruang tarmu bersama ipad bantal dan selimut gara-gara aku yang liat gila hendak buka mata.

Bukan malas, tapi badan sakit semua bila hendak bangun, Arrizqi makin membesar dan malam tadi aku tidak tidur dengan betul kerana keaktifannya. Siap Auni matikan alarm. Terperanjat dia bila tengok abi ada disebelah aku, setelah seharian tidak berjumpa.

Aku sambung tidur semula selepas tukar dan bangun ketika azan. Auni sudah pun memunggah sofa. Bersiap untuk ke opis. Slow dan steady berharap Adli tidak terjaga, harapan... dia bangun juga. Pagi-pagi rumah aku sudah riuh, dengan suara Auni, dengan suara Adli dengan suara aku lagi, pening kepala abi yang baru sahaja hendak lelap.

Elok aku hendak keluar, Adli membuang, waaaa.... dek kerana abi tidak mampu membuka mata, aku jugalah yang menukar pampers segala. Bajet hendak keluar rumah cepat jadi lambat. Sabar je la kan. Selesai kiss-kiss-kiss, aku gegas ke pintu. Adli lebih cepat mengejar. Waaaa, tak sampai hati la mau tinggal. 

Bagi balik pada abi di bilik, minta Auni tolong layankan Adli main sekejap dan aku lekas keluar rumah. Daripada jauh terdengar suara Auni, "umi pergi kerja la adik, jom main" - terharu gila.

Sifu

 Pelapis.

Esok lusa ajak adik lak ye. Pengsan.

Nota hijau: Hendak habiskan bulan ini, terasa bagaikan lamanya. Sabar ye anak-anak.

11 pasang kaki:

Orked said...

Tu la telatah anak2..macam2 gelagat..kadang nak marah pn x sampai hati...lucu pun ade...

Biase ar, sikakak sntiasa mnjadi tok guru pada si adik, yg adik setia mgikut...

macam tu la jugak gelagat anak2 akak...

smoga mbesar dgn sihat ye auni & adli..

buat cha juga..x sabar nk tgk bb baru nnti..

ibu_BatRiSya @wardah said...

wahh..auni dah ade adik ke...skang ibu batrisya dah byk ketinggalan, xtau dah sape yg dah beranak pinak..huhu

Gieyana said...

cant imagine ur situation..sy srg anak pon selalunya lamnat..mcm2 dia nak...nk buat keja sekolah ler..itu ini ler..

Moga tabah k..:-)

Jue @ Ibu 2F said...

anak berdua nie mcm tak de tempat lain nak main ye....
kelakar..cukup guru dan pelapis..
nanti ajar yg no 3 pulak ye...

Masya said...

auni kakak yg bertanggungjawab betullahh.... syahdu dgr dia pujuk adik....

sitiebby said...

askum cha,

sama la kita. kdg2 dh lmbt nk pegi keja, mkin lambat dibuatnya dgn cara mereka.

sy pun akan sayu je hati bila anak sulung ckp, "mama kerja " tiap kali hntr ke umh pengasuh. ank 3 thn dh mngerti mcm2....

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hihi..tergelak tgk gambar sifu dgn pelapis, auni²..

mmg bila tgk anak² dok kejar kita sampai ke pintu nak ikut mama/papanye g keje..mmg x sampai hatikan..

mamalieyna said...

hehe...siap ada pelapis tu..ekeke...siap la tahun depan..lalala..hehe~

apapun tak lama dah ye ch@..habis bulan ni je ye,,aloor jelesnye,,hehe..

ragam ber'anak' kecik2 lagi camtulah..huu~

ch@ said...

kakOrked:
tang nak marah tak sampai hati tu mmg betul pun. abi marah dia pergi pd umi, bila umi marah dia minta peluk pula. alahaiii.

kakWardah:
setahun tinggal blog, daya ingatan tak kuat sgt.

Gieyana:
kalau dulu masih seorang, tempoh masa bersiap masih maintain lagi mcm masa bujang2. skrg ni kena sejam awal. esok yg ke tiga, tahla.

kakJue:
nombor tiga blaja suasana baru. makanya smua2 tu kena sesuaikan dgn suasana baru.

Yana:
kekadang je tu. dia pun sedih gak tak dpt ikut sbnr nya.

SitiEbby:
wa'alaikumussalam.
tu la, kalau dah lambat tu, ada je la halnya. kadang2 kita terus down, lantakla lmbt pun lmbt la.

Eija:
emakkan? abi dorang pun tak sampai hati gak. kalau pergi kedai masing2 ngejar, mula2 nk bawa seorang sudahnya bawa dua2 juga. hiii.

kakIeyna:
jeles ek? insyaALLAH satu hari nnt akak ikut jejak langkah kita juga. org perempuan kak. tugasnya tetap di rumah.

sal ya said...

mmg macam ni la perangai anak2. akak pun sama. husben bg pelepasan nak design macam mana, cat apa. perabot mcm mana. tp akak kata dia buat la jugak. tak payah la tggu akak dtg br nk buat. tp nak ditunggunya jugak. hehehe...

ch@ said...

kakSal:
sama ngn abi. kita ckp ngn dia bubuh je la bi. janji ber cat.lagi2 dia dtg bawa pamplet cat tu. hahaa kena juga la pilih.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in